Monday, November 10, 2008

Perkhemahan~lubuk Kawah

Bujang balik....
Rancangan nak membujang didalam hutan memang dah lama dirancang.tapi tak jadi2 jugak....aku nak tulis nie pun,pening dibuatnya...bukan aper...terlalu byk aktiviti yang kami buat,walaupun percutian selama 2 hari 1 malam...Kat sini belah atas

Perbincangan...

Plan awal dibuat adalah bersama dgn kumpulan 4X4 dari kayu ara...sebenarnya kami mula berkenalan dgn group nie,ketika misi banjir ke johor.seronok ketika meredah banjir dijohor,kami bertekad utk melakukan aktiviti bersama kumpulan kayu Ara ini..sebab satu kepala...kami lantik si Kamel jadik kepala,sebab event banjir pun,dia yang ajak depa nie...so kamel diskuss dengan man utk event ke lubuk kawah nie...lepas berapa minggu,aku,AWI,KTT,VIP meeting kat kg kayu ara,masa tuh ader abg yie,dgn man...diskuss berapa nak kena bayar dan tarikh nak pergi...kita org cuma bawak badan jerk....makan,khemah semua di sediakan...


Hari yg dinanti....


pagi berapa hb aku tak ingat...kami kumpul kat kedai makan kayu ara...pagi lagi aku dah sampai...tumpang kete bawi,kancil bising tak hingat...xyl dier yang hantar...sampai jerk...teruja tenguk kete 4x4 geng kayu ara nie...punyerlah tinggi...sebenarnya kita org combine dgn geng tukang masak kat puchong,depa nier geng climber,suka panjat bukit dan sebagai nya...punya ler hampieh...si dealova sesat larat ntah kemana...peserta akhir yg kami tunggu...




Perjalanan...


Mengambil masa selama 1 jam ketika memasuki lebuh raya utara selatan bermula dari plaza tol damansara,kemudian keluar di plaza tol tg malim.perjalanan dari dari situ pula mengambil masa 15 minit utk sampai kekawasan check point pertama.Memasuki kawasan kebun getah,rombongan berhenti seketika utyk mengunci wheel depan,angin tayar juga dikurangkan bagi,mendapat cengkaman yang lebih kuat ketika mengharungi jalan bersungai,berbatu dan lopak yang dalam.

Laluan pertama,adalah menyeberangi sungai yg dianggarkan kira2 selebar 40 meter,keadaan sungai yg berbatu menyebabkan kami terpaksa berhati2,kerana salah seorang kenderaan peserta tidak menggunakan tayar lipan.Aku tidak ingin melepaskan peluang duduk didalam kenderaan utk merasakan pengalaman pertama menaiki keadaan pacuan 4 roda dengan keadaan muka bumi yg agak mencabar.


Alhamdullilah laluan pertama,semua kenderaan berjaya melepasi halangan yang memang sudah kami jangkakan.Haluan kedua pula,kenderaan terpaksa turun kedalam anak sungai 45 darjah dan terpaksa melalui celahan pokok.kali ini,aku terpaksa turun dari kenderaan utk melihat sendiri teknik pemanduan 4X4,kalau diatas jalanraya,pemanduan aku bolehlah dikatakan berkemahiran kerana telah mengikuti kursus dan pemanduan di track,tetapi pemanduan offroad adalah amat berbeza sekali.kali ini sebuah kereta terpaksa di winch kerana,keadaan tayar yg tidak berapa sesuai.

Laluan ketiga,para peserta dikehendaki mendaki cerun dgn kecerunan hampir 45 darjah.laluan mendaki tersebut kira2 sepanjang 15 meter dgn keadaan jalan yg licin dan berlopak.Para peserta terpaksa menggunakan gear yang rendah ketika mendaki.Disini dapat dilihat kegunaan tayar lipan.Rupanya ketika mendaki,dinding tayar lipan akan memainkan peranan bagi mencengkam permukaan tanah yang licin dan berlubang.Alhamdullilah semua kenderaan berjaya melepasi halangan ketiga.

Akhir sekali halangan keempat,peserta terpaksa mendaki lagi diakhiri dengan menyeberangi anak sungai.Pada kali ini 2 kenderaan tersangkut ketika mendaki,kerana barang yang diletakkan diatas bumbung kenderaan,tersangkut diranting buluh.Manakala ketika menyeberangi anak sungai,winching terpaksa digunakan,kerana lubang anak sungai amat dalam.Tepat jam 2.45 petang kami berjaya sampai di tapak perkhemahan.

Tapak perkhemahan.
Betapa berpengalaman nya rakan2 4x4 ini kerana dengan mudah menyediakan satu khemah besar dalam masa 10 minit.winching ditarik tinggi mengunakan sebuah kenderaan lalu ditarik kesatu pokok yang lain.pergh,memang bijak...maka,khemah2 kecil didirikan didalam khemah besar.Surau,dapur,tempat tidur telah diagihkan lebih awal supaya khemah kami tidak berserabut.selesai mendirikan khemah kami dijamukan dengan makan tengahari....berseleranya tidak terkata...


