Thursday, July 9, 2009

Indahnya CW

Senario 1

Semalam berpeluang menyaksikan satu tayangan filem astro disaluran 413.Satu cerita mengenai pembunuhan yang disiarkan secara online.Pembunuh misteri tersebut akan membunuh mangsa dengan berdasarkan jumlah kemasukan penonton yg menyaksikan secara online.Semakin ramai jumlah pengguna secara online yg melayari web,semakin kuat seksaan yg dikenakan kepada mangsa sehingga membawa maut.


Apa yg menariknya,ketika seorang pegawai FBI ditangkap dan diseksa,pegawai FBI tersebut menghantar petunjuk kepada penyiasat lain dengan menggunakan isyarat Morce Code atau CW.Dengan tangan dan kaki yg terikat,mangsa tersebut menggunakan kedipan mata sebagai isyarat morse code.Kedipan mata kanan adalah utk DIT,dan kedipan mata kiri adalah utk DAH.Walaupun pegawai FBI tersebut tidak dapat diselamatkan,tapi ia dapat memberi clue kepada pegawai penyisat lain utk mencari tempat pembunuhan berlaku.

Walaupun ini hanyalah sebuah cerita rekaan semata-mata,namun ianya dapat memberi idea kepada kita tentang penggunaan cw atau pun morse code.




Senario 2


Suatu petang ketika membeli belah di tesco,sms masuk di telepon.saya membuat bunyi cw(callsign) sekiranya ada sms yg masuk.Ketika itu dtg seorang pengawal keselamatan lalu menegur.dia tahu serba sedikit mengenai morse code.walaupun tidak dapat mengetahui keseluruhan bunyi cw yg keluar dari handphone saya,tapi beliau masih dapat sedikit bunyi cw yg dibunyikan.Dengan senang hati saya mempelawa pakcik tersebut utk minum di kawasan tesco.

Saya bertanyakan bagaimana dia mengetahui cw?adakah dia seorang rakan amateur?Sebenarnya pakcik tersebut bukanlah seorang rakan amateur.Dia belajar CW tidak lama dahulu kerana ingin berhubung dengan arwah ayahnya yg terlantar sakit akibat serangan jantung atau stroke.Arwah bapanya yg juga seorang bekas anggota semboyan tidak dapat bercakap dan hanya terlantar dikatil setelah diserang stroke.walaubagaimanapun,arwah ayah pakcik tesebut masih boleh menggerakkan kedua belah tangan beliau.

Beliau pelik apabila satu ketika arwah ayah beliau menggerakkan tapak tangan dengan menunjukkan isyarat penumbuk dan juga membuka tapak tangan utk kedua tangan kanan dan kiri.setelah arwah ayah beliau diziarah oleh rakan sekerja yg juga ahli semboyan,ia sebenarnya adalah merupakan isyarat cw utk meminta sesuatu.tangan kanan adalah utk DIT,dan tangan kiri adalah utk DAH.Tapak Tangan akan digenggam dan dibuka mengikut jumlah DIT dan DAH utk satu character.Jadi utk memudahkan perhubungan dgn ayah beliau,pakcik tersebut cuba utk mempelajari isyarat cw.Selama lebih kurang 4 tahun ayah beliau terlantar sakit dan selama itulah juga beliau berhubung dgn ayahnya melaui isyarat morse,namun Allah maha berkuasa apabila arwah ayahnya dipanggil Ilahi 3 tahun yg lepas.

Begitulah uniknya CW,walaupun dalam keadaan otak yg telah diserang stroke,namun ingatan terhadap CW masih ada didalam ingatan...mengapa???ini adalah kerana,setelah mempelajari CW,ianya akan terus melekat diminda sekiranya ia dipelajari dengan teknik yg betul,iaitu dengan mengenali rythm terhadap sesuatu character.ianya bukanlah satu teknik dimana pendengar akan mengira bilangan DIT dan DAH utk setiap character.
Begitu juga jika berada didalam situasi kecemasan atau sebagainya,CW boleh digunakan utk meminta bantuan daripada pihak lain.walaupun tidak secara direct,ianya boleh digunakan dengan teknik yg lain bergantung kepada kreativiti peminat cw tersebut...

