3 menu diatas,terlalu sinonim dengan keluarga belah xyl dikuala kangsar...mula2 tekak nie tak bleh jugak nak telan,tapi bila2 lama dah jadi rutin pulak....
GULAI KEMAHANG>>>
Gulai kemahang nie,dibuat daripada pucuk sayur kemahang dan juga ubi keladi...mula2 aku makan,ya Allah rasa nak masuk tangan kedalam kerongkong nak menggaru tekak...kenapa,kerana aku tak tahan dengan gatal keladi,atau mungkin keladi yg aku makan tuh tak dibasuh dengan bersih yg menyebabkan masih ader lagi saki baki getah keladi tersebut....
ia hanyalah kuah yang berlandaskan sayur sayuran kampung yg menyeleakan.tak salah aku,gulai sayuran ini begitu terkenal disebelah kati,cheh,sauk,raban dan seterusnya disebahagian daerah kuala kangsar..namun aku dan xyl bukanlah penggemar fanatik gulai ini...
IKAN PEKASAM>>>
Yang nie kegemaran aku...nak membuat selalunya,memerlukan peraman yg memakan masa sedikit..selalunya menggunakan ikan air tawar...ada yang memanggilanya WADI bg kaum banjar dan ada juga yg memangilnya ikan jeruk bg masyarakat sebelah utara....ikan sungai akan dibasuh dan dibuang perut lalu diperam bersama beras yang digoreng...kadang2 ada jugak yg memeram ikan sungai tersebut bersama nasi yg dimasak...
semasa proses pemeraman kadang2 terhasilnya ulat najis yang terdapat didalam balang tersebut...apasal???tak percaya...jika ikan tak dibasuh dengan bersih,pemeraman akan menghasilkan ulat yg seolah2 seperti ulat sampah...jgn risau...keluarkan pekasam yg diperam lalu dibasuh semula...yang paling best apabila menggorengkan pekasam..baunya memang semerbak haruman,bagi yang tak tahan dengan bau tersebut pasti akan keluar semula apa yg telah diisi kedalam perut anada...
cara penghidangan ikan pekasam,akan digoreng bersama bawang besar dan juga cili kering..ianya sesuai dimakan ketika sahur bersama nasik lembik(aku ler)..pergh..lapornya!!!memang sedap siut ikan pekasam nie..tak tau ler menu nie asal darimana....
TEMPOYAK>>>>
tempoyak dtg dari lebihan buah durian yg telah lama disimpan...kadang2 buah yg telah ditebuk tupai yg sebahagian isinya masih baik,akan diambil lalu disimpan didalam balang...durian yg diambil isinya akan diasingkan antara biji dan juga isinya...tempoyak tersebut akan di tus terlebih dahulu,utk dikeluarkan airnya,supaya tempoyak tersebut tahan lebih lama...saya mendapati banyak kawasan diselruh tanah air pandai dalam penghasilan tempoyak..
bagi kami,tempoyak akan dihidang dalam dua cara...sama ada dibuat gulai bersama ikan sungai atau menyediakan tempoyak masak...gulai tempoyak akan dimasak bersama ikan sungai dan yang paling best dimasukkan sedikit togeh kasar,didalam kuah tersebut...pergh...memang lazat..kadang2 ada jugak yg memasukkan timun semasa penyediaan kuah tempoyak...bagi tempoyak masak pulak,tempoyak akan diamasak didalam kualai tanpa mengunakan minyak..didalmnya dicampurkan sekali,daun kunyit,ikan bilis dan kadang dicampurkan petai...ianya disimpan didalam peti ais,dan dimakan apabila di perlukan...
Tapi bg setengah rakyat kelantan,tempoyak akan dimakan bersama budu,asam limau dan cili padi...rasanya seolah2 lemak manis...sedap siut..aku belajar makan tempoyak dengan budu bersama seorang rakan dari kelantan,shamsuri ahmad yg telah pun meninggal dunia...memang sedap...cicah pulak dengan telor rebus...argh,rindu pulak dengan masakan kelantan...
AKHIRNYA>>>
apapun kesemua makanan diatas adalah pembuka selera,dan masakan yang mudah utk orang kampung..takder pun pakai bahan pengawet atau menggunakan rempah ratus dan sebagainya....argh...laparnya!!!!!!!!!!
Update April 2018
6 years ago
No comments:
Post a Comment