Showing posts with label sejenak. Show all posts
Showing posts with label sejenak. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru 1433Hijriah


Berat sekarang.Harap dpt BMI 23 march 2012 nanti

Selamat menyambut tahun baru.Semoga dgn kedatangan tahun baru.menjanjikan kebahagiaan dan kebaikan utk semua..Berdoalah agar kita menjadi mulia disisi Allah,kemuliaan dari pandangan manusia tidak kekal selamanya.

Aku akan berusaha memperbaiki segala kelemahan diri,samada hubungan dgn Allah,hubungan sesama manusia dan juga hubungan dgn makhluk serta alam.

Juga berusaha utk membimbing keluarga kearah keluarga muslim sejati dgn menjadi contoh terbaik kpd isteri&anak2.

Tidak lupa juga utk menitik beratkan kesihatan dalaman dan luaran.Kerana nikmat sihat yg dikurniakan oleh ALLAH S.W.T terlalu bernilai harganya.

Gambar atas takder kena mengena dgn tahun baru.Tapi alhamdulillah dpt jugak cecah 75kg sblm hujung tahun masihi.Masih byk perlu diperbaiki.Target aku...???nak dptkan BMI 23 pd march 2012,InsyaAllah..

Akhir kata,Selamat Tahun Baru 1433Hijriah.

Friday, October 14, 2011

Rangkuman

Gambar terbaru....tak berapa kurus lagi...BMI masih 27.7...berat 82kg.Target BMI mesti nak dapat bawah 25.


Berbasikal nampaknya dah tak dpt turunkan berat badan aku...so aku try masuk gym...masuk gym bukannnya main angkat besi macam body builder buat..tapi just buat threadmill dan core excersize...threadmill,sebab aku punya teknik lari tak berapa betul lagi...so kena lari atas threadmill utk betulkan step...Alhamdullillah masuk gym,dapat Personal Trainer...so Result memberangsangkan,3 minggu hilang 4kg,sekarang berat 80.2kg...PT ckp hujung tahun nie boleh dpt 75kg.

Then aku cuba lari kat open space...adoyai kaki dah sakit..shin & calves...biasa bagi beginers macam aku...lutut pun dah tangkap sikit2...so kena extra carefull on that..kita nak cari sihat,bukan nak cari sakit...


This is KOM yg baru lepas.Simpang Pulai to Cameron Highland 54km climbing...dgn training yg tak berapa sgt,akumain redah jerk...janji kayuh...Alhamdulillah tahun lepas aku buat 4jam 30minit tahun nie dpt buat 4jam..syukur...tapi badan sakit2...



so lepas nie,aku nak byk fokus dekat lari rasanya....walaupun kalori burn kurang berbanding dengan kayuh basikal,tapi berlari buat upper body aku rasa ringan sikit...dan yg paling penting sebenarnya,kena jaga pengambilan kalori yg diambil...Doakan kesihatan utk aku....Terima kasih utk rakan dari Batu Gajah yg spark aku...

Wednesday, August 24, 2011

Siri Ramadhan 5-Rukun Iman ada 5?

Pergh...tajuk atas memang kontroversi...aku sendiri pun terkejut bila kawan aku cakap macam tuh...29 tahun aku tahu pasal rukun iman.dan apa yg aku yakini&pelajari dari ustaz&ustazah,rukun iman 6 perkara.

Tapi tahukah kita dimana asalnya Rukun iman?pernah tak kita mencarinya.Bukan ckp korang jer,aku pun akan jawab benda yg sama,"ustaz & ustazah yg ajar"...

Dalil tentang rukun iman dtg dari Surah An-Nisa ayat 117.Hanya sebut 5 perkara jer.Takder pun disebut tentang beriman kepada Qada' & Qadar...Korang tak percaya????pergi bukak sendiri,baca tafsiran sekali....