Regards


9M2JEN



Tuesday, July 7, 2009

Malaysian Nation Wide Light House Weekend 2009 (MLHW 09) and

Hi All,
Our friend intends to do an International Light House Ham Radio Weekend and he has prepared the paper below for your attention.
Enjoy reading -

Purpose:
i. This event is not a contest, there are no prizes or any other enticements to participate and is therefore free of charge.
ii. To promote public awareness of ham radio and lighthouses in Malaysia.
iii. To acknowledge the contribution and recognition of the lighthouses and their keepers.
iv. To foster fellowship among members of the various Ham Radio clubs and Lighthouse Societies in Malaysia.
v. To gain experience for DX-peditions for the Ham Radio operators and to promote “exotic” Malaysia among International DXCC chasers or seekers.
vi. Pilot project proposed, as a future yearly event on the 2nd weekend of August and to be inserted in the Tourism Malaysia Calendar of the year.
vii. Since the 2nd weekend of August every year, coincides with the “Asia Pacific JOTA”, this ILLW event is extended to all Boy Scouts and Girl Guides via BP House Malaysia, to join in the fun at the light houses or contact the light houses via Ham Radio.

Date: 1st till 31st August 2009 (MST)
Weekend 2 – 8 Aug 09 (Sat), 9am till 9 Aug 09 (Sun) 3pm (30hrs)
Weekend 3 – 15 Aug 09 (Sat), 9am till 16 Aug 09 (Sun) 3pm (30hrs)

Collaboration with:
Jabatan Laut Malaysia
Kementerian Belia Dan Sukan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kementerian Pelancongan & Tourism Malaysia
Pejabat Menteri Besar & Local Council
MARTS
MARES
ASTRA
NESRAC
JASRA
PERAMAH
BARC
Kinabalu Radio Club
SARC
Kuching Radio Club
Brunei Darrusallam Radio Society
SARTS

All other groups within Malaysia Light Houses Station Master:

Penang
Rumah Api Fort Cornwallis, 9M2BA – Azmi Abdullah
Rumah Api Muka Head
Rumah Api Pulau Rimau

Selangor
Rumah Api Pulau Angsa 9M2CJ – Thiam Chee Ming
Rumah Api One Fathom Bank
Rumah Api Kuala Selangor 9M2SQL – Abdul Mutalib Omar
Rumah Api Bukit Jugra 9M2GEN - Zafarudin

Negeri Sembilan / Melaka
Rumah Api Cape Rachado 9M2QQ – Hans Elhers
Rumah Api Pulau Undan 9M2WT – William Tan

Johor
Rumah Api Bukit Segenting 9M2NP - Tango (Narayanan Pillai)
Tanjung Piai Lightbeacon
Pulau Pisang Light House
Tg Api Api Light House 9M2DA Deen Atan
Tg Tenggaroh Light House
Pulau Mungging Light House

Pahang
Rumah Api Tanjung Gelang 9M2TOT Ibrahim B Musa

Kelantan / Terengannu
Tumpat Light House
Pantai Senok . Pengkalan Daty Light House
Seabelle Rock Light House, Pulau Perhentian
Bukit Puteri Light House Kuala Terengganu

Sabah
Tanjung Kubong Light House 9M6DJC – M Christoper
Pulau Papan Light House
Pulau Gaya Light House
Pulau Kalampunian Light House
Pulau Silingan Light House
Tanjung Trang Light House
Bagahak Light House
Pulau Si Aimil Light House

Sarawak
Tanjung Dato Light House 9M8DB – Johnny
Tanjung Po Light House
Tanjung Jerijeh Light House
Tanjung Sirik Light House
Tanjung Kidurong Light House
Tanjung Lobang Light House

Tanjung Baram Light House so any volunteers please contact 9W2PD at 019- 654 0011

InsyaALLAH saya akan berada Kuala Selangor light house bersama 9M2SQL.
Kat sini belah atas

kat sini sambungannya

Saturday, July 4, 2009

Setia Alam-Puncak Alam-Setia Alam (+- 40km)

semuanya bermula semalam selepas GTR mengambil basikal dari rumah.Tetiba terpancar dari mulut aku"bro kalau 8.30 pg aku tak sampai,ko boleh mula kayuh"...hehehehehe

Bangun lebih kurang 6.15 pagi aku persiapkan diri utk berkayuh ke puncak Alam.Malam tadi,habis kenduri di Taman Dato Harun rumah sepupu,terus balik membetulkan crank aku yang dah tercabut,disebabkan saiz yg tidak betul...tepat jam 6.45pg aku mulakan kayuhan...berdebar jugak,dalam keadaan yang samar-samar aku membelah keheningan pagi....siut,lampu belakang pun tak ada,kena sondol dengan lori mati katak jer....tak per lah,dalam hati,aku niatkan dengan perkara yang baik...kalau tuhan nak cabut nyawa,bukan kira kat mana,dalam kotak pun boleh mati beb.