Aktiviti.....2 hari satu malam...
Kebanyakan aktiviti kami ketika berada di hutan adalah mandi manda.betapa cantiknya keadaan sungai dikawasan trsebut,memang tidak dapat diterjemahkan dengan kata2.Hari pertama sampai kami Cuma dibenarkan mandi berhampiran kawan perkhemahan.Lagipun badan masih lagi kepenatan.Mandi dikawasan pertama pun sudah mengasyikkan ,seorang sahabat sampai terlupa ketika berendam kerana kakinya terkena simpul mengkarung atau istilah jawanya Cramp.....terpaksa diberikan bantuan,dengan badan yg agak besar aku menolak kaki rakan tersebut...akhirnya kira 15 minit kaki rakan tersebut kembali pulih...ketika mandi berbagai gelagat dapat dilihat....3 daripada rakan yg betul2 handal berenang SWAL kamalul & wadie,dan DKN.manakal yang tak tau langsung berenang saudara DLV dan AWI...hampieh tak tau berenang depa nie....tak macho langsung...

Malam pulak kami dihidangkan dengan kambing panggang yang disediakan oleh rakan 4x4 dari kayu ara.memang begitu menyelerakan hidangan tersebut,disamping air asam yang aku buat...wakakakaka...tak habis depa duk puji air asam aku...padahai aku tolong buat lebih kurang jerk...malu aku....alah...bukan susah sgt nak buat ayaq asam...perkara paling mudah dalam hidup aku...sebelum kami menjamu selera,kami disajikan dengan sedikit muzakrah agama yang disampaikan oleh seorang ustaz dari tg malim...ianya ceramah yg begitu mudah menngenangkan kebesaran Allah disamping makhluknya...sekurang2nya kami tidak pergi dengan kosong,masih terdapat pengisian jiwa atau makanan rohani utk diri masing2......

Keesokan pagi...berjemaah subuh beramai2...alhamdullilah,walaupun kebanyakan kami agak berat berjemaah atau pun bersolat subuh,namun pada hari tersebut,2 setan yg besar dikalangan kami pun turut berjemaah subuh.wakakakaka....bayangkan,org yang tidur dibawah tidak digigit pacat,tapi yg berada diatas katil kena gigit...ini menggambarkan betapa pacat pun tak lalu nak hisap darah mamat tuh....kakakakakaka...memang begitu nyaman didalam hutan,tapi aku tak boleh lena malam tuh,sebab dah belasah kambing tak ingat...

Pagi kami disajikan dengan bihun goreng bersama roti....bihun tuh biasa bagi aku...tapi yg specialnya roti tuh...sapu planta,pastuh letak pulak susu cair...memang sedap weih...tapi aku tak boleh belasah banyak,nanti kencing manis tinggi.habis bersarapan,kami layan plak durian dipagi hari...sebenarnya durian tersebut dibeli semalam ketika kamel dan 2 rakan pergi mengambil ustaz di tg malim...sambil makan pagi,sambil rakan belajar menembak dgn menggunakan alatan permainan ORG DEWASA...hehehehe...dapat dilihat tangan yg baik dan tidak baik....wkakakaka...tangan yg slalu 5 to 1 pun ader....wakakakakaka...

Tepat jam 9.30 pagi,kami turun kekawasan air terjun disebelah bawah...pergh cantik giler.....air terjun yg belum diteroka oleh ramai orang...mempunyai beberapa tingkat yang kadang2 tak sesuai utk dijadikan tempat mandi kerana deruan air yang amat deras.....akhirnya kami memilih utk mandi disatu kawasan yang agak dalam tetapi masih boleh dimandi oleh 2 org yang LANGSUNG tak pandai berenang dikalangan kami.

Seesetengah dari kami mengambil keputusan untuk menembak ikan sambil menyelam...pergh,memang mengancam aktivi pagi tersebut...sejuk...jgn duk kata ler...rendam jerk...kalau kuar dari air,mesti menggigil punya...paling klelakar ketika AWI diracun utk berenang menyeberangi sugai...kawan2 duk pedajai,bagi telan ¾ teguk air dulu,pastuh baru rescue...aku tenguk muka kawan aku ni,dah takdak darah...hampieh betui depa....gelak dulu,baru nak selamat...yang sorang lagi,langsung tak berani nak try...mana tak nya....hati kecik...

Berendam punyer berendam dah pukul 1.30 petang...giler....langsung terlupa nak balik woo....kami naik ketika rakan2 diatas telah pun menyediakan makanan tengahari...ikan bakar...dengan sedikit lauk pauk yang lain...pergh...memang kebulur...dah lama berendam ler katakan...

Persiapan pulang....
Tepat jam 3.30 petang kami berkemas utk pulang....masing2 paham tanggungjawab mengemaskan brg persendirian dan juga tapak kawasan perkhemahan.Alam sekitar jgn dicemar kerana mungkin akan digunakan oleh org lain kemudian hari...dan perjalanan pulang tiada sebarang masalah dihadapi kecuali sebuah kereta yang terpaksa di winch ketika menyeberangi sungai...

Pergh....
Memang pengalaman yang paling menyeronokkan bagi aku...walaupun keluar duit rm150,tapi satu kepuasan dan pengalaman yang baru bagi kami...mungkin aktiviti ini akan dianjurkan lagi,tapi bersama kumpulan yang lain,mungkin aku tak dapat bersama kalian kerana tarikh tersebut jatuh pada tarikh ulangtahun perkahwinan aku...pada rakan2 yang akan ke trip 4x4 pada pertengahan disamber ini...selamat bercuti dan menempuhi pengalaman baru....

No comments:

Post a Comment