Monday, June 22, 2009

My Bike

Tak pernah diceritakan sebelum nie apa jenis basikal yang aku guna.....lepas dapat duit claim yg tak berapa banyak,aku pergi beli basikal..brand exitway...7 speed.lama gak berkayuh dengan basikal nie.Kat sini belah atas

Lepas dapat AA utk class A,aku terus ke umah MDY,lama dah cerita nie...sembang punyer sembang,dapat basikal yang dah terbiar lama kat umah pak MDY.Sebenarnya aku bukan berkenan kat basikal nie,aku cuma tertarik kat gear basikal nie....kecek punye kecek,bodek punyer bodek,pak madi bagi aku beskal nie...hehehehehe



beskal nie telah dirojakkan,dari shifter,FD dan RD belakang,sadle sumernya dah kena tukar,pak madi kata kerja anak2 dia.Tak per lah...aku hantar basikal nie ke seksyen 11 utk estimate repair cost.esoknya baru dapat tahu berapa total cost utk repair.balik terus aku survey brand MERIDA...pergh boleh tahan siut....Model Croad8700 tahun 1999 dah byk yg ditukar apabila model sama dikeluarkan pada tahun 2005.Berat frame hanya 2.7kg termasuk fork depan...ringan jugak nie....


Esoknya dapat call dari uncle heng kedai beskal seksyen 11,estimate cost rm500.shifter kena tukar,rim kena allignt balik,rantai dan byk lagi ler.....sebab tak der duit,aku tangguhkan dulu projek repair beskal...lama gak terperap kat kedai heng,lebih kurang 2 minggu.memang nak buat,tapi kecairan kurang memberangsangkan.


dapat rezeki sikit,terus aku repair beskal nie...pergh...kayuhan pertama dengan beskal nie,memang menakjubkan....hehehehehe...best siut...ringan dan banyak beza dari beskal yg aku beli...kayuhan bersama vol dan gtr byk jugak beza,maklum ler,2 minggu tak berkayuh dgn diaorg,semalam berkayuh byk jugak bezanya,cuma muntah bila nak tawan bukit tangki air kat setia alam...siut betul...nanti aku cerita laa,pasalkayuhan kami...aku tau si GTR dah tak sabar2 nak baca review aku pasal basikal.




apapun balik berkayuh hari sabtu,berat aku dah tinggal 85kg,itu yg paling memberangsangsangkan,dari pada 93kg tuh...hehehehehehe.Byk yg perlu nak diupgrade utk basikal nie...tapi aku taknak upgrade lagi....kalau ader rezeki nak beli gadget utk berbasikal....


tayar nak tukar,nak beli glove,nak beli helmet(pinjam lg skrg ni) ,stand dab nak tukar sadle...pastuh 2nd upgrading nak tukar crank set,FD dan RD jenis Deore jer,yg standard patut ada kat basikal nie.


3rd upgrading aku teringin nak pakai rim MAVIC...hehehehe..boleh tahan gak rege rim nie siut....boleh dapat rim 17 kete dari negara taiwan atau pun brand BSA atau JRD hehehehehehe... oklah...lepas nie aku cerita pasal route kita org berkayuh....


nota kaki

FD=front derailleur

RD=rear derailleur

crankset=tepat kayuh

derailleur=tempat nak turun atau naikkan gear

sadle=tompek duduk...

sterm=kepala yg pegang handle basikal

coverset=sporcket belakang

banyak term nak kena belajar lagi weih...kat sini sambungannya

Friday, June 19, 2009

Amateur change everything

From Mat Rempit to Amateur
Rabu lepas berkesempatan melawat kerumah seorang rakan lama dibanting.Pak OO seorang yang humble orgnya.Rumahnya terletak didalam ladang kopi,serta dikelilingi dengan pokok sawit.Apa yang istemewa tentang insan ini???Pada aku ada yg istemewa pada pak OO,orgnya tidak terlalu membangga diri,tetapi penuh dengan ilmu amateur didalam dirinya.



