Monday, June 29, 2009

Berkayuh di KePULAUAN BATAM

Kenduri MDY dah pun selesai...sup tulang +-35 kg habis...kuah yang tinggal tuh adat laa...pendapat aku laa...kengkawan ham aku nie,kalau batu dgn kayu aku celup tepung goreng,yang tuh pun depa boleh makan dan telan...hehehehehe

Seronok bila tenguk semua makanan yg dihidangkan habis...lincin...hehehehehe...roti canai 100 keping habis...capati pak azad pun licin...apam kang mat buat pun licin....kari kambing dan dalca pun licin...seronok...memang seronok...

Terima kasih utk kengkawan yg menolong tolong sediakan makanan,setup base station dan sebagainya...GTI,DNO,YDP,bahari,bang jemey,GTR,BDZ,swal shah,pak azad,KMT dan juga yg aku tak ingat nak sebut nama.terima kasih jugak buat yg datang makan...at least datang memeriahkan suasana...tenguk muka tuan rumah,w/pun muka kepenatan,tapi penuh kepuasan...

Terima kasih jugak utk YE5RA,pak raja dan rakan gerombolan yg sudi datang dari kepulaun batam dan juga riau.Pening nie....2/8 pak raja menjemput semua rakan ham dari tanah semenanjung utk hadir ke kenduri kahwin anak beliau pada 2/8.kalau nak ikutkan,aku memang tak boleh pegi,sebab takde buku merah...hehehehehe...alasan yang paling kukuh utk tidak hadir..tapi rasanya kuat hati nak ke batam sebab bang long ajak berkayuh dibatam...best tuh...berkayuh ditempat asing..mesti byk tempat menarik yang boleh dilawati...

Berikut adalah perancangan...
Projek Manager:9W2MDY
Ketua Kayuhan:9W2VOL
Ketua Horey2:9w2GTR
Mobile ATM:9W2JIZ
Tarikh:31/07/2009
Pengangkutan:Bas ekspress Causeway link
Masa:11.00 malam(dari stesen bas klang central)
Tiba di larkin:5.00 pagi
Mereka yg turut serta
1.9W2MDY
2.9W2VOL
3.9W2GTR
4.9W2JIZ
5.9W2BDZ
6.9M2JEN(klu buku merah siap,aku pegi)

Pada rakan2 yg ingin turut serta boleh bg tau pak madi kat V44.
Aku teringin nak pegi sebab teringin berkayuh dibatam...berkayuh dijalan atau ditempat lain terpulang pada diri masing2,tepuk dada,tanya kaki...kali nie aku mesti buat buku merah,telinga dah paneh terbakor dengan kutukan yg berkati2 dari VOL,GTR dan JIZ...

Regads
9M2JEN
From taiping with love...
Keowtiow doli...
Mee Udang Kuala Sepetang...
Gulai ikan sembilang....
Popia basah & goreng bawah larut matang supermarket....
Arbok kat taman tasik tepeng....
Gila...

Thursday, June 25, 2009

2nd Damage

1st damage masa,mula2 nak keluarkan basikal.Speend about rm400 just nak bg beskal tuh function.Herm...selepas 2 minggu guna basikal MERIDA C8700,ada perlu yg nak ditambah,terutamanya dari segi gadget..

2nd damage
Tyre maxxis 700c X 28 =RM96
Kenda tube =RM26
FoX Glove =RM48
Helmet Rock Bike =RM68
Double stand rockbike =RM30
Total Damage =RM268
Pay for =RM257

Plan For Next Damage;

3rd damage
Deore 2010 Cranckset =RM300
Front Derailleur Deore =RM115
Rear Derailleur Deore =RM85
Total Damage =Rm500

4th damage
Deore 9 speed shifter =RM250
Shimano 9 speed chain =RM70
Shimano 9 speed cassete=RM90
Total Damage =RM410

5th Damage
GOBI sadle =RM300
KONA Padle =RM180
Shoes =RM250
Total Damage =RM730


Namun apapun ini hanyalah perancangan sahaja.Mungkin selepas melakukan 3rd upgrading,saya terpaksa menghentikan upgrading terhadap basikal,sebab nak kuarkan ic0m 718 pulak...senam-bersenam jugak,tapi HF tak boleh tinggal....lagipun rasanya belum habis explore dgn 8 speed.

