Wednesday, May 6, 2009

Buta Mata-lirik

Buta Mata
Album : Kombinasi 3 Generasi - Cahaya Hati
Munsyid : Musticahttp://liriknasyid.com

Buta mata
Tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bila mana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman
Yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua

Boleh jadi
Orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak
Jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur...

Tidak diukur dengan masa
Tidak ada kawan
Yang dapat membantu
Tiada pengalaman
Yang memastikannya
Tiada pedoman yang menunjuk kita
Tidak ada yang pasti menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita ke negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan amal dan bakti

Lagu & Lirik : Copyright Controlled
Gubahan Semula : Mohd Qhalid Abd Hafidz (Mustika Karya Entertainment)
Artis : Mustika

No comments:

Post a Comment