Aku tinggalkan cerita pak OO,kerana ada lagi cerita seorang insan yg pada aku lagi istimewa.Rakan ini dahulunya seorang mat rempit tegar,hehehehe.Namun setelah kemalangan teruk yg dihadapinya,terus mengubah hidup beliau.Dengan berbekalkan CB radio yg diberikan kepada jali,dia terus berubah.kemalangan motosikal yg dihadapinya,yg memaksa beliau terlantar beberapa bulan menyebabkan dia,berubah arah.



Tak sampai beberapa bulan jali mengenali radio cb,dan sekarang sudah pun mempunyai lesen B,banyak yg telah jali lakukan.bermacam peralatan yg jali telah siapkan.dari antena jenis longwire sehinggalah antena yagi 4 element utk 20m yg dibuatnya sendiri...bukan setakat itu sahaja,jali juga membuat ATU nya sendiri dengan mengunting kepingan besi utk dijadikan capacitor buatan sendiri.



Hebat pada aku.walaupun aku pemegang lesen kelas A,tak byk yang boleh aku lakukan berbanding jali yg dulunya seorang mat rempit.dengan hanya berbekalkan semngat dan juga minat,jali berjaya.Oleh kerana jali ingin membuat sesuatu benda,jali terpaksa membaca dan juga bertanya untuk menjadikan satu barangan yg dibuatnya menepati kehendak dirinya sendiri.


Itulah hobi amateur...dari seorang mat rempit yg sekarang ditukar kepada samseng jalanan,jali sudah berubah,Ham mengubah hidup jali.Terima kasih pada pak OO,kerana berjaya mengubah seorang insan kepada satu kehidupan yg lebih bermakna....

Thursday, June 18, 2009

Peperiksaan RAE khas untuk VIP ??????

Setelah mendapat tahu dari rakan SWAL yg pergi ke ceramah RAE yg dianjurkan oleh MCMC di intekma resort shah alam saya mendapat tahu,bahawa akan dijalankan satu peperiksaan khas utk kalangan VIP.Dengan merasakan sesuatu yg tidak setara akan berlaku didalam dunia amateur,saya terus menghubungi pihak MCMC melalui email:Berikut adalah Email saya kepada pihak MCMC berserta jawapan atas email saya:

*************************************************************************************

From: saiful firdaus [mailto:9m2jen@gmail.com]
Sent: Wed 6/17/2009
11:37 AM
To: Aduan SKMM
Subject: peperiksaan rae untuk VIP

Salam

Saya mendapat tahu bahawa akan dijalankan satu peperiksaan RAE khas akan dijalankan untuk VIP.

Persoalan saya:

1.Apakah tujuan diadakan peperiksaan khas untuk mereka?

2.Mengapa perlu diberikan keistimewaan kepada mereka,sedangkan didalam hobi amateur,setiap pemegang callsign adalah sama untuk setiap amateur yang berlesen.

3.adalah lebih baik jika pihak MCMC memberikan kepada mereka callsign secara anugerah kepada mereka,supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pemegang calsign amateur.Ini adalah kerana pihak MCMC mungkin mempunyai kuasa untuk memberikan callsign secara anugerah untuk mereka.

Sekian

9M2JEN

************************************************************************************

Saudara Saiful,

Terima kasih kerana menghubungi kami dan bertanyakan persoalan tersebut. Walaubagaimana pun saya ingin menjelaskan kedudukan sebenarnya kerana saya dapati saudara telah agak terkeliru dalam hal ini. Sebenarnya TIADA RAE khas yang dijalankan utk VIP. Ianya adalah RAE yang sama seperti yang orang lain duduki. Ianya juga dijalankan serentak dengan RAE utk org lain, dan apa yang berbeza hanyalah tempat peperiksaan tersebut dilangsungkan. Utk makluman saudara, peperiksaan RAE telah diadakan di beberapa tempat serentak diseluruh negara mulai tahun 2002 lagi. Malah pada RAE 2008-1 pada 24 Jun 2008, bagi wilayah timur, kita adakan di dua lokasi berlainan iaitu Kolej Multimedia Timur dan Primula Beach Resort.

