Saturday, November 7, 2009

Bila Ayah berkata2....

Simboliknya.....
Kadang2 didalam keluarga,anak2 akan cuba utk mempertahankan apa yang telah dilakukan.Mungkin juga kalau adik beradiknya ramai,akan ada puak2 didalam adik beradik....Si along akan begitu rapat dengan si angah...Uder pulak akan begitu rapat dengan alang atau ucu yang bongsu....

Kenapa..????kerana kadang2 yang muda ini terlalu mentah dan kadang2 sukar utk menerima teguran...tetapi kadang2 along dan angah jugak bongkak dan sombong utk mempertahankan kebenaran...kerana apa?kerana dia merasakan ayahnya sudah tua untuk menasihati adik2nya,jadi kuasa bercakap dan sebagainya,kononnya terletak dibahu along...kadang2 along dan angah juga merasakan mereka hidup semasa ayah mereka dalam keadaan susah sedikit berbanding zaman adik2 mereka..jadi kepayahan yang mereka lalui semasa kehidupan dalam keadaan susah menjadikan mereka lebih matang....

Namun kesenangan disebabkan kemajuan teknologi yang dikecapi oleh uder,alang dan ucu dalam mencapai kejayaan tidak pula menjadikan mereka insan yang sentiasa bergantung harap,malahan mengambil contoh atas kejayaan dan perit getir along dan angah mereka menjadi lebih bersemangat kerana simboliknya kesusahan dalam menikmati kesenangan yg dilalui oleh abang2 mereka....

tetapi...
apabila perbezaan pendapat tercetus,anak2 mula tak keruan...masing2 cuba mempertahankan kredibiliti masing2...walaupun dalam pentas yang sama....kebahgian keluarga mula akan goyang apabila rahsia keluarga dihebah2kan kepada org lain..biarlah rahsia keluarga itu menjadi rahsia....walaupun sebenarnya sesuatu yg tidak baik itu hanya segelintir cuma....mulalah yang tidak tahu menahu,menunding jari berkata begitu dan begini....

Ayah mula bersuara...
Dan apabila keadaan mula panas dan sedikit kucar kacir,si AYAH yg berdiam diri mula,mengeluarkan kata2....dan kata2 ayah sebenarnya adalah terlalu mahal harganya.kerana apa,kerana AYAH merasakan anak2 boleh menempuh cabaran dan pancaroba hidup....bersyukurlah wahai anak2,kerana sang ayah masih boleh memberi tunjuk ajar dan nasihat.....

No comments:

Post a Comment