Monday, August 30, 2010

Luasnya..............

Luasnya Neraka
Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.




(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.




Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .




Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:
'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."




Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.



Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."




Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA Nabi Allah Yunus

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"



p/s : Kepada saudara/saudari yg alim dalam ilmu agama, sekiranya ada kelemahan dalam artikel ini sila beritahu. mudah-mudahan ada manfaat untuk kita semua.




Rujukan:

SYARH DAQOIQUL AKHBAR

Sunday, August 29, 2010

ziarah.......

patutnya malam semalam kayuh dgn selangor junior.tapi sebab dapat berita kematian dari di kampung,terpaksa batalkan hasrat utk training mlm tadi....balik tapah dgn bini aku jer..ambik adik aku kat sg buloh,kami terus balik ke tapah...anak2 tinggal...

jiran sebelah umah ayah aku..kira arwah makcik sal tuh selalu melepak umah kami masa arwah mak ada...kalau kenduri umah kami,kira dia org kuat laa...masa arwah mak sakit,klu aku siapkan masakkan utk abah dan adik2,arwah makcik sal selalu dtg jenguk2....pastuh duk melepak kat umah aku sampai la tengahari...pergh,itu kenanangan yang lalu....

makcik sal atau selalunya kami panggil makwe kena stroke...dr kata betul kena tepat dekat urat belakang tengkuk..itu yg anaknya cerita kat aku...apapun,ramdhan yg berbaki lagi 12 hari pastinya meninggalkan suatu kenangan sedih utk keluarga arwah makcik sal....

yang paling aku tak sangka,tarikh makcik sal meninggal sama dgn tarikh arwah mak aku pergi meninggalkan kami sepuluh tahun yg lalu...kebetulan gamaknya....apapun itulah janji ALLAH SWT,tak mampu kita mengelak atau mampu mengubahnya....

Friday, August 27, 2010

BIAdaP nyer!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Minggu lepass kecoh ada org doakan utk guan eng........tadi kat buletin utama,kecoh pulak org DAP massuk surau bg tazkirah...........memang tak bersopan,masuk tempat ibadat org islam tanpa menutup aurat....

Shahrizat kata sungguh BIADAP org itu kerana masuk tempat org islam tanpa menutup aurat...tapikan..........erm........dah tentu dia tuh bukan islam...mungkin bg alasan dia tak tahu atau jahil,dan kita sebaai org islam patut menegurnya.......

Tapikan.........lagi biadap klu org islam yg dah tahu hukum,yg memang terang ternyata memeluk agama islam tak tutup aurat....masuk masjid baru nak tutup aurat...lagi biadap rasanya..........amacam makcik........

Wednesday, August 25, 2010

Itu yg terbaik

Salam

Ramadhan adalah seribu rahmat.bulan penuh keberkatan.Byk yg terbaik berlaku didalam ramadhan...percayalah....

Ingatlah apa yg ada pada diri kita adalah yg terbaik utk diri kita.Kita selalu mencari yg lebih baik,tetapi lupa yg terbaik itu hampir dgn kita.Lupa bahawa yg terbaik itu selalu hampir dgn kita,tapi kita mengendahkannya dgn mencari suatu yg lebih baik yg belum tentu menjanjikan apa2 utk kita.

Renung kembali,semua yg berlaku pasti ada hikmahnya,serabut hilang,jiwa yg kosong hilang,dan kebahagian akan muncul.Hargai apa yg hampir kerna ITULAH YG TERBAIK UTK KITA...

Sunday, August 15, 2010

Apalah daya....

Bertahan....
Utk berada atas basikal melebihi 4 jam
Utk berkayuh melebihi 100 km
Utk menonton wayang lebih dari 2 jam
Utk melepak berbual bersama rakan hingga awal pagi...

Lemah....
Menghabiskan terawikh yg hanya 8 rakaat
Yang hanya tak sampai 1 jam
Yang hanya jarak suraunya tak lebih 1 km
Yang cuma 5 minit paling lama utk 2 rakaat

Mengapa...
Sakitnya badan bila terawikh tapi tidak utk...
Sakitnya sendi bila terawikh tapi tidak utk...
Pedihnya mata bila terawikh tapi tidak utk...
Kebasnya kaki bila terawikh tapi tidak utk...

