Tuesday, December 30, 2008
Tahun 1430 Hijriyah
Bengang....marah...sumer ader...ingatkan sambut tahun baru,boleh melepak tenang2 dgn anak2 kat umah,rupanya tak.Pepagi lagi dah dapat telepon dari ayong.Adik accident.Kat sini belah atas
pagi tahun baru hujan renyai2..ingatkan bulih ler bangun lewat sikit.tapi tidak...pukul 8.30 pagi dah dikejutkan dengan deringan talipon dari ayong.Adik aku accident.adus....pagi nie....tidur lagi syok...ayong dgn yang dua2 dah berderai air mata...aku boleh tahan lagik...blum tahu lagi keadaan macam mana,nak nangis buat aper.....rasanya petang ahad adik baru tepon aku...masa dia tepon pun,duk teresak2 cakap dgn aku...aku pun tak tau dier sedih pasal aper....agaknya rindu sebab aku lama tak balik kg...rasa baru jer cakap dgn adik.tup tup dapat tau dier accident...ish,susah hati gak biler mengenangkan adik bogsu aku nie.
dah ler budget ngam2 nie...takper...hal penting kena balik jugak ler....siap lebih kurang pukul 9.30 aku kuar umah...bawak along dgn angah jerk...adik wardah tinggal dgn bibk kat umah...masuk tol setia alam aku kuat tol tapah...pukul 10.40 aku dah sampai tapah...otw nak ke tapah...xyl senyap jerk dalam kete...henjut nebuchadazzer sampai 180...itupun sebab cut off...minimum,150...selalunya kalau aku henjut lelaju,xyl aku mesti merapek dalam kete..kali nie dier senyap jerk...sepanjang jalan,tak sembang apa pun...
sampai hospital nampak adik aku dgn topang kat tengkuk.....boleh jalan lagi ler...dua bijik kete accident...6 orang sumernya...seorang tuh kritikal,kena hantar hspital ipoh...tengkorak retak...mak budak tuh pulak ader sakit jantung,tak pasal2 kena tahan wad...biler aku tenguk kete tuh,aku dapat rasa yang depa nie beracing...memang hancus kete tuh...accord sv4 dgn ford sampan(b8),memang kete sedap...masalahnya....kete depan sumer tak der lesen...budak sangat pun...baru tingkatan 3....hish depa nie....kan menyusahkan mak bapak...kalau betul nak beracing...study betul2...kena tau keadaan kete dan jalan...kadang depa nie akal pendek...tak pikir langsung,main redah jerk...
dalm pukul 2.30 aku balik...esok nak keje beb...dapat pulak sms dari rakan,OTM DLV meninggal...ish..teringin nak pegi ziarah,tapi tu lah..jauh jugak nak ke jengka...nak balik kl,pas tuh patah balik ke jengka..bukan sikit punya dekat tuh...lastly kita org decide tak dapat nak pegi...cukup sekadar bersedekah dari jauh.sepanjang perjalanan,aku ikut jalan lama jerk...dari bidor...tg malim...kalumpang...serendah rawang...sg buloh...puncak alam setia alam...kat pukul 6 baru sampei...kat sini sambungannya
Monday, December 22, 2008
Melaka trip
JUMAAT
bertolak lebih kurang pukul 9 pagi dari umah.melalui lebuhraya elite terus ke alor gajah...hampieh terlajak tol kuar kat ayer keroh,terpaksa patah balik ke tol simpang ampat,tampin.mana tak terlajak,aku tak perasan dgn signboard alor gajah....nasib baik lebih kurang 15km jerk...dari tol nak ke afamosa resort tuh dekat jerk....lebih kurang 7 minit perjalanan.sampai kat sana aku confirmkan bilik dulu...sibbaik dah bayar awal2...kalau tak memang tak der bilik ler...kami pergi mandi manda kat water world dulu...nak masuk bilik pun awal lagi..check in pukul 4 petang.masuk water world sorang dewasa kena rm45 siap makan...alah sekali sekala bercuti...aku pejamkan mata...afif dgn si angah berendam tak ingat dunia...si wardah pulak bibik tak bagi mandi...takut hitam anak dara tuh nanti.....aku kuar dari water world lebih kurang pukul 3.30 petang..kalau ikutkan afif dgn angah memang depa takmo kuar lagi...nak main ayir katanya..
bilik ok jerk...apartment satu bilik...boleh la...nak kata best sgt tuh tak der la...aku kuar bilik pukul 6 ptg untuk beli makan malam....kuar ke simpang empat...beli nasi putih dgn telur dadar jerk,bini aku ader masak lauk simple masa nak kuar rumah pagi tuh...lepas layan the rock,aku kuar ke pekan tampin...pegi stesen ketapi tampin utk eyeball dgn kengkawan V25 melaka...ader 9w2aur,llr,hhh dan beberapa org SWAL...depa kayuh basikal bertiga.dekat pukul 11 malam baru sampai...v25 nie geng anak2 muda rupanya...aku tak kisah...janji jumpa jerk...
SABTU
bangun pukul 7 pagi,aku kuar beli sarapan...macam hampieh sarapan kat kondo tuh....habis sarapan,pukul 9.30 pagi,harmonic dah ajak pegi berendam lagi kat kolam area kondo tuh....sejuknya tuhan yang tahu..bukan sebab airnya...tapi sebab angin yang kuat bertiup...tepat jam 12 tengahari,aku check out dari hotel.Kami ambik keputusan untuk ikut jalan lama menuju ke bandar melaka.Dalam perjalanan,aku dah monitor V32,ader MHG yg memang orang melaka dengan ZCD,cikgu zaidi dari segamat yang jugak sama macam aku nak meronda dibandar melaka.Si MHG(sham)guide aku sampai bandar melaka.pergh punyer ler sesak teruk bandar melaka....dalam perjalanan masuk pulak BHB(bad) tolong guide aku,sebab si sham dah turun jumpa OPT dan ZCD.Makan tengahari sekali dengan diaorang,apalagi belasah asam pedas melaka.
selesai makan aku meronda cari hotel...hampies...boleh kata semua hotel 3 star keatas,sumernyer penuh...ader satu bilik kat hotel equatorial(senator suite) yang kosong...harganya....glurp...rm820 semalam....GILER....last sekali mintak bantuan rakan melaka...duduk budget hotel jerk....alah.....sekali sekala duduk hotel yang biasa2 nie pun dah ok sgt dah....terima kasih buat SWT..
