Thursday, October 30, 2008

Aku berjaya.....

Puas hati aku hari nie...dah berjaya buat mender yang resakse komen pasal blog aku...lama siut aku mencari,rasa nak hentuk2 jerk kepala kat keyboard nie...aku suruh GTR,dier kata tak sempat nak cari dan nak jengah HTML code katanya.Kalau orang yang dah besa ngadap coding memang ler senang menatang nie....tapi bagi aku yang baru berjinak2 dgn nak buat blogg nie..kalau tak jumpa memang menyampah ler...wakakaka...memang ler zaman sekarang nie,sumer benda dalam internet,mak dgn ayah pun bolih dicari kat internet kalau nak...tapi kalau tak betul cari memang tak jumpa beb...

Apa mender yg sakse komen..???


wakakaka...sakse komen blog aku nie tak betui...makna kata....SALAH ler...kalau ikutkan hati..aku peduli haper???blog aku...suka suki aku ler nak buat pun,hhehehehe...tapi memandangkan aku rasa yang sakse komen tuh sesuatu yang membina maka aku ambik as a chellengge

Sakse komen,article aku terlalu panjang masa display di page depan...sepatutnya terpampang intro lebih kurang jerk...kalau pembaca berminat dgn artikel tuh....dia akan sambung pada penulisan yang sepenuhnya...so ader pilihan kat pembaca...kalau dier minat,dia akan baca habis kalau tak minat,cukup dia baca untuk intro jerk.....

siut...punyalah jenuh mencari...maklum ler..memang aku tak pandai bab coding nie....dulu masa amik subjek pascal,C++,turbo c dll...memang aku tak score..menyampah lagi ader.letak ler cikgu macam fasha sanda sekalipun.memang tak minat..tak bulih paksa....nak disuruh GTR,dier pun duk sibuk kat opis,tapi bukan sibuk kije,sibuk TIDO sebenarnya...hehehehehehe...pernah terpikir kat dalam kepala hotak aku..nak gi tanya kat che det cam ner dier buat kat blog dier...hahahahahahaha...aku rasa sampai tahap macam tuh sekali..punyalah panjang akal...

akhirnya...

teringat aku kat kawan aku...si Fuad Latip...tepon dier terus pergi jumpa mamat nie...memang pakar beb...bab IT nie...MashaAllah...boleh dikategorikan sbg pakar...lepak kat bilik dier...tak sampai 5 minit solve problem aku...dibaginya jugak macam nama kalau nak cari kat internet cammna nak solve benda macam nie...taip kat google utk nama fuad latip nie..kuar dekat 7950 page pasai dier....pergh biar betul???terkezut biawak gak aku...dah dapat pernah dapat beratus ribu pasal adsense kat google...byk woo...dier dapat...rajin mamat nie...side income gak tuh...so aku nak promote sesiapa yang terbaca blog aku,dan nak develope system ker atau aper ker yg berkaitan IT...pegi jumpa mamat nie...tapi ader consultation fee ler...hehehehehe..mana ader mender free sekarang nie...nak kencing pun bayor 30 sen..kalau kat RNR lain laa....

komen jerk...
dah...aku pueh hati sekarang nie...kalau sesaper kata aper pun...aku tak peduli..janji aku pueh hati...kalau yg pakar kata mender senang pun aku tak reti nak cari..memang ngaku,aku tak pandai,sebab bukan bidang aku.....tapi aku ader inisiatif nak belajor,ilmu manusia nie,umpama setitik dari lautan beb,jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah....Terima kasih buat resakse.com yang sudi komen pasal blog aku...kalau ader lagi komen yang membina,yang aku rasa aku suka...aku guna,kalau aku rasa cadangan ngarut2 dan aku menyampah...aku campak longkang...kakakakaka...

Wednesday, October 29, 2008

Lagenda ikan Tapah

Terjumpa pasal ikan tapah kat internet..
Cerita yang nie aku dapat macam betul..
Betul ke gamaknyer aku nie ader sangkut paut dgn pak kaduk???
Apasal ler org dulu,suka main sumpah...
takker cucu cicit yg susah...

LAGENDA IKAN TAPAH

Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun.


Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan. Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam. Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan.

Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya Dan di pihak Sultan pula: Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah. Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam. Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan. Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.

Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu. Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan. Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi: Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya. Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.

Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja. Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah. Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa. Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.

Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan. Rumah ini terletak di Kampung Tua, Batu 16. Lambor Kanan dan telah dibina pada tahun 1897 oleh Tuan Haji Mohd Said. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 ketika berumur 120 tahun. Terletak di tepi tebing Sungai Perak di Kampung Tua Batu 16 Lambor Kanan. Rumah ini sekarang diduduki oleh anak Mohd Said yang bernama Zulaika binti Mohamad Said. Pada peringkat permulaan pembinaan rumah ini, semua kayu digunakan daripada jenis Cengal Emas yang mana setiap tiang, dinding, tingkap dan semua nya dipotong dan dibentuk dengan menggunakan peralatan seperti beliung, kapak dan gergaji.

sumber:http://www.jiwang.org/portal/modules/forum/lagenda-ikan-tapah-t7464.html

Emak DiDi

Anak2 DiDi...
Anak2 tak berkesempatan bertemu dengan Emak didi..
Berperawakan menarik dan berperibadi...
Lahir pada 25/4/1949...
Diambil nyawanya pada 29/8/2001..
Namun pemergiannya hanya sementara...
Kerana setiap yang bernyawa pasti menghadapNYA..

Anak2 DiDi..
Masih lagi bermain difikiran...
Emak didi pergi dipagi jumaat yang hening,
Takkala semua insan sedang lena dibuai embun pagi..
Namun ketika itu sudah tersurat janji..
Di luh mahfuz yang sudah dimetra'i..
Emak didi pergi menghadap ilahi...
Kerana itu janjiNYA,setiap yang hidup pasti mati...

Anak2 Didi...
Dalam membesarkan didi..
Penjagaan anak2 begitu rapi...
Andai ditimpa musibah pada anak2,rela diri menjadi ganti...
Makan dan minum tak pernah diketepi...
Walau dimanja bagai menatang minyak yang penuh,
namun anak2 sentiasa diawasi..
Andai kata tersilap tingkah laku dan kelakuan,
pasti rotan dan getah PVC hinggap dikaki...
Kerna semuanya,mahu membentuk peribadi sejati...

Anak2 didi...
Begitulah emak didi..
Begitu displin,tegas dan ada jati diri..
InsyaAllah suatu hari nanti...
Ketika sang kekala berbunyi...
Ketika semua insan tak dapat bersembunyi...
Ketika semua manusi dimatikan
Ketika semua manusia kemudiannya dibangkitkan....
Bertemulah kita akhirnya..........
Disuatu kehidupan yang abadi...

PERTEMUAN
Pertemuan kita disuatu hari
Menitikan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadrat ilahi
Diatas jalinan yang suci...
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri..
Bersyukurlah diatas suratan..
Kau tetap pergi jua....
Kan ku utus kan salam ingatanku
Dalam doa kudusku setiap waktu..
Moga kemesraan bersimpul padu..
Dirimu kukenang selalu..
Senyuman yang tersirat dibibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu..
Ya Allah ampuni dosa hambamu..
Diatas kehidupan ini...



Alfatihah Buat Bonda tersayang;
Hajjah Rafe'ah binti Isamail
Semoga rohmu dicucuri rahmat...

Tuesday, October 28, 2008

Adik Beradik DiDi~YanG

Yang~manusia yg tabah~
Posting sebelum nie aku ader sebut pasal adik lelaki yg bawah aku,kita orang panggil YanG.Actually ader 5 orang adik beradik.memang dari kecik arwah mak dah ajar supaya panggil gelaran kat adik beradik nie....

1.AyonG (Along sebenarnya)

2.Nyah (aku ler tuh)

3.YanG (sepatutnya Alang)

4.Uder

5.Adik



Dalam semua adik beradik,dia yang sekolah paling tak tinggi....setakat PMR jerk...itupun byk tak lulus...malu..???nak malu aper...??ceess...walaupun dlm adik beradik dier sekolah tak tinggi,he's the most person that i should respect.aku rasa adik aku nie memang survival.kalau dier terbaca ler blog aku nie...aku mintak mahap,tak der niat nak menjatuhkan dier,tapi ketahuilah wahai adikku,bertapa ngko mengalami pengalaman hidup yg paling hebat aku rasa.