Dimana Silapnya...
Syaitan terkunci terpenjara
Tiada yg menghasut dan menggoda...

Argh.... Dimana silapnya...

Friday, August 13, 2010

3 ramadhan 1431Hijrah-ramadhan dah berlalu 3 hari,dan selama itu,malahan bermula 2 hari sebelumnya aku dah tak usik basikal.sekadar melihat ia dipelosok tangga terbiar sepi.namun perlukah ramadhan menjadi asbab utk aku tidak melakukan kerja2 kesihatan....

Dengan jasa baik coach aku PINJAM(declare awal2)roller darinya.dah 3 ramadhan hari nie,malahan nak masuk 4 ramadhan,tidak akan aku terus membiarkannya.Pada 1 ramadhan lalu, kapten mengayuh MTB nya dihadapan rumah aku...hampir 10km juga dia berkayuh...menggunakan MTB menjadi tiada masalah,sekiranya berbasikal dgn pakaian kasual sekalipun,namun dgn basikal road,adalah suatu yg tidak displin dgn memakai pakaian tersebut.bukanlah menjadi satu etika,tapi ianya memerlukan sekurang2nya pengayuh memakai seluar dan juga kasut yg sesuai.


Aku mulakan petang pertama ini dgn percubaan selama 15 minit sahaja.pernah mencubanya dirumah coach aku,tapi percubaan itu gagal.Namun hari ini,aku berusaha utk mencubanya.percubaan 3 minit pertama hanya dgn berpaut pada dinding...lama jugak berpaut pada dinding.takder keyakinan lagi..percayalah,ianya bukan sesuatu yg mudah.namun setelah melepasi 3 minit yang pertama,aku kuatkan keupayaan dan kepercayaan serta semangat utk mampu melakukannya...

pergh...hanya dgn kelajuan 21kmh,peluh mencurah2 keluar dari badan...mengalir tanpa henti,umpama air yg tersejat dari gelas sejuk...betullah kata mereka,jika ingin menggunakan roller,pastikan ditempat yg terbuka dan kipas yg membantu memberikan peredaran angin yg secukupnya disekeliling anda...sekiranya tidak,mungkin anda(bergantung kpd individu) akan mengalami pening2 kerana kurangnya peredaran angin...



Hanya mampu bertahan selama +-15minit sahaja...utk permulaan biarlah...insyaALLAH akan dipertingkatkan dari masa ke semasa...terasa kuasa imbangan badan aku tidak berapa stabil...betul jugak kata seorang rakan,postur badan aku nampak terlalu keras ketika mengayuh...terasa kedua belah tangan kaku dan terlalu menggenggam erat handlebar sehingga berasa kekejangan pada pergelangan tangan.Menaiki roller memerlukan pengayuh bersatu dgn basikal,badan perlu relaks,dan mengayuh dgn tenang...

Hehehehe...ini pengalaman aku...mungkin senang bagi sesetengah yg biasa menggunakannya,tapi tidak pada aku...jika CW,hanya memerlukan 6 minggu utk aku lulus ujian.Tapi utk mahir memerlukan latihan yg lebih,bergantung berapa lama pengguna meluangkan masa bersamanya...begitu juga dgn berbasikal.Utk meningkatkan keupayaan dan tenaga,memerlukan masa yg lebih,kerana ia memerlukan otot2 yg kuat dan mampu bertahan lama utk bekerja.masing2 punyer keistimewaan tersendiri...

terima kasih sekali lagi utk coach...hehehehe....bukannya ingin menjadi pelumba negara,tapi cukuplah sekadar utk dapat menghabiskan suatu kayuhan dikelompok hadapan....

wa,ilal liqa'
salam 3 ramadhan...

Thursday, August 12, 2010

Dulu tidak,walaupun hanya separtikel....




