Saturday, February 27, 2010

My Buddy-sakse

pagi jumaat sempena cuti maulidur rasul,sakse FB dgn aku..tanya berapa byk berat aku dah turun...so lama jugak kami bersembang..aku pun dah lama tak jumpa sakse..last jumpe,masa temankan sakse beli PSP....

janji nak jumpa dgn sakse lepas solat jumaat...selesai makan lepas solat jumaat terus aku drive kerumah sakse...mulanya nak rempit jerk,memandangkan cuaca tak berapa cantik,aku drive dgn achtung ke umah sakse...terus culik sakse jenjalan,kononnya nak minum2 aje...alang kuar aku ajak sakse ikut aku survey helmet...helmet aku dah mula lekang dek berpanas dan berhujan...helmet rockbike jer...aku nak cari helmet yg ok sikit...iron mag atau apa2 brand yg murah...ces..kedai kat kg jawa tutup..terus aku ajak sakse ke kedai edwin kat BU...pergh sakse terkejut tenguk beskal sekarang nie..zaman dia main beskal tak semahal macam nie...sakse dulu main beskal...kira budak state jugak ler..tapi injured teruk,terus tak main beskal...

minum kat sebelah edwin,sakse tanya aku,beskal bawah 2k ada tak...??aku terkejut...ko biar betul se..??jgn sebab aku main beskal ko nak ikut gak..??..takder lah..sakse terus diam...telepon lili,aku tanya nak pegi kedai boong foo..bike pro..aku tak nama sebenar....pergh..ramai jugak org dlm kedai..memang sibuk giler tokey kedai....byk brand scott....last sekali,pegi Merida yg kat situ...terus sakse kenan dengan beskal merida...

sepatutnya sabtu aku nak layan genting sempah..nak layan bukit cari stamina...tapi sebab sakse baru beli beskal aku layan kan sakse...layan kesas...siut...boleh tahan kayuhan mamat nie....aku tarik sampai 35 dia boleh ikut lagi...kami berhenti kat petronas kesas didepan COE...bukan sebab pancit tapi menunggu kawan aku azam....perjalanan diteruskan...memang kaki sakse ada stamina...kira boleh ikut laa...kayuhan sakse dengan serba kekurangan..respect kat mamat nie...




sampai kat RnR kinrara,sakse dah tak bleh tahan...seat post tinggi sangat...tengkuk dah sakit katanya...menggagau aku cari allenkey utk adjust seatpost..akhirnya aku dapat jugak allenkey dari brader yg keje kat petronas...alhamdulilah ada jugak org yang sudi menolong...sepaptutnya kami nak uturn kat stadium bukit jalil utk jumpa jemsol kat sureheboh,tapi sebab sakse dah tak tahan,dan tak cukup tidur serta tak minum pagi,kami pusing...

perjalanan balik agak teruk sikit...padan muka ko sakse..saper suruh tidur lewat...muahahaha....tapi kira sakse memang handal...1st ride dah buat 75km..memang menyumpah dia kat aku...melecet katanya....wakakakaka..meniarap ler ngko malam nie sakse....
Kat sini belah atas

kat sini sambungannya

Thursday, February 25, 2010

JazakaALLAH...

"lgpun dd tak kisah umi try.jd ke tak jd,2nd issue.klu try,tak jd kena condemn,dah tentu umi pun tak nak try lagi..DD pun dah byk improve compare dulu.dulu krn kawan,mana lekat kat umah.Skng dah ok."

hem..itu petikan sms yang aku dapat dari bini aku....ayat yg pertama tuh just bini aku nak try buat puding roti malam nie...cerita bermula semamalm apabila bini aku buat rendang ayam...memang sedap sesangatlah..nak sama rasa macam arwah mak aku masak...sepatutnya aku makan nasik hanya 1/4 dari pinggan..malam tadi aku langgar pantang..belasah sampai dua pinggan tau!!!sedap punya pasal tau!!!!

yang bestnyer ayat kedua tuh...hehehehe...bukan nak salahkan kawan sebenarnya...diri aku sendiri yg tak pandai nak kontrol...susah utk sebut 'No'.jadi aku rasa semuanya bermula dengan BASIKAL...kenapa....cuba lihat rantaian nya...

basikal-kayuh-cuba nak ikut org kayuh laju-tapi napas pendek-otomatik berenti isap rokok-kurang kuar,sebab tak nak jumpa kawan2 yg merokok-makan jadi teratur(sebab tak makan lewat malam)-berat badan turun-diabetis pun Ok...

herm..tenguk rantaian kat atas tuh...aku rasa otomatik aku displin sebab basikal...nak kata kuat sgt aku berkayuh tuh tak la..ramai lagi org handal dari aku...apapun basikal mengubah kehidupan aku,hubungan aku dan keluarga aku...tuh sebab aku sayang dgn hobi aku sekarang...

Tuesday, February 23, 2010

Depa Ingat Kita Lupa..

Tadi tenguk berita...kononnya,perkhidmatan jet pejuang MIG 29 akan diteruskan lagi selama 5 tahun.....ish...apa depa nie..???dulu kata,jet tuh dah sampai tempoh hayat...walaupun enjin diselenggara mengikut masa dan jadual,tetapi apabila cukup masa penerbangan yg dibuat oleh jet tersebut,ianya perlu di gantikan yang baru....

apa depa nie...tak bahaya ker...???nanti kalau terhempas ler kapal terbang tuh,mati pilot yang bawak kapal terbang tuh camner..???balu dan anak harap makan pencen jerlah.....apa depa tak pikir panjang ker..???hari tuh beria-ria sgt nak beli....pasai apa pulak tak jadi nie..???komisien tak dak ka cheq..???? keh keh keh...???ka takut ada pihak akan korek rahsia sampai akar umbi..???ntah2 ada pihak dah ader salinan dokumen jual beli,siap dgn komisien apa..???

takpun budget utk beli kapal terbang dah takdak..duk repair kapal laut yang terbakar kat lumut dan jugak repair kapal selam yang tak boleh menyelam...nampaknya kita beli Kapal TIMBUL kut....Tapi apapun,pikirlah terbaik utk semua...pikir kan dari segi semua aspek..anda adalah pemimpin yg menentukan...tanggungjawab serta keputusan ditangan anda...

My Next Ride

Projek:JOM KAYUH 1 MALAYSIA"SATU HATI CINTA NEGARA" KEARAH PERSEKITARAN HIJAU.
Penganjur:PERSATUAN WARGA CINTA NEGARA(PENCINTA)
Objektif:bertujuan mewujudkan semangat cintakan negara dikalangan warganegara tanpa mengira warna kulit,agama dan keturunan bagi mewujudkan masyarakat
glokal yang cemerlang kearah membina negara yang gemilang dan terbilang.
Tarikh:27-28 Mac 2010
Hari:Sabtu & Ahad
Bayaran:RM50(2 hari)
Syarat:16 tahun keatas
Jenis Basikal:MTB,roadie,touring & Hybrid
Tentative:


27th March (Saturday)

0630 hrs - registration
0730 hrs - Flag Off


LEG 1 - DATARAN MERDEKA - GOMBAK : OPEN TO ALL (FREE ADMISSION)
Dataran Merdeka Kuala Lumpur - Plaza Tol Gombak (23km)

LEG 2 - GOMBAK - FELDA NEW ZEALAND - PEKAN (RM50)
Plaza Tol Gombak - Karak ( all cyclist will be transported by bus & lorry to Karak )
Karak - Mentakab (39.5 km) pit stop 1.
Mentakab - Pekan Awah (31.0km) pit stop 2
Pekan Awah - Maran (34.5km) pit stop 3
Maran - Felda Kg New Zealand (12.5km) destination 1/overnight.
Total cycling distance 140 km.