Lahirnya dia....
YANG nama sebenar SAIFUL NAIM,dilahirkan pada 19/11/1979.Masa kecik,dialah anak paling rejan(susah) nak dijaga.Teringat aku,masa kecik,dier nie banyak kudis buta,banyak tempat pergi berubat,tapi kudis dier tak sembuh2 jugak.beribu duit mak abah aku habis,aku rasa dekat 2 tahun gak badan dier berkudis.Nak dijadikan cerita,jiran sebelah rumah aku org perak gak,dier nier org lambor,dekat bota(jalan nak ke lumut).dier cakap adik aku nie kena pantang ikan Tapah.aku pun pelik gak.rupanya keturunan sebelah mak aku memang tak boleh makan ikan Tapah.Ikan tapah nie sejenis ikan darat(ikan air tawar).besar beb!!!pernah diceritakan bebudak askar jumpa ikan tapah tengah makan anak monyet yang bergayut kat tepi tasik kenyir.bayangkan betapa besarnya.sebab aper keturunan mak aku kena sumpah ikan tapah,lagiler panjang ceritanya...dipendekkan cerita,ader 2 sahabat baik yang duduk ditebing sg perak.macam biasa pergi mancing,pastuh dapat ikan tapah....masa nak siang ikan tuh,kononnya nak bahagi 2 ikan tuh,terjumpa plak seketul emas dalam perut ikan tuh.masa nak dibahagi emas kat dalam perut ikan tuh,bergaduh teruk sampai berbunuh.dtg seorang sedara mara ambik emas tuh,lalu disumpahnya keturunan dier tak bulih makan ikan TAPAH.Setakat mana betul cerita nie aku sendiri pun tak bolih tentukan keshahihan nyer....emas yg diambil kemudian dibahagi 3,satu di buat loket,satu di buat cincin dan satu lagi dibiarkan begitu sahaja.



ok....balik pada cerita adik aku nie....akhirnya mak ayah aku decide utk pergi jumpa dgn tukang ubat yang duduk kat Parit(bukan tempat GTR accident tau!!)...bawak ler yang nie pergi sana..tak payah pengeras aper pun...dikuarkan loket emas,lalu direndamkan dalam baldi berisi air.air tadi tuh dimandikan adik aku nie...masa nak balik parents aku tanya pengeras nyer,dier kata tak payah pengeras,tapi pakcik tuh pesan,kalau org yg dimandikan dengan air emas tuh akan ader effect kemudian hari.Bila ditanya apa effectnya,tak ler pulak di beritahu,cuma pakcik tuh pesan supaya layan Yang nie macam anak2 ayah aku yg lain.selang 2 hari,kudis kat badan yang kesin macam biasa,badan yang dulu bernanah dah ok...cuma tinggal parut jerk...kalau dulu yang selalu kena cuci dengan belerang kuning,sekarang tak lagi.kalau dulu yang selalu tidur pakai suar pendek,tapi sekarang tak lagi...sampai sekarang aku tak tahu kat mana loket tuh saper yg pegang.tapi emas yg ke3 dah ader kat tanah jawa,dibawak kesana.Emas yang kedua,tak rajin plak aku nak bertanya.begitulah peritnya Yang nak membesar.


Zaman sekolah....
Masa disekolah menengah,Yang sekolah kat sekolah menengah agama abbasiah sungkai.nak masuk sekolah agama kat IPOH(asrama penuh,tempat aku) dia tak layak...sekolah nie kat atas tapak lombong,daif sungguh sekolah tuh...tapi nak buat cammana,bapak aku cakap,kalau anak2 dier sekolah kat pekan Tapah,memang tak jadik org,baik dihantorkan nyer ke sekolah luar.pada aku,kalau nak buat jahat,tak kira kat sekolah mana pun,turunlah cikgu dari langit pun,kalau nak jadi jahat,jahat jugak.yang sekolah kat situ sampai form 3...yuran sebulan aku tak ingat...lama sgt dah..aku plak w/pun sekolah asrama,tapi tak kena bayar yuran sebab selalu lulus peksa,so dapat biasiswa dari jabatan agama perak.hehehehehe...



paling best biler kuar result PMR,pergh...sumer superman...heran aku...tak belajor ker adik aku nie???rupanya dier memang tak minat belajo...memang tak bulih dipaksa..lepas PMR dier cakap kat bapak aku tak nak sekolah..memang berani betul mamat nie.Yang buat aku lagi heran,bapak aku tak pulak nak hentok kepala dier kat dinding,cuba kalau aku yg cakap tak nak sekolah,rasanya dah meleleh air otak kuar ikut lubang telinga rasanya.bapak aku cakap kat dier suka hati,cuma bila ngko dah besar jgn nyusahkan dier dgn mak aku.



Lepas sekolah

2 bulan duduk umah,yang terus pegi KL ikut pakcik aku.pakcik aku nie kerja kilang BILAL,produk kicap dan lain2 kat bangi.Yang jadi kelindan lori..duduk kat cheras,rumah bujang...bayangkan,masa form 3 dah duduk umah bujang beb.mula2 duduk umah makcik aku kat keramat,tapi biler makcik aku cakap dier susah biler ader sedara mara nak dtg(setingarden),yang ambik keputusan kuar umah tuh.pergh memang survival mamat nie.Umur 15 tahun dah pakai handpnohe beb...masa tuh handphone alcatel tak salah aku...genap umur yang 18 tahun yang balik Tapah duduk dgn mak ayah aku.



kat Tapah.

byk kerja dier buat,antaranya jadi,pumper kat shell RNR tapah...hehehehehe...selalu gak aku dapat minyak free.selain dari tuh jadi jockie pun ader...mula duduk tapah jer,dier dah mula glamer...saper tak kenal naim...dari gunung besaout sampai gopeng org kenal.Aku ingat aku pernah belasah yang masa kat tapah..masa tuh dier PAR kat sekolah besout,bulan poser mak aku suruh tapau lauk,dier buat tak tau jerk...suruh arwah buatkan...cerempet..aku bangun dari meja makan,masa tuh dier tengah baring depan tv,aku kunci dier,gedebuk 3 bijik penumbuk hinggap kat muka...tapi dier tak melawan,kalau melawan,belum tahu saper menang.Yang jugak pernah kena belasah dengan bapak aku,miss communication...ader org nak bagi BARANG kat yang,bapak aku ingat,bila sebut barang tuh,dah tentu mender bukan2,rupa2nyer fairing TZM...wakakaka...dah teruk kena belasah baru pecah rahsia.Masa aku habis belaja pun,byk rete yang,yang aku guna,dari motor TZM,sampai ler saga buruk dier....sumer aku guna masa bercinta.tak salah aku...yang ader 5 bijik kete yang guna nama dier...setakat nie yang dah pakai 8 bijik kete...terror kan..sumer jual tak tukar nama..main sambung bayar...giler mamat nie...Alhamdullilah rezeki yang dapat kerja sebagai PAR(pembantu Am Rendah),sampai ler sekarang nie.paling best biler yang cakap nak kahwin,aku mula ler seronok...seronok bukan sebab aper,seronok sebab selamat anak dara orang.....muahahahahahaha(adik aku baik la)...malam yang nak kahwin sempat lagi ber racing beb...itu yang paling ngeri.kantoi dier dgn aku.aku punyer ler ngeri,tenguk dier main kat highway utara selatan...kalau diperhatikan,sebelum exit bidor ader satu jejantas..aku tenguk adik aku beracing dari atas tuh...siap superman lagik.tuh malam sebelum nikah....dier janji dgn aku ini yg terakhir dier beracing,lepas nie cuci tangan katanya,nak cari modal,nak buat duit kahwin,giler aku cakap...mati kena lenyek lori baru tau,kansel kenduri kahwin,jadi kenduri arwah.Tapi alhamdulillah yang selamat...menang kut malam tuh,berapa percent dier punyer aku malas ambik tahu.

Alhamdullilah yang dah ada dua anak sekarang nie...balqis dgn nuqman.Cantik,putih melepak dan hensem anak dier.walaupun satu ketika dulu yang berkudis tak hingat,tapi alhamdullilah anak dier sihat macam biasa.Yang pun dah ader rumah sendiri...rumah semi D tuh,kalah aku...besar giler tanah dier...beli kat area umah bapak aku.Biarlah yang duduk kat Tapah.senang dier nak jenguk orang tua.Anak yang satu ketika tak pandai sekolah,tapi akhirnya dier yang dekat dgn org tua kami.Rupanya itulah kesan biler dah mandi dgn air emas tuh,belajar tak berapa nak pandai.tapi pada aku itu semua tak penting.yang penting yang pandai jaga diri.bayangkan pada umur yang begitu muda,dah duduk kat KL,bukan nyer susah sgt nak terjebak dengan mender yang bukan2.tapi samapai sekarang yang tak pernah sentuh mender yang bukan2...bukan setakat ganja,gam,ubat batuk.....rokok pun dia tak hisap...siut jerk...tuh sebab aku cakap,he's the best person that i should respect.aku pernah tanya kat dier,naper tak buat jahat masa kat KL,dier punyer alasan sama macam alasan aku..."nak mampus,kalau abah tahu,mampuih kena belasah dgn org tua tuh"....muahahahahaha....

