Antara yg dibawah,pilih satu yg mana tidak perlu ditonton?
a) soleha + bawang merah bawang putih
b) senario + sembilu kasih + spa Q + 1,2 jus + GODA
c) Mr bean
d) Ben10 + power rangers + blues clues + sponge bob
Untuk menjawab pilihan diatas,ianya bergantung kepada peringkat umur.Sekiranya penonton terdiri daripada golongan dewasa,maka semua yang diatas boleh ditontoni.Tetapi sekiranya faktor umur diambil kira dalam menjawab persepsi persoalan diatas,maka,pada pendapat penulis pilihan yang bijak perlu diambil dalam memilih rancangan yang sesuai.
Pertimbangan
Penulis lebih suka melihat dan membincangkan kepada faktor umur kanak2 sebenarnya.Pada pandangan penulis,golongan inilah yang mudah terpengaruh dengan sesuatu adengan dan jalan cerita.Ini mungkin disebabkan pemikiran kanak2 mudah untuk menerima sesuatu input dengan lebih cepat berbanding otak dewasa.Tetapi jika dibandingkan dari sudut pertimbangan pula,otak orang dewasa dapat berfikir dan menimbang sesuatu perkara dengan lebih tepat dan efektif.
Mesej
Semua program atau rancangan diatas sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri.Mesej yang disampaikan juga bergantung kepada penafsiran penonton,seterusnya melibatkan faktor umur.Rancangan diatas bolehlah dikategorikan antaranya,rancangan dari indonesia,rancangan program television malaysia,jenaka antarabangsa dan yang terakhir sekali,rancangan kartun popular kanak2.Bagi penulis yang mempunyai anak kecil berumur antara 1 hingga 5 tahun,semestinya rancangan berkonsep kartun menjadi pilihan anak2.Banyak kartun yang dipaparkan dirangkaian television sebenarnya mempunyai mesej hiburan semata2.Namun tidak dapat dinafikan,ada juga kartun yang berunsur ilmiah yang dapat memberi pengajaran dan tunjuk ajar kepada anak.Sebagai contoh,terdapat animasi dari negara kita yg mempunyai mesej dan persepsi yang menarik,antaranya kacang,anak2 sidek,kluangman dan sebagainya.Namun permintaan dan kos yang tinggi dalam penghasilan kartun menyebabkan pengembangan proses pembikinan kartun dinegara kita menjadi terhad.Tetapi jika dikaji semula,sejauh manakah kartun tersebut dapat membantu pengembangan minda dan kelakuan anak2???inilah yang perlu dititik beratkan oleh setiap pengeluar rancangan tersebut,bukan hanya semata2 mengejar keuntungan malahan dapat mengisi minda dan jati diri setiap anak di malaysia.
Tempatan
Bagaimana pula cerita2 dari Malaysia???jika dilihat plihan yang diberikan,pandangan penulis sama sekali tidak membenarkan anak2 menonton rancangan dari malaysia.Bukan bermakna penulis mengagongkan program dari negara luar,tetapi,melihat dari segi struktur pembikinan,jalan cerita serta mesej yang disampaikan adalah terlalu longgar jika dibandingkan dengan rancangan yang lain.Sebagai satu contoh siri goda yang meneroka kisah seorang lelaki yang memberi motivasi dan nasihat kpada pendengar setianya.jalan ceritanya agak bagus,tetapi amat tidak sesuai ditonton oleh kanak2.penampilan pelakon yang agak keterlaluan juga antara sebab mengapa dapat dilihat cara pemakaian anak2 kita sekarang ini terlalu terikut2 dengan trend semasa tanpa menghiraukan hukum2 yang telah ditetapkan.sitcom jenaka pula terlalu menonjolkan lawak yang terlalu biasa,sesetengahnya pula terdapat double meaning didalam lawak tersebut yang sebenarnya mengisahkan tentang perhubungan orang dewasa.Kisah2 keluarga pula banyak menceritakan tentang kebrantakan rumah tangga diakhiri dengan kegembiraan yg terlalu sedikit akhirannya.Adakah institusi keluarga di malaysia tidak dapat membentuk keluarga yang harmoni dan bahagia.??memang tidak dapat dinafikan ianya hanyalah sebuah cerita semata2,namun harus diingat,sekiranya cerita tersebut ditonton selalu,ia sedikit sebnyak dapat mempengaruhi minda peminatnya.
Antarabangsa
Penulis tidak juga menyokong program2 dari negara luar.Tetapi mengapa program tersebut berjaya mengikat hati penonton diseluruh peringkat umur?sbenarnya,rancangan dari luar yg dibawa masuk telah mengalami proses tapisan dan pemilihan yang begitu rapi dari pihak yang berwajib.Maka tidak hairanlah program2 tersebut berjaya mendapat ranking tertinggi dikalangan semua peringkat umur.Mesej dan jalan cerita yang dibawa juga mudah difahami dan sesuai dengan kehendak semasa.Tetapi agak lucu juga kadang2 filem tersebut disalah anggap kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dgn rancangan tersebut.sebagai contoh rancangan bawang putih bawang merah pernah diaanggap tahyul dan memesongkan aqidah.ini kerana terdapat watak pari2 yg digambarkan dalam cerita tersebut yang membantu si bawang putih ketika mengalami situasi getir.Sekiranya persoalan aqdiah yg hendak dibincangkan,terlalu byk rancangan dalam negara kita yg boleh memsongkan aqidah.Namun penulis tidak mahu memberi sebarang komen yang lebih mendalam kerana takut dilabelkan sebagai orang yang mengagungkan filem luar dari filem negara sendiri.
Tepuk dada...
Sebagai penutup,biarlah penulis mengatakan bahawa ini adalah pandangan penulis secara peribadi,dalam konteks mendidik dan mendedahkan anak2 kepada hiburan.Tidak salah berhibur sekiranya ianya dapat memberi kesan positif didalam perkembangan minda dan pembentukan akhlak anak2.Dalam keadaan yg begitu mencabar pada zaman sekarang ibu bapa seharusnya sedar pembentukan jati diri anak2 turut dipengaruhi keadaan sekeliling.namun tanggungjawab paling besar masih lagi terpikul dibahu ibu bapa itu sendiri.
Sekian,wallahhualam..
semua pun aku xtengok..huhuh
ReplyDeletedah tu ko tgk ape se? aku tgk CSI jer ch.701..hehehe
ReplyDeleteerk ala....kan aku tulis,pilihan utk anak2...yaperdaa...
ReplyDelete