Friday, July 3, 2009

Meludah ke Langit (Full wave antenna)

Artikel nie,didi tulis utk anak2 didi...bila besar tak perlu terlalu membangga diri.Tidak semestinya rasa hormat akan datang jika kita mengaku,kita mengetahui segalanya.Dan tidak juga,rasa hormat akan hilang pada diri kita jika kita mengaku kita tidak mengetahui sesuatu perkara....Be humble....dont be bumblebee...
Mungkin artikel nie ditulis kerana rasa marah dalam diri aku,dan mungkin juga artikel nie dibuat atas rasa,perasaan hormat kepada rakan2 lain.Semuanya bermula ketika berbual bersama 3 org rakan di rumah MDY.
Berpeluang berjumpa seorang rakan Ham yang mungkin pandai dan terlalu arif dengan semua perkara dalam dunia amateur...betul ke dia terrer semua benda???itu masih lagi menjadi tanda tanya....hehehehehe...statement dia yg buat aku terasa,bila dia cakap"aku anggap 9w dgn 9m sekarang nie macam sampah".....pergh menyerap aku dengar.....kemudian dia sambung lagi..."qso pun dah tak de topik,asyik cerita harga ikan kembong sekilo berapa kat pasar..."kendian dia sambung lagi.."takpun sembang pasal BATANG senget kekiri atau kekanan"...masa tuh aku tenguk muka pak madi,dia senyap jerk dan tak komen apa2...so aku rasa org jenis macam nie tak perlu layan sgt...dengar jer...
Pada aku,apapun topik perbualan rakan ham di frequensi,itu adalah hak kebebasan masing2,selagi ianya tidak salah dari segi SOP dan AOP,biar jerlah....ada didalam SOP mengatakan,sekiranya seorang ham boleh berbual dan boleh menyumbangkan idea atas topik yang sedang dibincangkan,bergabunglah untuk qso.sekiranya tidak,monitor sahaja.Sekiranya menyampah dengan topik yang dibincangkan,pergilah ke frequensi lain.Berlambak lagi repeater yg ada di negara kita.
Dalam tengah asyik berbual,aku pun menyampuk"kalau macam tuh,ambik argh exam CW bro,Ilmu dah banyak tuh....apalah sgt CW tuh....boleh jadi 9M with full of knowledge"...then aku sambung lagik"pak madi yang tak sekolah tinggi pun berani nak ambik cw bulan 9 nie,u engineer takkan tak berani ambik kut"....hehehehehehe..aku bagi gelak sinis kat dier....sembang deras betul....panas aku dibuatnya...org jenis macam nie,tak boleh bagi direct,kena bagi sipi2 jerk....terus senyap mamat tuh....pastuh aku sembang dengan pak madi...macam mana cikgu lan matching kan cable 300 0hm dgn cable 75ohm without using balun...saja jer aku bukak cerita tuh depan dia...hehehehe..melopong jugak kejap...kalau dia tahu,mesti dia nyampuk punyer....herm,tak nyampuk plak..terus diam....kacang jer benda tuh...silap2, rakan2 swal pun tahu macam mana nak matchingkan cable....hehehehehehe...
aku dapat tau mamat nie singaporean.Tak la pulak nak menuduh all melayu singaporean cakap macam nak menongkat langit..tapi mungkin certain2 org jer yg jenis macam nie....alo brader,kalau lu hebat,kenapa merempat cari rezeki kat bumi Malaysia bro....duduk singapore tuh,baru ko tahu nasib ko macam mana....hehehehehe....
Kesimpulannya,kita boleh mengenal dan menilai seseorang melalui perbualan dan percakapan seseorang..ilmu mantik namanya.....jangan terlalu menongkat ke langit,takut nanti digelak orang dibelakang....ilmu yang ada pada diri adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan ilmu ALLAH.Mungkin kita merasakan kita mahir didalam sesuatu bidang,tetapi ada org lain lebih mahir dibidang yg kita tak ketahui.....nanti aku suruh tebar roti canai,agaknya dia boleh buat tak..????Sekali tuhan ambil haknya keatas diri kita,baru tahu yang mana langit dijunjung dan yang mana tempat bumi berpijak....
Namun apapun terpulang kepada individu,kalau dah cara dia macam tuh,apa nak buat...biorkan jer lah....
*Maafkan sekiranya sesetengah perkataan menyinggung pihak lain.


5 comments:

  1. Owh...

    aku kenai mamat tu.

    Dulu masa satu eyeball ramai2 5 tahun lepas kat shah alam dia pernah kondem sekumpulan bebudak uitm ni kow2 masa eyeball. Kesian budak2 ni.

    Bila last2 hujung eyeball, masuk la sesi perkenalkan diri. Budak2 uitm ni mula la perkenalkan diri. Terkejut dia bila dapat tau kondem punya kondem rupa2nya bebudak uitm ni ada dua tiga callsign luar negara dan dah di kelas A dan dapat lesen dari umur 14 tahun, sorang darinya dah ada 40K contact DX.

    Terus dia cium tangan bebudak ni lepas eyeball hahahah...

    Aku bukan nak ngata kat dia tapi biasa la KIASU. Kat negara dia tak boleh nak berburu dengan senjata api so dia mai malaysia boleh la. Cerita kaya gila tapi job cuma technician repain PC. Mak aku pun boleh setakat tukar board yg rosak.

    Actually kami sejak 5 tahun lepas dah sepakat untuk pulau dia.. sembang kencang tapi habuk kosong ajer. Sometimes bohong kuat.

    Jen, kami kenai sangat dia cuma mungkin menghormati dia ajer sebagai penumpang kebahagian kat sini, kalau tak dah lama aku hambat balik negara dia...

    hahahahaha...

    Kementerian dalam negeri? hahaha..

    ReplyDelete
  2. oit..tak baik tembak2...ntah2 org lain....tapi inilah dunia amateur....mana yg bertahan akan terus kekal..kalau yg sensitip tuh,memang dah lama cabut....aku tak nak cari musuh,nak cari sahabat...tapi dalam diam aku jumpa org macam fullwave antenna...ko rasa kenapa org tak buat full wave antenna yer..????

    ReplyDelete
  3. Sebab space umah terhad kot... aku ada bagi kat 9M2GET diagram 80m, 40m, 20m, 15m, 10m dipole pendek..

    setakat ni dx semua region aku dapat. Softcopy aku takdak kat pc ni, hang mintak kat dia.

    Nak tanya chamber prof zaiki kat bangunan lama tu ok lagi tak? nak pinjam simulate antenna GHz la.. last gi 5 tahun lepas luruh abis, depa kata dah repair.

    ReplyDelete
  4. kami dah pindah banggunan baru.....tengah buat chamber room yg baru...

    nanti aku mintak diagram kat GET..menarik tuh...

    thanks bro...

    ReplyDelete
  5. aku memang pantang org sembang deraih ni. Awat tak boleh nak tegoq langsung ka dia ni. Kebai sgt ka dia ni. Kat dunia ni org pandai pun tak ngaku dia pandai. Klau tembak kot sipi tak guna. kena cerita terus terang la. Buat apa nak takut drpd dok ckp kot blakang lagi teruk.

    ReplyDelete