Habis beriadah di kota damansara,aku menyembang dgn rakan sampai pukul 1.++ ptg...balik umah,letakkan basikal,terus aku ke klang kerana ada sedikit urusan...sampai di satu lampu tukar ganti,terlihat sebuah kenderaan yg biasa aku tenguk lama dahulu,masih tak ubah lagi..lalu aku menoleh kekanan...
cermin serba hitam..argh,biarkan saja,benak hatiku...lalu pemandu tadi menjengahkan kepala..herm...aku kenal siapa dia...lalu membuat isyarat jari dimulut...aku kehairanan...diulang semula isyarat jari dimulut,ooohhh...aku paham.....sebenarnya rakan tersebut dah hampir 8 tahun aku tak bersua muka dan duduk minum semeja...
aku mengenali dia dan isterinya..setahu aku rakan itu begitu baik pada pendapat aku,berwatakkan sederhana,baik tutur bicara dan juga ayah yang sentiasa melayan kerenah anak2nya...dan isterinya juga seorang yg MENGAMBIL BERAT terhadap suaminya...sentiasa berdampingan dengan suami walau dimana jua...
itulah lelaki,jangan terlalu mengonggkong kaum si adam ini,jika terlalu mengongkong, silelaki akan cuba juga utk meloloskan diri...berikan sedikit ruang kepercayaan kepada lelaki yg bergelar suami,pasti si lelaki akan tahu menghargainya...dan buat suami,jgn pula mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan...aku juga bukan suami dan lelaki yg sempurna,TETAPI berusaha utk mencari kesempurnaan itu...
Aku berpesan utk diriku yg sedang mencari kesempurnaan....
P/s:setakat nie,visa berkayuh masih lagi ok...mendoakan semoga kita semua menjadi suami2 yang baik2 hendaknya....
Update April 2018
6 years ago
No comments:
Post a Comment