28th March(Sunday)

Solat Subuh (0630 hrs)
Breakfast (0700 hrs-0900 hrs)
Participants on Stand By (0900 hrs)
Flag Off (0930 hrs)


Kg New Zealand - Gambang ( 37.9km) pit stop 1
Gambang - Taman Tas ( 15.7km) pit stop 2
Taman Tas - Kg Batu 12 ( 19.9km) pit stop 3
Kg Batu 12 _ Pekan ( 19.7km) Final Destination.

Total cycling distance 93.2 km.

Mana2 rakan yg berminat rasanya ini kayuhan yg dibuat oleh 9W2IYZ pak mail...juga org yg pernah terlibat dalam kayuhan Pradas ke Ipoh dan juga program ke Melaka...

Sesiapa yg berminat boleh telefon Pak mail...no telefon aku takder..phone dan sim card aku problem daa....

JOM kita ngayuh beskal sampai ke New Zealand...!!!!!

Untukmu Sayangku....

Wahai Para Wanita...INGATLAH .............


1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).(Ok)

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).(Ok)

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.(X Ok)

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.(Kerja,bantu aku,di izinkan)

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).(X Ok)

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s. a. w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."(X Ok,nanti org kata bini aku anti sosial)

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.(he he he)

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.(Aku sentiasa maafkan)

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.(ok)

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.(ok,tak pernah pun mintak barang kemas)

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.(ok)

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.(aku sentiasa memaafkan,bini aku kerja,penat)

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.(ok)

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.(ok)

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.(ok)
_____________________________________________________________________________________
Aku akan terus memaafkan isteriku walaupun dia sendiri tidak sedar akan Perkara2 yg menghasilkan dosa atas isteriku atas kerana kekurangan,tingkah laku,sikap dan sebagainya yang datang dari kelemahan dirinya...

Apabila suami tidak memafkan kesalahan yg telah isterinya lakukan,maka isteri tersebut menjadi wanita yang berdosa..seterusnya menjadikannya seorang ibu yang berdosa..dan ibu yang berdosa itulah yang akan membelai dan mendidik zuriatnya...maka anak2 serta zuriat tadi dididik dari tangan org yg berdosa....

ingatlah isteriku sayangku..."jika manusia itu boleh menyembah selain dari ALLAH,maka si isteri hendaklah menyembah suaminya"-hukama

Besi dah berjaya menelan....

Alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah...penat lelah aku selama minggu lepas mengumpul milleage sebanyak +-400km nampaknya berbaloi...dengan sedikit teknik yang dibekalkan dari rakan2 XL,malam nie,BESI aku berjaya menelan sebijik BESI lain dan jugak sebijik CARBON lain...

Kayuhan di Kota Damansara malam tadi,aku pegang pada kata coach aku..."ko kena kayuh sungguh2 lepas nie jen"...so aku pegang kata coach aku...dan jugak aku pegang kata pada dua rakan yg berkayuh pada raya cina yang lalu dgn aku.."ko henjut selagi daya jen,klu ko krem pun,kawan boleh ambik ngko"....So pada masa perjalanan pergi aku dah pulun dari awal....sampai di bukit utk masuk ke terminal 3,kayuhan aku mula perlahan...tapi aku tekan dan cuba mengikut rapat...aku sampai di terminal 3 memang tak lama selepas rakan lain sampai...kalau dulu,rakan lain dah lepak lama,tapi kali nie tidak lagi...

perjalanan balik aku mengatur strategi.Bukit kanena yg aku panjat,terbukti kantoi lagi pada malam ini...tapi aku berjaya memintas sebijik besi selepas mendaki bukit kanena....kemudian aku mengikuti rapat sebijik carbon sehingga Uturn diTrafic light perabot,walaupun CARBON tersebut cuba standing semasa memanjat bukit perabot mungkin dgn niat nak meninggalkan aku,tapi aku terus mengikut rapat....terus mengikut rapat lagi, sehingga berjaya menelan carbon tersebut DiTaman Warisan...dibukit landai tersebut,aku terus menekan tanpa menoleh kebelakang lagik....

pergh..alhamdulillah..syukur padamu Ya ALLAH memberikan aku kesihatan dan kecerdasan fizikal utk diri ini...memang kena ada sifat bersaing didalam diri kalau nak meningkatkan keupayaan diri...rasanya penat lelah aku berbaloi....jadi,utk BESI dan CARBON yg lain,pesan aku:Hati2...BESI HIJAU ini akan terus mengikut rapat....

Monday, February 22, 2010

Bagi dalam TIDAK...

Case study:

"Afif nie didi bagi duit sepuluh hinggit.."aku bg duit kat afif supaya afif dapat belanja kat sekolah...."wow!!!byk nyer didi bg duit kat afif nie...afif sayaaaang didi" sahut afif..afif seronok bukan kepalang...tak sangka didi nya begitu baik sampai sanggup memberikan afif seploh hinggit utk belanja di sekolah hari nie...."Tapi ada syarat tau...afif kena beli kuih lodeh,bihun goreng dgn air nenas..." pesan aku dekat afif..takut2 afif buat mender yang bukan2..." Tapi didi...afif tak suka kuih lodeh,afif suka karipap..tak pernah pun afif makan kuih lodeh...pas tuh...bihun goreng kat sekolah tuh selalu jer basi,baik afif beli nasik lemak,perut afif pun kenyang..."...jawab afif dgn tanda protes...dalam hati didinya,ish budak nie,baru sekolah tadika dah pandai melawan cakap aku..."dengar jer cakap didi...org dah bg seploh hinggit,jgn nak keras kepala pulak..."didi afif dah mula temper sikit..."ala didi..macam mana nak minum air nenas,masam didi..nanti sakit pulak perut didi...didi tak per la,nak elak kan kaki dari krem,tuh sebab didi bleh minum air nenas kan.."...ish ish budak nie....

hehehehe..itulah case study aku...pandangan aku tentang isu royalti minyak kat kelantan...bagi dalam tidak...ini just pendapat aku...sekali lagi pandangan aku tidak menyebelahi mana2 pihak politik,samaada pihak kerajaan pentadbiran mahupun kerajaan pembangkang...tapi pada aku,tindakan mengawal perbelanjaan duit royalti yg diberikan kepada kerajaan negeri kelantan,akan menambahkan lagi kebencian rakyat kelantan kepada kerajaan persekutuan.