Alhamdulillah yang dah senang...dah ader rumah...aku doakan dier bahagia,dengan keluarga dier.aku nak tolong dier pun,aku tak der duit sangat.yang paling aku terharu yang jaga opah kami sampai sekarang.dulu opah duduk dengan aku,tapi opah lagi suka duduk dgn yang.mungkin sebab yang penyabar orangnya dan pandai jaga hati org tua,dan itulah kelebihan yang berbanding aku dengan ayong.

Kesimpulan

1.belum tentu tak pandai sekolah tak boleh hidup senang.org sekolah darjah 6 pun boleh jadik kaya raya

2.jgn dibezakan kasih sayang anak2.tak semestinya anak yg pandai&cerdik akan jaga kita bila tua.

3.Garang pun ader baiknya...kenkadang biler nak buat jahat tuh..teringat jerk...takut kena belasah.

Anak2 DiDi~Pr0gram Hujung Minggu

Hujung Minggu...


3 hari cuti sekolah.Sabtu,ahad dan Isnin.Afif sekolah tadika sebenarnya.Baru 4 tahun setengah,kalau dier tak pergi sekolah pun takper,alah baru tadika.Itu XYL aku selalu cakap.Tapi aku tak suka.Sekolah betul ker,sekolah tadika ker...tetap sekolah.Aku dulu kecik2 memang tak pernah ponteng sekolah,kalau sakit sampai tak boleh berjalan sgt,itu cerita lain.Kalau sesaja nak ponteng,bapak aku pegang kepala di hentuknya kat dinding.Kata bapak aku,dia tak tinggalkan harta benda,tanah,rumah sewa atau apa sekalipun untuk anak2.Ader ler umah yang bapak aku duduk kat Tapah sekarang nie.Katanya,Harta yang paling berharga yg satu2nya dier tinggalkan untuk anak2 adalah ILMU."aku dah sekolah kan korang,korang belajo elok2,bior pandai,kalau pandai korang kumpul ler harta sendiri".Mungkin sebab pengalaman adik beradik dier.menyebabkan dier tak mo kumpul harta macam arwah atok aku.makna kata bapak kepada bapak aku ler.



Mari Mencuci
Hari sabtu aku dah janji dgn afif nak basuh kereta aku.Hehehe...sebenarnya,poket dah tak berapa cantik sgt...nak pergi berjalan,kena isi minyak....pastuh duit tol lagi...pada aku bergolek tido kat umah,baik aku buat aktiviti dengan anak2 aku.sabtu,xyl keje,aku pulak ader urusan kat opis...so kena dtg opis..nak buat camner dah tugasan.Petang plak kena hantar maid ker sg buloh dier nak bercuti,so hujung minggu nie,tanggungjawab menjaga anak terpikul 100% kat bahu aku dgn xyl ler.Lepas hantar bibik dah pukul 4.00 ptg cuaca panas lagik.Argh petang sikit ler....pikir aku.Ambik bantal layan tido.sedar2 dah pukul 6.30.Afif dah mengamuk aku tak tunaikan janji.aku tau,bukannya dier nak tolong sgt,nak main air sebenarnya.


Hari ahad,pukul 7.15 pagi...telinga aku kena piat...ingatkan saper..tengah sedap mimpi tuh...sayup jer aku dengar..."9W2JEN..bangun cepat,kata nak basuh kete hari nie"..eehhh..mana plak datang mimpi qso nie...rupanya si afif gerak...dah tak sabor bebenor dia nak basuh kete.Afif dah ingat certain2 callsign member aku..GTR,CLS,VIP...paling dier ingat EEE...senang gamaknya...kebetulan pulak pemegangnya shahrul...dier ingat kawan aku kat sg buloh si shahrul budak P_____ERD,hehehehe..padahal,org lain.Malas aku nak explain lebih,nanti byk pulak soalan dari dier...

Siap sarapan,dalam pukul 9.00pg,aku bukak pintu grail,si dzikri dah melompat kat tepi pintu,afif yg tengah layan kartun apa ntah kat TV3,senyum sampai telinga.Dzikri selsema,tobat klu basuh kete,memang tak sembuh ler selsema dier,maklumler bulih main air....argh...lantaklah,asalkan aku boleh bersama dgn anak2 apa ada hal....belum sempat tadah air dalam baldi,berderai badan aku kena sembur dengan air...herm dah agak dah..memang nak main air sgt tuh...memang kemaruk...memang dah lama kami anak beranak tak pergi berkelah...tunggulah,dalam hujung bulan 11,aku bawak diaorg mandi manda...insyaAllah kalau diberikan rezeki...destinasi,nanti argh..aku pakat dengan AWI,KTT,DKN,SWAl Neef....kalau depa takmo pi,aku nak ajak adik beradik belah kanan plak...si GTR dgn VOL....
Rezeki..
Sebut pasal rezeki dan duit,kenkadang aku heran...memang argh..duit nie,bagi berjuta pun tak cukup.Tapi walau sengkek mana sekalipun,alhamdulillah,susu anak,pampers dan barang keperluan anak2 yg lain,tak pernah ler miss lagi.Tak tau datang dari mana rezeki,mungkin itu rezeki anak2 kut.Tuhan pun ader cakap,rezeki anak2 tuh ader.kerja gomen beb,byk mana sgt gajinya...pernah gak mengeluh dgn xyl,kengkawan yg kerja swata,gaji dah lepas sebelah tangan,kerja kat gomen nie,adus payah sikit ler.Tapi,xyl cakap,kita kurang duit,tapi mungkin lebih kasih sayang,kalau gaji beriban sekalipun,kuar umah tak nampak matahari,balik pun tak nampak matahari,sabtu ahad pun kena kerja,pun tak syok juga...with money,they buy our time...tak sanggup aku.biarlah...mana yang ader,mana yg cukup kita belanja.ada duit lebih pegi holiday,tak der duit,duk umah,buat cara org takdak duit...hehehehehe.
....
Jam 11.30 pagi,selesai basuh kete.alah bukan bersih sgt pun.boleh ler....kalau dihantar kedai terbang jugak 8 hinggit.at least yang lapan hinggit tuh,aku simpan tabung afif,cukup 30 hinggit aku belikan patung mask rider...hehehehe...apasal mahal..???Mahal sebab brand BanDai...dah tahu mahal,apasal beli..???tak nak jadi xyl aku,beli mainan kat pasar malam yg saploh hinggit..beli pukul 6 petang beli..pukul 10 malam,kaki ntah kemana,kepala ntah kemana.Kalau beli brand Bandai nie..insyaAllah tahan,gigit ker,cabut ker..memang tahan lasak,menang membeli alah memakai.Tapi dah bini aku perangai cenggitu,lantak dierler,duit dier duit aku,duit aku duit aku...muahahahahaha...siap kemas barang basuh kete,dua beradik tuh masuk umah.....katanya tak habis lagi...nak tolong vacuum pulak..argh...malas aku layan...bab interior,biar aku buat sensorang,karang diusiknya gadget aku dalam kete,lain plak halnya...

Bukan cara aku...

Begitulah keletah anak2....aku masa kecik dulula...seingat aku,tak pernah pun tolong bapak aku basuh kete,org tua tuh tak bagi aku sentuh...takut calar kete dier...kalau dier basuh kete pun,aku dgn Yang(adik lelaki aku),terpelat2 kat dalam umah mengeletek nak main air.Aku nak buat cara lain,alah kereta...nak sayang tara mana pun,lelama buruk jugak...lelama,susut nilai jugak.tuh sebab aku tak berapa kamcing dgn fundamental aku,sepatah kuar dr mulut dier,sepatah ler kuar dari mulut aku.Volkswagen(beetle),ford escort(BAP 1100),Nissan sunny(AAS 3651),Toyota LE(WAU 8083) dan last sekali Honda Accord 1.8 antara kete bapak aku.dari yang pakai kipas kat dalam,sampai yg ader aircond,bila mobile pegi mana2,semua kaku kat dalam kete,tak beranik nak usik,siap ader rotan kat dalam kete...hehehehehehe....Bukan nak kata bapak aku didik aku tak bagus,tapi dah memang cara dier macam tuh..Tapi aku....biarlah anak2 aku tolong basuh kete sekali...biar kete tuh calar sikit2 pun takper....biar diaorg kamcing dengan aku...harap biler besor tak perlu tepon suruh diaorg balik kg..biar depa tau tanggungjawab depa.kadang2 kita lupa....harta benda yg paling bernilai,adalah keluarga dan anak2...kita selalu sibuk kejar kebendaan...lupa,anak2 tuh penyeri sebenarnya.....

