Thursday, November 20, 2008

Itu kamu......

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku,
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmatMu... Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih
diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

5 comments:

  1. alhamdullilah ingatkan tahu nyanyi2 jer..syahdu hati ku ini dgn doa ko nie...

    ReplyDelete
  2. aku pun shahdu gak..tu la lain kali jgn defend sgt dorang..klu ko nak suh aku shutdown tempat dorang membina ego tu, ckp je..bila2 masa aku bole buat.

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah rakan ku semua dah insaf.....amin

    ReplyDelete
  4. Rie-nak aku letak sajak kematian pulak ker...

    sakse-bawak bersabor se...;)

    ReplyDelete