Sunday, September 6, 2009

Kelakor ler...

Memang kelakor hari nie...aku pergi baca kat blog rakan aku org temerloh...terjumpa kat s/box,ader org tulis:"jgn lupa pegi blog aku,then jadi follower aku"...apa ke bangang ler statement mcm nie....aku pun tak tau ler....

pada aku,blog ialah satu catatan peribadi yang boleh berkongsi dgn rakan2 tanpa paksaan....ngko nak tulis apapun atas blog,itu adalah hak peribadi ngko...setengah org tak suka peribadi dia dicerita kepada org lain,setengah org suka untuk berkongsi pengalaman,ilmu serta pendapat bersama2 rakan...

tapi biler mula nak umumkan kat kengkawan yg ngko dah update sesuatu dan suruh org jadi follower,ini sudah pelik...pembaca sepatutnya mempunyai kebebasan utk memilih mana2 blog utk diikuti...apabila pembaca menyukai sama ada gaya penulisan,gambar,susanan bagi sesuatu blog,secara otomatik ia pastinya akan melayari dan mengikuti perjalanan blog anda...ada sesetengah blog yg suka kepada dalam bentuk gambar,ada juga yg suka kepada bentuk penulisan...betul,a picture can tells a thousand words...tapi,kadang2 dgn ayat juga sesetengah pembaca dapat membayangkan sesuatu keadaan atau jalan cerita itu dengan lebih indah...terpulang kepada bentuk persembahan...

Bagi saya,masih baru juga dalam dunia blog ini..tapi yg pasti,blog yg saya hasilkan lebih menjurus untuk anak2 saya kemudian hari..namun ianya diwarnai dengan isu sinis,semasa dan pengalaman sama ada boleh dijadikan panduan atau hiburan semata2...terpulanglah kepada pembaca tk menilainya...

No comments:

Post a Comment