Berjaya melepasi pekan meru...Terus berkayuh lagi,malangnya,apabila melepasi jalan jambu,skru crank aku tercabut...hampieh...meraba aku pepagi buta mencari skru crank yang tertanggal....Alhamdulillah tengah aku meraba kat tepi simpang jalan jambu,juga jugak skru tuh,kalau tak jenuh aku menolak balik basikal.mungkin niat aku betul nak berkayuh pagi nie...perjalanan ke pergi kepuncak alam,tidaklah mencabar,kecuali mendaki bukit dipuncak alam utk tiba di roundabout bulatan ham....sial,memang segala sumpah seranah keluar,tapi aku tekad utk tidak menolak basikal...hehehehehe...akhirnya tepat jam 7.37 pagi sampai dihadapan rumah GTR dipuncak alam.

Perjalanan balik.
2 bukit yang terpaksa aku dan gtr tempuh,bukit felda dan bukit kempas.GTR menemani aku balik ke setia alam.semasa berhenti seketika di petronas sebelah bawah puncak alam,terjumpa dua rakan yg tak dikenali sedang berkayuh menggunakan road bike.GTR cuba ikut,aku...???lantak korang ler nak pecut dulu,diaorg berlatih nak masuk tournament,aku nak sihatkan badan jer....

semasa menuruni bukit felda terjumpa pulak sekumpulan 4 lelaki berkayuh dengan jersi yg sama.sempat jugak bertegur sapa dgn 4 0rg tuh."bang,klu abg maintain lagi 4 bulan,gerenti abg ada stamina"....aku senyum jer....mamat 4 org tuh badan memang fit.aku tenguk betis dgn peha depa lebih kurang saiz batang lemang yg harganya 5/6 hinggit...pastuh bila berkayuh...satu line,badan cekiciding jer semua...air friction kurang...aku????hehehehehe..kalau aku duduk depan depa,org dari depan tak nampak depa beratur belakang aku...wakakakaka..itulah betapa kembangnya badan aku,tapi tak sekembang badan kawan aku dari seri kembangan.Kawan yg kat seri kembangan tuh,kembang dia macam pokok ba'o'bab kat area padang pasir...wakakaka...

Apapun ketika mendaki bukit felda,memang macam nak berhenti...lori hantu kat belakang aku,siap tarik brek angin lagi...tak pulak dia bunyikan honm..klu dgr bunyi hon lori tuh,mau melompat aku....kat bukit kempas tak lah terasa sgt,sebab bukitnya landai sikit....tapi setelah berkayuh 2 bulan baru aku sedar...kalau dulu bila aku nampak org kayuh basikal aku akan tekan hon,dan marah2 kat dalam kete,sekarang kena kat batang hidung aku...padan muka aku....senang jer beb tuhan nak balas..klu dulu nampak bangla dan indon kayuh beskal,mestiaku hon,takut depa melintas...sekarang aku yang kena.....insaf aku atas apa yg aku buat selama ini.

GTR dah pecut laju kehadapan...lantak lah dia,aku bukan heran pun..apapun aku tetap gak sampai ke sri melur tepat jam 9.30 pagi....itu adalah check point terakhir.biarpun rumah dekat,mesti terus ke sri melur dulu.Jarak kayuhan lebih kurang 40 km hari nie...bukannya apa,aku risau takde stamina bila nak berkayuh ke manjung nanti dengan rerakan tepeng...raso weih,,,,stami8na takder nie....average speed dalam 18km/h jer...

Aku bukan apa,terngiang jer lagi cakap VZO."ko kalau main beskal mesti ada target.kalau setakat kayuh besa2,ko bukan main beskal..Jadi kayuhan ke manjung adalah target aku..terus ke lumut,kendian berkayuh di kepulaun pangkor...cadangnya 18/19hb 7 nie...sempat ketidak training aku tak tau...klu tak jadi tengah bulan nie...azam aku tetapa akan berkayuh ke manjung....chow...

