Thursday, June 18, 2009

Peperiksaan RAE khas untuk VIP ??????

Setelah mendapat tahu dari rakan SWAL yg pergi ke ceramah RAE yg dianjurkan oleh MCMC di intekma resort shah alam saya mendapat tahu,bahawa akan dijalankan satu peperiksaan khas utk kalangan VIP.Dengan merasakan sesuatu yg tidak setara akan berlaku didalam dunia amateur,saya terus menghubungi pihak MCMC melalui email:Berikut adalah Email saya kepada pihak MCMC berserta jawapan atas email saya:

*************************************************************************************

From: saiful firdaus [mailto:9m2jen@gmail.com]
Sent: Wed 6/17/2009
11:37 AM
To: Aduan SKMM
Subject: peperiksaan rae untuk VIP

Salam

Saya mendapat tahu bahawa akan dijalankan satu peperiksaan RAE khas akan dijalankan untuk VIP.

Persoalan saya:

1.Apakah tujuan diadakan peperiksaan khas untuk mereka?

2.Mengapa perlu diberikan keistimewaan kepada mereka,sedangkan didalam hobi amateur,setiap pemegang callsign adalah sama untuk setiap amateur yang berlesen.

3.adalah lebih baik jika pihak MCMC memberikan kepada mereka callsign secara anugerah kepada mereka,supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pemegang calsign amateur.Ini adalah kerana pihak MCMC mungkin mempunyai kuasa untuk memberikan callsign secara anugerah untuk mereka.

Sekian

9M2JEN

************************************************************************************

Saudara Saiful,

Terima kasih kerana menghubungi kami dan bertanyakan persoalan tersebut. Walaubagaimana pun saya ingin menjelaskan kedudukan sebenarnya kerana saya dapati saudara telah agak terkeliru dalam hal ini. Sebenarnya TIADA RAE khas yang dijalankan utk VIP. Ianya adalah RAE yang sama seperti yang orang lain duduki. Ianya juga dijalankan serentak dengan RAE utk org lain, dan apa yang berbeza hanyalah tempat peperiksaan tersebut dilangsungkan. Utk makluman saudara, peperiksaan RAE telah diadakan di beberapa tempat serentak diseluruh negara mulai tahun 2002 lagi. Malah pada RAE 2008-1 pada 24 Jun 2008, bagi wilayah timur, kita adakan di dua lokasi berlainan iaitu Kolej Multimedia Timur dan Primula Beach Resort.

Peperiksaan tersebut diadakan bagi memenuhi kehendak Akta dan Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang tidak memberi pengecualian kepada sesiapa pun bagi melayakkan mereka memohon penguntukan radas stesen amatur (ASAA). Untuk layak memohon ASAA, mereka mestilah lulus RAE. Kalau ada sebarang pengecualian, pasti kami akan gunakannya.

Semoga penjelasan ini membantu dan diharapkan agar saudara sudi menghubungi kami bagi mendapatkan maklumat yang tepat dalam sesuatu perkara sebelum membuat sebarang rumusan. Sekiranya saudara masih keliru dan perlukan penjelasan lanjut, sila hubungi saya ditalian 03-8688 8247 atau e-mail naz@cmc.gov.my

Terima kasih & Salam

Mohamad Nazir Osman

Pengarah

Bahagian Teknologi, Standard dan Rangkaian

*************************************************************************************

Bagi rakan amateur yg ingin seterusnya mengajukan soalan kepada pihak MCMC boleh terus bertanyakan kepada pihak yg bertanggungjawab melalui talian telefon yg telah diberikan

Jangan berbunyi dibelakang dan mengomol dengan kawan2 tanpa mengetahui dengan detail.Segala permasalahan terus diajukan kepada pihak yg bertanggungjawab.

Amateur born 4 Amateur
=======Ab4A=======
9M2JEN

2 comments:

  1. aku pun slalu dengar citer2 camni,dengan ade nye jawapan camtu dari mcmc maka terjawablah persoalan tersebut b

    jika betul sekalipun buat ape nak amik exam lagi..bagi free dah le..

    hehe tp if cw camne plak?? ade gak ke cw test vip??

    ReplyDelete
  2. no komen dari aku...tapi kalau mcmc nak bg,itu terpulang pada dia org ler...
    klu kita dengar dia kat HF nanti,kita ajak ler cw qso...hehehehehe..aku pun tak berapa pandai lg nie...

    ReplyDelete