Peperiksaan tersebut diadakan bagi memenuhi kehendak Akta dan Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang tidak memberi pengecualian kepada sesiapa pun bagi melayakkan mereka memohon penguntukan radas stesen amatur (ASAA). Untuk layak memohon ASAA, mereka mestilah lulus RAE. Kalau ada sebarang pengecualian, pasti kami akan gunakannya.

Semoga penjelasan ini membantu dan diharapkan agar saudara sudi menghubungi kami bagi mendapatkan maklumat yang tepat dalam sesuatu perkara sebelum membuat sebarang rumusan. Sekiranya saudara masih keliru dan perlukan penjelasan lanjut, sila hubungi saya ditalian 03-8688 8247 atau e-mail naz@cmc.gov.my

Terima kasih & Salam

Mohamad Nazir Osman

Pengarah

Bahagian Teknologi, Standard dan Rangkaian

*************************************************************************************

Bagi rakan amateur yg ingin seterusnya mengajukan soalan kepada pihak MCMC boleh terus bertanyakan kepada pihak yg bertanggungjawab melalui talian telefon yg telah diberikan

Jangan berbunyi dibelakang dan mengomol dengan kawan2 tanpa mengetahui dengan detail.Segala permasalahan terus diajukan kepada pihak yg bertanggungjawab.

Amateur born 4 Amateur
=======Ab4A=======
9M2JEN

Wednesday, June 17, 2009

Konflik Personaliti

Mungkin menjadi satu sifat dalam diri sendiri untuk merasakan kecenderungan terhadap sesuatu perkara.Tetapi apabila kecenderungan itu mula membuak dan menyala,dan semakin bertambah hari demi hari,mula timbul perasaan terlalu mengetahui sesuatu perkara tanpa perlu merujuk.Mungkin merasakan diri sendiri terlalu lemah dan hina jika bertanya tentang persoalan yang diri sendiri tidak mengetahui jawapannya.Namun,apabila difikirkan maruah dan martabat diri,kita sanggup menggangap diri kita mengetahui pelbagai benda yg sebenarnya kita sendiri tidak tahu.Mengorbankan rasa ingin tahu atas sebab ego ataupun tidak mahu dipandang rendah.


Bukanlah untuk ditujukan kepada sesiapa atau individu tertentu,tapi ianya lebih kepada mengingati diri sendiri.Berpijak dibumi yang nyata dan langit akan terus cuba digapai.Namun, dalam pada ingin menggapai langit jangan pula lupa dimana bumi tempat dipijak.

Sebenarnya amat susah untuk menanyakan satu soalan yg menampakkan kelemahan atau kekurangan diri.Lebih selesa jika mengaku bahawa mengetahui segalanya,walaupun kadang2 ianya menipu kebolehan diri sendiri.Tapi selagi bernama manusia,sifat ego tidak boleh hilang dalam diri.Oleh kerana sifat ego yg amat sukar dibuang dalam diri,sanggup untuk tidak mengaku tidak tahu dengan bertanyakan soalan yang sebenarnya boleh memberi satu kepuasan kepada diri.Malu untuk bertanyakan soalan yg boleh memerangkap diri sendiri dan sanggup memperjudikan kepuasan diri.Namun,apabila buah fikiran dikeluarkan,tahu pula itu dan ini.


Percayalah,rasa hormat itu bukan sekadar datang apabila mengaku bahawa mengaku mengetahui segalanya,tetapi rasa hormat juga boleh datang dengan perasaan rendah diri dan sebagainya.Tidak perlu menjadi terlalu bossy didalam sesuatu perkara,kadang2 perlu menjadi pencacai untuk memiliki sesuatu.Yang bertanya itu kadang2 lebih banyak mengetahui sesuatu dari yg mendengar dan yang mengaku tahu.......