Mengapa tidak diberikan kepercayaan terus kepada kerajaan negeri utk menguruskan perbelanjaan mereka sendiri...biarkan mereka menguruskan wang cara mereka sendiri,apabila terbukti mereka GAGAL menguruskan perbelanjaan wang,barulah pihak pembangkang di kelantan,mesti MEMBUKTIKAN bahawa kerajaan kelantan sedia ada memang TIDAK PANDAI menguruskan wang...TIDAK PANDAI memajukan negeri kelantan...TIDAK PANDAI membersihkan negeri kelantan...dan TIDAK PANDAI menguruskan apa2 pun sepanjang mereka memegang tampuk pemerintahan di kelantan...

Tapi inilah sikap kita..takut dengan bayang2 sendiri..takut utk menyerahkan sesuatu..kenapa..???kerana diri sendiri tahu,apabila wang ditangan...paham paham ajelah ye LABU!!!!!!!!!!!

Sunday, February 21, 2010

Unplanned

Memang merancang utk berkayuh ke shah alam hari nie....aku kuar umah pukul 6.50pagi.memang berniat nak ker seksyen 24 umah 9W2MDY...aku ingat nak checknet kat 40m dgn gunakan set pak mady...

kayuhan mcm biasa jerk..dari setia alam ke umah pak madi kat seksyen 24,lebih kurang 16 km...aku sampai kat pondok umah pak madi,tenguk pak madi dgn aki 9W2AKY tengah kumpul kat pondok..tengah bersiap nak berbasikal...sorry lupa lak,9W2BDZ pun ader...depa planned nak ke Puncak Alam...depa duk kata aku monitor kat frequency..sumpah Lillah aku tak monitor langsung...mana ada set dah...umah ker,dalam kete ker,semua dah tak der...memang hati nak tergerak ke shah alam....

tunggu dalam 40 minit 9W2CYB pun sampai...oklah..aku no hal jerk...boleh follow...kayuhan pun bermula...marshal adalah 9W2BDZ dgn 9W2DNO...kayuh terus ke seksyen 20,lalu kilang CSR sugar terus ke giant..nak lalu GCE sikit pas tuh masuk ke altantuya highway...aku pun tak pernah layan Altantuya punyer Highway..sampai kat shell(dulu projet) depan Politeknik shah alam,9W2AKY punnyer beskal problem...RD tertanggal....so terpaksa dimasukkan kedalam kereta DNO&BDZ...

perjalanan diteruskan...lalu GCE sikit pastuh tukar ke altantuya highway....CYB pun boleh tahan handal nyer jugak....tapi terkejut tenguk dgn kederat Pak Madi siut...kuat kederat org tua nie...salute kat dia...with the ability with only one leg(kaki sebelah lagi tak berapa kuat),dia boleh push panjat bukit with the small gearing...cayalah pak madi...dont compare with me..not saying that im good..but,with the bike,age and training,for sure i'll better then pak madi...thats my advantage...

sepanjang di altantuya aku terpaksa tinggalkan pak madi..bukan apa,sebab aku tak boleh berenti kat bukit.Kalau aku stop kat bukit,nak mula balik memang payah...highway altantuya memang best..boleh main slope..but the disadvantages,you fight with hot temperature and some ridicolous driver...shit...so pit stop aku adalah kat stop bus UiTM kampus puncak perdana...

after about +-15 minute of resting,pak madi pun sampai...wow not bad..this old guy kayuh boleh tahan dan memang terbukti memang handal...not to say that i'm under estimate him,but with the short training,pak madi boleh sampai sejauh nie..rasanya baru dalam sebulan merida dinosour tuh aku serahkan BALIK ke pak madi,but pak madi perfomance make me shock...tenguk aki lah beb..motorcross rider tuh...wakakakaka...after a short while,9W2PON pun sampai...orait bertambah lagi escort car....

dalam masa sama dino mencuba bike aku...hehehehe..jatuh cinta agaknya...sabar bro...rileks,aku dulu pun kayuh dgn beskal nexus,then aku dapat PINJAM beskal merida dinosour dari pak madi..pas tuh,biler dah fokus,baru bini belikan hadiah beskal kat aku...sempat jugak dino mencuba pusing keliling kampus UiTM puncak Perdana...

Perjalanan diteruskan lagi...berdesing kepala dengan cuaca panas dan bahang tar dari jalanraya siut...then sebelum masuk simpang puncak alam,aku berhenti sekali lagi...then lepas tak berapa lama,AKY pun sampai,diikuti dengan CYB..where my Uncle mahadi..???alamak..kaki sudah tangkap..pon tolong rescue pak madi...ok,no problem...terpancar wajah frust pak madi yg tak dapat teruskan kayuhan...

pak madi kata nak sarapan kat Umah 9M2GTR...pergh..panjat bukit lagik...aku no hal jerk...terus jalan sampai petronas sebelah dalam,aku selisih dgn GTR yg jugak berkayuh,mungkin dari rumah....ingatkan dia pusing balik kerumah dia,rupanya tak..so,aku dgn bad pusing balik...then aku masuk ke area kedai kat puncak alam,mungkin depa minum kat kedai mamak pikir aku...alamak takder pulak...so aku tenguk jam dah pukul 11.10 minit pagi...panas makin berdenting...decide utk terus balik ke rumah,sebab aku takder satu phone nombor depa,since my phone rosak and also with the sim card....

elok turun dari roundabout ham kat puncak alam,dino dgn bdz sampai dgn kete,"depa minum kat kedai sana jen.."..alamak..nak panjat balik bukit ham tuh pun dah satu cerita..so aku decide utk terus balik kerumah...

sepanjang perjalanan balik aku layan besit dalam +-30km/h..tak tahan panas dan bontot melecet lagik....

overall kayuhan nie enjoy...sorry guys..MDY,CYB,AKY aku tak dapat tunggu hangpa,tapi tunggu kat depan..kat bukit aku tak bleh tunggu,nanti aku pun jammed jugak...memang kayuhan tak terancang..sebenarnya plan asal aku nak check in kat 40m check net yg dibuat oleh 9M2AU dgn TUMPANG set pak madi..nampaknya memang takder jodoh aku nak main radio agaknya..lain yang dirancang,lain pulak yang jadi.....aku sampai umah tepat pukul 12.00 tengahari..memang berkilat satu badan dan berbelak2..aku clock milleage +- 76km.1st time dapat layan altantuya dan memang layan..thanks guys....

Saturday, February 20, 2010

i'm happy...but....

Habis kayuh,terus sarapan kat Bandar Utama....
Menu:Bihun goreng + Telur
Drink:Fresh Orenge + 100+
Time;10.30 am
Checkup:1.00 pm(Klinik Dr Rosli)
Sugar Level:5.5 (Diabetic)
Medicine:Glucophage 850
LDL:>5.5 (Low Density Lipoprotein)(should be less then 5)

Alhamdulillah lega sesangat..dah 3 bulan strike reading sugar level less then7...
But.........give me 2 to 3 month..i'll promise you my LDL will less then 5.....no more gulai lemak...no kari....no santan food....

