Friday, July 3, 2009

Outstation ke Taiping

Selepas selesai menjalankan tugasan di rumah MDY,tugasan ke utara oleh pihak pejabat mesti diselesaikan.Jangka masa tugasan lebih kurang 4 hari.Perjalanan keTaiping tidaklah menjadi satu tugasan berat,kerana ramai kawan radio amateur berada ditaiping.Pakcik makcik saudara juga ramai yg berada disekitar taiping.

Berpeluang berjumpa dengan rakan taiping adalah sesuatu yg menggembirakan.Gurauan kasar,gelak tawa sudah memang menjadi amalan rakan2 taiping.dapat berjumpa dengan Coach(VZO) kayuhan rakan2 taiping juga satu pengalaman yang menyeronokkan.Rakan ditaiping boleh dikatakan hardcore dalam kayuhan basikal.Bukan setakat berkayuh di taman tasik taiping,malahan mereka juga sudah mula mengikuti acara jamboree basikal (offroad) yang dianjurkan oleh peminat2 Mountain Bike.Bagi aku pulak,perancangan untuk berkayuh offroad masih belum terlintas dibenak fikiran.Memang terlalu jauh berbeza antara kayuhan on road jika dibandingkan dengan kayuhan offroad.Masih banyak lagi yang perlu ditambah dari segi stamina dan sebagainya.

Duduk berbual bersama rakan taiping byk menceritakan tentang pengalaman mereka tentang kayuhan.Biarlah...mereka sudah memulakan aktiviti kayuhan semenjak januari lagi.Jadi stamina rakan disana jauh lebih baik.Walaubagaimanapun terasa sedikit ralat apabila tidak dapat berkayuh dengan rakan taiping utk ke matang,bukan sebab nak mengelat,tetapi disebabkan panggilan kerja yang terpaksa diselesaikan dengan segera.Apapun,jika berpeluang ke taiping,pastinya akan cuba meluangkan masa utk berkayuh bersama mereka.

Ketika menjamu selera minum petang dengan hidangan roti jala dihadapan stesen keretapi taiping bersama AJZ dan VZO,coach taiping mengajak utk berkayuh ke pulau pangkor.Perancangan melibatkan 3 kumpulan.Kumpulan pertama,adalah rakan2 dari taiping.Kumpulan kedua adalah rakan2 dari sebelah IPOH yg mungkin diketuai oleh SBD,dan kumpulan ketiga adalah rakan dari kawasan tengah.Namun perbincangan rasmi dengan rakan2 sekitar kawasan tengah belum lagi dijalankan....tunggulah...harap2 perancangan nie menjadi hendaknya...

Beberapa hari ditaiping,sempat juga menjamu selera,makanan istimewa disekitar bandar taiping.Keowtiow doli,popia bawah larut matang,roti jala,mee udang dan sebagainya.Namun ada lagi makanan istimewa yang tak sempat dilayan kerana masa yang tidak mengizinkan.Terima kasih diucapkan kepada rakan taiping yang sudi melayan kedatangan saya disana.Semoga berjumpa lagi dilain masa dan dilindungi ALLAH hendaknya...

Thanks to:
9W2VZO
9W2DMG
9W2AZJ
9W2OCC
9W2ONK
9W2SPO
9W2AOC
9W2JBT
9W2JTJ
9W2MDP
9M2AZZ
dan juga rakan yg namanya tak disebut disini...

Regards
9M2JEN

No comments:

Post a Comment