*skrotum kebas tak abis lagi....Kat sini belah atas

kat sini sambungannya

Friday, July 3, 2009

Meludah ke Langit (Full wave antenna)

Artikel nie,didi tulis utk anak2 didi...bila besar tak perlu terlalu membangga diri.Tidak semestinya rasa hormat akan datang jika kita mengaku,kita mengetahui segalanya.Dan tidak juga,rasa hormat akan hilang pada diri kita jika kita mengaku kita tidak mengetahui sesuatu perkara....Be humble....dont be bumblebee...
Mungkin artikel nie ditulis kerana rasa marah dalam diri aku,dan mungkin juga artikel nie dibuat atas rasa,perasaan hormat kepada rakan2 lain.Semuanya bermula ketika berbual bersama 3 org rakan di rumah MDY.
Berpeluang berjumpa seorang rakan Ham yang mungkin pandai dan terlalu arif dengan semua perkara dalam dunia amateur...betul ke dia terrer semua benda???itu masih lagi menjadi tanda tanya....hehehehehe...statement dia yg buat aku terasa,bila dia cakap"aku anggap 9w dgn 9m sekarang nie macam sampah".....pergh menyerap aku dengar.....kemudian dia sambung lagi..."qso pun dah tak de topik,asyik cerita harga ikan kembong sekilo berapa kat pasar..."kendian dia sambung lagi.."takpun sembang pasal BATANG senget kekiri atau kekanan"...masa tuh aku tenguk muka pak madi,dia senyap jerk dan tak komen apa2...so aku rasa org jenis macam nie tak perlu layan sgt...dengar jer...
Pada aku,apapun topik perbualan rakan ham di frequensi,itu adalah hak kebebasan masing2,selagi ianya tidak salah dari segi SOP dan AOP,biar jerlah....ada didalam SOP mengatakan,sekiranya seorang ham boleh berbual dan boleh menyumbangkan idea atas topik yang sedang dibincangkan,bergabunglah untuk qso.sekiranya tidak,monitor sahaja.Sekiranya menyampah dengan topik yang dibincangkan,pergilah ke frequensi lain.Berlambak lagi repeater yg ada di negara kita.
Dalam tengah asyik berbual,aku pun menyampuk"kalau macam tuh,ambik argh exam CW bro,Ilmu dah banyak tuh....apalah sgt CW tuh....boleh jadi 9M with full of knowledge"...then aku sambung lagik"pak madi yang tak sekolah tinggi pun berani nak ambik cw bulan 9 nie,u engineer takkan tak berani ambik kut"....hehehehehehe..aku bagi gelak sinis kat dier....sembang deras betul....panas aku dibuatnya...org jenis macam nie,tak boleh bagi direct,kena bagi sipi2 jerk....terus senyap mamat tuh....pastuh aku sembang dengan pak madi...macam mana cikgu lan matching kan cable 300 0hm dgn cable 75ohm without using balun...saja jer aku bukak cerita tuh depan dia...hehehehe..melopong jugak kejap...kalau dia tahu,mesti dia nyampuk punyer....herm,tak nyampuk plak..terus diam....kacang jer benda tuh...silap2, rakan2 swal pun tahu macam mana nak matchingkan cable....hehehehehehe...
aku dapat tau mamat nie singaporean.Tak la pulak nak menuduh all melayu singaporean cakap macam nak menongkat langit..tapi mungkin certain2 org jer yg jenis macam nie....alo brader,kalau lu hebat,kenapa merempat cari rezeki kat bumi Malaysia bro....duduk singapore tuh,baru ko tahu nasib ko macam mana....hehehehehe....
Kesimpulannya,kita boleh mengenal dan menilai seseorang melalui perbualan dan percakapan seseorang..ilmu mantik namanya.....jangan terlalu menongkat ke langit,takut nanti digelak orang dibelakang....ilmu yang ada pada diri adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan ilmu ALLAH.Mungkin kita merasakan kita mahir didalam sesuatu bidang,tetapi ada org lain lebih mahir dibidang yg kita tak ketahui.....nanti aku suruh tebar roti canai,agaknya dia boleh buat tak..????Sekali tuhan ambil haknya keatas diri kita,baru tahu yang mana langit dijunjung dan yang mana tempat bumi berpijak....
Namun apapun terpulang kepada individu,kalau dah cara dia macam tuh,apa nak buat...biorkan jer lah....
*Maafkan sekiranya sesetengah perkataan menyinggung pihak lain.