Jadi mana dtg yg ke6 ini??? Yg ke6 dtg,apabila islam mula berkembang ke Greek.Masyarakat Greek(socrates,plato) suka bincang pasal falsafah.Berbincang soalan falsafah,contohnya,klu seseorang memukul seseorang,siapa sebenarnya yg buat?Allah yg buat?manusia yg buat?atau lain2?Ada 3 golongan yg bg 3 pandangan berbeza iaitu golongan Qadariah,Jabariah & Ahli Sunnah Waljamaah.Ahlul sunni ambik jalan tengah.(Nanti aku cari detail)

Apapun dari sini lah bermulanya rukun iman yg ke6,percaya kepada Qada&Qadar ataupun "untung baik&jahat".Dan dari sini jugaklah berkebarangkalian Zaman kegemilangan islam mula jatuh apabila ilmu2 falsafah diterapkan didalam islam.Namun Islam byk menguraikan dgn lebih tepat tentang ilmu falsafah.Ilmu falsafah berkembang masa zaman Socrates,plato dll.dan dari sinilah berkembangnya ilmu tasawwuf...

Banyak Imam2 tidak menyukai ahli2 falsafah kerana ianya lebih menjerumus memikirkan tentang kekuasaan serta zat2 Allah azawajalla yg mana tidak tergapai oleh pemikiran manusia.

Apapun,aku berniat utk berkongsi dgn semua.aku sendiri tak pernah cari dari mana dtgnya rukun iman.klu org tanya,aku jawab ustaz/ustazah dah ajar mcm tuh dari kecik.hafal dan ingat sampai mati.Allahurabbi.

Moga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.

Wa,ilalliqo'....

Tuesday, August 9, 2011

Siri Ramadhan 3

aku pernah upload cerita sahabat aku pada 2 tahun lepas.

http://9m2jen.blogspot.com/2009/09/kisah-benar.html

Minggu lepas aku balik kg.Sabtu berbuka di Sauk,hari ahad kami berbuka ditapah.Selesai berbuka aku ke surau berterawikh bersama ahli Qariah...

Selesai berterawikh 8,aku keluar dari surau bersama ayah&adik.Dipintu surau aku bertemu ayah sahabat yg ku ceritakan satu ketika dulu...

Bergenang airmata ayah sahabatku bila bercerita kehidupan rumahtangga anaknya yg sekian lama terbina telah musnah.Betapa sahabatku sanggup bersabar mempertahankan rumahtanngga yg terbina hampir sekian lama.Namun ini semua ketentuan Maha Esa.Pasti ada suatu hikmah yg berlaku..

Sebak bila ayah sahabatku,berkata "Depa tak takut mati epoi"...aku terdiam terkedu tak mampu berkata2.Seorang ibu snggup melihat kemusnahan rumahtangga anaknya sendiri.

Biarlah.aku mendoakan sahabatku tabah menghadapi dugaan allah dibulan Ramadhan ini.Allah maha mengetahui segalanya.

Ingatlah..setiap yg bernyawa pasti mati,dan setiap yg mati itu akan dihisab dgn apa yg dilakukan.Semoga kita semua dilindungi Allah dan mendapat balasan kebaikan dgn apa yg kita lakukan...

Monday, August 8, 2011

Siri Ramadhan 2

Salam 9 ramadhan..
Moga ibadah ramadhan kita diberkati olehNYA.Bagi parents yg berhajat membawa anak2 kecil ke masjid atau surau utk tunjuk mendidik,perhatikan anak2 anda.Displinkah lah anak2 kita supaya menghormati jemaah lain yg hendak menunaikan ibadat.

Tegurlah dgn cara berhemah.Berceritalah pada anak2 ini bahawa rumah ibadat adalah tempat utk semua.Berkongsi melakukan tuntutan ibadah sebagai hambanya.Jgn dibiarkan anak2 kecil ini berkeliaran mengganggu jemaah lain..