Thanks to all my freinds...
Thanks to my coach:Che Din Kumis Hitam,Abg Fuad & Victor...
Thanks to Media Prima Group:Jemsol,Rafalili,Zaidi(awe),Zaimie,Muliadi,Tabah Scoreboard,Jeff,Man Audio,Wahid Senario,Joe Jambul & Azam Kardani.
Thanks To GerexC Group:Cetot Karim,Wan Designer,Amat Jambu & Nasir Nadal.
Thanks To XL Group:Wak Jumali & Sons,Bro Zakir,Adi MSN & Ijat MSN

Thanks for your guidance,skill and knowledge....and the most important.........
.
.
.
.
.
.
.
.
THANKS GOD!!!!!!

Friday, February 19, 2010

Its all about breathing...

Semalam layan citer never back down kat starmovies....citer pasal mua thay in english version ler.....coach tuh cakap "its all about your breathing.."....ko akan dapat energy biler pernafasan ko betul....

pagi tadi..training dgn kapten fuad....memang dera pagi nie...tak der melepak...sebelum kumpul aku dah rolling +-7km...baru pegi MK Fatimah...tenguk bang fuad dah sampai...terus ke rumah wak jumali....sampai separuh tenguk depa dah mai..cantik sgt..hari nie,time management semuanya ok..mungkin sebab ader kapten fuad gamaknya....

ingatkan nak melepak dulu kat MK fatimah..tak..terus rolling....kali nie aku nekad utk follow kapten fuad selagi termampu....follow jer..aku senyap jerk hari nie...3 mender yg aku tengah prctise sekarang nie....kaki mau rapat,punggung tak mau gerak,tekan dan tarik...pergh,pening siut nak ingat 3 mender tuh...kadang2 biler dah penat,memang bercelarau...

pusing kat tesco,tenguk speed dah 28km/h..biar betul kapten nie...jalan lagi...then terus masuk kiri masuk ke sekolah cina...giler sungguh kapten aku hari nie....awal2 dah suruh panjat bukit tangki air....aku tunduk,naik gear,henjut....masa nie cuba ubah bontot...ada sikit rasa ler..tapi tak terlawan dgn kapten fuad...siut,makan muntah kut dia nie....

ingatkan nak melepak atas bukit..terus rolling....masuk ke jalan belakang....dia dah kedepan dgn bro zakir....aku ikut belakang wak jumali....maintain 31 jerk....hari nie aku nak cuba ikut jugak...wak jumali ok laa...maintain pace dlm 31 aje...kalau kapten fuad,dia nampak kita cucuk rapat,lagi dia henjut....sakit siut...jauh jugak maintain kat belakang wak jumali...

sampai bukit jahat....aku dah standby...tekan jen!!!!! kapten fuad duk jerit...tekan lagi!!!! sikit jerk lagi....!!!!300meter jerk....!!!itu jam,aku nampak 300meter dah macam 3km..sayup aku nampak bukity tuh...napas dah macam kura nak lari laju....dah macam tersedu2 pun ader...."sikit lagi jen!!!!50 meter lagi...henjut lagik...!!!!tekan tarik!!! jangan kasi can.....!!!jerit abg fuad...giler betui...macam nak wakil malaysia jerk.....

lepas bukit tuh ingat nak relaks jerk...nak idle..."kayuh jen,jgn stop..kaki mau spin...biar kaki tuh stim.."hampieh betul kapten Fuad nie....ingatkan turun bukit nak ambik upah,takmo kayuh,dia suruh jugak...

itu ler training hari nie....kira byk jugak improve dari semalam..3 teknik tuh aku kena continue lagi....kaki rapat,punggung stay,tekan tarik....tengah kayuh susah nak ingat siut...2 team aku ikut sekarang nie...satu team setia alam..satu lagi media prima & GerexC...sama jerk...

apapun terima kasih pada semua yg sudi ngajar aku,push aku,bg semangat dan sebagainya....tak mo jadi contador pun..tapi aku nak kurus lagi....

Thursday, February 18, 2010

Text me & identify...then you can call..

Pada rakan yg ada menyimpan nombor telefon aku,dan berhajat utk terus menghubungi aku,plz text me...then identify....phone aku jahanam...dengan sim card pun turut jahanam..bukan setakat no kawan2,no telefon bini aku pun hilang....habis semua data dalam tepon tuh hilang....klu setakat h/phone jer rosak tak per lagi,data tuh yg mustahak...

H/p aku pakai..???pakai h/phone murah ajer...nokia torchlight....saper kata tak teringin nak pakai H/phone canggih2..??? biarkan jer lah....pedor dan simpan jer niat tuh.....simpan...simpan.....simpan....simpan......

Wednesday, February 17, 2010

Sombong kah aku????

Semalam berkesempatan utk membawa kereta aku ke tempat cucian kereta di meru..kotor sgt kereta honda buruk aku tuh...hampir seminggu tak berbasuh....sepatutnya kenderaan tuh dicuci sebelum chinese new year lagi.dapat peluang membasuh,aku bawak ke meru...

tempat cuci kereta di meru tuh kepunyaan seorang melayu...aku panggil wak aje..murah bersih dan sebagainya...senang aku basuh dgn wak tuh kerana senang berbual dan berbicara,tak lokek kederat dan sebagainya...anaknya pulak serta dua rakan membantu disitu...

setibanya disana,aku tenguk ada sebuah kenderaan yang sedang dicuci...aku parking kereta aku sebaiknya,lalu turun dan bertegur sapa dgn wak...lama tak nampak katanya...hehehe..sebenarnya aku jarang kesini kerana agak berjauhan sedikit dari rumah aku....selesai membasuh kereta kancil,wak menyuruh kereta aku masuk...semolek molek kereta aku sedang di basuh,byk pulak kenderaan yg dtg ke tempat wak...selesai saja wak mencuci kenderaan aku,ku ambil kunci lalu,diubah ketempat utk mencuci bahagian dalaman pula...jarang aku biar wak utk mengalihkan kenderaan aku...pada aku biarlah aku menolong wak secara tidak sengaja...

lalu ku ubah kereta ku kebawah garage yg disediakan utk mencuci pula bahagian dalaman...3 kereta boleh diletakkan di bawah garage tempat cucian dalaman...ku lihat kesemua pekerja wak agak sibuk mencuci,vakum dan mengelap kereta para pelanggan,kesempatan yang ada,aku membantu pekerja wak membersih sedikit kereta aku dibahagian belakang(maklum ler panjang sikit)....tiba tiba........
........cerita pun bermula........

tiba tiba,dtg sebuah honda city yg tidak berapa baru,lalu meletakkan keretanya dibahagian belakang kereta yg sedang dicuci bahagian luarannya.....pemilik city tersebut meletak kenderaan dengan cara yg tidak molek dgn memblok kenderaan lain...pergh...riak mukanya menampakkan seorang yg sombong pada pandangan mata kasar aku....dengan muka separuh riak,dia memberikan kunci kepada aku...."tolong parking kete gua,lepas tuh,lu basuh luar dalam..gua nak cepat..."aku diam jerk....apa aku buat...???

