Thursday, July 9, 2009

Indahnya CW

Senario 1

Semalam berpeluang menyaksikan satu tayangan filem astro disaluran 413.Satu cerita mengenai pembunuhan yang disiarkan secara online.Pembunuh misteri tersebut akan membunuh mangsa dengan berdasarkan jumlah kemasukan penonton yg menyaksikan secara online.Semakin ramai jumlah pengguna secara online yg melayari web,semakin kuat seksaan yg dikenakan kepada mangsa sehingga membawa maut.


Apa yg menariknya,ketika seorang pegawai FBI ditangkap dan diseksa,pegawai FBI tersebut menghantar petunjuk kepada penyiasat lain dengan menggunakan isyarat Morce Code atau CW.Dengan tangan dan kaki yg terikat,mangsa tersebut menggunakan kedipan mata sebagai isyarat morse code.Kedipan mata kanan adalah utk DIT,dan kedipan mata kiri adalah utk DAH.Walaupun pegawai FBI tersebut tidak dapat diselamatkan,tapi ia dapat memberi clue kepada pegawai penyisat lain utk mencari tempat pembunuhan berlaku.

Walaupun ini hanyalah sebuah cerita rekaan semata-mata,namun ianya dapat memberi idea kepada kita tentang penggunaan cw atau pun morse code.




Senario 2


Suatu petang ketika membeli belah di tesco,sms masuk di telepon.saya membuat bunyi cw(callsign) sekiranya ada sms yg masuk.Ketika itu dtg seorang pengawal keselamatan lalu menegur.dia tahu serba sedikit mengenai morse code.walaupun tidak dapat mengetahui keseluruhan bunyi cw yg keluar dari handphone saya,tapi beliau masih dapat sedikit bunyi cw yg dibunyikan.Dengan senang hati saya mempelawa pakcik tersebut utk minum di kawasan tesco.

Saya bertanyakan bagaimana dia mengetahui cw?adakah dia seorang rakan amateur?Sebenarnya pakcik tersebut bukanlah seorang rakan amateur.Dia belajar CW tidak lama dahulu kerana ingin berhubung dengan arwah ayahnya yg terlantar sakit akibat serangan jantung atau stroke.Arwah bapanya yg juga seorang bekas anggota semboyan tidak dapat bercakap dan hanya terlantar dikatil setelah diserang stroke.walaubagaimanapun,arwah ayah pakcik tesebut masih boleh menggerakkan kedua belah tangan beliau.

Beliau pelik apabila satu ketika arwah ayah beliau menggerakkan tapak tangan dengan menunjukkan isyarat penumbuk dan juga membuka tapak tangan utk kedua tangan kanan dan kiri.setelah arwah ayah beliau diziarah oleh rakan sekerja yg juga ahli semboyan,ia sebenarnya adalah merupakan isyarat cw utk meminta sesuatu.tangan kanan adalah utk DIT,dan tangan kiri adalah utk DAH.Tapak Tangan akan digenggam dan dibuka mengikut jumlah DIT dan DAH utk satu character.Jadi utk memudahkan perhubungan dgn ayah beliau,pakcik tersebut cuba utk mempelajari isyarat cw.Selama lebih kurang 4 tahun ayah beliau terlantar sakit dan selama itulah juga beliau berhubung dgn ayahnya melaui isyarat morse,namun Allah maha berkuasa apabila arwah ayahnya dipanggil Ilahi 3 tahun yg lepas.

Begitulah uniknya CW,walaupun dalam keadaan otak yg telah diserang stroke,namun ingatan terhadap CW masih ada didalam ingatan...mengapa???ini adalah kerana,setelah mempelajari CW,ianya akan terus melekat diminda sekiranya ia dipelajari dengan teknik yg betul,iaitu dengan mengenali rythm terhadap sesuatu character.ianya bukanlah satu teknik dimana pendengar akan mengira bilangan DIT dan DAH utk setiap character.
Begitu juga jika berada didalam situasi kecemasan atau sebagainya,CW boleh digunakan utk meminta bantuan daripada pihak lain.walaupun tidak secara direct,ianya boleh digunakan dengan teknik yg lain bergantung kepada kreativiti peminat cw tersebut...

Regards


9M2JEN



5 comments:

  1. aku terharu dengan cerita senario 2tu. walau mcmana pun aku bersyukur.

    ReplyDelete
  2. cw mmg berbaloi utk di pelajari..bi

    ReplyDelete
  3. stroke tu bukan sakit jantung. Stroke atau CVA (Cerebralvascular Accident) tu sakit otak. kalau kena stroke, takdenya dia boleh angkat dua2 belah tangan..salah satu tangan jek.

    ReplyDelete
  4. ia ker se???mana aku tau bro...dah pakcik tuh cakap stroke...aku belasah jer lah...

    ReplyDelete
  5. nasib baik pakcik tu xcakap sakit taun.

    ReplyDelete