Sesungguhnya anak2 kecil ini masih tidak boleh berfikir secara matang,maka kita yg dewasa perlu berkali2 memberitahu mereka.Jika masih mengganggu,adalah lebih baik anak2 ditinggalkan dirumah.Ingat terawikh adalah ibadah sunat sahaja...jika kita membawa anak2 dgn alasan kita hendak menunaikan ibadat,sedangkan anak2 kita mengganggu jemaah yg lain,fikirkanlah...

Semoga ramadhan memberi manfaat kebaikan buat kita bersama....

Wednesday, August 3, 2011

Siri Ramadhan 1

Tahun lepas alhamdulillah Afif berpuasa penuh,tahun ini masih berbaki 27 hari lg.namun hari2 yg lalu afif nampak tabah menghadapi Ramadhan,alhamdulillah.

Walaubagaimanapun,aku mula menyuruh afif mula menitik beratkan solat.Bila terbaca coretan Wardina di Facebook bagaimana dia menggalakkan anak2 bersolat,aku mula terfikir mengapa tidak aku jugak juga.

Afif mula dgn soalan mengapa perlu puasa menahan lapar & dahaga.Aku menjawap ia sebagai tanda terima kasih kita kpd pencipta.aku juga menceritakan bagaimana cerita nafsu yg dpt dikekang hanya dgn berlapar.Alhamdulillah Afif cepat faham,syukur padaMu Alla.

Persoalan solat juga byk ditimbulkan oleh anak kecilku..namun aku cuba menjawap dgn pemahaman yg mudah utk afif.Pernah aku menegur afif kerana solat tidak berbaju,ku selitkan persoalan bagaimana jika dia berjumpa dgn gurubesar jika dlm keadaan selekeh.???lalu afif senyum tanda faham...aku cuba sedaya upaya utk afif menyayangi solat,menunaikan bkn kerana atas arahanku atau takut kepadaku,tetapi ditunaikan atas dasar kecintaan dan tanggungjawab sebagai muslim.Ya,mmg payah,tapi aku berusaha yg terbaik utk anak2 aku...

Walaupun aku juga,kadang2 agak cuai menunaikan solat,tapi setelah aku menitik beratkan solat terhadap anak2,alhamdulillah terasa juga perubahan pd diri ini.Afif berjaya merubah aku...Alhamdulillah,syukur padaMu Ya Allah kerana memberikan diriku & isteriku permata yg berharga.

Akan kami tunaikan tanggungjawab sepenuhnya sebagai ibubapa bukan sahaja dlm memenuhi tuntutan dunia malah akhirat juga.Moga kami diberikan kekuatan utk terus mendidik anak menjadi muslim sejati...

Salam Ramadhan

Friday, June 24, 2011

Hijau,Kuning,Merah&Biru Muda

Dlm masa seminggu nie,semua yg bewarna kuning adalah dilarang sama sekali.Sama ada teksi,bas sekolah,pulut dan lain2 lagi.Malahan mereka yg menjual baju kuning juga akan turut ditahan khabarnya.

Dulu masa kecik klu lalu kawasan gopeng akan nampak lambang roket.Ayah aku akan ckp yg tempat tuh kawasan cina komunis..punya la kami adik beradik takut.

Tapi tidak lg sekarang nie,roket sesetengah org tidak lg menampakkan komunisme,kecinaan dan sebagainya.Berbagai dakyah mengatakan MEREKA ini2 mempunyai agenda perkauman,namun parti yg memperjuangkan bangsa sudah agak kurang relevan dikala ini...

Bersatulah memperjuangkan keadilan,kesaksamaan dan prinsip ketamadunan manusia...

Tuesday, June 14, 2011

Tidak Munasabah

Rakyat dah tak tahan sebenarnya.Mcm2 sebab rakyat tak tahan.Tapi pemerintah masih memberikan alasan yg kadangkala nampak kartun dan lucu.

