Monday, May 10, 2010

9W2KMT di Hospital Kelang..

Salam semua....saya mengharapkan rakan yang membaca atau mengikuti blog saya agar dapat mendoakan kesihatan rakan saya 9W2KMT lebih dikenali dgn Kang Mat atau nama sebenarnya Mohammad Fadlullah bin Taifor yang sedang terlantar sakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang

Menurut anakanda sulong beliau,kang mat mula menunjukkan tanda tidak sihat bemula ahad lepas apabila tidak tidur malam bermula hari ahad lepas.beliau terpaksa tidur secara duduk dan pada selasa yg lepas,rakan beliau membawanya ke hospital untuk rawatan susulan.Dr mulanya mensyakki beliau menghidap H1N1,namun setelah pemeriksaan rapi dijalankan didapati beliau menghadapi masalah kronik pada jantung.

Pada Khamis lepas,apabila ketandas dan ditemani dgn anakanda sulong beliau,kang mat terjatuh didalam bilik air ketika hendak menunaikan hajat,mujur anakandanya yang menemani beliau menyedari keadaan kang mat yg terlalu lama didalam bilik air.Dr terus memberikan Kang mat ubat pelali utk merehatkan beliau.

Ketika saya melawat beliau ptg tadi,beliau masih belum sedarkan diri mungkin kesan dari ubat yg diberikan.Beliau tadi telah dipindahkan dari wad 8B ke icu utk rawatan yg lebih rapi.

Saya mengharapkan semua rakan yg mengikuti blog saya samaada mengenali beliau atau tidak dapat sama2 mendoakan keshatan utk beliau....

7 comments:

  1. Semuga kang Mat sembuh sedia kala.Amin..

    ReplyDelete
  2. jen kalau ada info terbaru pasai kang mat bgtau aku sama.

    ReplyDelete
  3. patut la dia tak hadir muzakarah hari ahad..
    mari kita doakan dia...semoga sembuh..

    ReplyDelete
  4. samalah kita mendoakan agar kang mat beroleh kekuatan utk melawan penyakit beliau...

    ReplyDelete
  5. Adakah beliau ni gurubesar baru SRA Darul Ulum, Jalan Hassan, Kg Sg Udang, Klang?? Minta rakan-rakan yang mengetahui infokan. Didoakan Kang Mat diberi kekuatan & cepat sembuh...

    ReplyDelete
  6. MXM:info tuh tak dapat saya pastikan.Setahu saya Kang Mat duduk di kuarters guru sekolah agama kg jawa Klang yang berhampiran masjid.

    ReplyDelete
  7. Thanks Jen.. Saya rasa begitu sebab SRA tu berdekatan dengan lokalan saya dan gurubesar barunya juga bawa jalopy antenna panjang yang juga diberitakan dimasukkan ke hospital disebabkan masalah jantung.

    ReplyDelete