Wednesday, December 2, 2009

Afif-Hari Ini Dalam Sejarah

Tanggal 29/11/2009 adalah satu sejarah baru bagi afif yang akan melangkah ke alam dewasa...mungkin hormon badan afif akan berubah selepas menjalani proses tersebut...Tidak pun memaksa afif utk berkhatan tapi dengan rela hati afif ingin dengan sendirinya utk berkhatan..Umur anak ku ini akan mencecah 6 tahun pada bulan Januari tahun hadapan..XYL aku risau dengan proses berkhatan ini...mana ada ibu atau bapa yg mahu melihat anaknya sakit..usahkan jeritan tangisan,cukup sekadar kelehun dari afif,buatkan aku bagai terhiris pilu... selepas menjalankan program ibadah korban pada hari sabtu.pada keesokan harinya dijalankan pula acara berkhatan secara beramai2 dikariah sauk daerah kuala kangsar.Peserta terdiri dari anak2 yg berumur 6 tahun hinggalah 11 tahun.jumlah peserta 8 orang yg terdiri dari anak2 kampung.Program dimulakan pada jam 3 petang dengan upacara berarak beramai sambil berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Selepas diarak beramai2,anak dijamu dengan berbagai2 hidangan supaya dapat menghilangkan rasa gementar..lemang,satay,laksa,rendang dan bermacam2 hidangan disediakan utk anak yang akan berkhatan...afif nampaknya begitu selera dengan satay yang dihidangkan..hampir 20 cucuk satay menjadi mangsa afif...dalam hati aku,penuh dengan rasa gementar sebenarnya..namun perasaan gementar itu aku lawan utk memberi semangat pada afif...

Selepas anak menjamu selera sedikit cendera hati diberikan kepada anak2 yg disampaikan oleh ayahanda.hadiah cendera hati berupakan sejadah yg simboliknya mengharapkan anak2 akan memnunaikan solat dengan lebih sempurna apabila selesai proses berkhatan nanti.Gambar kami sekeluarga dirakamkan,setelah selesai upacara tersebut.Afif masih ok dan xyl pulak yang tak henti takut dan gementar...

Gambar ini bukan bertujuan utk memalukan afif atau sebagainya..ini bahan bukti yang afif memang berani ketika menjalankan proses berkhatan..bukan niat didi utk memalukan afif,tetapi percayalah anakku,suatu hari anti apabila afif besar dan baca blog didi,afif akan tahu betapa didi begitu menyayangi anak didi.Tidak ada sekelumit di hati didi utk menyakiti anak2 didi.begitu lucunya ketika proses berkhatan berlangsung....afif cuma berasa sakit sedikit ketika mudin ingin memasukkan bius ke kawasan kemaluan afif...gambar diatas adalahproses dimana ingin menjahit luka afif.proses dijalankan dengan menggunakan Laser...



Inilah gambar ketika setelah selesai semua proses berkhatan....afif ok lagi ketika kesan ubat pelali masih lagi berada dalam badan...setelah kesan ubat tersebut habis,afif mula berasa sakit....maafkan didi afif jika didi berkasar ketika menjaga afif..bukan niat didi utk menyeksa atau mendera afif,tetapi sebagai ingin mendidik afif utk menjadi lelaki sebenar....semua itu didi anggap sebagai satu cara didi mendidik anak2 didi.tidak terlintas sedikit pun dihati didi utk menyeksa mu sayang...andai suatu ketika afif mengganggap didi berkasar dengan afif,didi mohon kemaafan dari mu anakku....
Ya Allah Ya tuhanku...
Betapa aku bersyukur kepadamu..
Mengurniakan aku zuriat lelaki yang begitu berani...
Bijak berkata2....petah menyusun ayat...
Berikan kekuatan kepadaku utk membentuk dirinya..
Menjadi anak yang soleh...
Tunduk dan patuh kepada ajaranmu...
Meninggalkan segala laranganMu...
Moga suatu hari nanti,pabila aku memejamkan mata..
Anak2ku nanti menjadi satu aset yang baik utk diriku....

No comments:

Post a Comment