Friday, October 24, 2008

Pilihlah.....

Pilihan ditangan anda...

Antara yg dibawah,pilih satu yg mana tidak perlu ditonton?


a) soleha + bawang merah bawang putih


b) senario + sembilu kasih + spa Q + 1,2 jus + GODA

c) Mr bean

d) Ben10 + power rangers + blues clues + sponge bob



Untuk menjawab pilihan diatas,ianya bergantung kepada peringkat umur.Sekiranya penonton terdiri daripada golongan dewasa,maka semua yang diatas boleh ditontoni.Tetapi sekiranya faktor umur diambil kira dalam menjawab persepsi persoalan diatas,maka,pada pendapat penulis pilihan yang bijak perlu diambil dalam memilih rancangan yang sesuai.
Pertimbangan
Penulis lebih suka melihat dan membincangkan kepada faktor umur kanak2 sebenarnya.Pada pandangan penulis,golongan inilah yang mudah terpengaruh dengan sesuatu adengan dan jalan cerita.Ini mungkin disebabkan pemikiran kanak2 mudah untuk menerima sesuatu input dengan lebih cepat berbanding otak dewasa.Tetapi jika dibandingkan dari sudut pertimbangan pula,otak orang dewasa dapat berfikir dan menimbang sesuatu perkara dengan lebih tepat dan efektif.
Mesej
Semua program atau rancangan diatas sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri.Mesej yang disampaikan juga bergantung kepada penafsiran penonton,seterusnya melibatkan faktor umur.Rancangan diatas bolehlah dikategorikan antaranya,rancangan dari indonesia,rancangan program television malaysia,jenaka antarabangsa dan yang terakhir sekali,rancangan kartun popular kanak2.Bagi penulis yang mempunyai anak kecil berumur antara 1 hingga 5 tahun,semestinya rancangan berkonsep kartun menjadi pilihan anak2.Banyak kartun yang dipaparkan dirangkaian television sebenarnya mempunyai mesej hiburan semata2.Namun tidak dapat dinafikan,ada juga kartun yang berunsur ilmiah yang dapat memberi pengajaran dan tunjuk ajar kepada anak.Sebagai contoh,terdapat animasi dari negara kita yg mempunyai mesej dan persepsi yang menarik,antaranya kacang,anak2 sidek,kluangman dan sebagainya.Namun permintaan dan kos yang tinggi dalam penghasilan kartun menyebabkan pengembangan proses pembikinan kartun dinegara kita menjadi terhad.Tetapi jika dikaji semula,sejauh manakah kartun tersebut dapat membantu pengembangan minda dan kelakuan anak2???inilah yang perlu dititik beratkan oleh setiap pengeluar rancangan tersebut,bukan hanya semata2 mengejar keuntungan malahan dapat mengisi minda dan jati diri setiap anak di malaysia.
Tempatan
Bagaimana pula cerita2 dari Malaysia???jika dilihat plihan yang diberikan,pandangan penulis sama sekali tidak membenarkan anak2 menonton rancangan dari malaysia.Bukan bermakna penulis mengagongkan program dari negara luar,tetapi,melihat dari segi struktur pembikinan,jalan cerita serta mesej yang disampaikan adalah terlalu longgar jika dibandingkan dengan rancangan yang lain.Sebagai satu contoh siri goda yang meneroka kisah seorang lelaki yang memberi motivasi dan nasihat kpada pendengar setianya.jalan ceritanya agak bagus,tetapi amat tidak sesuai ditonton oleh kanak2.penampilan pelakon yang agak keterlaluan juga antara sebab mengapa dapat dilihat cara pemakaian anak2 kita sekarang ini terlalu terikut2 dengan trend semasa tanpa menghiraukan hukum2 yang telah ditetapkan.sitcom jenaka pula terlalu menonjolkan lawak yang terlalu biasa,sesetengahnya pula terdapat double meaning didalam lawak tersebut yang sebenarnya mengisahkan tentang perhubungan orang dewasa.Kisah2 keluarga pula banyak menceritakan tentang kebrantakan rumah tangga diakhiri dengan kegembiraan yg terlalu sedikit akhirannya.Adakah institusi keluarga di malaysia tidak dapat membentuk keluarga yang harmoni dan bahagia.??memang tidak dapat dinafikan ianya hanyalah sebuah cerita semata2,namun harus diingat,sekiranya cerita tersebut ditonton selalu,ia sedikit sebnyak dapat mempengaruhi minda peminatnya.
Antarabangsa
Penulis tidak juga menyokong program2 dari negara luar.Tetapi mengapa program tersebut berjaya mengikat hati penonton diseluruh peringkat umur?sbenarnya,rancangan dari luar yg dibawa masuk telah mengalami proses tapisan dan pemilihan yang begitu rapi dari pihak yang berwajib.Maka tidak hairanlah program2 tersebut berjaya mendapat ranking tertinggi dikalangan semua peringkat umur.Mesej dan jalan cerita yang dibawa juga mudah difahami dan sesuai dengan kehendak semasa.Tetapi agak lucu juga kadang2 filem tersebut disalah anggap kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dgn rancangan tersebut.sebagai contoh rancangan bawang putih bawang merah pernah diaanggap tahyul dan memesongkan aqidah.ini kerana terdapat watak pari2 yg digambarkan dalam cerita tersebut yang membantu si bawang putih ketika mengalami situasi getir.Sekiranya persoalan aqdiah yg hendak dibincangkan,terlalu byk rancangan dalam negara kita yg boleh memsongkan aqidah.Namun penulis tidak mahu memberi sebarang komen yang lebih mendalam kerana takut dilabelkan sebagai orang yang mengagungkan filem luar dari filem negara sendiri.
Tepuk dada...
Sebagai penutup,biarlah penulis mengatakan bahawa ini adalah pandangan penulis secara peribadi,dalam konteks mendidik dan mendedahkan anak2 kepada hiburan.Tidak salah berhibur sekiranya ianya dapat memberi kesan positif didalam perkembangan minda dan pembentukan akhlak anak2.Dalam keadaan yg begitu mencabar pada zaman sekarang ibu bapa seharusnya sedar pembentukan jati diri anak2 turut dipengaruhi keadaan sekeliling.namun tanggungjawab paling besar masih lagi terpikul dibahu ibu bapa itu sendiri.
Sekian,wallahhualam..

Thursday, October 23, 2008

Anak2 Didi-pengajaran Untuk afif

Nasib baik bukan getah paip PVC...didi dulu kena balun dgn getah tau!!!!

letih siut...petang nie mencurah idea dalam kepala hotak aku nie.....teringat satu ketika aku pukul and belasah afif bagai nak giler.aku pulak macam kena rasuk hantu.sampai sekarang kalau boleh aku tak nak pukul anak2 didi







kenapa kena pukul???

lepas mandi,masa tuh hari sabtu,xyl lak keje halfday...bangun tidur dalam pukul 10 pagi,tenguk family hall kat atas habis basah.Dah lah pakih kat atas tuh,habis kembang sumer kayu pakih kat family hall...turun bawah ambik sarapan pagi,buat rileks macam biasa..aku nampak Afif pun selamba layan kartun tom&jerry kat tv3.lepas habis kartun,aku panggil dier...tanya elok2 saper yg buat basah kat atas...dier diam...aku tanya lagik....dier tanya aku balik,dekat mana?aku cakap ler...kat atas...dier buat2 tak ingat.dalam hati aku,pandai gelembong jugak budak kecik nie.





TEMPAT KEJADIAN

aku bawak dier naik atas,tunjukkan TEMPAT KEJADIAN,hehehehe...dier kata bukan dier buat,3 kali aku tanya elok2,afif still tak mengaku....baran aku dah naik sikit dah....ok tak per...aku biarkan jerk....kali ke4 aku tanya,saper buat,dier cakap aku buat,pergh budak nie....memang nak kena sgt dah nie...dah ler tak ngaku,tuduh org lain pulak...sampai kali ke6 aku tanya dier cakap,bibik yg buat...aku terus panggil bibik naik atas,tanya depan2 bibik saper yg buat,dengan selamba,dier still jawab bibik yg buat.....Ya ALLah...apasal la liat sgt anak aku nak mengaku hari nie.



Hanger...

angin punyer pasal,masuk bilik aku ambik hanger plastik.Setiap kali jawapan kuar dari mulut aFif dua das aku hayun kat tangan dier....sampai soalan ke10 masih tak ngaku...masa tuh bukan setakat tangan,dua belah kaki semua aku sapu.Dalam hati aku keras hati betul budak nie,Finally aku ambik anak lesung batu,aku acukan kat tangan dier...aku tanya betul2 tangan mana yang buat...Buat yg terakhir kali,dier mengaku,dier kuarkan gayung,lepas tuh dicurahnyer kat depan hall......Alhamdulillah akhirnya Afif Mengaku....lega hati aku...


