Saturday, April 18, 2009

Learning CW in 6 weeks-CHAPTER 4

Cara latihan dan kelajuan penerimaan
Pembelajaran morse code dengan menggunakan method Koch's adalah amat mudah.Ianya adalah satu cara dengan menggunakan daya ingatan yang kuat bagi setiap character.



Berikut adalah cara2 menggunakan perisian G4FON:
Pilih satu kelajuan yang anda kehendaki didalam window speed.Anda adalah amat2 digalakkan menggunakan kelajuan yang tinggi.penulis menggunakan kelajuan 15 wpm.JANGAN !!!!!mulakan dari kelajuan yang rendah....


Kemudian,set kan utk dua character yang pertama.character dua yang pertama adalah M dan K bg default G4FON.Itu adalah pilihan pertama anda.


Klik pada butang mula,mulakan mendengar.tulis semua character yang anda dengar diatas sekeping kertas sehinggalah ia akan berhenti menghantar selama lima minit.Bandingkan apa yang telah disalin dengan apa yang tertulis diskrin komputer.Kira keseluruhan character yg anda terima juga kesalahan yg telah anda lakukan,sekiranya berminat kira peratusan anda.Untuk tidak tergesa2 semasa mendengar,set kan starting delay kepada berapa saat yang anda mahu,penghantaran akan di delay kan sebagai mana yang telah anda setkan.


Sekiranya peratusan markah anda melebihi 90% atau lebih.....TAHNIAH,anda telah berjaya mengenal rythm 2 character yang pertama,dan apa yang paling penting,anda telah belajar mendengar character tersebut dengan pantas.
Sekiranya peratusan penerimaan anda kurang daripada 90%,anda dikehendaki untuk mengulang semula sebelum meneruskan kepada character yang lain.cuba lagi untuk mendengar selama 5 minit.


Setelah anda dapat menulis dengan baik 2 character yang pertama tadi,klik pada butang character spinner untuk menambah character yang ketiga untuk memulakan latihan yang seterusnya.

Peratusan penerimaan anda akan jatuh setelah anda menambah character yang ketiga,tetapi ianya akan naik semula kepada 90% atau pun kepada yang lebih baik.Kemudian tambah proses character yg ke empat dan sehinggalah seterusnya.


kaedah ini bukanlah untuk mengingat didalam bentuk jadual susunan didalam minda sebenarnya.Untuk menerima dalam keadaan 90% pada tahap kelajuan tertentu,anda mestilah mempunyai refleks yang cepat dan pantas.dan sebenarnya apa yang anda lakukan adalah untuk membina daya refleks yang pantas.



Latihan ini sebenarnarnya adalah latihan secara individu,progres anda pada kelajuan tertentu dan masa yang digunakan adalah penting didalam penambahan setiap character.Ini bermakna anda tidak membazirkan masa didalam mencapai target anda.



Saya sendiri menyediakan dua buah buku latihan semasa proses pembelajaran cw ini.satu buku diletakkan dirumah manakal satu lagi diletakkan dipejabat sekiranya saya mempunyai masa lapang untuk menjalankan latihan cw ini.

ingat!!!!selagi anda tidak mencapai peratusan yg tinggi,jgn sesekali untuk menambah kepada character yang seterusnya.jujurlah pada diri sendiri.walaupun ianya sukar tetapi diakhir nanti anda akan berjaya mengingati kesuluruhan 40 character yang terdapat didalam kod morse.


saya akan cuba meletakkan beberapa gambar yang saya ambil dari buku latihan saya untuk diuploadkan didalam ruangan ini nanti...




2 comments:

  1. salam...Tahniah dengan kejayaan meng'upgrade' ke kelas A. saya pun ada G4FON tu tapi takde disiplin...hajat di hati nak try yg bulan 9 ni la kot...aamiiin...

    ReplyDelete
  2. kalau boleh,kena nekad,buat schedule...ikut schedule...cari guru anda...bila dah guru,ikut seketul2 teknik guru anda...selamat berjaya..

    ReplyDelete