Tenguklah gambar2 kat bawah nie....korang pikirlah sendiri...tanya diri sendiri dimana gamaknya iman kita..???? Dimana gamaknya kasih sayang kita pada ALLAH..??? Dimana gamaknya sayang kita pada Rasullallah Muhammad S.A.W....bukan aku nak wujudkan sentimen perkauman....tapi inilah hakikat sebenarnya.....pikirlah wahai sahabat saudara seislam ku....
Ya Allah ya tuhanku...aku mohon kepadamu Ya Allah lindulingilah isteriku,anak2 ku,keluargaku,sahabat2ku,kampungku,negaraku dari segala perbuatan syirik dan mungkar....
Ya Allah ya tuhanku,sesungguhnya hambamu ini seorang yg lemah imannya...kuatkan hatiku ya Allah utk mempertahankan agama mu....tidak sanggup aku,org lain memijak dan memperkotak- katikkan agamamu yg ku hormati.....laknatlah mereka2 yang cuba utk bersekongkol dan cuba menjatuhkan agama mu ini...
Ya Allah,syukur padamu kerana aku lahir dari zuriat yg islam...biarpun imanku ini mungki senipis kulit bawang,kan ku pertahankan agama yg ku sanjungi ini...
Pagi tadi dah jadi kes pengeboman kat gereja....jangan terlalu emosi dalam membuat pertimbangan.....islam tidak mengajar kita utk berkeras dan memusuhi serta melakukan tindakan melulu.....Pertahankan Agama Islam mengikut kaedah yang bijak dan profesional....
nak bertukar pendapat sikit....adakah dengan berdemo pertahankan nama ALLAH menunjukan kita islam sejati....kenapa bila kristian menggunakan nama ALLAH kita terus melenting dan berdemo....pada pendapat aku...apa guna kita berdemo dan melenting sedang kan suruhan NYA kita abaikan...hukum hakam-NYA kita ketepikan....lebih teruk lagi mereka mengatakan ugama suku...politik suku...kalau kita rasa kita islam sejati...kita sayangkan ALLAH mengapa kita tak berdemostrasi supaya hukum hakam ALLAH kita guna kan sepenuhnya...hukum hudud kita guna kan sepenuhnya....kita amalkan amal maaruf nahi mungkar dsb....satu contoh mudah mengapa hukuman keatas kartika masih tidak dijalankan lagi sedangkan kartika sendiri rela supaya hukuman al-quran dijalankan keatas dirinya....ini adalah sekelumit pandangan utk kita renungkan bersama....
ReplyDeleteciken:jadi adakah anda bersetuju bahawa tuhan itu mempunyai anak..??????konsep trinity......????itu aku cakap,iman aku pun senipis bawang,tapi aku tak rela utk mengakui Sifat allah itu seperti manusia...syirik namanya tuh....baca posting akhir aku..."bertindak secara bijak dan profesional".....perkara tauhid jgn dibuat main bro...syirik itu tiada KEAMPUNAN...Tiada tempat disyurga..
ReplyDeleteAlangkan ibu darah daging sendiri, kalau dihina dan dicaci pun kita melenting malahan sanggup melakukan apa sahaja,inikan pula Pencipta...klu ibu kita seorang yang baik,muslimah sejati,sedangkan anaknya seorang manusia yg melakukan kejahatan dan kemungkaran,tetapi...apabila ibunya cuba dihina dan dicaci,adakah si anak yg yg penuh melakukan dosa akan mendiamkan diri..???itu baru ibu..inikan pula PENCIPTA...Tuhan yg Maha Esa...ALLAH THE ALMIGHTY...
fikir fikirkan...anyway thanks sebab sudi berkongsi...
of course saya pun xbersetuju bahawa tuhan tu mempunyai anak...dan konsep trinity tapi kita perlu ingat...kalau dah kepercayaan mereka camtu kita xboleh buat apa2...sebab itu lah turun nya surah Al-Kafirun....pada saya kalau org kafir berpakat memijak Al-Quran dsb nya barulah menghina namanya.....apa yg penting pegangan tauhid kita tidak goyang....sebenarnya bukan perkara sebegini yg hendak saya utarakan sbb saya bukan org yg layak utk bermuzakarah mengenai bab agama...apa yg menjadi kemusykilan saya adalah kenapa baru sekarang isu ini berbangkit...sedangkan benda ni dah lama berlaku...hatta kristian di negara2 arab pun menyebut mengenai Allah di dalam kitab mereka tetapi umat islam di sana dapat menerima dgn terbuka....dalam Al-Quran ada menyebut Allah itu tuhan sekelian alam yg membawa maksud tuhan kepada pokok2..gunung ganang...lautan dan termasuk lah org kafir....cuma pada kita org islam mesti berpegang pada tauhid....pada saya isu ini berbangkit bukan lah utk memertabatkan agama islam tapi lebih kepada kepentingan politik perkauman oleh mereka yg sudah tidak mendapat sokongan....oleh itu saya berharap jgn lah kita terjebak dgn mainan politik kotor mereka....kalau mereka benar2 ikhlas utk berjuang memertabatkan agama islam...seperti yg saya sebutkan dalam posting saya yg pertama tadi...kenapa mereka tidak berdemotrasi agar undang2 islam...hukum hudud dilaksanakan di malaysia....adakah bila kita mengatakan hukum hudud Allah itu zalim...hukum islam itu tidak relevan....kita tidak terkeluar dari islam...???sebab itulah kalau kita hendak amalkan ajaran islam kita hendak lah ambil sepenuhnya....bukan ini suku..itu suku....jgn kita ambil kalau sesuatu itu boleh munguntungkan kepentingan kita....saya pernah terbaca almarhum GUS DUR ada mengatakan ALLAH tidak perlu di bela kerana Allah itu Maha Agung...Maha Esa...Maha Berkuasa...yg perlu di bela adalah insan yg teraniaya...org miskin dan sebagainya....sekadar renungan dari saya yg cetek pengetahuan agama...
ReplyDeleteok ciken...saya pun ada berfikir yang sama seperti anda....adakah isu ini sengaja di akan utk mengalih pandangan masyarakat....sebenarnya pada tarikh 7/1/10,mahkamah mengeluarkan keputusan mengenai hak siapakah yg layak menjadi menteri besar perak....
ReplyDeletedan mungkin juga utk mengalihkan perhatian rakyat mengenai isu enjin jet pejuang yang kononnya menelan hampir rm50juta,kini hanya tinggal rm30ribu...???
atau mungkin politik yg tidak mendapat sokongan kemudian akan timbul robin Hood yang akan menyelamatkan keadaan....
apapun terima kasih jugak sebab membuka minda saya...thanks again...