masuk bilik dah dekat pukul 4 petang.aku ingat malam nak bawak family meronda sekitar bandar melaka....tapi pukul 7.30 depa semua dah pakat lena...mungkin kepenatan selepas seharian bermandi manda.hehehehehe...kat sini lah peluang aku....ambik handy,aku kuar jalan kaki sekitar bandar melaka...taknak bawak kete...rakan2 melaka dah pesan...giler!!!bandar melaka dah berubah 200% aku rasa...kalau dulu ader,kedai2 kayu kat padang pahlawan...sekarang kedai dah duduk bawah padang....kalau dulu ader kete lembu kat padang...sekarang kete lembu dah tak der...memang berubah...last aku masuk pekan melaka,tahun 90,masa tuh aku form3...
masa jenjalan kat bandar melaka,aku qso dgn bad,ader eyeball kat duyung umah BPQ.adik dier kenduri esoknya.aku boleh jer nak pegi...tapi malas nak bawak kete...suruh bad culik aku...itupun kalau dier senang....bad setuju,dier culik aku kat medan samudera bersama dua stesen yang lain...jam 10 malam kami sampai umah kak rahmawati...ramai rakan2 turun.BPQ,MHG,USM,MTX,DXL,RSY,KKD,BHB,ZNR,dan ader 6 lagi stesen yang aku tak ingat.memula dihidangkan kuih jerk....dah dekat pukul 12.30 kuar sup gearbox dengan kari kambing...pergh meleleh ayir lior aku...tengah malam pun lantak ler...aku ambik pinggan,kaut nasik...wakakakakaka...
AHAD
pepagi lagi aku dah bangun...pegi sarapan...depa kat bilik nak makan maggi jerk...aku tak lalu nak makan maggi pepagi hari...sembelit perut aku...belasah yon tau fu melaka pepagi hari...aku ingatkan kuahnya macam yng warna hitam pastuh diletak bijan,rupanya idak,satu kelainan bagi aku,bila YTF diletak kuah sup,kemudian cicah dengan sambal yang rasanya macam cili boh sikit2.herm...boleh tahan rasanya.
pukul 9 pagi aku check out...terus pusing bandar melaka...tak jem lagi kalau kuar awal pagi....pusing kapal kayu,pusing kapal besi..pusing menara taming sari..pastuh singgah kat medan samudera beli buah tangan sikit...cam biasa ler...beli belacan dengan cencaluk.anak2 dibeli baju sepasang sorang.XYL aku beli beg...aku????hehehehehe...tak beli apapun....cukup biler tenguk anak2 aku seronok berjalan sana sini.rasa puas hati biler tenguk semua dalam kete tertidur kepenatan masa perjalanan balik ke KL.
alhamdulillah percutian yang dirancang hampir sebulan,menjadi jugak...dalam duit yang tak berapa nak ader,aku gagahkan jugak....lantak ler org kredit kad telepon suruh bayor,aku kuatkan semangat nak bawak anak2 jenjalan.dalam kete xyl aku cakap,setahun kena dua kali pegi bercuti.tak bulih lebih2..itupun kalau nak bercuti kat dalam negara jerk...susah...anak2 kecik lagi...lagipun kalau bawak depa melancong luar negara pun,bukannya depa ingat pun...mak bapak yang seronok lebih.hehehehehe....insyaALLAH bulan 5 tahun depan xyl ajak keTrengganu...dia teringat ayir buah gelas besor dengan nasi dagang,sata dan macam kat trengganu...aku plak teringin nak candat sotong...tunggulah..ader rezeki nanti,sampai ler kami ke trengganu...
Tuesday, December 16, 2008
Rangkuman Bersama
1.OG - Jumaat (5/12/08)
Thursday, December 4, 2008
Kuasa membeli
Kejatuhan harga pasaran global minyak dunia tidak menjanjikan penurunan harga barangan keperluan harian.Malahan barangan keperluan harian semakin hari semakin meningkat berikutan kesempatan yang mungkin diambil oleh pihak peniaga.Jika dahulu peniaga menggunakan alasan bahawa peningkatan harga petrol menyebabkan kenaikan harga barang,tapi kini setelah 7 kali petrol mengalami penurunan harga namun harga barangan masih kekal ditakuk yang lama.Kat sini belah atas
Dimanakah silapnya?adakah pemantauan kurang dibuat oleh pihak yang berkuasa? Ataupun para peniaga cuba mengaut keuntungan yang lebih ataupun para pemborong sengaja tidak mahu menurunkan harga barangan?pada pendapat penulis,didalam hal ini,pihak berkuasa sepatutnya memainkan peranan yg lebih,dalam memastikan harga barangan dikawal supaya tidak membebabankan rakyat.walaupun berbagai alasan yang diberikan kepada pengguna,tetapi kepercayaan yang diberikan kepada pemerintah haruslah digunakan dengan sebijaknya oleh mereka yang cerdik pandai ini.
Penulis tidaklah berminat untuk menyentuh lebih kepada soal siapa memerintah atau siapa yang tidak menjalankan tanggungjawab,tetapi penulis ingin membincangkan tanggungjawab kita sebagai pengguna dan impaknya kepada peniaga.penulis berpeluang ke satu pasaraya besar disekitar meru pada minggu ini.pasaraya besar tersebut mula memasuki Malaysia sekitar 7/8 tahun kebelakangan ini.memanglah disudut positifnya pasaraya tersebut memberikan persaingan yang bagus kepada pesaing2 terdekatnya,tapi jika diteliti dengan lebih mendalam dan terperinci,kemasukan pasaraya tersebut lebih kepada menutup peluang peniaga kecil-kecilan dikawasan sekitar.
Apa yang lebih menyakitkan,pasaraya tersebut dengan senang boleh melebelkan barangan tertentu dengan nama keluarannya yang tersendiri.Jika diamati dengan teliti,adakah psaraya tersebut boleh mengeluarkan produk2 makanan dalam masa terdekat.penulis merasakan pihak pasaraya membeli produk makanan dari syarikat tertentu secara pukal,lalu melebelkan dengan jenama pasaraya.Ini secara tidak langsung menutup peluang industri IKS tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka.walau pun kualiti produk keluaran IKS lebih baik berbanding dengan label produk,tetapi disebabkan harga yang ditawarkan jauh lebih rendah menyebabkan penggunan memilih untuk membeli label produk pasaraya itu.