Malam....

masa nak tidur,aku masuk bilik,afif dah lena.aku pegi dekat dier...ya Allah...apa yang aku dah buat?????menitik air mata aku....dua tangan,dan kaki afif berbirat lebam siut.....memang giler2 aku bedal afif...xyl aku pulak dua hari tak cakap dgn aku pasal kes nie...ambik minyak panas/bam aku sapu kat kaki ngan tangan dier.pergh masa tuh memang sedih giler beb...ialah...bukan senang nak besarkan anak bro...alih2 aku pulak yang balun cukup2.


Kesilapan aku...

mungkin silap aku,aku pukul afif depan maid aku,bahaya jugak aku rasa.nanti maid aku ingat senang2 aku nie jenis pukul anak.kalau aku dgn xyl tak dr kat umah,nanti dier pulak belasah anak aku....bahaya tuh....kesilapan kedua aku,sebab mendesak afif dgn cara kekerasan...budak beb....tenguk aku gertak & tengking bagai nak giler,lagi ler dier tak ngaku....

Tujuan aku.....

Taknak anak aku menipu.....dr kecik aku nak tanamkan sifat "cause&effect"...buat sesuatu mesti dapat sesuatu....hukum karma beb....berani buat berani tanggung.ini tak kalau belum sekolah dah pandai menipu,dah besar,tak tau ler jadi camner...sampai sekarang alhamdulillah afif berani terus terang dengan aku,walaupun ape keaadaan sekali pun dier akan cakap yg betul...tapi payah jugak beb....ader sekali dier pernah tegur perempuan hisap rokok kat KLCC,merah padam muka awek tuh....hehehehe...afif pernah tanya aku,kenapa didi jer hisap rokok???ummi tak hisap...???aku malas nak panjang citer,aku cakap rokok khas utk lelaki jerk....bawak gi ronda KLCC terserempak ngan girls yg smoking...apa lagi,dier cakap aku menipu ler...jahanam aku...pergh susah...memang susah...lain kali jgn menipu...cerita jerk terus...


Esoknya...

pagi2 aku telefon pakar rujuk aku...saper lagi,Eden ler...mamat nie psikologi memang ok...dier nie kalau bercakap,lembu depan mata,kalau dier kata kambing,ngko sendirik boleh terikut cakap menatang depan ngko kambing,punyer nak gambarkan betapa powerler mamat nie berhujah...memang aku kalah dengan hantu raya sekor nie...nama dier jugak ler aku slalu jual kat bini aku,kalau nak melepak pun...wakaka....sembang nyer sembang2,tak salah klu seorang ayah mintak maaf dgn anak,andaikata keterlanjuran dalam mendidik anak2.tapi biarlah ianya berlaku dalam keadaan win2 situation org jawa cakap...hehehehe....lepas mender nie jadi aku ambik pendekatan lain,tak der pukul sgt...suruh berdir depan dinding 2 ke 3 jam jerk...


simpul punyer simpul...

kalau boleh elakkan memukul anak2....aku kenkadang kalau nak marah sgt,lari masuk bilik air,basuh muka lebih kurang...mana tau,kut2 bulih cooldown,tapi kalau dah melampau sgt,beduk jer lah........dah....manyak sangat mender kuar dari otak nie....

Perkelahan-ulu yam

Ulu Yam tempat merendek....
Padahal,dah banyak tempak aku pegi dengan member aku nie...hehehehehe...golongan susah bro...sekepala...senang nak bawak berunding....aku ingat waktu berkelah nie bukan apa,sebab masa nie,xyl tengah ngandungkan wardah 6 bulan tak salah aku.masa pergi cuaca memang ok,tapi bila balik hujan lebat,terpaksa ler buat mender nak pegang untuk seberang sungai...memang thrill giler...pastuh nak panjat tebing tuh pun satu cerita gak...wakakakakaka


Dah lama dah kita org pegi nie,ialah...sekarang pun umur wardah pun dah sepuluh bulan.



Kita org klu nak berkelah simple jerk...beli ayam mentah goreng panas kat tempat kelah.nasi selalunya kami bawak ler.Pegi lima family.malas dah nak konvoi reramai,konvoi kecik2 jerk...outlaw...maklum ler dah tua,dah nak pencen kata abg Omzoof.yang pegi harituh Family Bawi(9W2AWI),Din karpan(9W2DKN),Kamel(9W2KTT),SWL Neef,Jamal Pert(9W2JBI) dan aku,lauk satu family bawak satu jenis...sampai kat sana kumpul sekali...teringat aku din karpan bawak anak pari,rebus kankung cecah sambal belacan.Bini bawi plak bawak pulut kuning....sebenarnya kita org ader lebih kurang 20 org yg rapat...tapi sebab ader kekeliruan sikit,jadilah mcm nie..,.ader gak 2/3 org nak jadi robin hood,tapi....argh biarlah...masing dah ganyut usia....hehehehehe...kalau nak citer bab nie...8 tahun pun tak habis.


XYL-bini ler weh...

Xyl aku pun senang dgn geng2 nie...semua jenis sembang kuar sepatah2......tak der yang riuh sgt pun...dah mcm kakak dgn adik2...bini din ler kut yg riuh sikit...che min tokey laksa...sedap wooo laksa depa nie...dah bukak kedai pun kat keramat.dah maju kawan aku nie...XYL kamel dgn xyl aku,cam biasa argh...cengei sikit...kalau kata tak mo tuh,pujuk ler byk kali pun,usah mimpi ler makan dipujuk...tapi nak buat geyna...sayang bini woi...jamal masa nie bujang lagi..paling kreatif...cari buluh dan buat khemah...bini neef che'gu...depa 2 nie memang tak berkembang,2/2 org kelantan...agaknya takut nak gaduh biler balik kg kut...wakakakaka..bini bawi pun senyap gak...gamaknyer sebab keje kat spital,byk sgt tenguk penyakit org...itu yg jenis look and see...


Anak kita org...

Pergh...usah cakap ler...mula2 tuh biler jumper memang ler malu taik siput...tunggu 10 minit...memang ader ler kerja depa...anak bawi 4 org,din karpan 2 org,satu hantaq kg...neef sorang lagi,kamel 3 org dah..aku rasa,antara anak2 kami nie,kepala dier anak kamel kut...si shazwan...aku suka betui tenguk rambut kerinting dier...memang klasik ler....boleh sorok rokok kat celah rambut dier...anak2 kamel????putih giler tuh...mana taknya,mak dier pun putih melepak...kalau anak aku...agaknya yg paling gelap...wakaka...org kata klu nak tau nak tenguk anak tuh putih ke tak masa besor,tenguk telor dier masa lahir,kalau cerah telor tuh,putih ler biler besor,kalau gelap...paham jer lah....letih woo aku paksa bini aku minum soya masa ngandung..tapi lantak ler....asal jadi manusia udah....


Bapak2 pulak...

hehehehehe...byk woo rahsia nak citer...tapi biaq aku habaq,walau nakal mana pun bapak2 nie...tapi tanggungjawab kat anak bini,alhamdulillah terlaksana...bukan aku bodek hangpa tau!!!!lagipun aku senang dgn depa nie,pakat lebih kurang,mesti jadik.tapi buat masa sekarang nie,lama sungguh kami tak pegi berkelah cuaca pun tak berapa cantik akhir2 nie.si kamel memang kaki offroad,setakat anak bini nak tidoq dlm hutan,memang takdak masalah.so,kalau aku nak pi berkelah mana2...ajak jer dier,kalau anak tak tusyen,poket pun ader lebih kurang mesti sampei..bini aku...???usah harap ler,baik tidor kat umah katanya.cik din dgn bawi memang satu kepala,kaki chai pun iyer,sumer kaki ler ader kat depa berdua nie....dari menarik duit,hingga ke menarik kereta,semua depa bulih buat....neef....kira junior aku masa study dulu...wakakaka...tapi bila masing dah kerja,kira hubungan profesional lah..this guy is young but high ambitious...muda2 dah bukak business sendirik...good job bro..jamal aper lagi...pomen kita org ler....dier ikut sekalipun sebab kete bawi leaking minyak Gearbox...gatai duk pasang atf cooler,tapi tak sedar yg host dier pakai host air,bukan host minyak,,memang meletup laa...mana tahan..so panggil ler jamal dtg repair...tak pasai2 jamal ikut program nie...wakakakakaka














Antara tempat favourite kita org pergi:

1)Sungai pongsun(Hulu Langat,Selangor)

2)Ulu yam (2 tempat)(Gombak,Selangor)

3)Sungai Bil (Tg Malim,Perak)

4)Port Dickson(Negeri Sembilan)


akhir kalam...

ish....lama betul tak pegi berkelah....tunggu argh,dlm bulan 11,tapi mungkin pergi dgn kawan kat kapar dgn puncak alam kut.teringin nak pergi tidur kat kaki Gunung ledang.balik leh singgah byk tempat.tapi sembang dgn rakan lain ajak pergi a'Famosa resort plak....herm byk guna duit gak tuh.....hehehehe...marilah melancong didalam negara kita,elakkan melancong kenegara luar bg supaya kecairan kita tidak mengalir kuar....