Target
Berat badan=80kg :skrg 85kg
Kopek = tak mo cup :skrg cup A
Average speed = 25km/h :skrg 18-20km/h
Trip = 30km :skrg 24km
Ellipse time = 1hour :skrg 1jam 20 minit(24km)
Saiz seluar = 38 :skrg 42
Rokok: Say no to cigarette :skrg 14 btg sehari

Kalau misai tangloong target nak berkayuh satu malaysia,aku tak nak pergi jauh2,target yg rendah dulu.Cukup sekadar nak kuatkan sistem kardiovaskular aku.bila berkayuh,jantung dapat cepat pam darah ke kaki,so kalau jantung cepat pam darah,asid yg keluar kat kaki tak sempat produce,sebab perjalanan darah lancar hehehehe...bila darah mengalir lancar,apalagi,ketuk meja 15 minit pun tak jadi hal....wakakakakakakakaka....

Satu jer kawan2 kena tolong doa...semoga hobi nie berterusan,sebab hobi aku paling lama bertahan,6 bulan jer....lepas tu aku fed up...harap jgn lepas 6 bulan MERIDA aku tergantung kat dinding.Kalau merida aku dah tergantung nanti,harap2,korang ingatkan aku ok......

Truely
9M2JEN

Monday, June 22, 2009

My Bike

Tak pernah diceritakan sebelum nie apa jenis basikal yang aku guna.....lepas dapat duit claim yg tak berapa banyak,aku pergi beli basikal..brand exitway...7 speed.lama gak berkayuh dengan basikal nie.Kat sini belah atas

Lepas dapat AA utk class A,aku terus ke umah MDY,lama dah cerita nie...sembang punyer sembang,dapat basikal yang dah terbiar lama kat umah pak MDY.Sebenarnya aku bukan berkenan kat basikal nie,aku cuma tertarik kat gear basikal nie....kecek punye kecek,bodek punyer bodek,pak madi bagi aku beskal nie...hehehehehe



beskal nie telah dirojakkan,dari shifter,FD dan RD belakang,sadle sumernya dah kena tukar,pak madi kata kerja anak2 dia.Tak per lah...aku hantar basikal nie ke seksyen 11 utk estimate repair cost.esoknya baru dapat tahu berapa total cost utk repair.balik terus aku survey brand MERIDA...pergh boleh tahan siut....Model Croad8700 tahun 1999 dah byk yg ditukar apabila model sama dikeluarkan pada tahun 2005.Berat frame hanya 2.7kg termasuk fork depan...ringan jugak nie....


Esoknya dapat call dari uncle heng kedai beskal seksyen 11,estimate cost rm500.shifter kena tukar,rim kena allignt balik,rantai dan byk lagi ler.....sebab tak der duit,aku tangguhkan dulu projek repair beskal...lama gak terperap kat kedai heng,lebih kurang 2 minggu.memang nak buat,tapi kecairan kurang memberangsangkan.


dapat rezeki sikit,terus aku repair beskal nie...pergh...kayuhan pertama dengan beskal nie,memang menakjubkan....hehehehehe...best siut...ringan dan banyak beza dari beskal yg aku beli...kayuhan bersama vol dan gtr byk jugak beza,maklum ler,2 minggu tak berkayuh dgn diaorg,semalam berkayuh byk jugak bezanya,cuma muntah bila nak tawan bukit tangki air kat setia alam...siut betul...nanti aku cerita laa,pasalkayuhan kami...aku tau si GTR dah tak sabar2 nak baca review aku pasal basikal.




apapun balik berkayuh hari sabtu,berat aku dah tinggal 85kg,itu yg paling memberangsangsangkan,dari pada 93kg tuh...hehehehehehe.Byk yg perlu nak diupgrade utk basikal nie...tapi aku taknak upgrade lagi....kalau ader rezeki nak beli gadget utk berbasikal....


tayar nak tukar,nak beli glove,nak beli helmet(pinjam lg skrg ni) ,stand dab nak tukar sadle...pastuh 2nd upgrading nak tukar crank set,FD dan RD jenis Deore jer,yg standard patut ada kat basikal nie.


3rd upgrading aku teringin nak pakai rim MAVIC...hehehehe..boleh tahan gak rege rim nie siut....boleh dapat rim 17 kete dari negara taiwan atau pun brand BSA atau JRD hehehehehehe... oklah...lepas nie aku cerita pasal route kita org berkayuh....


nota kaki

FD=front derailleur

RD=rear derailleur

crankset=tepat kayuh

derailleur=tempat nak turun atau naikkan gear

sadle=tompek duduk...

sterm=kepala yg pegang handle basikal

coverset=sporcket belakang

banyak term nak kena belajar lagi weih...kat sini sambungannya

Friday, June 19, 2009

Amateur change everything

From Mat Rempit to Amateur
Rabu lepas berkesempatan melawat kerumah seorang rakan lama dibanting.Pak OO seorang yang humble orgnya.Rumahnya terletak didalam ladang kopi,serta dikelilingi dengan pokok sawit.Apa yang istemewa tentang insan ini???Pada aku ada yg istemewa pada pak OO,orgnya tidak terlalu membangga diri,tetapi penuh dengan ilmu amateur didalam dirinya.