Namun apa yang lebih menarik perhatian penulis ialah mengenai produk tenusu makanan untuk bayi.penulis selalu membandingkan produk tenusu di kedai sekitar pekan meru dgn pasaraya tersebut.memang tidak dinafikan pihak pasaraya menawarkan harga yang amat tinggi berbanding dengan kedai2 lain.namun pada hari ini,penulis melihat tawaran sebanyak +-25%(kebiasan dijual pada harga 57.50) ditawarkan kepada produk tenusu tersebut.Ini berkemungkinan tindakan bijak para pengguna yang tidak langsung membeli produk tenusu di pasaraya berkenaan.Tindakan ini menyebabkan lebihan stok yg terlalu byk kepada pasaraya ,lalu menyebabkan ia terpaksa menjual dengan harga kos.Jika keadaan ini tidak berlaku,sudah pasti ia tidak akan menurunkan harga barangan.setelah penulis meniliti tarikh luput produk tenusu itu,ia bukanlah barangan yang menghampiri tarikh luput,tetapi kerana lebihan stok yag terlalu byk pihak pasaraya terpaksa menurunkan harga jualan barangan produk tenusu itu.
Inilah kuasa pengguna sebenarnya.pengguna sebenarnya diberikan hak secara total untuk memilih atau membeli barangan disesuatu tempat.penulis masih yakin,masih terdapat segelintir peniaga yang berniaga dengan cara jujur dan amanah.Namun kerana kehendak pemborong pukal menyebabkan peniaga terpaksa mengikut rentak keadaaan semasa.Adalah menjadi tanggungjawab kita supaya harga barangan dapat dikawal dengan kuasa yang ada pada kita tanpa pihak berkuatkuasa tidak mengabaikan tanggungjawab yang dimanahkan terhadap mereka.
Wa,ilal liqa’
Tuesday, December 2, 2008
Taiping Trip
sebenarnyer trip kali nie,kami dah rancang nak pegi berempat,JIZ,GTR,VOL dan aku...tapi sebab VOL ader program hari ahad dgn xyl dier,terpaksa dibatalkan hasrat dier utk bersama kami...tapi aku tau VOL memang menyesal punyer...petang sabtu,aku dah layan drift dgn afif...malam nie plak aku terpaksa tinggalkan afif,untuk ke taiping...xyl pun tak kisah..tapi kena sampai umah hari isnin sebelum pukul 7.30 pagi...kena hantar dier pegi kerja,sebab bateri kancil nya dah kong.Pukul 11.50 aku sampai kat puncak alam,lambat bukan sebab aku,tapi sebab oku motorsport sorang nie...tapi tak per,kami punyer journey pun bukannya nak rushing kemana pun...si OKU sorang nie,sibuk pergi shopping barang sekolah katanya.kalau tak dah lama aku sampai puncak alam culik dia org.Lepas culik OKU,pegi plak culik JIZ,lama gak tunggu luar umah,maklumler nak jalan jauh...mungkin bagi peluang kat xyl kut...wakakakakaka....
jam masih awal lagi...baru pukul 12.30...nak ke taiping bukan jauh sgt...3 jam jerk..karang kalau bertolak awai...mencangak2 pulak...so decide ke batu ladung...masa sampai ader ler 4/5 rakan tengah duk minum2......racun BDZ ajak sekali ke taiping...poket????alah naik jerk....ader dua tokey besar dalam kete aku...(korang pilih sendri)...takkan kebulur insyaALLAH....duit tol duit minyak...ader ler rezeki nyer...kengkawan....biasa beb....mana yang bolih kita kongsi,kita kongsi ler.akhirnya BDZ termakan racun...hehehehehe...dier balik umah mandi manda..pastuh kami pi umah ambik dier....jadi kete aku penuh...4 orang...ok...no hal lagi...tapi kesian yang kat belakang..maklum ler ekjos kete aku bising sikit...Pit stop pertama,singgah kat petronas damansara arah utara...isi minyak lebih kurang,beli rokok...terus jalan...
aku tak ingat pukul berapa...tapi seingat aku,kami sampai tapah pukul 4.30 pagi...sembang sampai pukul 6 pagi,DMG sampai...mula2 kata nak konvoi sekali...tapi hampieh...aper dier punyer projek umah JEK aku tak tau...lantak dier...sampai taiping,pukul 7.15 pagi,masa berjalan ader insiden yg tak bleh dicoretkan kat sini...nanti ader org kecik hati...road bulley..kuar tol changkat jering,DMG panggil rakan sekapal kat tepeng...AGC menyahut...alhamdulillah..dah jodoh...terus ke umah AGC...terkejut AGC...nasib baik pengantin tak kuar pakai kain batik...Minum pagi ngan AGC terus ke umah DMG...ingatkan bulih lena...tapi bersembang bagai nak giler...sumer topik ader..tapi yg pastinya topik kaum adam jer lah...topik kaum hawa..itu cerita tambah2 jerk...DMG pasang racun roundup ajak beREHAT kat nun sana...ish...jenuh jugak aku tepis...wakakakaka...giler..kena tidur sofa dua minggu nanti..member2 syok berpeluk dgn bantai..aku pulak berjuang atas sofa...tak mau aku....