Harga ayam sekilogram sampai rm8.80.alasan sebab musim cuti sekolah.Punyer ler sebangang bangang alasan.Agaknya bila budak2 tak sekolah,diaorg duk rumah,tiap hari lauk ayam gamaknya.Takpun,semua pekerja ayam bercuti sebab nak bawak anak yg sedang bercuti berjalan makan angin,so pengeluaran ayam agak terhad...

Minyak,zaman pak lah paras tertinggi mencecah USD150 setong,tapi baru RM2.70 seliter..sekarang harga paling tinggi USD125 setong,tapi rege minyak dah cecah RM2.90 seliter.Alasan mcm biasa laa" negara kita masih rendah berbanding negara jiran"...erm alahai..

Bil Api pun sama,naik 7%.pengguna yg melebihi 300KwJ penggunaan akan terasa kenaikan bil eletrik..entahlaa..agaknya kan,byk sgt ke rakyat pakai bil letrik...???satu rumah rakyat marhaen paling byk 3 bijik aircond.klu lebih drpd tuh dah kena pakai sistem letrik 3 fasa..herm nak cover sapa sebenarnya...IPP mana la agaknya...

Bila dgr berita,rasa mcm nak ludah jer kat tv tuh.tapi klu ludah,maid aku jugak yg kena cuci.Talipon org tak angkat pun nak keluorkan nada dering tak angkat kat tv,bangang teramat tuh..allo,org kg pun lama2 muak dan menyampah weh...

Buat la sesuatu utk kawal harga barang...klu pembangkang menang nanti,teruk korang kena nanti.so jgn bg rakyat meluat.hangpa buat demo boleh,sekor polis pun takdak.tapi bila depa nak buat,siang lg hang kata,depa akan timbulkan kekecohan...be profesional,rakyat sekarang dah lebih berpendidikan dan bertamdun.bukannya mcm dulu,hanya kain pelikat dan seguni beras dah boleh jadi gula2...

Salam sayang aku pada negara aku..mengimpikan keserataan keadilan utk semua pihak.jgn disekat,dikonkong dan dibuli sewenang2nya...

Monday, May 23, 2011

Sensitivity

Bukan nak cerita pasal sensitivity peralatan radio..tapi sensitivity keagamaan...
aku bukannya racist,tapi klu agama aku dihinyak dan diperbodohkan,akan aku pertahankan walau apa jua keadaan sekali pun..

Begini....Sabtu lepas aku bawak anak2 ke taman permainan di setia alam.....ada seorang bukan muslim membawa masuk anjing pelharaan kekawsan taman..anjing tersebut diikat tetapi ia masih lagi bersentuhan dgn alat permainan sikawasan taman...

aku menegur dgn hormat meminta agar jgn dibawa anjing kekawasan permainan...tetapi bukan muslim tersebut menjawab tiada papan tanda larangan mengatakan anjing tak boleh bawak...pergh angin satu badan dibuatnya..aku jawab..takkan benda comment sense pun u takboleh pikir...???? aku tanya dia balik..??? is your parents comunist..??? tetiba jer soalan tuh kuar dari mulut aku...

Betul jawapan dia mmg takde papan tanda dikawasan tuh..tapi takkan la tak reti nak jaga sensitivity org lain...benda comment sense pun tak boleh nak fikir...itu yg buat aku menyirap...aku dah capai kayu...klu dia menjawap jer lagi sekali,aku tak tau apa jadi..Allah je maha mengetahui...

Bukan muslim tu beredar...yg aku peliknya,muslim lain yg ada kat situ buat tak tahu jerk...bila aku tegur,aku pulak yg dipandang pelik oleh mereka...salah ker aku yg menegur..???mujur ada seorang yg berada bersama disebelah aku...

Jgn diusik agama aku,jgn dipertikai undang agama2 aku....w/pun aku muslim yg lemah,namun utk mengadaikan agama islam bukan jenis aku...!!!!

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru utk semua yg bergelar pendidik.
Semoga kalian mendapat keberkatan Ilahi didunia & akhirat
Terima kasih kasih atas keringat & titik peluh kalian...

