Friday, June 19, 2009

Amateur change everything

From Mat Rempit to Amateur
Rabu lepas berkesempatan melawat kerumah seorang rakan lama dibanting.Pak OO seorang yang humble orgnya.Rumahnya terletak didalam ladang kopi,serta dikelilingi dengan pokok sawit.Apa yang istemewa tentang insan ini???Pada aku ada yg istemewa pada pak OO,orgnya tidak terlalu membangga diri,tetapi penuh dengan ilmu amateur didalam dirinya.



Aku tinggalkan cerita pak OO,kerana ada lagi cerita seorang insan yg pada aku lagi istimewa.Rakan ini dahulunya seorang mat rempit tegar,hehehehe.Namun setelah kemalangan teruk yg dihadapinya,terus mengubah hidup beliau.Dengan berbekalkan CB radio yg diberikan kepada jali,dia terus berubah.kemalangan motosikal yg dihadapinya,yg memaksa beliau terlantar beberapa bulan menyebabkan dia,berubah arah.



Tak sampai beberapa bulan jali mengenali radio cb,dan sekarang sudah pun mempunyai lesen B,banyak yg telah jali lakukan.bermacam peralatan yg jali telah siapkan.dari antena jenis longwire sehinggalah antena yagi 4 element utk 20m yg dibuatnya sendiri...bukan setakat itu sahaja,jali juga membuat ATU nya sendiri dengan mengunting kepingan besi utk dijadikan capacitor buatan sendiri.



Hebat pada aku.walaupun aku pemegang lesen kelas A,tak byk yang boleh aku lakukan berbanding jali yg dulunya seorang mat rempit.dengan hanya berbekalkan semngat dan juga minat,jali berjaya.Oleh kerana jali ingin membuat sesuatu benda,jali terpaksa membaca dan juga bertanya untuk menjadikan satu barangan yg dibuatnya menepati kehendak dirinya sendiri.


Itulah hobi amateur...dari seorang mat rempit yg sekarang ditukar kepada samseng jalanan,jali sudah berubah,Ham mengubah hidup jali.Terima kasih pada pak OO,kerana berjaya mengubah seorang insan kepada satu kehidupan yg lebih bermakna....

No comments:

Post a Comment