Dalam masa yg sama DMG plan utk berkonvoi sama dgn pengantin...pukul 11.30 pagi..ader 7/8 bijik kete dah siap tunggu kat kat masjid asam kumbang,nak konvoi umah AGC...Pakai suit kuning pengantin hari nie...segak macam tok maharajalela...pahlawan negeri perak....pukul 12.45 sampai umah pengantin,perut aku tak bulih tahan..amik pinggan aku terus makan..dah tak heran rakan2 dah...karang aku kena gastrik,aku jugak yang menganggung..baik aku isi perut aku dulu..kengkawan karang aku bersalam...pergh..bulih tahan lauk dier...gulai daging kawah,sayur tempe gorreng,ayam masak merah,daging masak kicap,dan ayar merah....nak menambah segan plak,sebab ader org tukang ceduk,kalau takder memang aku tambah lagi sepinggan punyer...selesai makan,baru aku cari rakan2 radio....pergh ramai siut...aku rasa dekat 40 stesen ader...bukan aku kenal semua...ader dua tiga orang jerk....yang aku kenai...ZAC...sebab dah dua kali jumpa...yg lain...tau nama jerk...tapi alhamdulillah,kami buat kenai2...dan semua ramah2 belaka..memang ok depa nie...hari nie jugak terpalit sejarah antara rakan2 ham..mana yang jauh kami rapatkan..mana yang dulu kawan...sekarang dah bergelar teman dan sahabat...hehehehe..misi penuh bermakna...
selesai umah AGC,DMG ajak ke penang...pergh...sret....sret...sret,bunyi tayar belakang kete aku...mana taknya naik berlima..arhg...hentam jerlah..tayar belakang tuh memang dah tunggu masa nak tukar...ader masa nanti...aku tukar ler......sampai penang,masuk tempat yg bersangkut dgn kerja aku rupanya...hampieh punye DMG...dier tak habaq aku awai2...kalau dier habaq aku awai2..memang aku tak mo pi punya...terserempak dgn beruk mak yieh kat kawasan nie ler....wakakakaka...memang tak patut dipanggil beruk sedangkan manusia dipanggil haiwan,tapi nak dibayangkan bertapa hodoh nya sifat manusia,kalau mempunyai perlakuan yg lebih buruk dari haiwan...wakakakaka...biar humble,biar merendah diri,tak rugi aku rasa...itu pendapat aku...sepandai mana pun kita,ader lagi yang lebih pandai dari kita...sekaya mana pun kita,ader lagi yang lebih kaya dari kita...semiskin mana pun kita,ader lagi yang lebih miskin dari kita,sebodoh mana pun kita...pasti ader yang lebih bodoh dari kita...jadi aku rasa tak perlu menyombong dan bermegah diri,apa yg dikecapi oleh diri adalah pinjaman sementara,bila2 boleh ditarik semula oleh yang maha esa.
macam2 aktiviti kat penang nie...memang tak larat nak aku coretkan semuanya...tapi yang paling best biler kami makan malam di kuala sepetang...layan mee udang...memang sedap woit..kalau ader rezeki memang nak bawak family plak dtg lagi...siap berambah lagi....lepas layan mee udang layang bihun goreng plak...pergh...perut memang lapo...kena plak dgn cili jeruk...memang kena siut...memang sedap...aku rasa..dalam pukul 9.45 aku,JIZ,GTR,BDZ berpisah sementara dgn DMG.DMG pancing ajak pi umah dier..tapi aku tau,dier nak pukat kami lagi...sebab keowtiow dolly kami belum layan lagi...argh...lain kali ajer...ader rezeki,kami datang lagi,dgn misi kami....
dalam perjalanan,semua pakat duk lena....nasib baik nebuchaddazzer aku tak meragam...dari simpang pulai ke tg malim aku henjut 160-18o...maklum ler depa sumer tidur....tak per,trip kali nie aku jadi transpoter,biar aku yg settle,trip lain kali...aku plak yg nak menempek....alhamdulillah aku sampai umah pukul 2 pagi...sebelum pukul 7.30 pagi...jadi tak payah tidut atas sofa 2 minggu....hehehehehe...masih lagi bulih berbaju kelawar....wakakakakakaka...Gambar tak dak kat aku...sumer pakai kamera GTR..kalau dier malas upload...lambat lagi la nak tenguk...aku ader gambar mee udang jerk....kat sini sambungannya
Soul of Motorsport
bangun pukul 10.30 terus suruh afif siap...bawak dia sorang dah ler..kalau bawak si angah sekali..memang pengsan aku...yang no2 nie...terlebih berani sikit....siap lebih kurang,ambik kunci terus pegi amik sakse..pergh..jalan jem tak ingat..sempat jugak aku jadi polis trafik kat pekan kelang sebab trafic light rosak...sampai bukit jalil dah dekat pukul 1.50 ptg...
tapi aku masih bersedih...letih aku pujuk afif naik dgn johan d'drifter..tapi dier taknak...dah letih pujuk,aku biarkan jer dier..tak perlah..lain kali aku bawak lagi kalau ader event macam nie...biar afif ada SOUL of MOTORSPORT.....
Friday, November 28, 2008
NEW HOBBY-Giant Yukon Disc 2009
Spesifikasi
Brand :GIANT
Model :Yukon Disc 2009
Frame :GIANT ALUXX
Fork :SPINNER EDGE AL1-MLO T90
Shifters :SHIMANO ST-EF60
F/R Derailleurs :SHIMANO FD-C050/ RD-M360
Brake :TEKTRO MACHINICAL DISC
Tire :MICHELIN COUNTRY TRAIL 26X1.95 33TPI
Speed :24SKat sini belah atas
kat sini sambungannya
Sunday, November 23, 2008
Kelas RAE & A1 GP
Kelas RAE
Friday, November 21, 2008
Bedtime story
didi:ok anak2..saper nak dengar citer...
afif:didi nak citer aper..???
didi:sang kancil dengan buaya
afif:erk ala didi nie...
didi:naper afif??
afif:asyik citer sang kancil jerk...citer lain takder ker..???
didi:Gulrp...@#$%&*(())(*&&^%$##$%%^
Memang terkena aku malam tadi.....dah lama tak bercerita dengan afif masa tidur.kononnya aku nak bercerita dengan afif pasal sang kancil dengan buaya.alih2 aku balik yang kena...rupanya,hero aku nie dah bosan dengan citer haiwan.adus....mana nak cari modal nie...rasanya dah sampai masa untuk ubah cari cerita2 yg lebih heavy sikit....
Malam tadi,sumer duk pakat tenguk citer hantu kat TV3,puaka naying rapik....memang meRAPIK pun citer tuh....byk giler puaka dier bela....sampai siang hari pun ader puaka bulih kuar.Kelakar tenguk gelagat Afif,teringin nak tenguk tapi takut.menyendeng kat aku dgn xyl....si angah pulak rileks jer duk layan depan TV.....memang dari kecik aku dah ajar anak2...tak takutkan depa dengan hantu...
ingat dulu,kalau org dulu2,tak nak bagi anak2 kuar malam ker,merayau ker,di ajarnya ader hantu sana sini.ditanamkan sifat takut anak2 kepada hantu.Jadi, anak2 pun takut nak pegi bilik air kencing sorang2.tak pun takut nak tidur bilik sensorang.saper yang susah,mak bapak jugak yang susah...kena temankan kencing...,biler mak bapak malas nak temankan,habis anak2 kencing atas tilam...pastuh sampai darjah satu pun,duk tido satu bilik lagik dgn mak bapak.mak bapak nak projek pun kena cari time.