Kalau ikutkan,tak kisah pun nak shopping kat mana2.....giant boleh,tesco pun boleh.....sebelum nie,selalunya kami ke giant dekat stadium shah alam...kerana senang nak access guna highway.tapi biler tesco bukak berhampiran rumah,kami sekeluarga mula membeli di tesco,memang byk murahnya...

Tapi bila aku dan wife ke ceramah air mata utk palestin di surau lukman nurhakim dirumah kami,hati kami mula tersentuh dgn cerita dari penceramah yg terlibat dalam penahanan kapal yg melibatkan kematian para petugas dari pertubuhan bukan kerajaan..ustat tersebut menceritakan bagaimana anak2 yg kehilangan bapa memanggil ust tersebut dgn pangilan "abi"...ayah dlm bahasa melayu.bagaimana rakyat palestin tidak ingin diberikan wang secara terus kepada mereka,sebaliknya diserahkan kepada pemimpin utk diagihkan bersama.itulah penderitaan palestin...jika sebelum ini aku dan isteri hanya sekadar melihat dikaca televisyen tentang penderitaan mereka...hanya terlalu kecil partikel simpati kami kepada palestin.kerana apa,kerana merasakan pelestin bukanlah tangungjawab kami....terlalu besar utk kami memikirkan masalah palestin....

Semasa memandu pulang isteri ku berkata..."no more Mc'd"....aku tersenyum...hehehe..kami memulakan topik perbincangan kami....kalau diikutkan bukan setakat Mc'd sahaja....malahan jutaan,malahan mungkin lebih,apa yg berada disekeliling kita adalah dtgnya dari yahudi....namun apakah tindakan kita....mungkin kita hanya beranggapan,apalah usaha kita...jika tidak kita,mungkin org lain akan melakukannya....

Kesimpulannya,kami berdua tekad utk memboikot apa yg kami mampu...biarlah walaupun usaha kami berdua,biarlah positif...mungkin ramai lagi manusia lain yg memboikot yahudi...andai kata walau sesen pun duit kami digunakan utk menghapuskan palestin kami tiddak akan redha....kami cuba untuk menolaknya....

Jadi tanyalah diri kita,jgn dikata..."byk lagi menda lain yg boleh diboikot..."kenapa tak boikot microsoft,kenapa tak boikot levis,kenapa tak boikot cerita2 steven spielberg,dan berbagai alasan serta PENYAHUdIAN yg berada disekeliling kita...tapi mulakan nya dari apa yg paling mudah berada disekeliling kita...carilah,kajilah,lihatlah,bacalah,telitikanlah....jgn kita mengikut dari apa yg telah tertulis,kita cari dan kita dalami....

Bagi aku dan isteri,kami mulakan dari dua benda yg besar dalam kehidupan kami....Mc'd dan Tesco....wa,ilal liqa'....

Salam 2 Ramadhan...

Tuesday, August 10, 2010

Selamat dtg Ramadhan.........

Selamat dtg Ramadhan.Bulan penuh keberkatan bulan penuh kemuliaan.Sebelum tuh,minta ampun dan maaf kepada yang mengenali atau tidak.Segala dosa,tutur kata bicara yg menyinggung perasaan,tingkah laku perbuatan dan segalanya....sama ada disedari atau tidak...aku pohon ampun dan maaf...

Tanpa kita sedari...
kita berpuasa lapar dan dahaga...tapi solat kita tinggalkan
kita berpuasa lapar dan dahaga...tapi solat kita lalai...
kita berpuasa lapar dan dahaga...tapi mata tidak pula
kita berpuasa lapar dan dahaga...tapi lidah tidak pula...
kita berpuasa lapar dan dahaga...tapi telinga tidak pula..
kita berpuasa lapar dan dahaga...tapi tidak utk tubuh anggota

Selamat menyambut Ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat,dan juga sahaba serta rakan taulan.Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.