Aku tinggalkan cerita pak OO,kerana ada lagi cerita seorang insan yg pada aku lagi istimewa.Rakan ini dahulunya seorang mat rempit tegar,hehehehe.Namun setelah kemalangan teruk yg dihadapinya,terus mengubah hidup beliau.Dengan berbekalkan CB radio yg diberikan kepada jali,dia terus berubah.kemalangan motosikal yg dihadapinya,yg memaksa beliau terlantar beberapa bulan menyebabkan dia,berubah arah.



Tak sampai beberapa bulan jali mengenali radio cb,dan sekarang sudah pun mempunyai lesen B,banyak yg telah jali lakukan.bermacam peralatan yg jali telah siapkan.dari antena jenis longwire sehinggalah antena yagi 4 element utk 20m yg dibuatnya sendiri...bukan setakat itu sahaja,jali juga membuat ATU nya sendiri dengan mengunting kepingan besi utk dijadikan capacitor buatan sendiri.



Hebat pada aku.walaupun aku pemegang lesen kelas A,tak byk yang boleh aku lakukan berbanding jali yg dulunya seorang mat rempit.dengan hanya berbekalkan semngat dan juga minat,jali berjaya.Oleh kerana jali ingin membuat sesuatu benda,jali terpaksa membaca dan juga bertanya untuk menjadikan satu barangan yg dibuatnya menepati kehendak dirinya sendiri.


Itulah hobi amateur...dari seorang mat rempit yg sekarang ditukar kepada samseng jalanan,jali sudah berubah,Ham mengubah hidup jali.Terima kasih pada pak OO,kerana berjaya mengubah seorang insan kepada satu kehidupan yg lebih bermakna....

Thursday, June 18, 2009

Peperiksaan RAE khas untuk VIP ??????

Setelah mendapat tahu dari rakan SWAL yg pergi ke ceramah RAE yg dianjurkan oleh MCMC di intekma resort shah alam saya mendapat tahu,bahawa akan dijalankan satu peperiksaan khas utk kalangan VIP.Dengan merasakan sesuatu yg tidak setara akan berlaku didalam dunia amateur,saya terus menghubungi pihak MCMC melalui email:Berikut adalah Email saya kepada pihak MCMC berserta jawapan atas email saya:

*************************************************************************************

From: saiful firdaus [mailto:9m2jen@gmail.com]
Sent: Wed 6/17/2009
11:37 AM
To: Aduan SKMM
Subject: peperiksaan rae untuk VIP

Salam

Saya mendapat tahu bahawa akan dijalankan satu peperiksaan RAE khas akan dijalankan untuk VIP.

Persoalan saya:

1.Apakah tujuan diadakan peperiksaan khas untuk mereka?

2.Mengapa perlu diberikan keistimewaan kepada mereka,sedangkan didalam hobi amateur,setiap pemegang callsign adalah sama untuk setiap amateur yang berlesen.

3.adalah lebih baik jika pihak MCMC memberikan kepada mereka callsign secara anugerah kepada mereka,supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pemegang calsign amateur.Ini adalah kerana pihak MCMC mungkin mempunyai kuasa untuk memberikan callsign secara anugerah untuk mereka.

Sekian

9M2JEN

************************************************************************************

Saudara Saiful,

Terima kasih kerana menghubungi kami dan bertanyakan persoalan tersebut. Walaubagaimana pun saya ingin menjelaskan kedudukan sebenarnya kerana saya dapati saudara telah agak terkeliru dalam hal ini. Sebenarnya TIADA RAE khas yang dijalankan utk VIP. Ianya adalah RAE yang sama seperti yang orang lain duduki. Ianya juga dijalankan serentak dengan RAE utk org lain, dan apa yang berbeza hanyalah tempat peperiksaan tersebut dilangsungkan. Utk makluman saudara, peperiksaan RAE telah diadakan di beberapa tempat serentak diseluruh negara mulai tahun 2002 lagi. Malah pada RAE 2008-1 pada 24 Jun 2008, bagi wilayah timur, kita adakan di dua lokasi berlainan iaitu Kolej Multimedia Timur dan Primula Beach Resort.

Peperiksaan tersebut diadakan bagi memenuhi kehendak Akta dan Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang tidak memberi pengecualian kepada sesiapa pun bagi melayakkan mereka memohon penguntukan radas stesen amatur (ASAA). Untuk layak memohon ASAA, mereka mestilah lulus RAE. Kalau ada sebarang pengecualian, pasti kami akan gunakannya.

