Tuesday, June 14, 2011

Tidak Munasabah

Rakyat dah tak tahan sebenarnya.Mcm2 sebab rakyat tak tahan.Tapi pemerintah masih memberikan alasan yg kadangkala nampak kartun dan lucu.

Harga ayam sekilogram sampai rm8.80.alasan sebab musim cuti sekolah.Punyer ler sebangang bangang alasan.Agaknya bila budak2 tak sekolah,diaorg duk rumah,tiap hari lauk ayam gamaknya.Takpun,semua pekerja ayam bercuti sebab nak bawak anak yg sedang bercuti berjalan makan angin,so pengeluaran ayam agak terhad...

Minyak,zaman pak lah paras tertinggi mencecah USD150 setong,tapi baru RM2.70 seliter..sekarang harga paling tinggi USD125 setong,tapi rege minyak dah cecah RM2.90 seliter.Alasan mcm biasa laa" negara kita masih rendah berbanding negara jiran"...erm alahai..

Bil Api pun sama,naik 7%.pengguna yg melebihi 300KwJ penggunaan akan terasa kenaikan bil eletrik..entahlaa..agaknya kan,byk sgt ke rakyat pakai bil letrik...???satu rumah rakyat marhaen paling byk 3 bijik aircond.klu lebih drpd tuh dah kena pakai sistem letrik 3 fasa..herm nak cover sapa sebenarnya...IPP mana la agaknya...

Bila dgr berita,rasa mcm nak ludah jer kat tv tuh.tapi klu ludah,maid aku jugak yg kena cuci.Talipon org tak angkat pun nak keluorkan nada dering tak angkat kat tv,bangang teramat tuh..allo,org kg pun lama2 muak dan menyampah weh...

Buat la sesuatu utk kawal harga barang...klu pembangkang menang nanti,teruk korang kena nanti.so jgn bg rakyat meluat.hangpa buat demo boleh,sekor polis pun takdak.tapi bila depa nak buat,siang lg hang kata,depa akan timbulkan kekecohan...be profesional,rakyat sekarang dah lebih berpendidikan dan bertamdun.bukannya mcm dulu,hanya kain pelikat dan seguni beras dah boleh jadi gula2...

Salam sayang aku pada negara aku..mengimpikan keserataan keadilan utk semua pihak.jgn disekat,dikonkong dan dibuli sewenang2nya...

No comments:

Post a Comment