Monday, June 15, 2009

The Flying Fox

Jumaat lepas berpeluang berjumpa dengan rakan2 dari gua musang yg datang ke shah alam.Rakan nie sebenarnya dalam perjalanan ke SKMM di shah alam atas urusan permohonan kelab callsign dan juga permohonan AA utk swal mereka.Kat sini belah atas

Boleh dikatan semua rakan tersebut tak dikenali.Sampai awal pagi dishah alam,rakan2 tersebut terus ke rumah MDY utk tumpang berhat sebentar utk merehatkan badan.Pak madi mencari aku ,utk tandatangan borang mereka.Banyak juga borang yg perlu ditandatangani,tapi tidaklah menjadi satu masalah,setakat tenyeh,apalah sgt jika dibandingkan dengan semangat mereka yang datang dari gua musang.

Selesai tandatangan di borang,mereka memerlukan satu lagi tandatangan rakan kelas A.Dengan kesibukan AGC yg nak berlepas ke China,MDY mencadangkan agar berjumpa seorang rakan lama,yang mempunyai Sijil kelas A.Beliau dikenali dengan nama THE FLYING FOX.

Aku sendiri tak mengetahui ada seorang 9M dikawasan seksyen 6 shah alam.berpeluang menemui beliau adalah satu kepuasan bg aku,untuk mengetahui dan bertanyakan cara pembelajaran CW oleh org2 lama begini.



Dilahirkan pada tahun 1938,Mohd yusof ditugaskan sebagai technician di jabatan telekom.tamat bertugas pada tahun 1993 dan kemudiannya terus menetap diseksyen 6 shah alam.Berumur 71 tahun,tapi dengan gayanya dan sendolnya pak yusoff nie,dia kelihatan 10 tahun muda dari umur beliau.kami kerumah beliau diseksyen 6,dan terus membawa dia minum bersama rakan2 dari gua musang minum di restoran Syed diseksyen 6.

Peluang ini aku gunakan utk bertanya mengenai pengalaman beliau mengenai CW.Mengambil peperiksaan CW di Cokcraine kuala lumpur.sebelum itu mengabil ujian secara praktikal di johor,kerana pada zaman beliau,tidak ramai yg menceburkan diri didalam dunia amateur.maka peperiksaan dijalankan secara perseorangan.Setelah mendapat AROC,beliau mengambil ujian cw di jalan cokraine(ejaan tak tepat) juga secara berseorangan.menggunakan callsign 9M2FF kerana bersempena dengan nama beliau,mohd yusoFF .mendapat lesen kelas A pada tahun 1966.Herm...aku menelan air liur....1966...herm sepuluh tahun berikutnya baru aku mengenali dunie....

sempat menanyakan beliau cara pembelajaran CW pada masa itu...bukan apa,jika dibandingkan dengan aku pada zaman ini,pembelajaran cw adalah lebih mudah kerana terdapat byk perisian komputer yg terdapat di internet sekarang.pak yusof mengatakan,beliau belajar cw secara bersendirian......namun setelah sebulan belajar beliau mendapat seorang rakan dari jabatan Polis yg sudi menghantar kepada beliau utk memudahkan proses pembelajaran cw.namun pak yusoff mengalami masalah kerana rakan tersebut tidak boleh menghantar cw dengan perlahan,maka pak yusoff terpaksa menerima satu perkataan diikuti dengan perkataan yg berikutnya.

pak madi,zamri dan aku berpeluang melawat kekediaman pak yusoff.Menggunakan set kenwood ts570 all band all mode,dengan built in ATU tak byk yg dapat dilakukan oleh pak yusoff dengan set beliau,kerana power supply beliau mengalami kerosakan.Pak madi dengan secara sukarela sudi untuk membaik pulih alat pak yusoff.mengunakan paddle utk cw,kelajuan penerimaan pak yusoff boleh mencecah kepada 25wpm,glurp.....!!!!terer...Dengan semangat ham yg kuat pak yusoff menawarkan kepada aku,set beliau.Bukan tak mahu mengambil set beliau,tapi sekiranya diambil set pak yusoff,seolah aku menarik satu deria yang ada pada diri pak yusoff,hajat kami cuma satu,ingin mendengar semula rakn 9M lama yg masih lagi terdapat ditanah air kita....

Sebenarnya pak yusoff juga mempunyai hobi yang lain.selain dari meminati amateur radio,pak yusoff juga minat bertukang.dibelakang rumah beliau,disediakan satu bilik khusus utk pak yusoff bertukang.parcaya atau tidak,pak yusoff membina sebuah bot yang dibuat dari gentian fiber,dan bot tersebut berjaya digunakan di sekitar tasik dikawasan shah alam.itulah serba sedikit tentang The Flying Fox yg ada di shah alam.Perbualan kami terhenti kerana terpaksa pulang utk mengerjakan solat Jumaat.Semoga hajat kami utk mendengar suara pak yusof di 40m akan kesampaian.saya benar2 berharap agar dapat QSO bersama pak yusof satu hari nanti 40m(7.043) satu hari nanti.
Kepada rakan2 yg ingin bertemu dengan The Flying Fox,boleh datang kerumah pak madi pada 26/6 ini kerana akan berlangsung eyeball dirumah pak madi dan pak yusof akan turut hadir pada malam tersebut.dikat sini sambungannya

No comments:

Post a Comment