dengan slumber aku campak kunci kereta dia dalam tong sampah yg dekat dgn aku...."sombong!!!!!"...itu perkataan yg keluar dari mulut aku.....lalu aku terus membantu anak wak mengelap kereta aku...pemilik city tersebut mengambil kunci dalam tong sampah tadi lalu menghampiri aku.."sorry bang,wa ingat lu tukang cuci kereta tadi..."..pergh...lagi sedap aku nak sekolahkan mamat nie...."allo bro,klu wa budak cuci kereta sekalipun,lu tak der rasa hormat ker...????parking kete ikut suka suki lu jerk.."....."tau ler 9 hinggit jer cuci kereta,nie,tapi salah ker kalau lu parking kereta elok2,at least lu mudahkan orang lain...dan hormat bila bercakap bro.."....sambil tuh tangan aku dah standby klu apa2 nak jadi...brader tuh senyap jerk....wak yg ader kat situ senyap jerk.....brader tuh terus blah macam tuh jerk....mungkin dia blah sebab dia dah salah org...mungkin jugak dia blah sebab dia rasa dia salah...mungkin dia blah sebab dia malas nak layan aku...apapun,pada aku yg alami keadaan tuh,memang terasa benar percakapan sombong yg keluar dari mulut brader tuh...

herm..aku pun tak tau,tindakan aku betul ker tak....aku yang sombong atau pemilik city tuh yang sombong...????tapi itulah sikap masyarakat sekarang.aku pun tak tau nak ulas macam mana lagik...setengah org akan cakap,"dah itu tugas depa,biarlah depa buat,aku bayar lah.."...sesetengah pulak akan cuba bantu apa yang termampu....aku pun tak paham..tapi apa yg aku paham,tak salah kalau aku menghormati orang lain...biar siapa pun org itu,tak salah kalau kita menghormatinya...wa'ima org gila sekali pun,pada aku,kita perlu menghormatinya....kenapa...???kerana org gila itu sudah dijanjikan tempatnya disyurga...kita,bagaimana...????


Tuesday, February 16, 2010

Balik Kampung..

cuti raya cina manfaatkan masa utk balik kg....lama tak jenguk abah kat Tapah..kali nie decide utk tido tapah dulu,pas tuh baru balik sauk....punyer ler jalanraya sibuk...kuar umah pukul 3.00 petang,pukul 7.00mlm baru sampai Tapah....pergh...ayong pun ada balik sekali..so rumaha tapah penuh dengan cucu cicit nampaknya...

esok pagi pegi market dengan YANG..ayong plak pepagi dah bangun buat spaghetti...YANG teringin nak makan kari kepala ikan...pergh...boleh tahan regenya....beli kepala ikan merah,pastuh beli ayam kat kedai abg meme....yang lain abih semua aku lupa.....ghalit tenguk yang beli barang2 utk restoran dia.....pegi kedai cina,tenguk cina ada meniaga...aku tanya..."tokey..lu tak raya ka..???"..tokeh tuh jawab.."klu poket penuh,hali2 bole laya.."...itu ler cina....hari raya pun depa niaga....aku tenguk kedai melayu byk yg tutup..tapi kedai cina jalan jugak....

tengahari kami anak beranak makan kari kepala ikan bini aku masak...kira bini aku dah kondifen sikit la,kalau nak masak byk..klu tak dulu..ader kureng sikit laa....punyer ler byk aku makan..tuhan aje yg tahu....

SAUK....
bertolak dari tapah pukul 3.30 ptg..terus ke sauk.....sampai sauk dekat pukul 5 ptg....terus ke dapur aku betul kan mak mentua aku punyer filter air zhulian dia...hos getah dah byk yang pecah..dah sama kes macam umah aku...so nampak satu kedai yg jual hos pressure kat kelang..so aku modified sikit...klu nak beli spaprepart kat zhulian memang mahal tak ingat...aku beli hos tuh baru rm1.30 semeter...pakai dalam 6 meter....alahamdulillah maka mentua dah boleh pakai filter air dia....

tercium bau ikan pekasam...alamak...air liur aku dah meleleh...laparnya....lama dah kiranya aku tak ambik nasik waktu malam...tapi biler balik kampung hasrat berpantang aku lupakan sementara....ikan pekasam,lawan pulak dengan dalca kambing yang pak sahak masak....pergh..memang malatop!!!kena pulak gulai lemak keladi...Ya ALLAH...sabor jer lah....tapi aku makan sepinggan jerk...adik ipor aku yg kat ipoh tuh,suruh tambah..tapi aku diam ajer....nie pun kiranya dah langgor pantang....

sembang punyer sembang,adik ipor aku kat ipoh dah beli beskal jugak..wakakakaka...gelak aku..dia pun tak tahan tenguk aku dah kurus...baru seminggu ngayuh beskal...dapat turun dlm setengah kilo...bagus....!!!!aku cakap,nak bersukan tak boleh ikut kawan..diri sendiri kena kuat...dia kata segan nak kayuh...takut org nampak...kawan2 dah mula gelak...aku cakap pedulikan...diri sendiri akan rasa perubahan biler bersukan....dia ada jogging kat kledang...pergh ada uncle yg boleh berkayuh terus panjat kledang tuh..aku pesan,kalau nampak CUBE merah putih panjat kledang tuh,ringan2 kat mulut utk bertegor....tapi segan katanya...beskal dia murah ajer....

Pagi esoknya,aku kuar umah pukul 7 pagi..pakai kasut terus ke padang sekolah kat umah mak mentua aku...wakakakakaka..aku nampak adik ipor aku berjogging...cantik....aku terus joint...tapi adik ipor aku,pakai selipar ajer..katanya,sayang nak tidor,bila dah mula sukan,rasa rugi klu tak bersenam.....orait...aku cakap,len kali sentiasa bawak kasut kemana2..nak jogging atau tak,itu perkara kedua...yg penting bila nak bersukan,mende ada....

target aku nak pusing padang dalam 10 round...aku tenguk adik ipor aku dah tercungap...dia duk tenguk aku maintain ajer....so aku cakap,tak perlu lari laju...nama pun jogging,cukup sekadar kita jog sahaja...kalau sekejap berlari,then berenti...lari berenti...tak guna jugak...pada aku,try maintain utk guna jantung..berapa lama boleh bertahan....itu lagi penting...so dia try follow aku...hehehe...dapat ler dia ikut dalam 6 round lagi...dulu adik aku nie kurus jerk..tapi sebab bini dia pandai masak,itu yg badan macam dipam2...bini dia kalau buat pajeri jantung pisang memang malatop....argh..makan lagik...