Semoga penjelasan ini membantu dan diharapkan agar saudara sudi menghubungi kami bagi mendapatkan maklumat yang tepat dalam sesuatu perkara sebelum membuat sebarang rumusan. Sekiranya saudara masih keliru dan perlukan penjelasan lanjut, sila hubungi saya ditalian 03-8688 8247 atau e-mail naz@cmc.gov.my

Terima kasih & Salam

Mohamad Nazir Osman

Pengarah

Bahagian Teknologi, Standard dan Rangkaian

*************************************************************************************

Bagi rakan amateur yg ingin seterusnya mengajukan soalan kepada pihak MCMC boleh terus bertanyakan kepada pihak yg bertanggungjawab melalui talian telefon yg telah diberikan

Jangan berbunyi dibelakang dan mengomol dengan kawan2 tanpa mengetahui dengan detail.Segala permasalahan terus diajukan kepada pihak yg bertanggungjawab.

Amateur born 4 Amateur
=======Ab4A=======
9M2JEN

Wednesday, June 17, 2009

Konflik Personaliti

Mungkin menjadi satu sifat dalam diri sendiri untuk merasakan kecenderungan terhadap sesuatu perkara.Tetapi apabila kecenderungan itu mula membuak dan menyala,dan semakin bertambah hari demi hari,mula timbul perasaan terlalu mengetahui sesuatu perkara tanpa perlu merujuk.Mungkin merasakan diri sendiri terlalu lemah dan hina jika bertanya tentang persoalan yang diri sendiri tidak mengetahui jawapannya.Namun,apabila difikirkan maruah dan martabat diri,kita sanggup menggangap diri kita mengetahui pelbagai benda yg sebenarnya kita sendiri tidak tahu.Mengorbankan rasa ingin tahu atas sebab ego ataupun tidak mahu dipandang rendah.


Bukanlah untuk ditujukan kepada sesiapa atau individu tertentu,tapi ianya lebih kepada mengingati diri sendiri.Berpijak dibumi yang nyata dan langit akan terus cuba digapai.Namun, dalam pada ingin menggapai langit jangan pula lupa dimana bumi tempat dipijak.

Sebenarnya amat susah untuk menanyakan satu soalan yg menampakkan kelemahan atau kekurangan diri.Lebih selesa jika mengaku bahawa mengetahui segalanya,walaupun kadang2 ianya menipu kebolehan diri sendiri.Tapi selagi bernama manusia,sifat ego tidak boleh hilang dalam diri.Oleh kerana sifat ego yg amat sukar dibuang dalam diri,sanggup untuk tidak mengaku tidak tahu dengan bertanyakan soalan yang sebenarnya boleh memberi satu kepuasan kepada diri.Malu untuk bertanyakan soalan yg boleh memerangkap diri sendiri dan sanggup memperjudikan kepuasan diri.Namun,apabila buah fikiran dikeluarkan,tahu pula itu dan ini.


Percayalah,rasa hormat itu bukan sekadar datang apabila mengaku bahawa mengaku mengetahui segalanya,tetapi rasa hormat juga boleh datang dengan perasaan rendah diri dan sebagainya.Tidak perlu menjadi terlalu bossy didalam sesuatu perkara,kadang2 perlu menjadi pencacai untuk memiliki sesuatu.Yang bertanya itu kadang2 lebih banyak mengetahui sesuatu dari yg mendengar dan yang mengaku tahu.......

Tuesday, June 16, 2009

Take A Look Around

all the tension in the world today
all the little girls fillin up the world today
with the good comes the bad - the bad comes the good
but i'm gonna live my life like i should

now all the critics wanna hit it
to shit-can how we did it just because they don't get it
but i'll stay fitted - new era committed
now this red cap gets a wrap from his critics

do we always gotta cry
do we always gotta live inside a lie
life's just a blast, it's movin' really fast
you better stay on top or life will kick you in the ass

follow me into a solo,
remember that kid so what you wanna do
and where you gonna run when you're starin' down the cable of a...
mic pointed at your grill like a gun

limp bizkit's rockin' the set
it's like russian roulette when you're placin' your bet
so don't be upset when you're broke and you're done
'cause i'm gonna be the one till i jet

i know why you wanna hate me
i know why you wanna hate me
i know why you wanna hate me
'cause hate is all the world has even seen lately
i know why you wanna hate me
i know why you wanna hate me now,
i know why you wanna hate me
'cause hate is all the world has even seen lately

does anyone really know the secret
or the combination for this life,
and where to keep it
it's kinda sad when you don't know the meanin'

but everything happens for a reason
i don't even know what i should say,
'cause i'm an idiot, a loser, a microphone abuser
i analyze every second i exist
beatin' up my mind every second with my fist

and everybody wanna run,
everybody wanna hide from the gun
you can take that ride through this life, if you want
but you can't take the edge off the knife - no sir
and now you want your money back
but you're denied, 'cause your brain's fried from the sack
and there ain't nothin i can do,
cause life is a lesson - you learn it when you're through

i know why you wanna hate me
i know why you wanna hate me
i know why you wanna hate me
'cause hate is all the world has even seen lately
i know why you wanna hate me
i know why you wanna hate me now,
i know why you wanna hate me
'cause hate is all the world has even seen lately
i know why you wanna hate me
'cause hate is all the world has even seen lately