Salam Ramadhan 1431H

Sunday, August 8, 2010

Trinity.....closing of syaaban

Mlm tadi aku reply NO utk sms yg wak jumali bg.Kesan melecet (cam jerawat) masih ada lagi ckit.rasa tak selesa bila kayuh ..bangun awai pagi,terus pi pasar borong,memandangkan ramadhan nak membuka tirainya,aku nak penuhkan peti ais.mcm biasa lah, mabong, kerisi,pelaling,tengiri,merah,dan beberapa jenis lauk basah aku beli...bukan jenis aku nak pi market selalu.so klu sekali aku beli,make sure peti ais tuh penuh....murah byk klu nak compare dg pasar biasa,cuma kena beli plg ckit sekilo.

Balik pasar borong baru pukul 6.45pg.dah tak tau nak buat apa.klu duk umah gerenti aku sambung tidoq.bangun pukui 10,pastu makan,pastu sambung tidoq lagi..rugi plak rasanya...loading bskal atas keta,terus pi bukit jelutong....kapten lak sms otw aku nak kesana,tak dpt joint katanya....herm....sampai BJ,sekoq pun tadak lagi....herm...aku rasa mungkin depa kansel kut.elok nak chow,zabo dgn kwn dia sampai....

Alang2 dah sampai,layan kayuh bertiga kat GCE...pergi balik 44km jer...tapi memang tak selesa,jerawat kat celah kangkang,betui2 kat bwh urat skrotum buat aku seksa nak mengayuh...herm layan jer lah....ramadhan nanti, memang payah dah nak kayuh siang hari...balik singgah r&r elmina.ramai gak rider yg berenti minum. Klu satey samhuri bukak, bleh gak aku sarapan makan satey ... hehehe...

Malam tadi bawak anak2 layan the last airbender(avatar) kat bukit raja...boleh lah layan kepala...sebelum tuh bawak anak 2 masuk
kedai buku
MKH...aku beli satu magazine....bini aku
ghenyih jer kat aku bila pi kaunter bayar majalah mens fitness....bini tenguk aku atas bawah...heran tenguk laki dia yg duk tengah stim nak jaga badan....badan aku gelebeh teruk la... kulit kendur sebab aku tak buat weight training...byk kesan pecah lemak.so nak belajar2 jaga bdn...bukannya nak bg ketui2. Nampak shape ckit pun jadi ler....tak der ler sampai nak buat 6 pack...just nak nampak shape yg senang mata memandang....

Bini aku senyum lagik,aku ckp toksah duk risau,takdak gila nak cari betina lain,yg sorang nie pun aku serabut dah... Muahahaha....seronok bila nampak perut kimpis ckit dan bdn mula dah rasa ringan...alfatihah utk rider dari Republic Of Puchong yg meninggal kat langkawi hari jemaat lepas kat langkawi....

Harapan agar ramadhan kali nie dapat membawa perubahan utk diri dan keluarga...maafkan segala dosa2 aku pada yg mengenali aku....halalkan makan dan minum. Mana yg terasa hati dgn penulisan aku,juga aku
minta ampun,lillahitakder niat ckit pun utk membangga diri atau sebagainya...

Selamat Menyambut Ramadhan....

Wednesday, August 4, 2010

ICR2010-selected picture 1


tak byk gambar aku yg cameramen ambik...lain la rider kawan batu gajah aku...maklum ler dia duduk depan...teman tak dapat nak duduk 1st peloton....kat atas nie antara gambar yg aku dapat kat mukabuka....

masa nie dari manong ke pekan tanjong belanja...feedzone 1 ke feedzone 2....lepas aku berenti kencing kat tepi tiang letrik...nampak dua org rider....aku menempel kat belakang...lama jugak aku menempel kat belakang,sampai salah sorang dari depa suruh aku buat kerja....hehehehe...maklumlah depa tuh kategori senior veteran,aku pulak kategori open...hehehehe...sepatutnya org muda yg buat kerja...perut berkocak minum 100+...jenuh dibuatnya....

aku pun tarik....maintain speed 30kmh...pjg jugak aku tarik..rasanya +-5km....then aku increase sikit...32kmh....aku toleh belakang deme berdua dah tak der....herm ...nasib ler...lepas tuh kena telan dgn peloton 2..sampai la aku sampai kat feedone 2....

kat feedone 2,aku berhenti minum air...pastuh lupa ambik gelang tag...kena patah balik....kat sini aku putus dgn peloton 2...dlm tuh ada abg jumali,kapten foad,abg fauzi dll...depa tak berenti...kat sini silap aku...klu aku tak berenti..memang konpom lah........argh....malas nak pikir....mistake yg tak sepatutnya aku buat.....

