Sunday, February 7, 2010

Kayuhan Kapitan Jemsol Untung

Kayuhan hari nie memang memeritkan..hampir sama dengan kayuhan interstate malakoff...bermula dari taman putra prima puchong-cyberjaya-pinggiran putrajaya-salak tinggi-simpang einstek-SIC dan kemudian loop semula di roundabout kat masjid highway nak ke KLIA...route rahsia bagi si zaimi,semasa persediaan beliau utk ke interstate malakoff...patutla si zaime power siut masa malakof....

sepatutnya aku berkayuh ke janda baik bersama man,wan GerexC dan juga Amat jambu..tapi sebab racunan ayat dari lili yang membuatkan aku mengubah haluan mengikut perancangan kapitan jemsol yg sentiasa mau untung.....wakakakaka...disertai oleh 5 rider tegar dan seorang rakan yg juga agak baru...kapitan jemsol,lili,muliadi,zaimie(tuan umah),aku dan seorang pendatang baru,azam kardani...

laluan agak penat selepas melalui bandar salak tinggi...tak sempat nak tenguk kiri kanan sangat..tetapi laluan agak beralun diselang selikan dengan bukit yang agak jahat...bukit jahat nie,sebenarnya sejenis bukit yg tak pacak sgt,tapi terpaksa mendaki panjang.....mental bertambah tercabar apabila lili,jemsol muliadi,suruh aku berdiri apabila mendaki bukit...baru jer aku berdiri dan mengayuh 2,3 pusingan depa dah berdiri jugak...hampieh...mental jiwa aku...

bertambah mental jiwa aku,apabila kesemua rider mula idle...berdesing telinga,bila mendengar bunyi seal bearing dari setiap basikal rider2 yg lain...takper..lain kali aku nak potong zink,pastuh nak selak kat celah rim aku...baru korang tau lagi kuat bunyi seal bearing zink aku...apapun kayuhan kali ini,kapitan menyuruh aku mencuba mengguna piring yg besar utk gear sebelah depan...kayuhan lebih bersahaja,dan perlu menguatkan kaki lebih lagi,supaya pace dan pedalling stroke aku sentiasa dalam rythm yg betul...

kedudukan rider apabila semakin hampir ketempat tamat semakin berjauhan...dekat 3km jugak la aku sesat....so makna kata,milleage aku lebih byk dari diaorg laa...muahahahaha...sampai ke rumah zaimie,rider dihidangkan dengan air bandung soda dan juga air sirap O...pergh...memang berlenggeng...tenguk meter...98.6 km....mangai!!!!!Alhamdulillah semua rider selamat dan tidak berlaku sebarang insiden buruk....sorry gambar tak ada erk...cameraman si cetot karim tak joint ini kayuhan...

Thanks to zaimie....rumah ngko kami buat macam hotel jerk..mandi,berak dan sebagainya...nasib baik tak sempat basuh kain...

No comments:

Post a Comment