Monday, August 8, 2011

Siri Ramadhan 2

Salam 9 ramadhan..
Moga ibadah ramadhan kita diberkati olehNYA.Bagi parents yg berhajat membawa anak2 kecil ke masjid atau surau utk tunjuk mendidik,perhatikan anak2 anda.Displinkah lah anak2 kita supaya menghormati jemaah lain yg hendak menunaikan ibadat.

Tegurlah dgn cara berhemah.Berceritalah pada anak2 ini bahawa rumah ibadat adalah tempat utk semua.Berkongsi melakukan tuntutan ibadah sebagai hambanya.Jgn dibiarkan anak2 kecil ini berkeliaran mengganggu jemaah lain..

Sesungguhnya anak2 kecil ini masih tidak boleh berfikir secara matang,maka kita yg dewasa perlu berkali2 memberitahu mereka.Jika masih mengganggu,adalah lebih baik anak2 ditinggalkan dirumah.Ingat terawikh adalah ibadah sunat sahaja...jika kita membawa anak2 dgn alasan kita hendak menunaikan ibadat,sedangkan anak2 kita mengganggu jemaah yg lain,fikirkanlah...

Semoga ramadhan memberi manfaat kebaikan buat kita bersama....

No comments:

Post a Comment