Khas utk Semua Guru:
Tadika Islam Bukit Baldwin Tapah(1980)
Sek Toh Tan Dewa Sakti Tapah(STTS) (1981-1988)
Sek Men Agama Izzuddin Shah(SIS)(1989-1991)
Sek Men Agama Raja Perempuan Ta'ayah(SERATA)(1991-1993)

Monday, April 18, 2011

Tour De Sekinchan

Route:Setia Alam_Sekinchan-Setia Alam
Distance:140km
Average Speed:31km/h



masa pergi..boleh ler senyum lagik...masa balik tak usah nak cakap ler...mana taknya...berenti kat sekinchan jer....70km baru berhenti...masa balik pun sama gak..tak berenti langsung....



melepasi sawah padi kat sekinchan...memang syiok...tak rasa penat lagi...lepas jer 5km aku dah kong...tuh jer limit aku....itupun pacing belakang lori...heart rate tak bleh recover langsung...memang teruk..muntah 2 kali kat depan masjid meru...

Sunday, April 3, 2011

M U A K

Muak bila cerita seks babitkan DSAI
Muak bila petrol naik lagi
Muak bila Taib Mahmud ambik tanah adat
Muak bila 2 pegawai kastam lenyapkan 3 billion
Muak bila SS Mufti Perak haramkan poco2
Muak bila PakLah jadi saksi chan kong coy

DSAI...dgn driver dah ada,dgn bini orang dah ada,dgn pembantu peribadi ada,dgn pelacur perempuan cina dah ada,dgn bapok siam dah ada.Sama2 kita nantikan selepas ini...dgn K U D A...

PETROL....harga dinegara kita masih rendah jika dibamdingkan dgn nangkastan,timunstan,terungstan,petolastan,cabaistan,kobistan dan setan setan yg lain

TM....kita bukan merampas,tapi cuba utk memajukan tanah adat drpd terbiar..

2 pegawai kastam...takkan baru skrg sedar...nak kata kerajaan perangi rasuah erk...

SS Mufti Perak.....jgn ubah fatwa.Memula kata ANCAK tu HARAM,pastu bila dpt tahu Zambri Kadiaq buat program ancak,tetiba plak jadi tak haram...zambri tak poco2,mungkin dia pocong2 jer kut...

Pak lah...." bleh tak saya nak tiru jawapan TUN,...saya lupa la..."

inilah semua bila nak PRU...takder lain melainkan nak PRU...
Korang buh ler berduyun citer kat blog,apa sgt lagi bagi geng depa nie...

Baik kita jaga kesihatan,Badang Malaysia pun bleh kena strok wooo...
Jaga kesihatan jaga pemakanan...

Tuesday, March 22, 2011

Menikah..

Semalam kecoh kat radio bahawa ulama' perlis mengeluarkan fatwa bahawa RasulALLAH tak pernah mengadakan Upacara Nikah didalam masjid.Malahan nikah dimasjid seolah2 meniru agama lain..

Pastu Jamil Khir Baharom plak kata,itu adalah pandangan peribadi semata2....apa nama nie..???takkan nak suruh Dr Syed Qardhawi buat fatwa pulak..???setiap ulama' itu ada ijtihad mereka.depa nak kelirukan umat islam kat malaysia yg dah memang nyata cetek ilmu agamanya..???sebelah malam pulak, kuar pulak tagline masa kat buletin utama,bahawa sah nikah dimasjid...saper plak kata tak sah nikah dimasjid..???bengong..