Monday, June 15, 2009

The Flying Fox

Jumaat lepas berpeluang berjumpa dengan rakan2 dari gua musang yg datang ke shah alam.Rakan nie sebenarnya dalam perjalanan ke SKMM di shah alam atas urusan permohonan kelab callsign dan juga permohonan AA utk swal mereka.Kat sini belah atas

Boleh dikatan semua rakan tersebut tak dikenali.Sampai awal pagi dishah alam,rakan2 tersebut terus ke rumah MDY utk tumpang berhat sebentar utk merehatkan badan.Pak madi mencari aku ,utk tandatangan borang mereka.Banyak juga borang yg perlu ditandatangani,tapi tidaklah menjadi satu masalah,setakat tenyeh,apalah sgt jika dibandingkan dengan semangat mereka yang datang dari gua musang.

Selesai tandatangan di borang,mereka memerlukan satu lagi tandatangan rakan kelas A.Dengan kesibukan AGC yg nak berlepas ke China,MDY mencadangkan agar berjumpa seorang rakan lama,yang mempunyai Sijil kelas A.Beliau dikenali dengan nama THE FLYING FOX.

Aku sendiri tak mengetahui ada seorang 9M dikawasan seksyen 6 shah alam.berpeluang menemui beliau adalah satu kepuasan bg aku,untuk mengetahui dan bertanyakan cara pembelajaran CW oleh org2 lama begini.



Dilahirkan pada tahun 1938,Mohd yusof ditugaskan sebagai technician di jabatan telekom.tamat bertugas pada tahun 1993 dan kemudiannya terus menetap diseksyen 6 shah alam.Berumur 71 tahun,tapi dengan gayanya dan sendolnya pak yusoff nie,dia kelihatan 10 tahun muda dari umur beliau.kami kerumah beliau diseksyen 6,dan terus membawa dia minum bersama rakan2 dari gua musang minum di restoran Syed diseksyen 6.

Peluang ini aku gunakan utk bertanya mengenai pengalaman beliau mengenai CW.Mengambil peperiksaan CW di Cokcraine kuala lumpur.sebelum itu mengabil ujian secara praktikal di johor,kerana pada zaman beliau,tidak ramai yg menceburkan diri didalam dunia amateur.maka peperiksaan dijalankan secara perseorangan.Setelah mendapat AROC,beliau mengambil ujian cw di jalan cokraine(ejaan tak tepat) juga secara berseorangan.menggunakan callsign 9M2FF kerana bersempena dengan nama beliau,mohd yusoFF .mendapat lesen kelas A pada tahun 1966.Herm...aku menelan air liur....1966...herm sepuluh tahun berikutnya baru aku mengenali dunie....

sempat menanyakan beliau cara pembelajaran CW pada masa itu...bukan apa,jika dibandingkan dengan aku pada zaman ini,pembelajaran cw adalah lebih mudah kerana terdapat byk perisian komputer yg terdapat di internet sekarang.pak yusof mengatakan,beliau belajar cw secara bersendirian......namun setelah sebulan belajar beliau mendapat seorang rakan dari jabatan Polis yg sudi menghantar kepada beliau utk memudahkan proses pembelajaran cw.namun pak yusoff mengalami masalah kerana rakan tersebut tidak boleh menghantar cw dengan perlahan,maka pak yusoff terpaksa menerima satu perkataan diikuti dengan perkataan yg berikutnya.

pak madi,zamri dan aku berpeluang melawat kekediaman pak yusoff.Menggunakan set kenwood ts570 all band all mode,dengan built in ATU tak byk yg dapat dilakukan oleh pak yusoff dengan set beliau,kerana power supply beliau mengalami kerosakan.Pak madi dengan secara sukarela sudi untuk membaik pulih alat pak yusoff.mengunakan paddle utk cw,kelajuan penerimaan pak yusoff boleh mencecah kepada 25wpm,glurp.....!!!!terer...Dengan semangat ham yg kuat pak yusoff menawarkan kepada aku,set beliau.Bukan tak mahu mengambil set beliau,tapi sekiranya diambil set pak yusoff,seolah aku menarik satu deria yang ada pada diri pak yusoff,hajat kami cuma satu,ingin mendengar semula rakn 9M lama yg masih lagi terdapat ditanah air kita....