kami stop jogging dalm pukul 8.30pagi....sampai depan umah..pak mentua aku senyum aje,tenguk kami berdua,berpeluh2 bersenam...pak mentua aku.....???handal beb...umur dah 68 aku rasa...tapi kederat memang power...boleh panjat bukit ambik durian sehari 3 kali....aku..???panjat bukit tuh sekali jer..pastuh demam urat 3 hari..tobat takmo pegi dah...memang pacak bukitnya...muahahaha...mak mentua kat dapor kata,kalau pegi menebas kat kebun lagi berpeluh2....pergh..tak sanggup siut...nak bawak helikopter menebas kat kebun getah pak mentua aku....bergegagr satu badan...nampak macam senang jer org mesin rumput...aku mpernah try...mesin dalam setengah jam....balik umah,pegang cawan,menggeletar siut....nak mandi,pegang sabun asyik terlepas jerk...memang kuat getaran wooo..tuh sebab,bila aku tenguk org bawak helikopter(mesin rumput) aku salute kat org tuh..bukan calang2 kerja...

pukul 10.00 aku bawak along afif dgn angah dzikri mandi manda kat lata kekabu...dulu pernah janji dgn depa..tapi sebab tak sempat,tak jadi pegi...kali nie,kena bawak jugak deme berdua...memang sejuk ayornye weih...pesi badan dibuatnya....tapi tempat tuh,selalu byk kes lemas...deme mandi yang belah atas...ader ayor terjun bertingkat kat belah atas....aku bawak anak2 mandi belah bawah ajer....selesai mandi dalam 11.30 pagi..terus aku bawak anak2 balik kerumah....

masuk ajer rumah dah tercium bau,gulai kurma daging...aduhai...malatop lagik....kena pulak dengan pekasam semalam uyg isinya dah hancor..ya ALLAH,sedapnya....ceduk nasik sendiri,terus makan...ader pulak pucuk jagus,cecah pulak dengan sambal nyor(kelapa)memang lagi mantop....aku henjut sepinggan setengah..bini senyum ajer....siut betulla...klu macam nie,tak boleh selalu balik kg,memang jahanam diet aku....

lepas makan terus tersandor tepi dinding.....layan mata kejap...sedor2 dah pukul 2.30...aku siap terus balik ke KL...byk lagi program kat kampung yg boleh kongsi..tapi tak larat nak menaip.....masa kat kampung aku penuh pengisian....makan,berkelah,senda gurau,makan..tido..makan....ish...bestnya di kampung....

Saturday, February 13, 2010

3++,krem yang ku cari....

Dah nak masuk 3 bulan ++ aku berkayuh dengan Merida HIJO nie....ler nie baru sampai umah setelah berkayuh hampir 40km dengan 2 org rakan....terpaksa dirahsiakan nama 2 org tuh atas sebab2 tertentu....kayuhan macam biasa....cuma sampai disuatu bukit jahat atau bukit "kanena",aku dihanjingkan oleh 2 rakan tersebut....

Punyalah aku pulun tunduk sebab nak kerabat bukit "kanena" tuh,dari belakang 2 org rakan aku potong...berkayuh sambil tangan dilepaskan...Ya ALLAH....punyer ler aku hangin,aku duk pulun nak kerabat bukit,depa duk nyengih potong sambil berkayuh lepaskan tangan....sabor jerlah..mental aku terus drop,gedebuk jatuh terjelepuk..tenaga yg aku kumpul utk panjat bukit kanena tuh,tetiba jer hilang.... kemudian,kayuhan terus santai...2 org rakan nyegih lagi kat aku...gua no hal...baguih kawan2 aku buat macam tuh..baru terasa diri aku nie tak sekuat mana lagi...masih byk lagi yg perlu diperbaiki dan dipertingkatkan...kadang2 apabila kita dikutuk dan dibuat sedemikian rupa,boleh timbul semangat dalam diri...itupun kalau yang sudi menerima secara positif....aku terima dengan positif dan hati terbuka...memang aku tak nak masuk berlumba pun,tapi sampai bila kita akan dilihat dan diukur sebagai batu kelemahan utk org lain....

habis berkayuh,minum bersama 2 rakan tersebut...hehehhe..."aku pernah rasa apa yg ko rasa jen"...aku senyum..."dah tiba masa ko kena pulun berkayuh"....bila kayuh hari isnin dan rabu,ko kena ikut geng depan....sampai bila nak kayuh santai.."....ko ikut selagi yg termampu....ko cuba teknik macm nie pulak"....*toooootttt*(teknik terpaksa dirahsiakan sehingga aku mencubanya)...."ko kena cari krem"...apa..??? kena cari krem....???alhamdulillah sepanjang aku berkayuh,tak pernah lagi merasa krem,bukan nak riak ataupun takkabbur,aku kalau boleh memang nak elak utk krem..sekali krem,memang teruk siut..."krem,maknanya,urat ko tegang..ko push sampai limit,selagi ko tak krem,maknanya ko tak paksa sampai limit laa.."...

aku terdiam...betulaa aku rasa,sebelum nie,klu kayuh,aku akan berhenti push bila dah lenguh,takkan henjut dah...herm...sepanjang perjalanan balik kerumah,aku duk terpikir,macam mana rasanya krem masa kayuh...klu masa tidur,ada la 2/3 kali kena simpul mengkarung...macam tuh gamaknya sakitr krem,pikir aku....bukan apa,masa lepas training hari jumaat dgn kengkawan kat setia alam,abg fuad duk cakap.."takut hang tak terikut kami berkayuh pi kuala selangor jer jen...depa TARIK boleh tahan.."kata abg fuad...aku paham...sat gi klu kita sampai lambat,takut kawan2 yg lain risau la pulak..ntah jadi apa2 kat belakang..."tapi klu nak merasa jom la...abg jumali boleh cover,TARIK dalam 28km/h"...pergh..tak sanggup aku..sat gi aku lembik,depa terpaksa tunggu aku...takmo diri aku jadi batu penghalang utk kawan2 lain daripada terus memecut laju....

Apapun aku simpan semangat dalam hati...insyaALLAH satu hari aku akan cuba ikut depa nie....akan ku cuba utk berkayuh ikut depa satu hari nanti...dapat saing pun dah cukup baguih...mau maintain average speed 30km/h..bak kata ijat MSN,"klu roadie berkayuh bawah 30km/h,kayuh dengan pompuan jer bro...."itu kata2 semangat utk diri aku....

Apapun semua ini adalah pembakar semangat...seronok biler dapat capai target yg kita nak...Ya ALLAH ya tuhanku kuatkan semangat hambamu ini..berikan diriku kekuatan dan kesihatan...dan tak lupa...terima kasih pada 2 rakan yang sudi kongsi dan bg galakan serta semngat utk aku....tunggu perubahan dari aku......adios....the next contador will born....muahahahahahahahaha!!!!!!

Friday, February 12, 2010

Kalau dan angan2....

Bukan nak masuk lumba pun...saja2 seronok tenguk menda nie...maklum lah hobi dah ke sini....simpan angan2,mana tau jadi kenyataan....mana tau kut dapat hadiah harijadi salah satu daripada gambar kat bawah nie.....tapi tak berbaloi jugak...kaki bukannya kuat sgt pun....tak rasa perubahan kalau tukar this type of frame...so makna kata,KUATKAN KAKI HANG DULU!!!!! Dah ada kawan pakai frame nie....menarik tertarik keu memnag dabomB!!!!kira murah la,kawan aku dapat...ader org terdesak nak jual....untung kawan aku tuh... Yang nie pulak tak dak kengkawan pakai lagi....superb jugak...memang terliur ler nak beli yang baru....memeleh air peluh satu badan pun,belum tentu boleh dapat....