Dah diajar dengan afif,bahawa hantu tuh wujud kat dalam tv jerk....(ikut mamat gemuk punyer falsafah).so hantu tuh tak bulih kuar dari TV...jadi kalau afif nak kencing ker,atau nak pergi dapur minum tengah malam,kita org tak payah nak temankan dier.kenkadang masa dier tengah syok layan astro,pernah gak bangun tengah malam layan kartun astro sensorang.aku ingatkan saper,rupanya si afif.Tapi masalahnya,biler balik kg,sepupu sepapat dier duk citer takut sana takut sini,tapi afif tetap jawab,"hantu kat dalam tv jerk"
tu lah kiter...kenkadang dalam tak kita sedari,kita mengajar anak2 dengan mender yg tak sepatutnya.kita cuba nak mengawal anak2,tapi kawalan kita,dengan cara yg tidak betul.Kita malas untuk menerangkan perkara yg sebenar kepada anak2.Kita juga malas untuk memberitahu sesuatu akibat buruk yg boleh berlaku,atas tindakan atau perlakuan anak2 kita.Kita kadang terlalu mempercayai anak2 tanpa usul selidik terlebih dahulu.Merasakan segala tindak tanduk anak2 kita adalah didalam jagaan dan jangkauan kita,sebenarnya, anak2 hanya 1/3 hari sahaja bersama kita, kadang2 kurang,manakala selebihnya bersama bibik,kawan2 sekolah dan playstation mereka.
Thursday, November 20, 2008
Itu kamu......
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku,
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmatMu... Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih
diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
I'm Yours-Jason Mraz
I tried to be chill but your so hot that I melted
I fell right through the cracks, now I'm tryin to get back
before the cool done run out I'll be givin it my best test
and nothin's gonna stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some
But I won't hesitate no more,
no more, it cannot wait
I'm yours
Well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you'll find love love love love
listen to the music of the moment people dance and sing
We're just one big family
And it's our godforsaken right to be loved loved loved loved loved
So, i won't hesitate no more,
no more, it cannot wait i'm sure
no need to complicate our time is short
this is our fate
I'm yours
I've been spendin' way too long checkin' my tongue in the mirror
and bendin' over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
and so I drew a new face and I laughed
I guess what I'd be sayin' is there ain't no better reason
to rid yourself of vanities and just go with the seasons
it's what we aim to do
our name is our virtue
But I won't hesitate no more,
no more it cannot wait
I'm yours
Well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you will find that the sky is yours
so please don't, please don't, please don't,
there's no need to complicate,
Cause our time is short
This, this, this is our fate,
I'm yours
Monday, November 17, 2008
Program Hujung minggu..
Show house setia alam..
Dari hari jumaat Afif tak habis2 ingatkan teacher shida dier ajak pegi kenduri.Aku ikutkan ajer...biarlah....Alamat kat parit 4,ban 4,sekinchan..pergh...gerenti dalam sawah nie...kalau dah main nama ban atau tali air memang gerenti kat dalam sawah...memang betul ler...pergh punyer ler sayup mata memandang...seluas pandangan,sawah padi terbentang luas..dengar kata,lagi 10 hari padi dah boleh tuai.nak jer rasa tenguk cemana org tuai padi....
Saturday, November 15, 2008
Afif Bersekolah....
Prestasi
Diberikan 6 modul bacaan sepanjang setahun bersekolah,alhamdulillah afif berjaya sampai modul yang kelima,sekurang2nya apa yg aku dan xyl bayar sepanjang pengajian Afif dapat dilihat melalui kelakuan dan cara pertuturan Afif.Memanglah kalau difikirkan balik,alah....baru tadika...tak perlu nak particular sangat....tapi sebenarnya kami berdua memang tak berniat untuk menekan afif semasa sekolah...cukup sekadar afif mempunyai aktiviti separuh hari di sekolah.memang sesetengah ibubapa menghantar anak2 ketika berusia 5 atau 6 tahun,tapi xyl beria nak hantar afif kesekolah,dengan alasan afif terlalu kerap menonton Televisyen dirumah.Para ibubapa sebenarnya takut anak2 mengalami proses pembelajaran yg berulang kali seterusnya membuat anak2 jemu dengan sistem pra sekolah.
Sistem pembelajaran di malaysia sebenarnya terlalu menekankan kepada ilmu pengetahuan tanpa memberi peluang kepada anak2 mengenali potensi didalam diri masing.Jika dilihat sistem pendidikan barat atau eropah diperingkat pra-sekolah,anak2 lebih ditekankan kepada survirvor atau tanggungjawab kepada diri sendiri.Menjadi sesuatu yang luarbiasa bg kita jika anak tidak dapat membaca seawal umur 6 tahun.Apabila masuk ke alam persekolahan,anak2 yang tidak tahu membaca akan ketinggalan terabai oleh guru2 mereka.Disebabkan keadaan inilah aku dan isteri terpaksa mengikut keadaan sekeliling mengehendaki anak kami dihantar ke sekolah.Kalau diikutkan hati,mahu saja aku menghantar afif kesekolah ketika berumur 6 tahun.
pernah suatu ketika sekitar bulan april,afif pernah menyatakan pendapat untuk tidak mahu kesekolah.Aku secara jujur bertanya kenapa,afif menjawab dia bosan dengan aktiviti sekolah,yang terlalu berulang2...membaca doa,menyanyi dan sebagai nya....afif selamba menjawab dia nak jadi guard suatu hari nanti...katanya jadi guard tak perlu mempunyai kelulusan yang tinggi...rasa kecewa dengan jawapan afif,aku terus menyelidik...rupanya guard yg afif maksudkan bukanlah pengawal keselamatan dikawasan rumah ataupun pusat bekerja,tapi sebenarnya ahli GUT yang bertugas didalam cerita ULTRAMAN...tidak menyalahkan Afif,malah aku bangga kerana afif secara jujur berani menjawab soalan aku.Dapat dilihat seawal usia afif,masih terlalu awal baginya untuk serius dan memilih serta diberikan tanggungjawab untuk kesekolah...biarlah....biarlah afif terus bermain dengan fikiran dan imiginasi kanak2nya,takut suatu hari nanti dia akan terlepas keseronokan ketika melaui zaman kanak2....