Baiti Jannati-Landskap blakang umah

Sekankang Kera

Jen:Ummi,org kiri kanan dah naik dinding ummi...kita tambah bumbung jerlah..

Xyl:argh...x nak ler,dah ler tanah sekankang kera,habis sumer didi nak simen..

Jen:bukan apa,alih2 nanti didi jugak yang nak merumput....

Xyl:ala...awak tanam ler pokok2 makan kat belakang

Pandan & Kucai

Tapi....bila aku pikir2 balik,dah lah aku beli tanah mahal,cukai pintu pun mahal....biar jerlah tanah nie...mana tahu kut nanti kalau rajin,sampai masa,bercucuk tanam ler aku.masuk jer umah,pokok pertama yang aku tanam,daun pandan.Bapak aku kat tapah yang bawakkan benihnya.alhamdullilah hidup sampai sekarang pokok tuh.keankadang cina belakang umah mai umah ambik daun tuh utk manisan.Pokok serai,aku tanam memang tak menjadi,macam2 dah aku buat,tapi satu masa,mesti kering kontang dan mati.apabila dikaji dan diteliti rupanya,pokok serai kena cerai2kan perdu dier,kalau terus tanam,memang tak mahu hidup,akr jadi tak cantik.nanti lah,aku balik sauk,aku mintak benih kat mak mentua aku.(dalam tong cat tuh,ader pokok kucai tau!!!!!)

memang mula2 aku rasa nak tutup jer tanah sepuluh kaki kat belakang umah tuh.Alang2 sgt lar,bukannya aku rajin nak merumput pun...Lagipun org kiri kanan umah aku dah renovate,makna kata,senang bebeno kerja aku,cuma buat bumbung jerk.at least bulih jugak buat wet kitchn kat umah aku nie,dan buat store.lagipun modal tak perlu byk sgt....itu yang paling penting.
Ismit Ulam PeGaGa
Pergi ke cheras,aku nampak pokok pegaga menjalar kat umah makcik aku.Dengan muka tak malu,aku mintak benih.senang hidup pokok nie.Rendam dalam air,bagi berakar,pastuh semai kat tanah.tapi 3 minggu lepas tanam pokok nie,org sebelah renovate umah...cerempet tul,habis pokok pegaga aku kena timbun dengan lebihan simen dan pasir dari umah sebelah...punyalah frust...sialan...tapi...ajaib...lepas sebulan daun pegaga tuh kuat dari celahan simen dan pasir tuh...alhamdulillah...panjang umur pokok tuh...
Misai Kucing + Bendi mau kasi pekat
balik umah mak mentua aku,selalu nya aku makan tak ingat.kencing manis aku pun apalagi,melantun2 la naik.atas inisiatif aku sendiri,aku cari benih misai kucing kat kampung,tanya org kiri kanan,ader seorang pakcik kawan pak mentua aku semai benih tuh...hehehehe.ambik benih,lepas tuh,nak bawak balik KL tertinggal ler pulak...OTM aku tolong semaikan.bawak balik kl aku tana,mula2 gemuk,daun cantik,alih2 biler musim kemaro,habis kuning semua daun.akalau tenguk betul2,kat pasu misai kucing tuh,aku tanam sayur...nak tau sayur apa????pokok bendi daa....semai 5 pokok,yg hidup 2...lagi 3 ader gergasi terpijak,wakakakakaka...bini aku yg suruh tanam....nak suruh PEKAT gamaknyer.....hehehehehehe


Cabai Hang Tuah & NYUKIT
akhir sekali tanaman kontan kat umah aku,pokok cabai melaka,dengan daun kunyit.cuba tenguk betul2 poko cabai tuh.habis botak...daun semua togel...Cerempet punyer ladybird,takder mender lain dia nak makan....daun cabai jugak dibelasahnya.Tak nah try sembur racun lagi,letih,petang2 duk kutil daun yang ader lady bird tuh.Pokok kunyit nie yg paling best,aku tanam dalam polistren ikan jerk...beli ibu kunyit kat pasar borong kelang.aku semai...mula semai tak naik,aku tanam terbalik,mata tunas duk sebelah bawah,memang terbantut ler kunyit tuh...hehehehe...mula2 tumbuh,daun kunyity tak sempat besar,naik jer daun,bini aku ambik,maklumler favourite aku gulai lemak,masak gulai lemak jerk ambik,so sekarang tgh kurang kan makanan berlemak.kalau peratikan btol2,daun kunyit tuh dah mula tak bercambah,nak tau pasal apa..???sebab ibu dia kat dalam tanah tuh dah besar sgt,bila dah terlalu besar,mula ler mereput,kalau tak nak bagi reput,kena taruk baja...nak letak baja tuh yang aku malas tuh...






Jadi....
entahler,rasa macam nak bumbungkan jer belakang umah nie...luas sikit umah aku,bulih buat store.Tapi bila pikir,sekarang nie pun dah tak larat nak kemas,kalau lagi besar,lagi ler payah nak kemas...wakaka...Lagipun duit tak berapa nak ader sebenarnya...hehehehe.cuba kalau ader duit,mau aku buat kolam ikan kaloi kat belakang umah nie.biarlah...kira dah ader rumah utk anak bini berlindung pun dah alhamdulillah.sekurang-kurangnya aku tak menyewa.kalau ditakdirkan aku pejam sekalipun,xyl dgn anak2 didi dah ader tempat berteduh.....Amin

Wednesday, October 22, 2008

Anak2 DiDi~Wardah d'queen


Xyl:Didi...cam ner nie,dah lewat nie....???
JeN:ala ummi nie...rileks argh..kalau ader rezeki,terima jerlah..
Xyl:sian kat Angah tuh...blum puas manja lagik...
JeN:Semua sama jer ummi....semua nanti ANAK2 DiDI....

Dalam keadaan AngaH yang baru nak bermanja bersama aku dan Isteri,kami dikurniakan seorang lagi penyeri keluarga.Walaupun xyl masih dalam keaadan terkejut menerima seorang cahaya mata,namun itulah yang dinamakan rezeki.Aku cakap kat XYL,alhamdulillah kita dapat Baby lagik,ader setengah org,tunggu bertahun belum tentu dapat dikurniakan cahaya mata.Tapi ader gak setengah manusia(manusia ke???) buat pandai,pastuh letak merata2.Campak tong sampah,letak kat tepi stesen bas dan sebagainya.tak tahu aku peel manusia akhir zaman.kalau dipikirkan balik,bukan senang woo nak buat anak nie...tapi bila benda tak baik berlaku,kalau Tuhan nak tunjuk,sekelip mata jer bro...

FeTus
Masa mengandung,tak byk masalah baby kali nie...tak der ler xyl nak teringin mender bukan2.Kalau ngandungkan Along,bini aku suruh aku botakkan kepala,katanya,busuk rambut aku,cuci ler dengan segantang syampu pantene sekalipun,masih lagi busuk.Angah pulak,xyl aku mintak makan pau pukul 3 pagi...merangkak aku bangun cari pau jam tu jugak..takut jugak nanti kempunan.Namun baby kali nie,aku tenguk muka xyl aku berseri sikit...kalau yg no1&no2,jerawat sampai tak boleh tumbuh kat muka.....bukan apa,dah takder ruang jerawat nak tumbuh,wakakakaka..Memang betul..aku tenguk muka isteri aku pun memang nampak ceria..hehhehehe,maklum ler kenduri lampu hijau 9 bulan tuh.Mula2 isteri aku sedih jugak tapi,bila dikenangkan overhead nak besarkan anak2...tapi aku yakin,bersama anak itu akan dikurniakan rezeki sekali bersamanya....memang betul,dalam keaadaan sara hidup yg penuh mencabar nie,memang satu cabaran yg getir dalam membesarkan anak2.Pernah kawan aku arun bercerita,ader sorang doktor pompuan kat usj,tujuh tahun tak nah rasa period...~!!!!!pergh,aku cakap biar betul???memang betul pun,lepas jer habis pantang,terus ngandung,habis pantang jer,ngandung balik...7 tahun beb..memang kuat doktor tuh...mungkin itu perancangan dier...

