Monday, March 16, 2009

Cuti maulidur rasul 1

Sempena cuti maulidur rasul yang jatuh pada hari isnin,kami sekeluarga mengambil peluang balik ke perak.Mulanya nak tidur ditapah semalam,namun disebabkan ayahnda datang ke KL,kami teruskan perjalanan malam tuh ke Kuala Kangsar.

Bertolak pukul 9.30 malam dari kediaman kami,perjalanan amat selesa sehinggalah tiba di tol ipoh selatan.perjalanan pulang kekampung kali ini agak lewat memandangkan kerja aku yang habis pukul 9 malam.sepatutnya tugasan habis jam 10.30 mlm,tetapi dapat berkompromi dgn setengah pihak,tugasan dapat dihabiskan sedikit awal.Setiba di tol ipoh selatan,lalu lintas mula sesak teruk.perjalanan kami tergendala hampir 40 minit sementara menunggu pembayaran tol dikawasan tersebut.aku mengambil peluang QSO di local repeater MARTS di kawasan Ipoh.Kami tiba di kuala kangsar tepat jam 2.30 pagiKat sini belah atas

Sabtu
Berehat sepanjang pagi di rumah mentua,disebelah petang emak sibuk dengan mesyuarat muslimat dikawasan sauk.Alhamdullilah mesyuarat selesai sekitar jam 5.30 petang.kebiasaanya kepulangan kami memang ditunggu oleh adik beradik yg lain,maklumlah kami yang paling berjauhan dari abah dan emak.jadi apabila pulang kekampung,adik beradik yg lain,akan turut berkumpul sama.makan????pergh jgn cakaplah…dari kuih limeh atau tepung talam…hinggalah cucur badak…itu tak masuk,laksa,bihun sup,sup tulang…dan macam2 lagi ler…memang naik diabetis kalau balik ke sauk…aku pulak jenis menantu yang suka cari sendirik brg makanan,jadi mak mentua tak risau kalau aku lapar…wakakakakakakakaka

Ahad
Sebelum balik kg aku dah janji dgn along dgn angah untuk mandi manda kat kawasan perkelahan berhampiran dgn umah abah,Lata kekabu namanya…..pergh…memang syiok giler….sebelum balik oun(pak ndak) dah Tanya prgm mandi manda…depa nie,kalau nak pegi berkelah mesti tunggu aku…wakakakaka….lebih kurang pukul 11.45 aku,pakcik(babab piqah) dgn dok(pak ndak) bawak anak2 pegi mandi…bapak2 jer yg pegi…kaum ibu siapkan makanan kat umah….sampai lebih kurang 12.20..terus bebudak nie tak nyabor2 weih…kecepus…deme berendam….ya Allah,sejuknya tuhan yg tahu…org pun tak ramai…sebab kawasan perkelahanya memang luas…aku tapau lebih kurang jerk…ayor masak,twisties dgn biskut….ader pulak family yang bako ikan kat kawasan tuh…cerempet betul…makin lapor perut kami anak beranak….

Tepat jam 2.30 petang kami tinggalkan kawasan perkelahan memandangkan perut dah makin lapor….tuhan ajer yang tahu...jari jemari angah dah kebiruan,kecut,tak masuk lagi bibir yg dah menggeletor…sejuk weih ayor nyer….masuk kete…semua duk pakat nyembang pasai mandi manda….aku sampai je rumah….terus cari nasik….nasib baik ikan keli bakor dengan air asam dah terhidang kat depan mata….dengan rendang ayam kampong kemudian ditambah pulak dgn gulai sayor keladi…pergh…memang lauk kampong….tuh belum dikira ulam petai,daun pucuk gajus,dengan sambei tempoyak…haaaa…amacam meleleh tak ayer lior komer….?????

Ok….nanti aku sambung bahagian yang kedua pulak….aktiviti selepas mandi manda sehinggalah hari isnin….kat sini sambungannya

No comments:

Post a Comment