Persekolahan Afif...
Monday, November 10, 2008
Perkhemahan~lubuk Kawah
Perbincangan...
Laluan pertama,adalah menyeberangi sungai yg dianggarkan kira2 selebar 40 meter,keadaan sungai yg berbatu menyebabkan kami terpaksa berhati2,kerana salah seorang kenderaan peserta tidak menggunakan tayar lipan.Aku tidak ingin melepaskan peluang duduk didalam kenderaan utk merasakan pengalaman pertama menaiki keadaan pacuan 4 roda dengan keadaan muka bumi yg agak mencabar.
Laluan ketiga,para peserta dikehendaki mendaki cerun dgn kecerunan hampir 45 darjah.laluan mendaki tersebut kira2 sepanjang 15 meter dgn keadaan jalan yg licin dan berlopak.Para peserta terpaksa menggunakan gear yang rendah ketika mendaki.Disini dapat dilihat kegunaan tayar lipan.Rupanya ketika mendaki,dinding tayar lipan akan memainkan peranan bagi mencengkam permukaan tanah yang licin dan berlubang.Alhamdullilah semua kenderaan berjaya melepasi halangan ketiga.
Akhir sekali halangan keempat,peserta terpaksa mendaki lagi diakhiri dengan menyeberangi anak sungai.Pada kali ini 2 kenderaan tersangkut ketika mendaki,kerana barang yang diletakkan diatas bumbung kenderaan,tersangkut diranting buluh.Manakala ketika menyeberangi anak sungai,winching terpaksa digunakan,kerana lubang anak sungai amat dalam.Tepat jam 2.45 petang kami berjaya sampai di tapak perkhemahan.
Tapak perkhemahan.
Betapa berpengalaman nya rakan2 4x4 ini kerana dengan mudah menyediakan satu khemah besar dalam masa 10 minit.winching ditarik tinggi mengunakan sebuah kenderaan lalu ditarik kesatu pokok yang lain.pergh,memang bijak...maka,khemah2 kecil didirikan didalam khemah besar.Surau,dapur,tempat tidur telah diagihkan lebih awal supaya khemah kami tidak berserabut.selesai mendirikan khemah kami dijamukan dengan makan tengahari....berseleranya tidak terkata...
Aktiviti.....2 hari satu malam...
Kebanyakan aktiviti kami ketika berada di hutan adalah mandi manda.betapa cantiknya keadaan sungai dikawasan trsebut,memang tidak dapat diterjemahkan dengan kata2.Hari pertama sampai kami Cuma dibenarkan mandi berhampiran kawan perkhemahan.Lagipun badan masih lagi kepenatan.Mandi dikawasan pertama pun sudah mengasyikkan ,seorang sahabat sampai terlupa ketika berendam kerana kakinya terkena simpul mengkarung atau istilah jawanya Cramp.....terpaksa diberikan bantuan,dengan badan yg agak besar aku menolak kaki rakan tersebut...akhirnya kira 15 minit kaki rakan tersebut kembali pulih...ketika mandi berbagai gelagat dapat dilihat....3 daripada rakan yg betul2 handal berenang SWAL kamalul & wadie,dan DKN.manakal yang tak tau langsung berenang saudara DLV dan AWI...hampieh tak tau berenang depa nie....tak macho langsung...
Malam pulak kami dihidangkan dengan kambing panggang yang disediakan oleh rakan 4x4 dari kayu ara.memang begitu menyelerakan hidangan tersebut,disamping air asam yang aku buat...wakakakaka...tak habis depa duk puji air asam aku...padahai aku tolong buat lebih kurang jerk...malu aku....alah...bukan susah sgt nak buat ayaq asam...perkara paling mudah dalam hidup aku...sebelum kami menjamu selera,kami disajikan dengan sedikit muzakrah agama yang disampaikan oleh seorang ustaz dari tg malim...ianya ceramah yg begitu mudah menngenangkan kebesaran Allah disamping makhluknya...sekurang2nya kami tidak pergi dengan kosong,masih terdapat pengisian jiwa atau makanan rohani utk diri masing2......
Keesokan pagi...berjemaah subuh beramai2...alhamdullilah,walaupun kebanyakan kami agak berat berjemaah atau pun bersolat subuh,namun pada hari tersebut,2 setan yg besar dikalangan kami pun turut berjemaah subuh.wakakakaka....bayangkan,org yang tidur dibawah tidak digigit pacat,tapi yg berada diatas katil kena gigit...ini menggambarkan betapa pacat pun tak lalu nak hisap darah mamat tuh....kakakakakaka...memang begitu nyaman didalam hutan,tapi aku tak boleh lena malam tuh,sebab dah belasah kambing tak ingat...
Pagi kami disajikan dengan bihun goreng bersama roti....bihun tuh biasa bagi aku...tapi yg specialnya roti tuh...sapu planta,pastuh letak pulak susu cair...memang sedap weih...tapi aku tak boleh belasah banyak,nanti kencing manis tinggi.habis bersarapan,kami layan plak durian dipagi hari...sebenarnya durian tersebut dibeli semalam ketika kamel dan 2 rakan pergi mengambil ustaz di tg malim...sambil makan pagi,sambil rakan belajar menembak dgn menggunakan alatan permainan ORG DEWASA...hehehehe...dapat dilihat tangan yg baik dan tidak baik....wkakakaka...tangan yg slalu 5 to 1 pun ader....wakakakakaka...
Tepat jam 9.30 pagi,kami turun kekawasan air terjun disebelah bawah...pergh cantik giler.....air terjun yg belum diteroka oleh ramai orang...mempunyai beberapa tingkat yang kadang2 tak sesuai utk dijadikan tempat mandi kerana deruan air yang amat deras.....akhirnya kami memilih utk mandi disatu kawasan yang agak dalam tetapi masih boleh dimandi oleh 2 org yang LANGSUNG tak pandai berenang dikalangan kami.