Pada aku,yg cetek pemikiran,tak kisah nikah kat mana2,asalkan tempatnya suci dan mulia...kat umah pun ok,kat masjid pun ok...yang tak oknya,mereka yg dtg kemasjid masa upacara nikah tuh...terutama sekali golongan pompuan..ada yg jahil,masa dalam keadaan berhadas pun boleh masuk masjid...yg lagi tak tau hormat,masuk masjid tak tutup aurat..terjulur rambut kaler karat kat dalam masjid...pakai baju tutup aurat tapi macam telanjang...itu yg nampak menghinakan masjid...

byk lagi isu nak dibincangkan...lepas nikah,masuk cincin kat jari perempuan,kononnya upacara batal air sembahyang..???tak ke bangang namanya...elok2 ada air sembahyang,nak batalkan buat apa....???pas2 lepas nikah,dalam masjid terus cium dahi isteri..???depan org ramai..kononnya nak tunjuk romantis...tahulah ko dah sah jadi suami isteri,tapi perlu ke,upacara nak cium bini kat dalam masjid,depan org ramai....

sebenarnya org islam sendiri yg memalukan institusi masjid....bila kecoh citer pasal salafi dan sebagainya,mula kelam kabut..tok2 kita,nenek moyang kita mesti melenting....tak tau kadang2 yg dibuat itu kadang2 sebenarnya adat...

masa dulu,bila nikah kat rumah,ada setengah tempat dari keluarga sebelah pompuan nak test power,sampai tergagap pengantin lelaki nak akad nikah.ada yg terpaksa balik,dan mandi bunga sebab benda2 nie...jadi utk elakkan dari org ngetest power,dibuat nikah kat masjid,dah tentu tak boleh nak test power,sebab ianya rumah Allah..tapi lain pulak ceritanya bila yg dtg tuh,mula nak tunjuk fesyen yg kadang2 pak imam dan AJK masjid pun tak sanggup nak tenguk...

Monday, March 21, 2011

US Terkutuk

Aku dgn ini MENGUTUK sekeras-kerasnya US dan sekutu2 nya menyerang negara Libya.Walau apa sekalipun alasan yg diberikan oleh mereka yg kononnya utk menyelamatkan rakyat negara libya.

Adakah serangan mereka,dapat mengelakkan rakyat Libya dari terkena bedilan roket???
Adakah serangan mereka benar2 mahu menyelamatkan rakyat Libya yg ditindas???
Apakah serangan mereka sebenarnya hanya utk menguji persenjataan mereka???
Apakah serangan mereka sebenarnya hanya cuba utk menakluki telaga2 minyak di libya setelah mereka mengaut hasil telaga minyak di Iraq..???
Apakah mereka berkuasa utk campur tangan dlm urusan negara org lain..???

Inilah Si Bangsat sebenarnya...

Thursday, January 13, 2011

Bawang,Safee&Misbun.......

Bawang.
rege bawang besar mahal melampau2....katanya sebab negara pengeluar bawang mengalami cuaca yang tak menentu serta banjir....byk bawang serta tanaman lain rosak....naya laa,bangla kat malaysia yg kuat makan bawang nie....penjual2 burger pun gamaknya akan kurangkan bawang...roti telur bawang pun akan naik rege gamaknya....dah ler minyak masak pun tunggu masa jer nak naik.....

pelikkan,cerita minyak masak pun sama...tetiba jer satu malaysia boleh habis minyakkan...????allo,malaysia antara pengeluar minyak sawit terbesar didunia laa...minyak sawit kita bukan saja cukup kat dalam negara nie,malahan siap eksport ke india lagi...aku rasa depa nak naik kan rege minyak sawit,sebab rege susu getah pun dah melambung naik...so saper yg dah potong pokok getah beralih ke tanaman sawit mesti melopong gamaknya...