Yang nie pun dah ada kawan pakai...pun dapat harga special...rezeki dia....ringan wooo...member aku tuh dulu pakai Merida 901 jugak..pastuh upgrade body....tersadai ler body merida tuh kat umah...



Frame nie plak ada budak kota damansara dah pakai...tapi yg dia punyer kaler putih...ntah berapa hingit rege nya,aku tak tau...boleh tenguk barang nie kat due roda extreme kat area les copaque(upin ipin) punyer opis kat shah alam...katanya ada sale...dia dah bawak masuk model 2010...


Tak pernah lagi tenguk kawan2 pakai frame scott...apa jenis scott pun belum pernah tenguk lagi...agaknya kawan2 tak minat kut.....
Muahaha..tak tau nak buat en3 apa sebenarnya....mungkin rezeki aku,kat proton TsprintR jer kut...itu pun dah cukup baik kalau boleh dapat...saja ja,pasang angan2...kaki bukannya kuat sgt pun..duk main average 25km/h jerk...org kata,klu average bawah 30km/h,kayuh dengan pompuan aje lah....alahai...kusamnya kaki....

Thursday, February 11, 2010

Masalah....Mas Alah...Masa Lah...Masa ALLAH..

Sambil berbaring di sudut katil bersama isteri dan anak2...

"ummi ada mender nak cakap la didi...."...haaa apa dia..cakap ler,didi dengor,tanya aku pada xyl..."Tahun depan rasanya nak tukar kereta laa...."

Glurp....tuh dia aih....telan air liur...aku ambik bantal terus tekup muka aku,buat2 tido...serabut dtg.....

Wednesday, February 10, 2010

Tahniah!!!

Nak ucapkan tahniah kepada Menteri Besar perak yg sah...tahniah diatas kemenangan diMAHKAMAH...semoga anda dan pasukan dapat memerintah PERAK DarulRidzuan kearah negeri yang lebih harmoni,maju dan sejahtera....
Pada Datuk Seri Nizar...teruskan perjuangan dalam membela rakyat..anggap ini satu dugaan dari yg Maha Esa ke atas anda.Percayalah,sesuatu yang berlaku ada hikmah disebaliknya....
Semoga negeriku Perak terus maju,aman makmur dan bahagia....

Sunday, February 7, 2010

Kayuhan Kapitan Jemsol Untung

Kayuhan hari nie memang memeritkan..hampir sama dengan kayuhan interstate malakoff...bermula dari taman putra prima puchong-cyberjaya-pinggiran putrajaya-salak tinggi-simpang einstek-SIC dan kemudian loop semula di roundabout kat masjid highway nak ke KLIA...route rahsia bagi si zaimi,semasa persediaan beliau utk ke interstate malakoff...patutla si zaime power siut masa malakof....

sepatutnya aku berkayuh ke janda baik bersama man,wan GerexC dan juga Amat jambu..tapi sebab racunan ayat dari lili yang membuatkan aku mengubah haluan mengikut perancangan kapitan jemsol yg sentiasa mau untung.....wakakakaka...disertai oleh 5 rider tegar dan seorang rakan yg juga agak baru...kapitan jemsol,lili,muliadi,zaimie(tuan umah),aku dan seorang pendatang baru,azam kardani...

laluan agak penat selepas melalui bandar salak tinggi...tak sempat nak tenguk kiri kanan sangat..tetapi laluan agak beralun diselang selikan dengan bukit yang agak jahat...bukit jahat nie,sebenarnya sejenis bukit yg tak pacak sgt,tapi terpaksa mendaki panjang.....mental bertambah tercabar apabila lili,jemsol muliadi,suruh aku berdiri apabila mendaki bukit...baru jer aku berdiri dan mengayuh 2,3 pusingan depa dah berdiri jugak...hampieh...mental jiwa aku...

bertambah mental jiwa aku,apabila kesemua rider mula idle...berdesing telinga,bila mendengar bunyi seal bearing dari setiap basikal rider2 yg lain...takper..lain kali aku nak potong zink,pastuh nak selak kat celah rim aku...baru korang tau lagi kuat bunyi seal bearing zink aku...apapun kayuhan kali ini,kapitan menyuruh aku mencuba mengguna piring yg besar utk gear sebelah depan...kayuhan lebih bersahaja,dan perlu menguatkan kaki lebih lagi,supaya pace dan pedalling stroke aku sentiasa dalam rythm yg betul...

kedudukan rider apabila semakin hampir ketempat tamat semakin berjauhan...dekat 3km jugak la aku sesat....so makna kata,milleage aku lebih byk dari diaorg laa...muahahahaha...sampai ke rumah zaimie,rider dihidangkan dengan air bandung soda dan juga air sirap O...pergh...memang berlenggeng...tenguk meter...98.6 km....mangai!!!!!Alhamdulillah semua rider selamat dan tidak berlaku sebarang insiden buruk....sorry gambar tak ada erk...cameraman si cetot karim tak joint ini kayuhan...

Thanks to zaimie....rumah ngko kami buat macam hotel jerk..mandi,berak dan sebagainya...nasib baik tak sempat basuh kain...

Thursday, February 4, 2010

7 perkara rokok

7 yg best biler berenti merokok
1.duit save sikit la
2.mulut,tangan,pakaian tak bau rokok la...
3.kereta tak bau laa...
4.abu dan puntung tak merata2 laa...
5.nafas panjang sikit jaa...
6.tak gelisah bila putus rokok...
7.bini suka...

7 yg tak best biler berenti merokok...
1.nikmat merokok lepas makan...
2.berak kurang feel...
3.kawan2 duk sua rokok pree...
4.takleh lepak kat kedai mamak lelama...
5.klu menunggu org,tak tau nak buat apa...
6.kurang macho laa...
7.cepat rasa marah....

Wednesday, February 3, 2010

Check Up

Blood pressure:130/90
Sugar level:7.3
LDL & HDL:blum tau..minggu depan nak pi buat...

pegi check up tadi..alhamdulillah diabetis dah mula ke paras normal..syukur padaNYA...7.3 dengan makan ubat dan sarapan pagi pukul 8...alhamdulillah..need more cocentration to control diabetic disease(klu bleh nak kurangkan ubat)...so doktor kata,tak perlu ambik insulin,ubat dah mencukupi....pergh lege nya aku...tak perlu nak mencucuk diri sendiri hari2....

but....blood pressure agak tinggi...yg atas dah ok..yang bawah tuh sepatutnya 80 ajer...adeh..satu penyakit dah kontrol,darah tinggi la pulak,harap takder apa2...doktor suspek sebab aku berdebar masa buat test...mana tak berdebar siut,tak sanggup nak cucuk insulin hari2...so next week kena dtg lagi

But nexy week dtg kena buat LDL dan HDL...menatang apa tuh...Low Density Lipoprotein dan High Density Lipoprotein..senang cerita kolestrol jahat dan kolestrol baik.....kalau boleh LDL mesti less then 5.2..critical biler above 6.5...ish gabra lagik...nampaknya kena mula makan oat balik..adeh..tawarnya.....