Sebenarnya pak yusoff juga mempunyai hobi yang lain.selain dari meminati amateur radio,pak yusoff juga minat bertukang.dibelakang rumah beliau,disediakan satu bilik khusus utk pak yusoff bertukang.parcaya atau tidak,pak yusoff membina sebuah bot yang dibuat dari gentian fiber,dan bot tersebut berjaya digunakan di sekitar tasik dikawasan shah alam.itulah serba sedikit tentang The Flying Fox yg ada di shah alam.Perbualan kami terhenti kerana terpaksa pulang utk mengerjakan solat Jumaat.Semoga hajat kami utk mendengar suara pak yusof di 40m akan kesampaian.saya benar2 berharap agar dapat QSO bersama pak yusof satu hari nanti 40m(7.043) satu hari nanti.
Kepada rakan2 yg ingin bertemu dengan The Flying Fox,boleh datang kerumah pak madi pada 26/6 ini kerana akan berlangsung eyeball dirumah pak madi dan pak yusof akan turut hadir pada malam tersebut.dikat sini sambungannya

Friday, June 12, 2009

Definination of AA

Tak tau la yg nie terbaru dari mcmc ataupun MCMC mengeluarkan semula guideline yg lama....tapi rasanya,mcmc mengeluarkan guideline ini,untuk kegunaan public,amateur,company atau sebagainya,utk pengguna tahu dimana sepatutnya frequency yg boleh digunakan.Drngan adanya guideline ini tidaklah pengguna masih lagi confuse tentang penggunaan frequency dan juga bayaran yg sepatutnya dikenakan.

Mungkin juga MCMC keluarkan guideline nie,utk mengetahui samada frequency di Malaysia nie dah penuh atau tidak...atau juga senang MCMC nak pantau frequency yg digunakan...ntahlah..berbagai alasan boleh diberi.Apapun mereka adalah pihak yg bertanggungjawab yang telah diamanahkan,menjalankan kerja yg sepatutnya dilakukan...
sila klik disini:
http://skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD09/Guideline_AA_form_v3.pdf

Tuesday, June 9, 2009

1st qso at 40m

Stim dan mengasyikkan.Itu yg mampu aku gambarkan...memang best.ini semua pak madi punyer pasal....satu petang dia ngajak gi umah OO,tapi tak bernasib baik...pak OO pegi kl.Kat sini belah atas

tak jadi kerumah pak OO,aku ke rumah pak Madi...main set HF dia....memang stim...dapat qso dgn org indon...walaupun bunyi HF agak menyakitkan telinga...tapi satu kepuasan bagi aku...pergh stim...memang best....kemaruk...sekarang nie duk asyik gi umah pak madi,menumpang set HF dia....


lepas qso dgn 2 stesen di indon,aku sms aur ajak cw qso....herm...audio aku,aur dapat,tapi audio aimil agak halus sgt bunyi nyer...masa cq...ader mgl menyahut panggilan aku....memang slow...aku tak dapat copy...main kat 7.043Mhz...seronoknya tuhan jer yg tahu....


tapi memang aku akui,terlalu byk beza qso di 2m dan di hf...aku qso laju sambil menjerit2...hampeh...termengah2 aku dibuatnya....sembang di HF tak perlu past kat org lain.walaupun ader 2/3 org di frequency tapi hanya perlu fokus dengan satu stesen jer.letih dan termengah2 aku dibuatnya.pak madi saja biarkan aku...dia tak tegur pun...lepas habis qso,bar dia cerita kat aku....itu yg aku cakap,tak semestinya 9M lebih byk ilmu dari 9W....


cerita plak tentang cw qso...nie lagi la byk mender yg aku tak tahu.Lama siut aku tak practise...ability aku menerima cuma kurang dari 12wpm...maklum ler tak pernah practise...masih memerlukan latihan utk meningkatkan keupayaan penerimaan...betul,9m boleh qso sama ada dalam bentuk voice atau cw mode...tapi pada aku,lebih tertarik dengn cw qso....sebab apa,sebab cw mode boleh pergi jauh jika dibandingkan dengan voice....


ok lah...insyaALLAH hujung tahun nie,nak dapatkan satu set HF...yg basic pun takpe....icom 718 pun dah kira ok....memang otak nie macam2 nak layan/beli...tapi hf nie,buatkan aku terpaku....geram nyer....
dah janji dgn cikgu lan nak gotong royong buat antenna 3 element kat umah aku...aku plan nak kumpul dulu brg keperluan dan gadget2 hf dulu pas tuh baru ambik set....mana nak gagau duit kalau nak beli sekali rap...pereh yeop weih....duit bukannya nak ader sgt...aku jumpa dgn BJL,katanya nak buat yagi,modal tak sampai rm200...kalau beli...mahal siut....cuma ATU tuh kena beli laa....kalau homebrew,nanti takut tak cantik....
argh...sabar jer....tak perlu terlalu gopoh dan gelojoh..biar satu2....macam basikal...tahun lepas lagi nak beli...tapi tahun nie baru dapat...cuam aku harap..tahun nie aku dapat set HF..itu aje...kat sini sambungannya

Monday, June 8, 2009

RAE class

Terima kasih kepada yg terlibat secara langsung atau tidak.
Kelas RAE telah berjaya dijalankan...