Sketsa 2...
mendaki dan terus mendaki...kuar simpang sayong,belok kanan,nak patah balik ke pekan sungai siput....kat sini,ada 8 org kat belakang aku,termasuk rakan aku,mamu hizir...aku sedap tarik dalam 29kmh...aku bukak mintak depa tarik,sorang pun takmo tarik....sial betul...aku bukak kekanan,depa duk nyuruk jugak kat belakang...aku reduce speed 24kmh,depa still maintain duk belakang aku....

cerempet betul...semua takmo buat kerja...klu macam nie aku yg kong nanti...depa sedap nyorok kat belakang aku....dlm kepala hotak aku,dah mula sakit hati...mana boleh beb..klu aku sorang buat kerja,nanti mati speed lah...so aku nekad utk potong depa....mampuih hangpa lah...kalau aku nak kong pun,biar aku kong sorang,pueh hati aku....

aku tekan...otai yg gambar kat atas tuh ikut aku...pandai betul dia cangkuk...hampieh...memang nak nempel....aku bukak dia buat tak tau lagi...herm....aku rasa masa nie,semua dah kong sebenarnya...telan power gel satu baldi pun dah tak jadi apa....dia ikut aku sampai feedone 4...dia berenti lama kat situ..tapi aku terus cabut....itu jer cara nak tinggalkan dia....

Sketsa 3....
sampai pekan chemor,aku bertiga..kat depan aku ada sorang mamat thailand...kat belakang plak ader sorang cina mana duk nempel gak belakang..masing2 duk diam dah tak boleh bercakap....sampai pekan chemor,lepas caltex belah kanan,trafic light ambik kiri...kat situ ada marshal 3 org tunggu...dia jerit..."sikit lagi,5km jer"....aku dengar cina kat belakang aku jerit.."cibai lu,5km tu jauh maa..."....

hahahahahaha...aku gelak sensorang...senyum aku....tak pasal2 budak tak berdosa tuh kena maki...dia ingat nak buat baik,dapat maki la pulak...sebenarnya biler disaat2 akhir...1km pun terasa macam 10km....5km tuh,macam jauh nak mampus.....jln yg degree nyer 0.01 darjah pun dah rasa macam mendaki gunung everest....masa nie hanya mental jer yg tinggal...sama ada nak teruskan atau tidak....


Akhiran...
byk lagi sketsa..tunggu aku jumpa gambor,aku cerita lagi....masa kayuh tak der la rasa menyesal atau sebagainya...fokus aku cuma satu,nak complete kan bawah 6 jam...dan aku tahu,klu aku tak buat mistake,masa aku insyaALLAh akan lebih baik...tapi tuhan tuh lebih mngetahui...rasanya klu aku buat masa lagi bagus,mesti aku riak murtabak tak ingat..habis semua org aku kutuk....muahahaha...dan training aku mesti berkurangan...so biler result tak berapa bagus,training akan aku teruskan lagi....

aku DECLARE kat dalam blog nie,target aku sekarang adalah kawan batu gajah aku...memang dia marker aku...walaupun aku tahu,kalah dari segi umur,dia main MTB,ikut L2A,panjat Cameron dan sebagainya,tapi aku tetap akan jadikan dia penanda aras utk aku....bukan dengki atau sebagainya,tapi sebagai satu persaingan sihat utk aku,menguatkan persediaan aku dari segi fizikal dan juga mental...bukan senang wo nak buat bawah 5 jam.....tapi aku pun kena berjaga jugak,kawan poli aku pun dah tentu nak makan aku jugak tahun depan....tak jauh sgt bezanya....ada sorang lagi kawan yg pakai nama jepun kat dalam muka muka buku....yg nie pun,selalunya perform,tapi tak perform masa d day.....

