Akhirnya coach suruh jugak afif masuk.Dah alang2 katanya.competition pada pertengahan febuari.Kejohanan renang takde peringkat zon atau daerah,terus lompat peringkat negeri.Mungkin malang bg afif kerana diletakkan didalam kategori bawah 10 tahun walaupun hero aku baru berumur tujuh tahun.
Traning afif dah makin berat.Tak lalu mata ini nak memandang.dah macam2 benda yg along afif makan,keluar balik masa training,tapi kerana minat,aku turutkan jugak.Ada kwn2 yg mengatakan takder prospek utk sukan renang,kerana kebanyakannya dimonopli oleh kaum cina.Aku pun ada terpikir,tapi dek kerana kesungguhan dan minat yg mendalam afif,aku turutkan juga.Tak mengharapkan sesuatu,api jika dgn renang boleh mendisplinkan afif,biarkan....
Moga afif berjaya mendapat catatan masa peribadi yg terbaik.Biarlah dia bertarung dgn dirinya dahulu sebelum dia betul2 layak bertanding dgn perenang2 lain.Didi & ummi sentiasa menyokong & mendoakan yg terbaik utk along....
Allhamdulillah.. saya enjoy ..
7 years ago
No comments:
Post a Comment