Tuesday, February 2, 2010

Teringin kenny rogers

Afif:didi...along teringin makan ayam kenny rogers laa..
Didi:oh yer ker..petang nanti didi buat ok...along tak kisah ker...???
Afif:tak kisah..janji ayam macam kenny rogers....
Didi:ok..mlm nanti didi buat ye sayang....

hehehehe...teringin nak makan ayam kenny rogers yerk...??? kalau sekor kat kenny rogers tuh rm34.50,aku beli 6 ketul ayam bahagian peha yg beratnya 1.8kg baru rm 16.50...keh keh keh...tapi rasanya,tak ler sjibik macam kat kenny rogers tuh.ader ler rasa sikit2 ajer...
ini ayam yg diadun dan nak dimarinate...sepatutnya marinate selama 1jam setengah..tapi disebabkan takut anak2 tak sabor menunggu..aku perap setengah jam ajer....yang kaler gelap tuh HP barbeque sos + sos tiram...
hehehehe..ayam yang telah dibakar selama 34 minit...kurang gelap,sebab marinate tak cukup lama....nampak kaler pucat sikit...risau jugak kalau2 mentah isi didalamnya...

muahahaha...anak2 dah mula berebut biler tenguk ayam dikeluarkan...nampak berkilat kan..????itu bubuh madu daa....baru nampak berkilat sikit...tapi jgn letak byk..nanti kencing manis wooo....


alhamdulillah tak mentah...sedang molek pembakarannya...bini aku jeles,sebab aku perap tanpa ada dia disisi..keh keh keh,...klu dia boleh berahsia tenteng resepi2 yg dia buat,sekarang giliran aku pulak...muahahahaha...afif puji tak ingat kat aku.."cayalah didi,memang ada bakat jadi tukang masak la didi nie..."..aku senyum jerk...puas hati tenguk anak2 meratah ayam,hasil dari air tangan aku...
resepi
1.bawang besar 2 biji
2.bawang putih 4 ulas
3.halia besor ibu jari
4.kiub ayam 1/4 dari seketul
5.mix herbs McComick
6.lada hitam ditumbuk(secukup rasa)
7.HP barbeque sos
8.sos tiram 2 sudu teh.
9.madu
bahan 1-4 blender..jgn campur air tau!!!!perap sejam setengah...

Ketagihan,Kayuhan & Kematian

Ketagihan
Hari nie tak ingat,hari keberapa aku berhenti merokok.....alhamdulillah takder pulak rasa teringin nak hisap rokok..syukur padaNYA...Terima kasih jugak buat Isteri dan Along Afif yg banyak bagi galakan dan semangat...Didi bukan perokok tegar sekarang nie....semakin mengamalkan hidup yang sihat....rasanya klu duduk dgn kawan2 yg merokok pun mungkin tak menjadi masalah kut..keinginan diri aku utk merokok sekarang nie dah kurang...kalau dulu lepas makan mesti cari rokok,sekarang alhamdulillah tak perlu....kalau dulu nak buang air besar mesti pegang rokok,sekarang dah tak payah menung lama2 utk mencari ilham...

Kayuhan
Jumaat lepas solat jumaat,berjumpa dgn abg Fuad,otai kayuhan kat setia alam...sabtu dia ngajak kayuh ker Tg Karang dgn Shahrin Ahmad(sape ntah) bermula dari saujana utama.Hari ahad pulak dia info ada kayuhan jelajah Meru....sabtu tak dapat nak joint sebab ada program kerja dan aktiviti keluarga....lagipun takut jugak nak joint geng abg fuad nie...depa kayuh laju sesangat...average dalam 35km/h..tak terkejar aku....lagipun aku cukup selesa berkayuh dgn team media prima dan GerexC,walaupun aku akan tertinggal jauh....

sabtu petang terus jumpa organizer...rm25 jerk..dapat tshirt,mineral dan roti..kira ok lah....resit plak takder,nanti hari event dia bagi....Ahad pagi terus ke taman meru 4..mula kayuh dari umah...sampai pukul 7.18pg takder org lagi....urusetia sekor pun takder..katanya,mula pukul 7 sampai kul 8 kaunter pendaftaran akan dibuka...hehehehe..biasalah....sensorang jer aku kayuh..majoriti bawak MTB,depa ingat offroad,tp dah konpom laluan semuanya onroad.majoriti rider melayuh..ada gak jumpa siong kedai basikal kelang....

route menarik...+-40km...biasa jerk..yg mencabar dekat dragon back dan jirat cina....jalan tak berapa cantik...berlubang dan kasar..sib baik rim murah,sesaper yg pakai fulcrum ker,duraace ker,Mavic SL ker,konpom cepat jahanam....selesai kayuh jam 11.45pagi...lepak kejap terus aku balik umah....penat jugak...

Kematian
sampai umah tenguk Hphone.ada Dapat sms dari otai mus dan bawi...bapa abg omzoof dah meninggal...sempat jugak melawat petang jumaat lepas solat....dah lama sakit..kanser paru2...kesian gak,sebab tak bleh tidur baring..klu berbaring,arwah akan semput...abg omzoof nie kira otai dlm kelab kete yg aku joint dulu...kira macam penasihat tetap la...very cool person..jarang bercakap dan bagi pendapat.Tapi bila sekali keluar point,memang bernas sekali....

herm,badan memang penat,tapi biarlah...gulai lemak lampam dah hidang kat atas meja....mandi terus bersiap....sib baik dah tau rumah sebelum nie....jangka kebumi lepas zohor....masa sampai jenazah dah masuk kedalam van..nak dibawa ke masjid utk disembahyangkan....terus ke masjid di ss3...

selesai solat ingat nak balik...sebab tak tahu jalan nak ke tanah perkeburan bukit Kiara...tak perlah,klu berselisih dgn van jenazah,aku akan ikut.klu tak jumpa aku terus balik...alhamdulillah nak jadikan cerita elok kuar simpang perumahan SS3,nampak kete jenazah..terus cucuk rapat....sampai jugak dan sempat jugak memberi penghormatan terakhir utk arwah...moga arwah ditempatkan bersama org yg beriman....

Kesimpulan
masa dengar talkin aku terpikir,kalau aku matilah dalam masa terdekat nie,camner gamaknya...???ish terlalu byk perkara yang aku tak selesaikan lagi....macam2 yg terlintas kat kepala otak aku....pastuh org masjid..???nak ke org masjid/surau dtg umah aku..???jarang sesangat aku tunjuk muka kat surau umah aku...so nekad nak buat tambah satu lagi perkara...jom ke surau....sekurang-kurangnya aku nak dapatkan maghrib dan isyak di surau....