Tuesday, June 16, 2009

Take A Look Around

all the tension in the world today
all the little girls fillin up the world today
with the good comes the bad - the bad comes the good
but i'm gonna live my life like i should

now all the critics wanna hit it
to shit-can how we did it just because they don't get it
but i'll stay fitted - new era committed
now this red cap gets a wrap from his critics

do we always gotta cry
do we always gotta live inside a lie
life's just a blast, it's movin' really fast
you better stay on top or life will kick you in the ass

follow me into a solo,
remember that kid so what you wanna do
and where you gonna run when you're starin' down the cable of a...
mic pointed at your grill like a gun

limp bizkit's rockin' the set
it's like russian roulette when you're placin' your bet
so don't be upset when you're broke and you're done
'cause i'm gonna be the one till i jet

i know why you wanna hate me
i know why you wanna hate me
i know why you wanna hate me
'cause hate is all the world has even seen lately
i know why you wanna hate me
i know why you wanna hate me now,
i know why you wanna hate me
'cause hate is all the world has even seen lately

does anyone really know the secret
or the combination for this life,
and where to keep it
it's kinda sad when you don't know the meanin'

but everything happens for a reason
i don't even know what i should say,
'cause i'm an idiot, a loser, a microphone abuser
i analyze every second i exist
beatin' up my mind every second with my fist

and everybody wanna run,
everybody wanna hide from the gun
you can take that ride through this life, if you want
but you can't take the edge off the knife - no sir
and now you want your money back
but you're denied, 'cause your brain's fried from the sack
and there ain't nothin i can do,
cause life is a lesson - you learn it when you're through

i know why you wanna hate me
i know why you wanna hate me
i know why you wanna hate me
'cause hate is all the world has even seen lately
i know why you wanna hate me
i know why you wanna hate me now,
i know why you wanna hate me
'cause hate is all the world has even seen lately
i know why you wanna hate me
'cause hate is all the world has even seen lately

Monday, June 15, 2009

The Flying Fox

Jumaat lepas berpeluang berjumpa dengan rakan2 dari gua musang yg datang ke shah alam.Rakan nie sebenarnya dalam perjalanan ke SKMM di shah alam atas urusan permohonan kelab callsign dan juga permohonan AA utk swal mereka.Kat sini belah atas

Boleh dikatan semua rakan tersebut tak dikenali.Sampai awal pagi dishah alam,rakan2 tersebut terus ke rumah MDY utk tumpang berhat sebentar utk merehatkan badan.Pak madi mencari aku ,utk tandatangan borang mereka.Banyak juga borang yg perlu ditandatangani,tapi tidaklah menjadi satu masalah,setakat tenyeh,apalah sgt jika dibandingkan dengan semangat mereka yang datang dari gua musang.

Selesai tandatangan di borang,mereka memerlukan satu lagi tandatangan rakan kelas A.Dengan kesibukan AGC yg nak berlepas ke China,MDY mencadangkan agar berjumpa seorang rakan lama,yang mempunyai Sijil kelas A.Beliau dikenali dengan nama THE FLYING FOX.

Aku sendiri tak mengetahui ada seorang 9M dikawasan seksyen 6 shah alam.berpeluang menemui beliau adalah satu kepuasan bg aku,untuk mengetahui dan bertanyakan cara pembelajaran CW oleh org2 lama begini.



Dilahirkan pada tahun 1938,Mohd yusof ditugaskan sebagai technician di jabatan telekom.tamat bertugas pada tahun 1993 dan kemudiannya terus menetap diseksyen 6 shah alam.Berumur 71 tahun,tapi dengan gayanya dan sendolnya pak yusoff nie,dia kelihatan 10 tahun muda dari umur beliau.kami kerumah beliau diseksyen 6,dan terus membawa dia minum bersama rakan2 dari gua musang minum di restoran Syed diseksyen 6.