Outstation ke Taiping

Selepas selesai menjalankan tugasan di rumah MDY,tugasan ke utara oleh pihak pejabat mesti diselesaikan.Jangka masa tugasan lebih kurang 4 hari.Perjalanan keTaiping tidaklah menjadi satu tugasan berat,kerana ramai kawan radio amateur berada ditaiping.Pakcik makcik saudara juga ramai yg berada disekitar taiping.

Berpeluang berjumpa dengan rakan taiping adalah sesuatu yg menggembirakan.Gurauan kasar,gelak tawa sudah memang menjadi amalan rakan2 taiping.dapat berjumpa dengan Coach(VZO) kayuhan rakan2 taiping juga satu pengalaman yang menyeronokkan.Rakan ditaiping boleh dikatakan hardcore dalam kayuhan basikal.Bukan setakat berkayuh di taman tasik taiping,malahan mereka juga sudah mula mengikuti acara jamboree basikal (offroad) yang dianjurkan oleh peminat2 Mountain Bike.Bagi aku pulak,perancangan untuk berkayuh offroad masih belum terlintas dibenak fikiran.Memang terlalu jauh berbeza antara kayuhan on road jika dibandingkan dengan kayuhan offroad.Masih banyak lagi yang perlu ditambah dari segi stamina dan sebagainya.

Duduk berbual bersama rakan taiping byk menceritakan tentang pengalaman mereka tentang kayuhan.Biarlah...mereka sudah memulakan aktiviti kayuhan semenjak januari lagi.Jadi stamina rakan disana jauh lebih baik.Walaubagaimanapun terasa sedikit ralat apabila tidak dapat berkayuh dengan rakan taiping utk ke matang,bukan sebab nak mengelat,tetapi disebabkan panggilan kerja yang terpaksa diselesaikan dengan segera.Apapun,jika berpeluang ke taiping,pastinya akan cuba meluangkan masa utk berkayuh bersama mereka.

Ketika menjamu selera minum petang dengan hidangan roti jala dihadapan stesen keretapi taiping bersama AJZ dan VZO,coach taiping mengajak utk berkayuh ke pulau pangkor.Perancangan melibatkan 3 kumpulan.Kumpulan pertama,adalah rakan2 dari taiping.Kumpulan kedua adalah rakan2 dari sebelah IPOH yg mungkin diketuai oleh SBD,dan kumpulan ketiga adalah rakan dari kawasan tengah.Namun perbincangan rasmi dengan rakan2 sekitar kawasan tengah belum lagi dijalankan....tunggulah...harap2 perancangan nie menjadi hendaknya...

Beberapa hari ditaiping,sempat juga menjamu selera,makanan istimewa disekitar bandar taiping.Keowtiow doli,popia bawah larut matang,roti jala,mee udang dan sebagainya.Namun ada lagi makanan istimewa yang tak sempat dilayan kerana masa yang tidak mengizinkan.Terima kasih diucapkan kepada rakan taiping yang sudi melayan kedatangan saya disana.Semoga berjumpa lagi dilain masa dan dilindungi ALLAH hendaknya...

Thanks to:
9W2VZO
9W2DMG
9W2AZJ
9W2OCC
9W2ONK
9W2SPO
9W2AOC
9W2JBT
9W2JTJ
9W2MDP
9M2AZZ
dan juga rakan yg namanya tak disebut disini...

Regards
9M2JEN

Monday, June 29, 2009

Berkayuh di KePULAUAN BATAM

Kenduri MDY dah pun selesai...sup tulang +-35 kg habis...kuah yang tinggal tuh adat laa...pendapat aku laa...kengkawan ham aku nie,kalau batu dgn kayu aku celup tepung goreng,yang tuh pun depa boleh makan dan telan...hehehehehe

Seronok bila tenguk semua makanan yg dihidangkan habis...lincin...hehehehehe...roti canai 100 keping habis...capati pak azad pun licin...apam kang mat buat pun licin....kari kambing dan dalca pun licin...seronok...memang seronok...

Terima kasih utk kengkawan yg menolong tolong sediakan makanan,setup base station dan sebagainya...GTI,DNO,YDP,bahari,bang jemey,GTR,BDZ,swal shah,pak azad,KMT dan juga yg aku tak ingat nak sebut nama.terima kasih jugak buat yg datang makan...at least datang memeriahkan suasana...tenguk muka tuan rumah,w/pun muka kepenatan,tapi penuh kepuasan...