Tutup Kilang...
sehari selepas krismas wardah lahir.aku memang nak suruh xyl aku bersalin kat klang jerk.tak larat ler nak balik kg...bukan susah sangat pun nak jaga org dalam pantang...buat tungku,tanam uri,sediakan air panas utk baby...alah..kacang sgt tuh...xyl aku agree,nak bersalin kat selangor,makna kata,IC anak aku nie nanti dah tak der no: 08,jadi no anak org selangor.Tapi ader syarat,nak bersalin kat hospital swasta.

Private s'pital
byk tempat kita org survey,razif,demc,smc,sjmc...mcm2 tempat lah,kepala hotak aku pun tak bulih nak ingat.bukan apa,nak tempat yg ok,kos pun tak terlalu membebankan.kalau bersalin tempat memahal sekalipun,pastuh bayar pakai kredit kad,baby umur 2 tahun pun belum habis bayar,tak guna jugak kan???so,finaly kita org decide nak ambik pakcage kat DEMC jerk...DR Norleen tak salah aku.nak bersalin pun senang,pukul 3.30 pagi,hantar xyl pegi demc,sepuluh minit kemudian dr datang.pastuh dr suruh try utk push,sekali push baby kuar.alhamdulillah baby girl seperti yang dijangkakan.tapi bilik penuh masa tuh.Xyl stay kat katil dalam labour room sampai pukul 10 pagi.nak senang cerita,pukul 11 pagi dah bulih kuar,tak sempat masuk bilik pun.Bayaran Rm1900 kut...aku pun dah lupa...alhamdulillah baby aku kuar ikut pintu,hehehehe..kalau kuar ikut tingkap,standby jerlah rm5K++...

UrI
balik aku bawak UrI si wardah...kalau anak n01&no2,bapak mentua aku yang tolong basuh dan tanamkan,kali nie nampaknya aku kena buat sendiri.Bukan tak bulih buat sendiri,tapi bapak mentua nak buat,aku biar jerlah..Masuk bilik air bawah,aku bukak kotak Uri tuh...sebelum tuh aku dah tanya,ayah aku cam ner nak basuh...basuh ngan asam keping jerk...sebab nak hilang hanyir darah yang melekat kat situ.aku gonyoh sampai bersih...adik ipar aku cakap,kat atas uri tuh,kalau diperatikan betul2,akan nampak susunan kotak2(cam batu bata),masa aku cuci tuh,memang nampak bentuk kotak2 kat atas uri tuh.katanya yg tuh balance anak yg akan lahir lagi nanti.berapa aku nampak..????biarlah jadi rahsia aku...hehehehe..benda tuh akan berkurang setelah anak dilahirkan.masalahnya,yg no1 dgn no2 bapak aku yang basuhkan.kalau tanya pak mentua aku pun,mesti dier tak bg tahu punye.hehehehehe

selesai basuh aku cari percakain putih dgn tempurung kelapa.pastuh ubuh paku kat dalam tuh...apa sinonim benda tuh.aku pun tak tahu.kalau ikutkan hati aku,baik letak calculator,hehehehe,takpun ader duit lebih sikit letak notebook dalam tuh,mesti cerdik,bila besor nanti.wakakakaka...mana pulak nak tanam...argh..???? kat belakang umah pun ok...biar besor nanti,kalau dah kahwin,dia ingat jugak nak balik umah mak bapak dier..hehehehe.korek lubang pun tak boleh dalam sgt,nanti takut kembung budak tuh,korek lebih kurang jerk...macam2 amalan org tua dulu nie.Kalau aku,cuba cari istilah sains jerk.apa kena mengena lubang dalam dgn kembung perut...pelik betul aku...

WarDah..
aku nak letak nama Iman,tapi xyl cakap nama tuh bulih jadik boy dan girl...aku tak kisah..pada aku..iman memang nama yg cantik...dan akhirnya xyl pilih nama wardah..aku pun tak tau maksud nyer...bunga mawar kut...biarlah..itu pilihan ibu dier...ummi dier,penat woo nak beranak..aku rasa kalau tuhan bg kat lelaki utk mengandung dan bersalin,org lelaki pun belum tentu dapat tahan sakit untuk melahirkan anak.Kalau aku tahu sakit nyer nak melahirkan,nescaya,masa kecik2 dulu,aku tak buas dan nakal...hehehehehe...sebab apa aku kata sakit..sebab aku duduk sebelah bini aku masa bersaling.dia gengam tangan aku macam nak terputus jari2 aku.yang citer Arnold schwazenegar dgn danny devito tuh citer org putih,berlakon bulih ler....bagi betul2 boleh beranak,baru tahu!!!!

Final Episode
rupanya b'day wardah sama dgn siti nurhaliza...aku tak tahupun,kawan aku yg bagtahu...harapan aku wardah satu hari nanti akan jadi Srikandi yg pandai menjaga suami dan mendidik anak2 dier macam ummi dier.rasanya buat masa terdekat nie,cukup ler 3 org nie dulu.penat woo....kalau nak makan kat luar pun susah...especilly kalau maid aku tak ikut....dah...habis cerita pasal kelahiran anak2 DiDi...

Tuesday, October 21, 2008

Anak2 DiDi~Angah Dzikri d'Matt Damon~



PENDaftran
2 hari selepas Dzikri dilahirkan,Pejabat pendaftaran Kuala Kangsar...

Kerani:Nie jer nama anak encik??
JeN:yup...nie jer nama anak saya
Kerani:tak der mohammad ker,atau nak tambah apa2 kat depan??
JeN:Tak ader,kenapa puan..??
Kerani:bukan aper,trend sekarang selalunya nama anak 3 nama...
JeN:anak saya nanti bila dah besar,InsyaALLAH byk gelaran dan jawatan Puan.

aku malas nak layan...ialah..mana tahu,kut anak aku nanti bila besar,ader YB Prof Dr etc...tak ker kalut nanti nak letak kat businees kad dier...mana satu gelaran mana satu nama...lagipun aku malas nak menyusahkan diri aku sendiri biler dier masuk sekolah nanti...Bila kena isi borang,baru ader akal nak mengisi nanti.masuk pulak darjah satu,ader buku tulis dan latihan,heh..bercinta nak menulis,baru tahu sakit belakang.Tapi zaman dah berudah..buat jerk rubber stamp...wakakakakaka...

Memang dah decide dgn XYL,anak2 nanti diberikan satu nama sahaja.Senang atuk dan opah nak panggil.Nama pun tak perlu komersial sgt,yang exclusive.Asalkan nama yg tidak membawa makna kepada keburukan sudah lah.Teringat kes kawan aku....nama mak dier RAMlah bapak dier nama maDZAlan,jadi nama adik beradik dier semua dimulakan dengan nama RAMDZA,kononnya gabungan nama mak dan pak dier...hehehehe..bukan nak kutuk,tapi cari dalam kitab takder makna pun...nasib baik jugak,kalau ditakdirkan nama mak dier SUraya,bapak dier pulak marZUKI,jadi SUZUKI adik beradik dier nanti...wakakakakaka..aku takut biler masuk sekolah,biler upsr,pmr atau spm,biar duduk kat depan,terutama yg lelaki.Biar dia susah nak meniru.(harap2 biler depa besar tak marah ler).kalau duduk belakang mesti nak bawak TOYOL(Tolong Org Yg Otak Lembap).itu antara sebab mengapa nama DZIKRI dieja dgn sebegitu rupa.kalau dimulakan dgn Z,takut duduk kat belakang masa ambik exam nanti.Kalau dieja dengan jawi,pun ader beza sama ada dimulakan dengan 'zal' ataupun 'zai'.korang bukak ler kitab,cari makna.

KELahiran
Angah Dilahirkan dgn keadaan yg penuh thrill...hehehehe...bulan poser,5/10/2006.Lepas sahur,dalam pukul 5.30 pagi,xyl aku kejutkan aku,katanya contraction dah mula.aku pun buat tak tahu jer dulu.bukan apa,tujuan aku supaya bini aku bersalin kat hospital kelang jerk.Xyl nak bersalin kat Kampung,Hospital Kuala Kangsar.aku kalau boleh nak jaga sendiri bini aku.penat woo,nak ulang alik KL ke perak,minyak ngan tol jerk dah dekat RM250,baik aku jaga sendiri.