Peluang ini aku gunakan utk bertanya mengenai pengalaman beliau mengenai CW.Mengambil peperiksaan CW di Cokcraine kuala lumpur.sebelum itu mengabil ujian secara praktikal di johor,kerana pada zaman beliau,tidak ramai yg menceburkan diri didalam dunia amateur.maka peperiksaan dijalankan secara perseorangan.Setelah mendapat AROC,beliau mengambil ujian cw di jalan cokraine(ejaan tak tepat) juga secara berseorangan.menggunakan callsign 9M2FF kerana bersempena dengan nama beliau,mohd yusoFF .mendapat lesen kelas A pada tahun 1966.Herm...aku menelan air liur....1966...herm sepuluh tahun berikutnya baru aku mengenali dunie....

sempat menanyakan beliau cara pembelajaran CW pada masa itu...bukan apa,jika dibandingkan dengan aku pada zaman ini,pembelajaran cw adalah lebih mudah kerana terdapat byk perisian komputer yg terdapat di internet sekarang.pak yusof mengatakan,beliau belajar cw secara bersendirian......namun setelah sebulan belajar beliau mendapat seorang rakan dari jabatan Polis yg sudi menghantar kepada beliau utk memudahkan proses pembelajaran cw.namun pak yusoff mengalami masalah kerana rakan tersebut tidak boleh menghantar cw dengan perlahan,maka pak yusoff terpaksa menerima satu perkataan diikuti dengan perkataan yg berikutnya.

pak madi,zamri dan aku berpeluang melawat kekediaman pak yusoff.Menggunakan set kenwood ts570 all band all mode,dengan built in ATU tak byk yg dapat dilakukan oleh pak yusoff dengan set beliau,kerana power supply beliau mengalami kerosakan.Pak madi dengan secara sukarela sudi untuk membaik pulih alat pak yusoff.mengunakan paddle utk cw,kelajuan penerimaan pak yusoff boleh mencecah kepada 25wpm,glurp.....!!!!terer...Dengan semangat ham yg kuat pak yusoff menawarkan kepada aku,set beliau.Bukan tak mahu mengambil set beliau,tapi sekiranya diambil set pak yusoff,seolah aku menarik satu deria yang ada pada diri pak yusoff,hajat kami cuma satu,ingin mendengar semula rakn 9M lama yg masih lagi terdapat ditanah air kita....

Sebenarnya pak yusoff juga mempunyai hobi yang lain.selain dari meminati amateur radio,pak yusoff juga minat bertukang.dibelakang rumah beliau,disediakan satu bilik khusus utk pak yusoff bertukang.parcaya atau tidak,pak yusoff membina sebuah bot yang dibuat dari gentian fiber,dan bot tersebut berjaya digunakan di sekitar tasik dikawasan shah alam.itulah serba sedikit tentang The Flying Fox yg ada di shah alam.Perbualan kami terhenti kerana terpaksa pulang utk mengerjakan solat Jumaat.Semoga hajat kami utk mendengar suara pak yusof di 40m akan kesampaian.saya benar2 berharap agar dapat QSO bersama pak yusof satu hari nanti 40m(7.043) satu hari nanti.
Kepada rakan2 yg ingin bertemu dengan The Flying Fox,boleh datang kerumah pak madi pada 26/6 ini kerana akan berlangsung eyeball dirumah pak madi dan pak yusof akan turut hadir pada malam tersebut.dikat sini sambungannya

Friday, June 12, 2009

Definination of AA

Tak tau la yg nie terbaru dari mcmc ataupun MCMC mengeluarkan semula guideline yg lama....tapi rasanya,mcmc mengeluarkan guideline ini,untuk kegunaan public,amateur,company atau sebagainya,utk pengguna tahu dimana sepatutnya frequency yg boleh digunakan.Drngan adanya guideline ini tidaklah pengguna masih lagi confuse tentang penggunaan frequency dan juga bayaran yg sepatutnya dikenakan.

Mungkin juga MCMC keluarkan guideline nie,utk mengetahui samada frequency di Malaysia nie dah penuh atau tidak...atau juga senang MCMC nak pantau frequency yg digunakan...ntahlah..berbagai alasan boleh diberi.Apapun mereka adalah pihak yg bertanggungjawab yang telah diamanahkan,menjalankan kerja yg sepatutnya dilakukan...
sila klik disini:
http://skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD09/Guideline_AA_form_v3.pdf