Wednesday, May 6, 2009

Learning CW in 6 weeks-Chapter 6

Format peperiksaan dan situasi.

Ramai yang cakap,utk yang pertama aku just nak duduk dan ambik pengalaman jerk...pada aku,kita dah ader kawan2 yg dah duduk exam,jadi tanyalah...format peperiksaan akan tetap sama...calon akan menghadiri dua sessi ujian.ianya adalah sessi ujian penerimaan dan yg kedua pula adalah sessi penghantaran.

UJIAN PENERIMAAN
Didalam sessi ujian penerimaan,calon akan mendengar dua bahagian.Bahagian yang pertama,calon2 akan mendengar perkataan atau huruf yang dihantar lalu menyalin diatas kertas conteng,kemudian disalin semula diatas kertas jawapan...didalam bahagian ini,hanya huruf sahaja yang dihantar.walaupun terdapat angka sekali pun,namun angka juga akan dihantar dalam bentuk ejaan....huruf akan dihantar selama 3 minit,mengandungi 34/36 patah perkataan termasuk simbol(selalunya titik dengan kome jerk)

Sebagai contoh: pada jam lapan pagi.huruf lapan akan dihantar dalam bentuk ejaan lapan." .-.. .- .--. .- -." bukannya ---.. iaitu kod morse bg angka lapan.argh pening pulak ayat aku kali nie...siut betul,lama tak menulis....

Kemudian sessi kedua ujian penerimaan adalah sessi bagi menerima ujian untuk angka...angka akan dihantar sebanyak 50 angka dan dibahagikan mengikut kumpulan..setiap kumpulan terdapat 5 angka,ini bermakna anda akan mempunyai 10 kumpulan bg 50 angka yang akan diuji untuk anda....jgn risau,gundah gulana dan sebagainya,akan terdapat spacing diantara setiap kumpulan angka,dan calon akan pasti dapat membahagikan antara setiap kumpulan yang dihantar....

Pesanan saya,semasa menerima,tulis semua apa yang anda terima tanpa meneka apa yang telah dihantar...kalau ada lompong pun..tulis jerk...ramai antara rakan saya yang duduk sekali dengan saya gagal sebab cuba utk meneka pertaan yang dihantar...jadi huruf yang berikutnya mereka akan tertinggal,dan mood rakan2 saya hilang....

contoh: KTAK akan lancar kempen jimat air......
banyak rakan pelik dengan perkataan yg dihantar...jadi jgn cuba meneka perkataan yang dihantar...

Dengar bunyi yang dihantar sehingga sesuai dengan telinga anda...enjoy duduk kat dalam dewan..jgn pressure...buat tak tau dengan org lain...kena jadi sombong pada sebelum peperiksaan bermula...relax...tarik nafas panjang....ish...byk lah...aku pun tak reti nak tulih nie....susah argh nak citer pengalaman aku...

UJIAN PENGHANTARAN
Apabila calon lulus untuk ujian penerimaan barulah,calon2 layak untuk menduduki ujian penghantaran.ujian penghantaran mengkehendaki calon utk menghadap pemeriksa atau pendengar secara berseorangan.selalunya dan apa yang saya dengar,pada mereka yg telah lulu ujian penerimaan akan juga lulus ujian penghantaran...waAllah hu'alam....saya pun tak tau lagi...apapun ujian pengahantaran byk menguji tahap gelabah dan cool individu.saya sendiri menggalabah tak ingat hari masa duk menghantar....bergegar habis meja,berpeluh satu badan dan sebagainya....memang gelabah biawak...menggelatar sana sini...hehehehehehehe

*agak2,kenapa bab 5 aku tak nak tulis....???hehehehehe...sebab aku tak nak kengkawan yang nak ambik exam bulan 9 nie,cuba untuk transmit...hehehehehe...dengar..jgn cuba utk tekan key,selagi anda belum pandai rythm...

No comments:

Post a Comment