Sunday, November 9, 2008

Belasungkawa~Aidi Syahizad Bin Haji Hadi



Perginya seorang sahabat....
Salam....betapa suramnya hari ini semuram pemergian sahabat yang dikenali arwah Aidi.Dilahirkan pada 9/11/1975,namun kembali pada genap umurnya 33 tahun iaitu pada hari ini 9/11/2008.Begitulah janji Allah,perjanjian yang tak mampu di hindarkan oleh kita sebagai hambanya.Begitu jugalah hukumnya,setiap yg dijadikan pasti berpasangan....dijadikan siang bersama pasangannya malam,dijadikan bulan bersama pasangannya matahari,dan juga MATI berpasangan bersama yang hidup...Itulah KARMA Allah.....
*Rakan yg mempunyai gambar Arwah harap dapat email kepada saya..

Dia yg kami kenali...
Aidi,sebenarnya tak banyak diketahui latar belakang oleh aku...berpeluang mengenalinya didalam kelab kereta yang aku masuk pada awal 2004.Memegang jawatan setiausaha pertama didalam sebuah kelab kereta yang agak tersohor.Namun setelah melepaskan jawatan,Arwah banyak menyepikan diri kerana terlalu sibuk dengan tugasan harian.Namun tanggungjawab yang diamanah kan kepada Arwah sebagai seorang setiausaha,tidak pernah diabaikan....setiap mesyuarat yang dihadiri,pastinya dikepilkan minit yang lengkap pada mesyuarat seterusnya...
Seorang yang agak kurang berkata2,namun setiap pandangan yang diberikan mengandungi unsur nasihat yang membina untuk kelab...itu pastinya...jarang membuat sebarang komen yang melulu,namun segala permasalahan diselesaikan dengan cara berhemah dan penuh dedikasi...itulah sahabatku...Aidi..
Kehilangan.......
Hari ini kami,kehilangannya...begitulah takdir Allah.Sepanjang aidi mengalami sakit kanser kulit selama hampir 4 tahun,2 kali aku dan rakan pernah menjengah dikediaman ayahnya...sakit yang ditanggung bagaikan,satu beban yang tak terpikul olehnya,namun itulah yang dikatakan ujian Allah,memilih Aidi sebagai hambaNya untuk diuji...begitu berat beban yang ditanggung,namun ditempuhi dgn tabah sehingga saat tinta yang terakhir.Tapi apakan daya,segala usaha melawan penyakit,akhirnya berakhir hari ini....itulah TAKDIR.




Minum semeja....
Terakhir kami bertemu Aidi ketika sebelum menyambut hari Raya.Alhamdulillah berkat usaha SWAL mus,sedikit kutipan berjaya dikumpul bagi meringankan beban arwah ketika persiapan menyambut hari raya.Aku,eden,peja duduk semeja bersamanya pada hari tersebut...argh...baru semalam rasanya aidi duduk minum semeja bersama kami.Lama kami berbual panjang pada malam tersebut.Masih tergambar wajah anak kecil arwah yang masih jauh lagi perjalanan hidupnya...yang masih tidak tahu bahawa ayahnya sudah pergi mengadap ilahi.Tetapi...itulah hakikatnya.....




Akhir Kalam.....


Alhamdulillah berita kematian Aidi disampaikan melalui sms oleh SWAL mus pada pukul 10 pagi...mana rakan taulan terdekat,sempat menziarahi kubur arwah,dikawasan perkuburan bukit kiara.Sedikit kutipan juga berjaya kami kutip dan disumbangkan kepada balu.Itulah serba sedikit sumbangan yg dapat kami lakukan.Selesai upacara perkebumian,rakan sempat mendoakan kesejahteraan arwah...itulah juga yang mampu kami sedekahkan buat aidi.



Akhir kata,wahai sahabatku,tenang lah dirimu menanti di alam barzakh dan dibangkitkan dialam akhirat kelak...tenanglah engkau menghadapNya disaat kami meneruskan kehidupan kami.InsyAllah suatu hari nanti ditemukan kita jua akhirnya...
Alfatihah.........
Pergi Tak Kembali Album :


Munsyid : Rabbanihttp://liriknasyid.com



Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa



Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata



Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya



Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana



Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim



Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi



Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

1 comment:

  1. Takziah buat keluarga arwah aidi dari kami skeluarga. Semogo roh arwah ditempatkan bersama para solehin..insyakallah. - Al-Fatihah

    ReplyDelete