Seesetengah dari kami mengambil keputusan untuk menembak ikan sambil menyelam...pergh,memang mengancam aktivi pagi tersebut...sejuk...jgn duk kata ler...rendam jerk...kalau kuar dari air,mesti menggigil punya...paling klelakar ketika AWI diracun utk berenang menyeberangi sugai...kawan2 duk pedajai,bagi telan ¾ teguk air dulu,pastuh baru rescue...aku tenguk muka kawan aku ni,dah takdak darah...hampieh betui depa....gelak dulu,baru nak selamat...yang sorang lagi,langsung tak berani nak try...mana tak nya....hati kecik...
Berendam punyer berendam dah pukul 1.30 petang...giler....langsung terlupa nak balik woo....kami naik ketika rakan2 diatas telah pun menyediakan makanan tengahari...ikan bakar...dengan sedikit lauk pauk yang lain...pergh...memang kebulur...dah lama berendam ler katakan...
Persiapan pulang....
Tepat jam 3.30 petang kami berkemas utk pulang....masing2 paham tanggungjawab mengemaskan brg persendirian dan juga tapak kawasan perkhemahan.Alam sekitar jgn dicemar kerana mungkin akan digunakan oleh org lain kemudian hari...dan perjalanan pulang tiada sebarang masalah dihadapi kecuali sebuah kereta yang terpaksa di winch ketika menyeberangi sungai...
Pergh....
Memang pengalaman yang paling menyeronokkan bagi aku...walaupun keluar duit rm150,tapi satu kepuasan dan pengalaman yang baru bagi kami...mungkin aktiviti ini akan dianjurkan lagi,tapi bersama kumpulan yang lain,mungkin aku tak dapat bersama kalian kerana tarikh tersebut jatuh pada tarikh ulangtahun perkahwinan aku...pada rakan2 yang akan ke trip 4x4 pada pertengahan disamber ini...selamat bercuti dan menempuhi pengalaman baru....
Sunday, November 9, 2008
Belasungkawa~Aidi Syahizad Bin Haji Hadi
Salam....betapa suramnya hari ini semuram pemergian sahabat yang dikenali arwah Aidi.Dilahirkan pada 9/11/1975,namun kembali pada genap umurnya 33 tahun iaitu pada hari ini 9/11/2008.Begitulah janji Allah,perjanjian yang tak mampu di hindarkan oleh kita sebagai hambanya.Begitu jugalah hukumnya,setiap yg dijadikan pasti berpasangan....dijadikan siang bersama pasangannya malam,dijadikan bulan bersama pasangannya matahari,dan juga MATI berpasangan bersama yang hidup...Itulah KARMA Allah.....
*Rakan yg mempunyai gambar Arwah harap dapat email kepada saya..
Dia yg kami kenali...
Aidi,sebenarnya tak banyak diketahui latar belakang oleh aku...berpeluang mengenalinya didalam kelab kereta yang aku masuk pada awal 2004.Memegang jawatan setiausaha pertama didalam sebuah kelab kereta yang agak tersohor.Namun setelah melepaskan jawatan,Arwah banyak menyepikan diri kerana terlalu sibuk dengan tugasan harian.Namun tanggungjawab yang diamanah kan kepada Arwah sebagai seorang setiausaha,tidak pernah diabaikan....setiap mesyuarat yang dihadiri,pastinya dikepilkan minit yang lengkap pada mesyuarat seterusnya...
Seorang yang agak kurang berkata2,namun setiap pandangan yang diberikan mengandungi unsur nasihat yang membina untuk kelab...itu pastinya...jarang membuat sebarang komen yang melulu,namun segala permasalahan diselesaikan dengan cara berhemah dan penuh dedikasi...itulah sahabatku...Aidi..
Kehilangan.......
Hari ini kami,kehilangannya...begitulah takdir Allah.Sepanjang aidi mengalami sakit kanser kulit selama hampir 4 tahun,2 kali aku dan rakan pernah menjengah dikediaman ayahnya...sakit yang ditanggung bagaikan,satu beban yang tak terpikul olehnya,namun itulah yang dikatakan ujian Allah,memilih Aidi sebagai hambaNya untuk diuji...begitu berat beban yang ditanggung,namun ditempuhi dgn tabah sehingga saat tinta yang terakhir.Tapi apakan daya,segala usaha melawan penyakit,akhirnya berakhir hari ini....itulah TAKDIR.
Terakhir kami bertemu Aidi ketika sebelum menyambut hari Raya.Alhamdulillah berkat usaha SWAL mus,sedikit kutipan berjaya dikumpul bagi meringankan beban arwah ketika persiapan menyambut hari raya.Aku,eden,peja duduk semeja bersamanya pada hari tersebut...argh...baru semalam rasanya aidi duduk minum semeja bersama kami.Lama kami berbual panjang pada malam tersebut.Masih tergambar wajah anak kecil arwah yang masih jauh lagi perjalanan hidupnya...yang masih tidak tahu bahawa ayahnya sudah pergi mengadap ilahi.Tetapi...itulah hakikatnya.....
Akhir Kalam.....
Alhamdulillah berita kematian Aidi disampaikan melalui sms oleh SWAL mus pada pukul 10 pagi...mana rakan taulan terdekat,sempat menziarahi kubur arwah,dikawasan perkuburan bukit kiara.Sedikit kutipan juga berjaya kami kutip dan disumbangkan kepada balu.Itulah serba sedikit sumbangan yg dapat kami lakukan.Selesai upacara perkebumian,rakan sempat mendoakan kesejahteraan arwah...itulah juga yang mampu kami sedekahkan buat aidi.
Akhir kata,wahai sahabatku,tenang lah dirimu menanti di alam barzakh dan dibangkitkan dialam akhirat kelak...tenanglah engkau menghadapNya disaat kami meneruskan kehidupan kami.InsyAllah suatu hari nanti ditemukan kita jua akhirnya...
Alfatihah.........
Pergi Tak Kembali Album :
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Saturday, November 8, 2008
Age is just a number.....
Nombor jerk.....teringat kat abang omzoof yang dah otai...kira antara rakan2 aku yag otai tapi masih berjiwa muda...masih suka berkonvoi...xyl pun sporting.ala...apa ader dgn umur katanya...kalau kita jiwa muda,insyaAllah diri tetap muda.....