Terima kasih jugak utk YE5RA,pak raja dan rakan gerombolan yg sudi datang dari kepulaun batam dan juga riau.Pening nie....2/8 pak raja menjemput semua rakan ham dari tanah semenanjung utk hadir ke kenduri kahwin anak beliau pada 2/8.kalau nak ikutkan,aku memang tak boleh pegi,sebab takde buku merah...hehehehehe...alasan yang paling kukuh utk tidak hadir..tapi rasanya kuat hati nak ke batam sebab bang long ajak berkayuh dibatam...best tuh...berkayuh ditempat asing..mesti byk tempat menarik yang boleh dilawati...

Berikut adalah perancangan...
Projek Manager:9W2MDY
Ketua Kayuhan:9W2VOL
Ketua Horey2:9w2GTR
Mobile ATM:9W2JIZ
Tarikh:31/07/2009
Pengangkutan:Bas ekspress Causeway link
Masa:11.00 malam(dari stesen bas klang central)
Tiba di larkin:5.00 pagi
Mereka yg turut serta
1.9W2MDY
2.9W2VOL
3.9W2GTR
4.9W2JIZ
5.9W2BDZ
6.9M2JEN(klu buku merah siap,aku pegi)

Pada rakan2 yg ingin turut serta boleh bg tau pak madi kat V44.
Aku teringin nak pegi sebab teringin berkayuh dibatam...berkayuh dijalan atau ditempat lain terpulang pada diri masing2,tepuk dada,tanya kaki...kali nie aku mesti buat buku merah,telinga dah paneh terbakor dengan kutukan yg berkati2 dari VOL,GTR dan JIZ...

Regads
9M2JEN
From taiping with love...
Keowtiow doli...
Mee Udang Kuala Sepetang...
Gulai ikan sembilang....
Popia basah & goreng bawah larut matang supermarket....
Arbok kat taman tasik tepeng....
Gila...

Thursday, June 25, 2009

2nd Damage

1st damage masa,mula2 nak keluarkan basikal.Speend about rm400 just nak bg beskal tuh function.Herm...selepas 2 minggu guna basikal MERIDA C8700,ada perlu yg nak ditambah,terutamanya dari segi gadget..

2nd damage
Tyre maxxis 700c X 28 =RM96
Kenda tube =RM26
FoX Glove =RM48
Helmet Rock Bike =RM68
Double stand rockbike =RM30
Total Damage =RM268
Pay for =RM257

Plan For Next Damage;

3rd damage
Deore 2010 Cranckset =RM300
Front Derailleur Deore =RM115
Rear Derailleur Deore =RM85
Total Damage =Rm500

4th damage
Deore 9 speed shifter =RM250
Shimano 9 speed chain =RM70
Shimano 9 speed cassete=RM90
Total Damage =RM410

5th Damage
GOBI sadle =RM300
KONA Padle =RM180
Shoes =RM250
Total Damage =RM730


Namun apapun ini hanyalah perancangan sahaja.Mungkin selepas melakukan 3rd upgrading,saya terpaksa menghentikan upgrading terhadap basikal,sebab nak kuarkan ic0m 718 pulak...senam-bersenam jugak,tapi HF tak boleh tinggal....lagipun rasanya belum habis explore dgn 8 speed.

Target
Berat badan=80kg :skrg 85kg
Kopek = tak mo cup :skrg cup A
Average speed = 25km/h :skrg 18-20km/h
Trip = 30km :skrg 24km
Ellipse time = 1hour :skrg 1jam 20 minit(24km)
Saiz seluar = 38 :skrg 42
Rokok: Say no to cigarette :skrg 14 btg sehari

Kalau misai tangloong target nak berkayuh satu malaysia,aku tak nak pergi jauh2,target yg rendah dulu.Cukup sekadar nak kuatkan sistem kardiovaskular aku.bila berkayuh,jantung dapat cepat pam darah ke kaki,so kalau jantung cepat pam darah,asid yg keluar kat kaki tak sempat produce,sebab perjalanan darah lancar hehehehe...bila darah mengalir lancar,apalagi,ketuk meja 15 minit pun tak jadi hal....wakakakakakakakaka....

Satu jer kawan2 kena tolong doa...semoga hobi nie berterusan,sebab hobi aku paling lama bertahan,6 bulan jer....lepas tu aku fed up...harap jgn lepas 6 bulan MERIDA aku tergantung kat dinding.Kalau merida aku dah tergantung nanti,harap2,korang ingatkan aku ok......

Truely
9M2JEN