Pukul 6.30 bini aku cakap contraction dah mula cepat,aku pun dengan suka suki cakap,bersalin kat klang jerlah.Apalaga,bini aku kuar moncong 2km nak bersalin kat kg jugak.pergh...ader yg bersalin dalam kete nie....hehehehe..pujuk punya pujuk,tak makan dipujuk,nak jugak bersalin kat kg...campak brg aper yang patut dalam bonet kete,terus balik.masa drive balik,bini aku dah tak byk ckp,sampai TG malim,aku tanya boleh tahan lagi tak,dier kata ok lagi...aku drive lagik...sampai tapah aku tanya lagik....dia kata still ok....sampai ipoh xyl aku masih mampu bertahan...tapi dah tak banyak bersembang dah,muka dah merah padam tahan sakit agaknyer...masa tuh pulak PERDANA V6 aku pakai spring potong jerk...mana ader duit nak beli EIBACH bro..kawan pun dgn kengkawan umah kasih sayang..hehehehehe...so..terhentak2 ler bini aku...hehehehehe..sampai jerk exit kuala kangsar,terus bini aku cakap nak pergi hospital.

Duduk atas willchair,nurse angkat duk atas katil.pergh dah bukak 8cm tuh,memang risky.nasib baik,kalau tak bersalin dalam kete la bini aku macam abby abadi....wakakakaka..Along Afif masa tuh ler pulak nak berak...pergi basuh berak dier,mandikan sekali,alih2 bini aku dah bersalin.Kalau masa Along afif kuar,aku duduk sebelah xyl,boleh tenguk CROWN(ubun2) afif,tapi angah aku tak sempat.Takde saper nak tolong jagakan Along Afif the brad pitt.Takperlah,janji xyl dan anak aku selamat.Begitulah Angah dzikri the Matt Damon dilahirkan..

2nd Child Syndrome
angah nie aku peratikan pelik sikit perwatakan dier...keras hati,cepat menyelap(mengamuk),dan byk akal...pas tuh ader satu habit dier yg paling mengerikan....biler dier menangis&meraung tiba2 dier senyap,tak bergerak,kaku(slap),pastuh biler gerakkan badan dier,akan sedar,pastuh dier sambung balik menangis..gabra gak aku...2/3 kali kena kes macam tuh.bawak jumpa doktor pakar,kata nya dier menangis sampai tak cukup oksigen kat dalam badan...pergh...cayalah angah...lepas aku tanya pengalaman kengkawan aku...rupanya,selalunya,dan acap kali anak no 2 nie..memang pelik sikit,perangai dan perwatakan pun memang berbeza.cari kat dalam internet istilah nyer macam kat atas tuh..tapi bukan syndrom down,yang tuh sebab tak cukup kromosom beb....

Paling menyedihkan ketika umur angah 8 bulan ke 1 tahun 4 bulan.masa nie aku memang jarang kat umah.Jarang kuar malam tapi balik lewat malam,hehehehe..pinjam ayat kawan aku.Masa tuh aku tak rapat dgn dier,sampai dier pun tak kisah dgn aku,dukung ker,dodoi ker sumer tak heran.pergh punyer ler nyesal,tapi dah cover balik sekrang nie,agaknyer cam tuh ler anak yg tak dapat kasih sayang....sekarang dah ok...kengkawan yg aku selalu melepak dan kuar pun dah jadi antara kengkawan baik aku,dan boleh diistilahkan macam adik beradik sedarah sedaging aku.Nak citer pasal depa.aku kena buat episod lain,tentang abg2 dan adik aku...

Final Episode
Harapan didi moga angah jadi anak yg bermaruah,berkhidmat utk masyarakat dan memperjuangkan agama."BE A GOOD BOY,DON'T BE A BAD BOY"

Anak2 DiDi~AfiF,Dzikri&WardaH

DiDi.....masa dapat AFiF...

xyl:abg nak anak2 panggil abg apa?
JeN:panggil didi lah..
xyl:DiDi...naper tak ayah,abah,daddy etc...??
JeN:ntah...nampak mcm muda & Freindly

So dari situ,anak2 aku panggil didi.Kadang2 pening jugak antara BiBi(org gaji) dgn didi.Kena pulak angah(no 2) pelat sikit,memang susah aku nak bezakan.

Freindly...aku kalau boleh nak anak2 anggap aku macam kawan sendiri..boleh untuk berkongsi.Ayah aku didik aku untuk rasa takut pada dia.Hormat pun ader jugak,tapi yang lebihnya rasa takut.walaupun dah 32 tahun hidup,tapi rasa takut masih ader dalam diri aku.Tapi bila kahwin,nampak perbezaan didikan antara keluarga aku dan keluarga mentua aku.kalau sebelah keluarga aku banyak meninggikan suara dan kekerasan serba sedikit,tapi sebelah mentua aku banyak mengunakan pujukan dan nada suara rendah.memang jauh beza.Walaupun tak pukul,tapi adik beradik bini aku masih tunduk dan patuh pada parents dia.2 cara yg berbeza..pernah satu pagi pak mentua aku kejutkan anak bongsu dier untuk semayang subuh sampai 25 kali sebut nama...aku kira sendirik...masa tuh buat2 tidur...yg menantu nie,dier tak kejutkan pulak..hehehehe..tapi dah duduk umah pak mentua,subuh memang awai ler...kalau kat umah sendiri...subuh gajah ler...wakakakakaka....
Didik...
Memang mencabar nak mendidik anak sekarang..."Zaman dah berubah"teringat aku ayat dlm iklan surat khabar berita harian...hehehehe..pak mentua aku pernah cakap...

P.mentua:didik anak supaya jadi manusia
JeN:senang le kalau macam tu bah...memang dah anak manusia...
P.Mentua:kalau senang,tak der ler org buat kerosakan atas muka bumi nie
JeN:betul jugak tuh...hermm..
P.Mentua:ko tahu MANUSIA,tahu untuk berfikir dan memilih mana yg betul dan yg salah...
selagi manusia tuh tahu memilih&membezakan antara yang betul dan salah,insyaAllah kita dah berjaya laksanakan tanggung jawab sebagai keluarga.
JeN:Betul dan salah tuh subjektif bah...
P.Mentua:Betul dan salah mengikut hukum Islam ler...jgn pulak ko ikut hukum lain...

bila pikir balik...bukan senang woo nak didik org jadi manusia....berapa byk org bijak pandai yg buat mender tak senonoh,w/pun tinggi ilmu pengetahuan,gaji,pangkat dan sebagainya,belum tentu dapat memilih antara yg betul dan salah.Tak susah rasanya untuk didik anak jadi pandai....hantar tuisyen kat KuMON,tak pun hantar kat smart readers,insyaALLAH pandai ler anak tuh...kalau dah tak pandai jugak,itu namanya TAKDIR....dan jugak mungin sebab lain yg tak dapat kita fahami...(panjang klu nak bincang bab nie)

Jadi,aku yang tak sepandai mana,nekad dan tekad untuk didik anak2 aku jadi "MANUSIA".Boleh memilih antara yg benar dan salah,w/pun berada dibelakang aku,atau w/pun aku dah tak der kat muka bumi nie.Moga dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah,yg tunduk dan patuh kepada AjaranNYA dan meninggalkan segala larangannya.AMIN

Kenapa AFiF...




1st time aku post kat sini....kenapa gambar Afif...???gambar nie rakan aku yang ambik...resakse...masa melepak minum2 kat rafi dengan members V6ers.Nak sangat mengikut aku kuar rumah,jadi aku bawak dier.Sembang 15 minit dalam kete,sampai tertidur Brad Pitt aku.Bukak tingkap,aku sambung minum dgn member2 aku.Bangun tidur,menangis...tenguk bapak dier tak der...kebetulan si sakse bawak kamera canon 450D,di snapnyer gambar anak aku....



Afif....lahir 11 januari 2004.Panggilan kat umah Along.Tinggi aku tak ingat.tapi berat 3oKG!!!!apasal...tak percaya???budak nie baru 4 tahun setengah,tapi bila makan selera macam org tua.Makanan kegemaran kari dengan sup,bagilah kari dgn sup apa sekali pun mesti bertambah punyer.Kenkadang risau gak aku biler tenguk dier makan.Saja aku limit kan dier makan,maklum ler bapak dier dah ader diabetis,takut nanti terkena plak kat anak aku.Minat dier...apalagi kartun ler...kalau kartun kat tv 9...dari pukul 2 sampai pukul 5.30,memang tak berubah ler tv tuh..sekolah,baru tadika jer budak nie...aku hantar kat little caliphs kat area umah aku...boleh tahan mahal gak yuran...kalau ikutkan hati aku,aku antar tadika umur 6 tahun jerk..takut dier boring,tapi XYL yg melebih,takut nanti tak boleh baca lah,apa lah...aku dulu sekolah tadika islam jerk..yuran 8 hinggit setahun...boleh gak membaca....hehehehe.

Banyak aku boleh citer pasal Afif the Brad PiTT nie...tapi tak nak ler hangat2 taik cirit jerk...mula2 jerk semangat lepas tus hancus....Hope this is the beginning...