Terima kasih kepada:

9M2AGC
9W2GTR
9W2KMT
9W2MSG
9W2RIE
9W2VOL
9W2EDK
SWAL Zahir

Juga rakan2 lain yg sudi menunjukkan muka.....

Setinggi Jutaan Terima Kasih untuk 9W2BPT bendahari ASTRA pusat sudi menjenguk event kecil anak kami.Tak terucap terima kasih kerana sudi melawat event kami yang tak buat duit.

Saya serta rakan yg menganjur memohon ampun dan maaf sekiranya byk kekurangan yg berlaku sepanjang berlangsungnya kelas RAE.

Terima kasih juga buat rakan2 SWAL yg sudi hadir pada kelas RAE kami.Tanpa anda siapalah kami.

Sekian

Regards
9M2JEN

Didi Day Care 2

Hahahahaha...hari khamis,memang rasanya nak bawak anak2 kuar jalan2..tapi tak der plan nak bawak pegi mana....bukan apa,tak tahan rasanya memerap dengan anak2 kat rumah.Kesian jugak kat anak2,cuti sekolah tak dapat pergi mana2...Kat sini belah atas

lebih kurang kul 10.30 pagi dapat qso dgn GTR kat 9M4RBC....dia kata nak pergi playground kat one Utama....herm...aku rasa macam nak joint sekali nie.....so,aku turun siapkan anak2,pakaikan baju,bancuh susu dan sebagainya....nak nyiapkan dia org jer dah makan masa kat satu jam....hehehehehe...


Sebelum mula perjalanan,aku pegi jumpa xyl dulu....ada lah beb...tak bleh bagtau..kenapa pegi jumpa xyl dulu,cerita nie,hanya adik beradik jer tahu...wakakakakaka....habis jumpa org umah aku..GTR dah tunggu lepas exit damansara....kita org 2 bijik kete pegi one Utama....sampai kat playground kat dalam tuh,aku terus melopong...pergh..nak masuk playground rm20...herm baik rentikan....baik aku bawak anak2 main kat setia alam punya taman....

bukan kedekut beb...dan juga berkira dgn anak2..tapi,tak worth it laa...rm 20 setakat main gelongsor dan panjat2 tangga...bukan style aku nak perabih duit macam tuh....

so,aku dgn gtr decide utk naik genting...hehehehe...bawak budak2 kuar dari situ,terus cabut ke genting...sebelum tuh dah tepon uder suruh dia tunggu kat atas...bila lagi nak nyusahkan uder....hehehehehe..sampai atas lebih kurang pukul 2.10 petang...tunggu uder selesaikan kerja lebih kurang pukul 3.20ptg baru dapat jumpe uder....beli tiket,pas tuh isi perut dulu...

tangan aku dah lenguh sebelah kanan...korang ingat bini aku ikut ker..???sorry beb..gua bawak anak gua 3 org rileks jer..tapi tangan sebelah kanan dah naik muscle,sebab wardah asyik nak berdukung jerk...habis makan,mula lah kita org plan utk main game apa....ambik tiket indoor jer..takut budak2 tuh tak tahan sejuk...maklum lah tak prepare..mana ader bawak baju sejuk pun...

byk mainan siut...tapi masa naik boya yg tinggi tuh,gtr buat mender pelik....boleh digoncang2 nyer boyan tuh...adus...gayat siut....aku dah menjerit2 dah....bukan apa,bantai nyer putus ker...patah ker....nak cakap apa2..???malang tak berbau beb..memang ler boleh claim insuran kat genting,tapi anak2 aku macam mana...hish,macam2 aku pikir...siut punyer gtr...

lepas satu satu kita org main,turun keratapi naikj keretapi,naik plak bumper car...kaki gua dah penat siut....pampers anak2 pun dah penuh....gua parking tepi stall org jual jagung,gua ganti lampin anak2 gua2...awek kat situ senyum jer tenguk waa...."emak dia org mana?"...wa cakap emak dia org kerja...selamba jer wa cakap..."pergh respek la bang,kalau laki saya,usah harap la bang nak bawak anak2 jenjalan macam nie" kata bini org tuh...aiseyman..aku ingat awek daa..rupanya bini org....

