Tuesday, September 1, 2009

Entry dan pengunjung paling banyak..

nampaknya bulan ogos adalah entry yg paling banyak sepanjang blog ini dibina....tak tau ler apasal...macam2 mender berlaku sepanjang bulan ogos...masa bercinta dgn xyl dulu,bulan 8 adalah bulan yg kami selalu bergaduh...hehehehehe..pastuh bulan 9 kami akan berbaik semula...jadi bulan 8 sebenarnya bulan yg panas utk saya dan isteri....

Entry...memang rajin sikit bulan 8 nie..bermacam kisah suka,duka dan lara...tapi itu semua adalah nukilan dan sejarah hidup yang akan menjadi memori indah buat saya...jika dizinkan Allah saya ingin membeli web hosting saya sendiri dan ingin berblog...seronok...apa yg menyerenokkan apabila ada pengunjung yg melawat dan berkongsi pandangan....sama ada sekadar menjenguk namun tidak membaca..itu terpulang kepada individu...

Pengunjung...1.9.2009 adalah jumlah pengunjung teramai,iaitu sebnyak 34 org pengunjung...seronok rasanya..macam saya cakap tadi...baca atau sekadar menjengah sahaja,itu terpulang kepada individu....Namun saya rasa apa yg lebih menggembirakan jika rakan melawat blog saya sudi meninggalkan sedikit komen dan teguran dalam memperbaiki gaya persembahan dan penulisan saya....

untuk mereka yg setia bersama mengikuti perjalanan hidup,kisah suka duka dgn anak2..dan sembang2 kosong,terima kasih saya ucapkan kerana sudi menjengah..sebenarnya catatan blog saya hanyalah untuk tatapan anak2 saya apabila mereka besar nanti...biar anak2 tahu bagaimana perit jerih setiap insan yg bernama ibu bapa menjaga,mendidik dan membesarkan anak...saya tidak berpeluang utk rapat bersama ayahnda saya kerana saya tak SEBULU dengannya..saya tak mahu anak2 saya bersikap seperti saya..tapi jauh disudut hati saya tahu,bahawa ayah saya bangga mempunyai anak2 seperti kami....

Salam ukhuwah
Salam persahabatan..
Salam penuh Ilmu..
Salam perkongsian segalanya...

9M2JEN

1 comment:

  1. sekadar ingin berkongsi info...

    http://jqafsksulaiman.blogspot.com/2009/08/islam-pelopori-perjuangan-kemerdekaan.html

    teman tak pandai nak buat link

    ReplyDelete