Safee
sian mamat nie..biarlah dia nak berhijrah ke indon sekali pun..itu hak dia...jgn dihalang...ada suara kutuk dan mencaci...tak kenang budi dan sebagainya....yang paling tak syoknya,bila ada komen cakap.."klu nak berhijrah pun,pergi lah liga yg lebih berprestij"....aku rasa itu komen paling BANGANG yg pernah dikeluarkan...allo kawan,cuba tenguk rangking bolasepak dunia...Indonesia kat tangga ke berapa,malaysia kat tangga berapa....???

itulah masalah kita,selalu memandang rendah dgn keupayaan rakan serantau kita...tak sedar diri...dgn laos pun dulu bleh kena belasah,pas tu mula nak cakap menongkat langit....cuba tenguk bambang,sampai sekarang boleh main lagi...bila selangor import dia???dah lama kan...???tapi cuba tenguk,kualiti permainan bambang sebagai super sub masih diperlukan...

pada aku,biarkan dia pergi cari pengalaman...tapi jangan jadi Aril peter pan dah ler yer....kok ramai cewek indon yg menanti pak.....

Misbun...
hahahaha..malu sendiri misbun...tak setuju sgt klu dia nak masukkan anak dia dlm skuad elit...apa kata pemain senior wei....nampaknya bukan saja dlm politik pun ada kronisme dan neotisme,dlm sukan pun ada...walau apa pun alasan misbun,dia kena bertindak profesional...so kita pikirkan sendiri...sehebat mana pun jasa dan bakti dia kepada negara,biarlah ianya profesional...mentang ngko coach,ko nak lompat terus erk...

klu jumpa anak dia,aku nak panggil anak dia 'misbun',hahahahaha...panggil nama bapak tuh....wakakakaka....

Monday, December 13, 2010

Kebersihan Rumah Bermula Dari Dapur........

Dulu,masa arwah mak sakit,aku byk kedapur...menyediakan makanan utk abah dan adik2.Itu antara sebab musabab aku boleh memasak hingga ke hari ini.Ingat lagi pesanan arwah emak,Dapur kat rumah mesti selalu bersih..kalau boleh tak nak ada pinggan kotor dalam sinki...

Percaya atau tidak,arwah emak kata,nak tenguk rumah seseorang tuh bersih,tenguk pada keadaan dapur...kalau dapurnya bersepah,hall,bilik dan sebagainya apatah lagi...benar atau tidak,susah nak cakap.Tapi 80% ada benarnya...aku selalu jugak perhatikan...

Tapi kalau dah jenis kurang memasak dekat rumah,memang konpom bersih lah dapur rumahnya...semalam aku bebel dekat anak2,lepas makan,angkat terus pinggan letak dalam sinki...klu tak boleh basuh sekali pun,sekurang-kurangnya,pinggan tuh angkat lah sendiri...ini tidak,dibiarkan pinggan kat atas meja...bibik ada katanya...menyirap darah aku sekejap...rasa macam nak baling jer pinggan tuh kat muka depa...

Betapa senang nya anak2 sekarang,mentang2 dikurniakan pembantu rumah,semua benda nak jadi mudah...

Friday, November 12, 2010

Alfatihah....Shamrin Fotograf...

Di Alam Fana Cinta....aku minat giler lagu nie...penyanyi nyer pulak style rambut cacak masa album nie keluar....apapun alfatihah utk shamrin fotograf yg meninggal semalam akibat serangan jantung...umur 43 tahun....meninggal masa main bola...

So kenali jantung anda..kena tahu,berapa maksimum denyutan jantung..senang jer nak kira...220-umur...so itu adalah maksimum kadar denyutan jantung anda....tapi AWAS!!!!jantung anda hanya boleh bekerja selama 5 saat sahaja utk kadar maksimum...jika tidak jantung anda akan burst...kecuali dgn latihan yg cukup dan anda mampu utk recover jantung anda...

Friday, October 8, 2010

Dia Jenguk Rupanya.....



Yang lama dilupa jangan....terima kasih kerna berjasa pada aku,bantu aku dari pelbagai aspek...panas hujan pasir habuk dan sebagainya....dah banyak melakar sejarah bersama dengannya....banyak kenangan bersama dengannya...suka duka dan sebagainya....tetap akan bersama denganmu sampai bila2...walaupun dah berikat dgn getah,namun kau tak kulupakan...



harap yang nie akan lebih membantu....semoga ia,akan memberi satu semangat serta inspirasi yang baru buat aku....meneruskan semangat yg moga2 akan berkekalan...satu pengalaman yang susah utk aku kongsi nikmatnya...biarpun badan berpanas berhujan,namun ada satu kepuasan betul2 aku hargai...

