Wednesday, October 28, 2009

Tragedi Perkhemahan Di Pos Dipang...

Macam2 cerita yg boleh dibaca dari bloggers dan sebagainya...tapi yang pentingnya,aku turut bersedih atas kejadian yang berlaku.Bayangkan kalau yang terlibat dalam kem tersebut adalah darah daging kita sendiri..apa perasaan anda....????

Apa yang berlaku sebab musabab boleh dicari..sama ada keadaan struktur jambatan yang tidak bagus,design yang tidak betul ataupun penggunaan bahan yang tidak baik.Tapi aku tak suka mengulas tentang struktur jambatan atau sebagainya,aku suka melihat dari sudut sains....

Dalam fizik,setiap benda mempunyai frekuensi tersendiri....manusia juga mempunyai tahap frekuensi tertentu bergantung kepada individu...Frekuensi setiap bahan adalah berbeza strukturnya antara satu sama lain..Frekuensi setiap bahan itu dipanggil Frekuensi jati atau Frekuensi Tulen...

Sebagai contoh,sebatang pokok tidak semestinya akan tumbang dengan kelajuan angin yang terlalu laju dan kuat..tetapi apabila sesuatu angin menolok pokok tersebut hampir sama dengan frekuensi jati pokok tersebut maka pokok tersebut pasti tumbang...dalam kes ini,saya tidak mengetahui keadaan atau senario yang berlaku keatas jambatan gantung yang runtuh...tetapi apabila 30 org beratur utk menyeberangi sungai melalui jambatan tersebut,pastinya jambatan tersebut akan tumbang..mungkin jugak sebab berat keseluruhan pelajar yg tak mampu ditanggung oleh jambatan tersebut atau mungkin juga disebabkan frekuensi jati yang dihasilkan oleh para pelajar tersebut...

Bagaimana pelajar tersebut menghasilkan frekuensi jati??? Frekuensi yg dihasilkan adalah dengan hentakan kaki pelajar semasa melalui jambatan tersebut..tidak perlu menghentak kaki dgn kuat semasa berjalan,memadai dgn berjalan perlahan dan dengan kuantiti pelajar yg banyak,frekuensi yg terhasil juga akan menjadi tinggi...

Apapun ini hanyalah pandangan dari sudut lain....berpikiran positif atas apa yang berlaku...jangan terlalu menuding jari,dan mengatakan tujuan program itu tidak bagus..kita hanya merancang,tuhan yang menentukan..segala yang berlaku pasti ada hikmahnya...

No comments:

Post a Comment