3 ramadhan 1431Hijrah-ramadhan dah berlalu 3 hari,dan selama itu,malahan bermula 2 hari sebelumnya aku dah tak usik basikal.sekadar melihat ia dipelosok tangga terbiar sepi.namun perlukah ramadhan menjadi asbab utk aku tidak melakukan kerja2 kesihatan....
Dengan jasa baik coach aku PINJAM(declare awal2)roller darinya.dah 3 ramadhan hari nie,malahan nak masuk 4 ramadhan,tidak akan aku terus membiarkannya.Pada 1 ramadhan lalu, kapten mengayuh MTB nya dihadapan rumah aku...hampir 10km juga dia berkayuh...menggunakan MTB menjadi tiada masalah,sekiranya berbasikal dgn pakaian kasual sekalipun,namun dgn basikal road,adalah suatu yg tidak displin dgn memakai pakaian tersebut.bukanlah menjadi satu etika,tapi ianya memerlukan sekurang2nya pengayuh memakai seluar dan juga kasut yg sesuai.
Aku mulakan petang pertama ini dgn percubaan selama 15 minit sahaja.pernah mencubanya dirumah coach aku,tapi percubaan itu gagal.Namun hari ini,aku berusaha utk mencubanya.percubaan 3 minit pertama hanya dgn berpaut pada dinding...lama jugak berpaut pada dinding.takder keyakinan lagi..percayalah,ianya bukan sesuatu yg mudah.namun setelah melepasi 3 minit yang pertama,aku kuatkan keupayaan dan kepercayaan serta semangat utk mampu melakukannya...
pergh...hanya dgn kelajuan 21kmh,peluh mencurah2 keluar dari badan...mengalir tanpa henti,umpama air yg tersejat dari gelas sejuk...betullah kata mereka,jika ingin menggunakan roller,pastikan ditempat yg terbuka dan kipas yg membantu memberikan peredaran angin yg secukupnya disekeliling anda...sekiranya tidak,mungkin anda(bergantung kpd individu) akan mengalami pening2 kerana kurangnya peredaran angin...
Hanya mampu bertahan selama +-15minit sahaja...utk permulaan biarlah...insyaALLAH akan dipertingkatkan dari masa ke semasa...terasa kuasa imbangan badan aku tidak berapa stabil...betul jugak kata seorang rakan,postur badan aku nampak terlalu keras ketika mengayuh...terasa kedua belah tangan kaku dan terlalu menggenggam erat handlebar sehingga berasa kekejangan pada pergelangan tangan.Menaiki roller memerlukan pengayuh bersatu dgn basikal,badan perlu relaks,dan mengayuh dgn tenang...
Hehehehe...ini pengalaman aku...mungkin senang bagi sesetengah yg biasa menggunakannya,tapi tidak pada aku...jika CW,hanya memerlukan 6 minggu utk aku lulus ujian.Tapi utk mahir memerlukan latihan yg lebih,bergantung berapa lama pengguna meluangkan masa bersamanya...begitu juga dgn berbasikal.Utk meningkatkan keupayaan dan tenaga,memerlukan masa yg lebih,kerana ia memerlukan otot2 yg kuat dan mampu bertahan lama utk bekerja.masing2 punyer keistimewaan tersendiri...
terima kasih sekali lagi utk coach...hehehehe....bukannya ingin menjadi pelumba negara,tapi cukuplah sekadar utk dapat menghabiskan suatu kayuhan dikelompok hadapan....
wa,ilal liqa'
salam 3 ramadhan...
Allhamdulillah.. saya enjoy ..
7 years ago
No comments:
Post a Comment