Wednesday, June 17, 2009

Konflik Personaliti

Mungkin menjadi satu sifat dalam diri sendiri untuk merasakan kecenderungan terhadap sesuatu perkara.Tetapi apabila kecenderungan itu mula membuak dan menyala,dan semakin bertambah hari demi hari,mula timbul perasaan terlalu mengetahui sesuatu perkara tanpa perlu merujuk.Mungkin merasakan diri sendiri terlalu lemah dan hina jika bertanya tentang persoalan yang diri sendiri tidak mengetahui jawapannya.Namun,apabila difikirkan maruah dan martabat diri,kita sanggup menggangap diri kita mengetahui pelbagai benda yg sebenarnya kita sendiri tidak tahu.Mengorbankan rasa ingin tahu atas sebab ego ataupun tidak mahu dipandang rendah.


Bukanlah untuk ditujukan kepada sesiapa atau individu tertentu,tapi ianya lebih kepada mengingati diri sendiri.Berpijak dibumi yang nyata dan langit akan terus cuba digapai.Namun, dalam pada ingin menggapai langit jangan pula lupa dimana bumi tempat dipijak.

Sebenarnya amat susah untuk menanyakan satu soalan yg menampakkan kelemahan atau kekurangan diri.Lebih selesa jika mengaku bahawa mengetahui segalanya,walaupun kadang2 ianya menipu kebolehan diri sendiri.Tapi selagi bernama manusia,sifat ego tidak boleh hilang dalam diri.Oleh kerana sifat ego yg amat sukar dibuang dalam diri,sanggup untuk tidak mengaku tidak tahu dengan bertanyakan soalan yang sebenarnya boleh memberi satu kepuasan kepada diri.Malu untuk bertanyakan soalan yg boleh memerangkap diri sendiri dan sanggup memperjudikan kepuasan diri.Namun,apabila buah fikiran dikeluarkan,tahu pula itu dan ini.


Percayalah,rasa hormat itu bukan sekadar datang apabila mengaku bahawa mengaku mengetahui segalanya,tetapi rasa hormat juga boleh datang dengan perasaan rendah diri dan sebagainya.Tidak perlu menjadi terlalu bossy didalam sesuatu perkara,kadang2 perlu menjadi pencacai untuk memiliki sesuatu.Yang bertanya itu kadang2 lebih banyak mengetahui sesuatu dari yg mendengar dan yang mengaku tahu.......

No comments:

Post a Comment