bukan menjadi satu masalah pada aku nak bawak anak2 aku jalan2....berapa kali aku bawak along dgn angah mandi manda tanpa xyl....dah biasa....pada aku,senang jer nak uruskan anak2 aku....bukan nak puji aku nie baik,tapi aku arasa aku perlu buat semua tuh...aku nak close dfengan anak2 aku...taknak jadi macam aku dgn ayah aku..tak kamcing sgt,kalau dia ckp sepatah,aku jawap sepatah...hehehehehehe

Ok...habis main,ingatkan dah boleh balik,rupanya JIZ ajak makan malam dulu...layan pizza,punya ler angah lapor,habis 3 ketul garlic bread dgn dua ketul pizza dia makan,soya 2 gelas....risau jer aku kalau angah muntah....along plak makan dua ketul chicken wing....alhamdulillah..wardah just minum susu....

hari tuh,wardah memang didi good girl...baik siut..tak merengek langsung....angah jer yang asyik nak mengamuk,mana tak nya,asyik nak main dua kali setiap mainan yg kami naik,tak larat nak beratur siut...wakakaka....

Anyway thanks to GTR family jugak,sudi naik genting hari tuh..thanks jugak tuh CLS yang tolong dukung wardah masa dia tidur....thanks to faqihah and farqa ain yang sudi layan anak2 uncle hari tuh....you'll great...sharing some happines together.Tak lupa untuk Hero of The Day, FAIZ....hahahaha .habis satu theme park dengar suara uncle dgn Daddy sebab nak jaga FAiz....wakakakakaka...tapi uncle tak kisah,seronok biler tenguk semua anak2 happy...pesan uncle,Biar berhantu/buas/nakal masa kecik,jangan berhantu /buas/nakal bila besar macam your daddy GTR......wakaka....

thanks to all...gambar akan menyusul kemudian....kat sini sambungannya

Saturday, June 6, 2009

Didi Day Care 1

sabtu lepas maid aku nak bercuti,kakak angkat dia nak balik ke indonesia.Tanpa rasa apa2 aku hantar maid aku balik....hari ahad,kakak maid aku telefon mintak maid aku cuti sampai hari khamis...gila!!!!!Kat sini belah atas

nak buat mender pelik2...sapa nak jaga anak2 aku...dia pulak yg mandai2 mintak cuti utk maid aku...maid pulak rasa serba salah....so my wife and i suruh maid decide sama ada nak kerja atau tak...dengan rasa serba salah..maid aku senyap jerk....so we all consider dia dah tak nak kerja....

so sape kena jaga anak...???pergh...pening nie.....dengan ini aku kena cuti seminggu utk jaga anak.....argh....sakit kepala....kalau sebelum nie,rileks jer bulih suruh maid buat kerja rumah,jaga anak dan sebagainya,ini terpaksa aku lakukan sendirian....xyl tak bulih cuti....


bangun pagi,along dah sibuk merengek mintak mandi...aku akan suruh along,angah dan wardah mandi pukul 8 pagi...bukan apa...bleh bangun lewat sikit...hehehehe....nak mandikan 3 org nie pun,boleh sakit pinggang beb....wakakaka..

siap mandi,kena siapkan sarapan dia org...selalunya beli jer lah....bg makan memang seronok...yg tak seronoknya bila habis makan...wardah takmo disuapkan...kalau boleh dia nak suap sendiri,mcm abg2 dia.apalagi,habis bertaerabu satu rumah.....

paling best biler dia org nie menangis dan merajuk.....aku tak pernah pujuk,kalau dia org menangis 3/4 jam...selam tulah depa akan menangis.....bukannya kena apa pun...tetiba jer nangis ingatkan ummi dia org...aku buat tak jerk...bila dia org penat,berentilah..itu pendapat aku...

apa yg aku peratikan,selama seminggu aku jaga,anak2 dah pandai tidur sendiri...tak payah nak tepuk2 dan sebagainya.....bila depa rasa depa penat,pandai2 anak2 cari bantal,dan terus tidur....aku????apa lagi....hehehehe tidur sekali..

seminggu tak de pembantu rumah aku rasa bayk hikmahnya...aku semakin rapat dengan anak2...dan aku juga tahu setiap character anak2....pada aku syukur kehadrat ALLAH kerana mengurniakan anak2 yang pada aku,mudah utk aku uruskan....Along pada aku,seorang yg pandai menguruskan adik2,walaupun tak sampai 6 tahun lagi....semoga Allah memelihara dan melindungi kami sekeluarga....kat sini sambungannya