tadi dah ada dua org tepon aku,tanya petang nie macam mana...aku senyap jerk...malas nak cakap apa2...sebanarnya,tepon just nak korek rahsia,nak tau aku kayuh ker tidak...hehehehehe...pandai betui deme main strategi...sekarang nie,klu aku secret training,memang akan betul secret...jgn tepon aku pukul 7pg-8pg...dan jugak jgn tepon dari pukul 5.30ptg sampai 7.30 ptg...mmg aku takkan angkat kecuali bini dan bapak aku jer tepon aku layan...tak kira ler aku berkayuh atau tidak,waktu-waktu tesebut,sebarang bentuk panggilan tidak akan dilayan........!!!!!!!!!

Monday, August 2, 2010

The mission end.....

Akhirnya tamat sudah century ride 2010.........achieve target utk ride bawah 6 jam......for the 1st time aku masuk century.....ok lah tuh.........tapi rasa terkilan sebab aku kalah dari segi strategi.....dari awal lagi masa starting tak dapat duduk dalm 1st peloton...waste my energy just to cacth the 1st peloton...

tak reti nak review lah sekarang nie....buat masa akan dtg aku akan kurang update pasal basikal kat blog rasanya...kawan aku kat batu gajah cakap,nanti klu update lebih2 pasal basikal,org ingat kita handal dan riak,jadi bior jer lah....

Apapun
:distance 164.5km
:time 5hrs 45min 40sec
:rank for men open 124/297
:rank for overall 238/594

memang aku kalah dari segi strategi..patutla dalam mana2 apa perlumbaan sekalipun strategi memang penting....byk mender aku belajar dalam century ride...takper...klu time aku bagus century ride 2010,nanti tahun depan mesti nak kena improve lagi....tahun depan punyer target nak ride <5hrs 15min ...rasanya tahun nie pun aku boleh achieve klu strategi aku betul...hehehehe..tak per...kapten aku buat 5hrs 29min...kalau aku tapau dia,nanti monyok pulak muka kapten aku...biarlah...jebat derhaka pada sultan tapi tidak pada tuah....hehehehe...

apapun tahniah pada kawan batu gajah aku..walaupun tertonggeng kat km50..tapi meletup jugak result dia...ko memang kuat...ko memang handal....ko memang superb...aku memang salute dekat ngko..terima kasih jugak sebab info pasal laluan pada aku...memang berguna utk aku...thanks a lot bro...

pada kawan aku yg kerja kat poli pulak,aku sama macam biasa...tak byk beza...kena tenguk kategori bro...ko kategori senior...beza masa tak byk dgn aku...kira handal lah bro...beza umur kita berapa bro???aku malu gak dgn result aku klu nak compare dgn hang....sorry aku tak dapat berhenti lama dgn hang masa mandi dgn sponge kat pitstop 3..sorry yer bro....

tahun depan kita ajak coach victor masuk century,dia dah ada jentera....takpun kita ride sama2 pegi teluk batik...mieza boleh tarik kita...aku,coach victor,kawan poli,kawan batu gajah,kawan lumut power plant...hehehehe...

apapun sebenarnya training yg banyak membantu aku...selepas ride kat jana manjung,ride malakof aku mula training...tapi strategi kurang..ingatkan klu start dari belakang,boleh kejar yg kat depan...hehehehehe...totaly wrong,waste my energy just nak kejar peloton depan..lastly kena makan dgn peloton 2...hehehehe...aku regret kat situ sebenarnya...patutnya aku duduk kat peloton at least sampai 100km...lepas tuh,klu nak putus pun tak per...ditambah pulak dgn tragedi aku jatuh seminggu sebelum lumba,membuat kan badan belum betul2 segar...jari dgn tulang punggung belum sempat recover lagi...

akhirnya...terima kasih utk isteri tercinta yg menyokong perjalanan berbasikal aku,utk anak didi yg mendoakan didi...kepada XL cycling team,Media Prima cycling team dan semua yg memberi sokongan,doa dan kata2 semangat yg tak putus buat aku...

TARGET ACHIEVE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!yeehaaaaa...
Fokus,fokus dan terus fokus....................