Friday, May 8, 2009

Result Official dah kuar!!!9M ahead-HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU

http://skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD/CW2009_1.pdf cucuk kat tempat tuh boleh tenguk result...alhamdulillah,dah kuar pun...tapi.....Kat sini belah atas

Berat rasanya bahu nak memikul nama 9M nie...klu mungkin setengah org bangga bila lulus.,..tapi aku sebenarnya tak rasa apa pun..bukan sebab cw nie senang..tapi kat malaysia nie,org akan anggap bila jadi 9M,semua menda dia patut tahu...dan masa nie jugaklah rakan2 9M nie akan diuji...tengah qso,akan dihantar cw...kemudian akan ditanya pelbagai soalan yang akan memerangkap diri pemunya callsign...jika dijawap betul,dipuji,dilambung dan sebagainya untuk 9m tersebut...jika salah dijawap...maka akan digelak,ditertawa secara sinis,dipandang rendah dan sebagainya.....soalan yang ditanya bukanlah untuk mengetahui jawapan,tapi sebenarnya hanya lebih untuk menguji...


Itulah persepsi rakan amateur malaysia...maka tidak hairanlah ramai 9M dimalaysia semakin hari semakin hilang audio di frequency....jika mereka mengatakan 9M malaysia bermain di HF,jarang jugak dengar,kata seorang rakan yang mahu dikenali sebagai ROMLY...kemana agaknya mereka????adakah mereka berada didalam dunia mereka tersendiri..???adakah 9M ini kastanya terlalu tinggi sehingga tidak boleh qso bersama 9W??? adakah 9M ini takut untuk diaju berbagai2 soalan??? herm macam2 bermain dibenak fikiran aku nie....mungkin aku jugak akan menjadi seperti mereka satu hari nanti....pada aku...mereka umpama,HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU......

Tetapi bukan semua 9M akan HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU,tetapi ramai....kenapa..????HIDUP SEGAN....kenapa hidup segan...pada aku,dah kurang kedengaran suara 9M difrequency 2 meter atau sebagainya...mereka juga akan qso bersama rakan sendiri sahaja...antara golongan mereka yang dikatakan kashaf...hehehehehe....ada juga 9M beranggapan bahawa golongan 9M dan 9W sekarang "all are lousy"hehehehe katanya lah...what means by loussy aku sendiri pun tak tahu...pada aku itu pandangan peribadi dia...tetapi walau apapun pandangan peribadi,haruslah ader facts and figures...tapi tak salahkan rakan 9M jugak,kerana rakan 9W sendiri kadang2 malu untuk qso bersama 9M.

MATI TAK MAHU......kenapa pulak mati tak mahu..?????hehehehehehe...dia org nie(certain 9M) akan muncul dan cuba menghentam rakan 9W nie kalau ader yg tersalah sebagainya....bila ader yang buat silap baru dengar suara,hentam org sana sini,cakap sana tak betul,sini salah.....walhal tak pernah pun memberi tunjuk ajar ataupun panduan kepada rakan2...ilmu yang ada pada diri mereka dirasakan terlalu berharga untuk dikongsi bersama....alasan nya apa..."aku pun susah nak dapat,takkan senang2 aku nak bg kat org lain"hehehehehehe......walhal ilmu yang ada itu hanyalah segelintir dari ilmu ALLAH...tetapi itulah,kena balik kepada konsep:ilmu itu mendatangi,bukan didatangi...takkan pulak rakan2 9M nie yang terhegeh2 nak bgtau..."aku tau menda nie,meh aku citer"nampak riak la pulak....tapi harus diingat tak semua 9M macam yang aku cerita...hanya segelintir,mungkin separuh,mungkin juga semua....siapa tahu..???

begitulah pandangan peribadi aku...ini sekadar pandangan aku yang akan memikul 9M nanti,sama ada aku sendiri akan terus menyepi ataupun terus memberi panduan dan memberi pandangan serta buah fikiran kepada rakan2 lain....diri aku sendiri yang akan bergelar 9M,terlalu cetek ilmu nya,mungkin ader rakan 9W yg lain lebih bayak ilmunya berbanding aku....harapan aku biarlah ia menjadi satu hobi yang dapat memanfaatkan diri kita.....apapun sebenarnya,kena ada simpan dalam diri:ERTI HIDUP PADA YANG MEMBERI

3 comments:

  1. betul tu..jarang2 kite dengar 9m di jalur lbih2 lagi di vhf..takpe jen yg penting kita ikhlas..kalo xtau kita cakap je taktau..k lah tahniah jen,73

    ReplyDelete
  2. Bila pikir betul jugak ye. Mesti org rasa 9M ni tau semua. But the fact is 9M adalah org yang berani menyahut cabaran dan berhijrah. Gud luck.

    ReplyDelete
  3. sama pendapat...kalau tak tau,kita ckp jer tak tau...apa sekali pun persepsi org,terpulang...yang penting kita jujur dan berani berubah...

    ReplyDelete