Untuk insan yang bergelar ISTERI........terima kasih mendengar permintaan didi,terima kasih juga atas sokongan&dorongan atas hobi ini...thanks a lot...there's no word can describe it....sharing happines and everything with you....insyaAllah,i'll bring a good result to you...i'll try...and also thanks for the advance present for my b'day this year....

Monday, October 4, 2010

boleh yer mi...

Tahun lepas ummi bagi hadiah beskal kat didi kan..????
Tahun nie didi nak mintak yang nie pulak...
Sakit mata didi bila berkayuh ummi...
Kadang2 mata masuk pasir sebab pacing belakang lori...
Tuh belum lagi kalau kayuh tengah panas rembang...
Sampai merah pun ader...
Bukan aper,
Nanti polis tahan suruh buat urine pulak...

Beskal hadiah yg ummi bg memang dah takder..
Tapi,kesan dari hadiah tuh yg pentingkan..??
ummi nampak sendiri kan..??
Kata la ummi bagi hadiah nie tahun nie,
Mesti didi lagi hensem...
Tapi ummi jangan risau....
kalau didi dah hansem atau
bertambah kurus sekalipun...
didi janji tak cari pompuan lain punyer...

nantikan,
klu kuar jenjalan,
mesti org cakap,
pergh brother nie...
dah berumur sekalipun..
badan masih steady lagik.
biler beraya umah kengkawan ummi,
mesti kengkawan ummi terkejut mcm biasa...

Ok yer ummi...
gadget jer...
upgrade dah tak mo dah...
bukan sekarang...
tapi bulan depan...
boleh yer ummi...
Setahun sekali jer didi nak mintak hadiah harijadi.................




Split Jacket

Thursday, September 23, 2010

Epilog Syurga Cinta



aku suka tenguk cerita nie....jalan cerita pun best...tapi bukannya nak cerita apa,cuma aku tertarik dgn tudung yg cikgu siti syuhada pakai dalam cerita nie....

bini aku pernah mintak banyak kali utk pakai pesyen2 tudung yg macam nie,byk kali aku tepis...tudung yg jenis kain licin dan singkat dan masih menampakkan tubuh badan.dan sekarang pesyen tudung yg nampak bonjol sanggul mcm bonggol unta atau bonggol lembu dah makin popular....

nak kata aku alim tuh memang tak lah sgt...memang susah sebenornya...raya hari tuh bini aku beli seluar jeans yg agak ketat kat peha...aku suruh beli yg straight cut jer,tapi 3/4 kali dia tanya yg ketat tuh jugak...dalam keterpaksaan aku bagi le jugak..berat hati woo...dan syarat paling utama,tak bleh pakai,klu balik umah mak dia...

mak mentua aku,pernah sound aku,masa bini aku pakai seluar balik kg...dia tak bagi...sebagai suami aku patut tegur...tapi apa daya aku....sebab aku dah biasa sgt klu perempuan pakai seluar..nampak mcm kolot ler pulak..tapi dlm kolot itulah cantiknya agama itu...memahami sesuatu yg bukan didalam gapaian akal fikiran kita.

alhamdulillah isteri masih dapat maintain pakai tudung biasa jerk,tak terikut2 dgn pesyen tudung yg ada..tu belum cerita jubah,yg pakai kain licin tuh..nauzubillah...nak suruh pakai jilbab,memang susah gamaknya...memadailah...dan aku bersyukur sangat2,kerana dikurniakan isteri yang cukup sederhana....

**dpt idea masa jengah kat blog 9w2ury...thanks bro...
**perasan tak yg sister kristian pun pakai pesyen2 tudung mcm nie...