hari nie agak kurang sibuk dengan tugasan...kerana seronok melihat afif berpuasa saya membawa afif menonton cerita UP di panggung jusco bukit raja...alangkah tidak baiknya nasib hari ini,perjalanan pergi dan pulang kami terkandas kerana kenderaan yg habis minyak...walau bagaimanapun hajat utk menonton cerita UP tetap terlaksana....alhamdulillah...
Masuk panggung pukul 12.45,kami terus menonton...bermulanya cerita,afif terus mula mengeluh..."didi.cerita nie afif dah tenguk ler....""pelik aku...rupanya dia dah tenguk kat sekolah....tapi afif terus melayan cerita tersebut sambil bertanya kepada aku,antara perkataan yg jarang didengarnya...mengekek penonton lain didalam panggung yg tak berapa ramai dengan soalan afif...kadang2 malu jugak dengan suara afif yg mungkin mengganggu penonton lain...
Afif bertanya kenapa frederick begitu beria ingin meletakkan rumah mereka di Fantasi island...aku menyatakan itulah "determined"....makna kata sesuatu hajat yg perlu dikecapi tanpa memikirkan segala rintangan dan dugaan...kadang2 aku sendiri payah utk menjawab pelbagai soalan daripada along,sampai terpaksa menyuruh afif fokus kepada cerita tersebut...
habis sahaja cerita kami berjalan keluar,lalu aku ditegur oleh satu pasangan berbangsa china yg agak berumur...."sepatutnya you kena jawab semua persoalan yg anak u tanya tadi,jgn matikan perbualan anda dgn anak anda"...terus aku terdiam.....kalau boleh jangan dimatikan persoalan yg ditanya oleh anak2..pemikiran anak2 akan terus berkembang jika kita menjawab persoalannya...anak2 akan terus berpikir dan ini dapat meningkatkan tahap kecerdasan pemikiran mereka...rupanya isteri kepada pasangan tersebut mempunya sarjana muda didalam pembentukan minda anak2 dari state....dia buat double major...1st degree buat bisnes..2nd major buat utk minda anak2...lupa lak aku nak tanya...
bukan apa...kadang2 aku sendiri sampai tak mampu utk menjawab persoalan yg keluar dari minda afif...aku merasakn persoalan yg aku akan jawab masih belum sesuai dgn umur afif...antaranya kenapa ummi dia bulih bercuti dalam melakukan solat...berbagai persoalan lain yg kadang2 aku terpaksa tepis...nampak senang,tapi jika diberi satu jawapan,afif akan terus bertanya lagi,sehingga persoalan tersebut akan terus meleret..tak larat nak layan siut...
orait...afif keletihan ketika sampai dirumah,lalu dikejutkan aku utk melakukan solat asar berjemaah....buat anak didi...didi berharap agar along menjadi contoh dan tauladan kepada adik2...jadilah seorang manusia yg mampu utk menilai perkara yg baik dan buruk dipandangan ALLAH SWT..jika berjaya,maka lepaslah tanggungjawab didi pada afif...
Update April 2018
6 years ago
Betul kata mereka.... :) Jika kita tidak dapat memberikan jawapan yang ditanyakan, antara alternatif lain adalah halakan mereka ke arah sumber yang boleh memberikan jawapan. Jangan nanti pada satu masa, mereka akan mencari sumber lain yang mungkin tidak tepat ... ataupun ada kemungkinan mereka tidak akan bertanyakan apa-apa soalan lagi...
ReplyDeleteok kak yong...thanks for the sharing....klu dulu mana berani nak sembang dgn mak ayah sgt..sekarang nie,anak dah jadi mcm sahabat baik....
ReplyDeletetapi letih nak melayan depa nie...bertanya sampai kita sendiri nak cari jawapan pun susah..
;) That is the challenge that we have to face nowadays and it is a good sign!
ReplyDeleteKalau dalam kelas dahulu, kak yong lebih suka berhadapan dengan pelajar yang "suka bertanya" dari yang duduk diam aje... kerana kita dapat mengenal pasti apa yang mereka fikirkan dan apa yang menarik minat mereka.
Jika ada persoalan yang kita tidak dapat jawab sekarang, apa yang boleh dibuat adalah menangguhkan jawapannya dengan "cara yang baik" tetapi jawapan masih perlu diberi. :)
p.s
My favourite question is "WHY?"