Prestasi
Diberikan 6 modul bacaan sepanjang setahun bersekolah,alhamdulillah afif berjaya sampai modul yang kelima,sekurang2nya apa yg aku dan xyl bayar sepanjang pengajian Afif dapat dilihat melalui kelakuan dan cara pertuturan Afif.Memanglah kalau difikirkan balik,alah....baru tadika...tak perlu nak particular sangat....tapi sebenarnya kami berdua memang tak berniat untuk menekan afif semasa sekolah...cukup sekadar afif mempunyai aktiviti separuh hari di sekolah.memang sesetengah ibubapa menghantar anak2 ketika berusia 5 atau 6 tahun,tapi xyl beria nak hantar afif kesekolah,dengan alasan afif terlalu kerap menonton Televisyen dirumah.Para ibubapa sebenarnya takut anak2 mengalami proses pembelajaran yg berulang kali seterusnya membuat anak2 jemu dengan sistem pra sekolah.
Sistem pembelajaran di malaysia sebenarnya terlalu menekankan kepada ilmu pengetahuan tanpa memberi peluang kepada anak2 mengenali potensi didalam diri masing.Jika dilihat sistem pendidikan barat atau eropah diperingkat pra-sekolah,anak2 lebih ditekankan kepada survirvor atau tanggungjawab kepada diri sendiri.Menjadi sesuatu yang luarbiasa bg kita jika anak tidak dapat membaca seawal umur 6 tahun.Apabila masuk ke alam persekolahan,anak2 yang tidak tahu membaca akan ketinggalan terabai oleh guru2 mereka.Disebabkan keadaan inilah aku dan isteri terpaksa mengikut keadaan sekeliling mengehendaki anak kami dihantar ke sekolah.Kalau diikutkan hati,mahu saja aku menghantar afif kesekolah ketika berumur 6 tahun.
pernah suatu ketika sekitar bulan april,afif pernah menyatakan pendapat untuk tidak mahu kesekolah.Aku secara jujur bertanya kenapa,afif menjawab dia bosan dengan aktiviti sekolah,yang terlalu berulang2...membaca doa,menyanyi dan sebagai nya....afif selamba menjawab dia nak jadi guard suatu hari nanti...katanya jadi guard tak perlu mempunyai kelulusan yang tinggi...rasa kecewa dengan jawapan afif,aku terus menyelidik...rupanya guard yg afif maksudkan bukanlah pengawal keselamatan dikawasan rumah ataupun pusat bekerja,tapi sebenarnya ahli GUT yang bertugas didalam cerita ULTRAMAN...tidak menyalahkan Afif,malah aku bangga kerana afif secara jujur berani menjawab soalan aku.Dapat dilihat seawal usia afif,masih terlalu awal baginya untuk serius dan memilih serta diberikan tanggungjawab untuk kesekolah...biarlah....biarlah afif terus bermain dengan fikiran dan imiginasi kanak2nya,takut suatu hari nanti dia akan terlepas keseronokan ketika melaui zaman kanak2....
Persekolahan Afif...
No comments:
Post a Comment