Tahun lepas alhamdulillah Afif berpuasa penuh,tahun ini masih berbaki 27 hari lg.namun hari2 yg lalu afif nampak tabah menghadapi Ramadhan,alhamdulillah.
Walaubagaimanapun,aku mula menyuruh afif mula menitik beratkan solat.Bila terbaca coretan Wardina di Facebook bagaimana dia menggalakkan anak2 bersolat,aku mula terfikir mengapa tidak aku jugak juga.
Afif mula dgn soalan mengapa perlu puasa menahan lapar & dahaga.Aku menjawap ia sebagai tanda terima kasih kita kpd pencipta.aku juga menceritakan bagaimana cerita nafsu yg dpt dikekang hanya dgn berlapar.Alhamdulillah Afif cepat faham,syukur padaMu Alla.
Persoalan solat juga byk ditimbulkan oleh anak kecilku..namun aku cuba menjawap dgn pemahaman yg mudah utk afif.Pernah aku menegur afif kerana solat tidak berbaju,ku selitkan persoalan bagaimana jika dia berjumpa dgn gurubesar jika dlm keadaan selekeh.???lalu afif senyum tanda faham...aku cuba sedaya upaya utk afif menyayangi solat,menunaikan bkn kerana atas arahanku atau takut kepadaku,tetapi ditunaikan atas dasar kecintaan dan tanggungjawab sebagai muslim.Ya,mmg payah,tapi aku berusaha yg terbaik utk anak2 aku...
Walaupun aku juga,kadang2 agak cuai menunaikan solat,tapi setelah aku menitik beratkan solat terhadap anak2,alhamdulillah terasa juga perubahan pd diri ini.Afif berjaya merubah aku...Alhamdulillah,syukur padaMu Ya Allah kerana memberikan diriku & isteriku permata yg berharga.
Akan kami tunaikan tanggungjawab sepenuhnya sebagai ibubapa bukan sahaja dlm memenuhi tuntutan dunia malah akhirat juga.Moga kami diberikan kekuatan utk terus mendidik anak menjadi muslim sejati...
Salam Ramadhan
Allhamdulillah.. saya enjoy ..
7 years ago
No comments:
Post a Comment