Wednesday, December 9, 2009

Persediaan ke Pak Bara....

Oleh kerana tak dapat layan KPLR yang ke hatyai tempohari,aku mintak VZO dgn OCC jalankan jugak acara berbasikal ke pak bara nie...mula2 rasa tak berbaloi sebab kayuhan hanya melibatkan 2 hari satu malam....bayangkan,aku dari KL...sabtu beskal jalan,ahad dah nak balik KL balik...apa2 pun aku dah standby cuti hari isnin....



Jarak perjalanan lebih kurang 120km dari Padang katong di perlis..ini adalah jarak yang dibuat oleh rakan yang telah berbasikal kesana...klu ikut matematik yg mudah,sekiranya kelajuan purata kayuhan basikal adalah 20km/h maka 6 jam diperlukan utk berkayuh,tidak lagi termasuk dengan berhenti untuk makan2,merokok dan melepak....jika di campurkan 2 jam masa berhenti..maka 8 jam diperlukan utk berkayuh dari padang katong ke Pak Bara,satun thailand...



Route yang paling mencabar adalah ketika mendaki wang kelian...walaupun tak pernah melalui jalan tersebut,aku rasa pendakian dikawasan tersebut hampir mencapai sejauh 7km...Apa yang aku risaukan adalah berapa lama yang aku boleh tahan utk duduk diatas basikal.....mengikut nasihat CKH,jika nak berkayuh sejauh 120km,milleage perlu dikumpulkan sebanyak 120km seminggu..tak kiralah berapa kali nak berkayuh dalam seminggu.jika ingin berkayuh sebanyak 3 kali seminggu,maka setiap kali kayuhan memerlukan jarak sejauh 40 km.

aku...nie yang merisaukan aku...tak cukup tuh milleage aku...seminggu paling byk aku buat dalam 100km jerk..tuh dah kira byk sgt lah tuh....ngeri jugak nie....tapi event pak bara nie bukannya tournament atau sebgainya,ia hanyalah kayuhan utk mengeratkan silaturrahim,sambil melihat keindahan negara thailand....

Adeh...risonya aku....

No comments:

Post a Comment