Terima kasih ummi & anak2 didi...
petang semalam,dalam pukul 6.30,bini aku beli kek....herm..kita org sambut b'day simple jerk...beli kek potong kat umah...tak pegi tempat mahal2 pun..buat biasa2 jerk...aku pun malas nak sambut,dah tua...tapi xyl cakap...kalau masa bujang belum kahwin bulih sambut,dah tua tak buat pulak...ok lah...at least anak2 aku ingat b'day aku...
Pagi lagi dapat sms dari afif punyer teacher.Aku pun pelik,rupanya,anak aku bg tau teacher dier,yang semalam hari jadi aku...ingat dier hari jadi aku...wakakakaka...anak..tak kisah pun..ader gak simpan dalam hati nak beli hadiah utk diri sendiri,tapi dalam keadaan sekarang nie...aku simpan jer niat tuh dulu....
Hadiah...
kalau ikutkan nak mintak jam Tag heuer dari bini aku...tapi bila pikir jam tuh mahal sgt,herm...tak payah ler...teringin memang teringin beb,tapi org kata ukur baju badan sendirik...nanti beli kat petaling street jer lah...hehehe...kalau ader rezeki aku mesti beli gak jam tuh nanti...dari harga rm 2.2K sekarang dah dekat rm3.1K,adus...geram nya aku.masalah aku,kalau ader 3/4 bijik jam pun,aku akan pakai jam yg baru jerk...jam yang lama aku simpan...tak reti nak tukar2 jam...ader ler 3 bijik jam yg aku beli...tapi semua simpan...yang terbaru aku pergi beli dgn eden kat pertama kompleks...terkejut eden aku tawar jam kat kedai uncle tuh...dah lama pun...jam aku semuanya seiko jerk...murah jerk...tak sampai RM1K...tak pernah cecah RM2K keatas pun...
Niat mesti ader...
apapun niat mesti ader....kalau takder niat takder cita2...takder cita2...tak der target...takder target tak der goal....tunggu lah...insyaAllah,kalau Dikurniakan rezeki dari Allah.dapat ler.Apapun terima kasih buat ummi,anak2 didi,rakan yg wish kat aku...alah no hal lah...hari lahir...bukannya apapun.Dah setahun umur meningkat...tinggal lagi 3 tahun utk pergi kemekah...kalau ader rezeki umur 35 aku nak pergi mekah dengan xyl,biar pergi muda,kederat masih ader.
Friday, November 7, 2008
Volvo 850 T5-estate
Korang komen sikit....
semalam melepak dgn kawan aku dari maybank seremban...katanya rakan dier nak cari perdana....glurp....aduh...dier tanya aku berani tolak baper...ish...kete tuh tak der buat hal apa pun kat aku...agak2,kete apa lah yerk....belum jadi apa2 lagi...rancangan jerk...
aku minat betul kat kete nie...tak tau apasal...performance pun ader,family car pun ader...nak comfort pun ader....tapi tulah...bila disebut kete europe atau kete konti,ramai yang takut...takut dari segi sparepart dan minyak...sparepart mahal,minyak pun kuat....tapikan...sebelum aku pakai perdana dulu,ramai org kata minyak kuat dan spaprepart pun mahal....
Goreng cekodok pun makan minyak..
Tapi..kalau nak kata minyak kuat...biasalah 2000cc...tak yah pikir jauh la...kalau buat cekodok pisang pun,makan minyak jugak...minyak masak pulak tuh.....wakakaka...sebenarnya..kete tuh tak meragam apa pun..cuma,gatal sikit...teringin nak comfort...bonnet pun luas...nak balik kg senang...bolih masuk buaian,stroller,walker..sumer bulih...nak beli MPV aku tak mampu,kete nie aku rasa paling sesuai...biler nak laju aku buleh tekan(soft turbo)...comfort pun ader...herm...cam ner erk..???memang ler nampak macam gedabak besor,tapi aku rasa sesuai dgn rangka aku yg agak besar jugak...sekali musim buah kat kg bulih aku bawak buah2an dari kampung...pueh hati..
Old Timer.......
sebenarnya berkenan biler tenguk VOL pakai V40...memang ler kete tuh nampak mcm utk org berumur,tapi kalau kena dgn gayanya...aku rasa boleh meletup kete nie...macam gak aku amik perdana dulu...sumer kata tak lawa,macam kete org tua...tapi bila dah make up sikit,kat traffic light ader gak org nak gheling kat kete aku....ader gak riak sikit2...wakakaka..ish...ntahler...nebuchaddazer tak pernah bagi masalah besar pun kat aku...HP power pun ok...cuma cat jerk nampak dah teruk sikit...alah kuar modal tak sampai rm1.5K,cantik balik ler kete aku...adus...sedihnya...tapi nie semua angan2 beb...mana ader org nak ambik perdana tahun 97 sampai RM35K,kalau betul pun org tuh nak ambik,dier betul2 minat kat kete aku...dan aku terpaksa letgo sumer gadget dalam kete aku tuh...
Upgrading CC
T5 nie sebenarnya soft turbo...makna kata turbo dier tak ler bising sgt..pernah aku tenguk,bmw m5 kena tapau dgn volvo nie...kalau tak,takkan ler PDRM satu ketika dulu amik kete nie buat kete peronda,kat UK pun sama...cuma mungkin maintenance dier tinggi sikit.pernah VOL cakap kete nie cecah sampai 35oHP...pergh duer kali ganda kete aku tuh...erh...pecah lak rahsia...hehehehe....jangan main2...walaupun kete nampak kotak...pickup meletup..tuh yg penting....tak tau ler...dah 3 bijik kete aku pakai sumer keter proton..dari 1.6,1.8 dan 2.0..T5 nie 2.3 makna kata aku upgrade CC,bukan down grade...herm...nampak cam menarik nie...
Cinta aku masih padanya
ntahler..yg pasti nebuchaddazer memang aku sayang...giler,dari kete tuh bulat,montok...aku buat sampai jadik macam sekarang nie...kete yang paling lama aku pakai,5 tahun...biarlah...kalau jodoh tak kemana....nebuchaddazzer..ko jgn susah hati...aku tetap sayang kat ngko...byk knangan aku dgn ngko...aku tulis niepun angan2 aku jerk...sembang org kurang duit...wakakakakat sini sambungannya