Terima kasih utk AUR kerana sudi meluangkan masa utk bersembang ditelefon,harap tidak menganggu anda ketika bermain badminton semalam...terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dan memberi semangat serta kata2 perangsang buat saya yang akan menduduki peperiksaan tak lama lagi...
Memang tidak dapat dinafikan cw adalah suatu yg mencabar keupayaan sebenar diri saya...ianya memerlukan tahap komitmen dan kesabaran yang tinggi dalam mempelajari suatu ilmu yang baru buat saya..tetapi apa yang dapat saya kongsi kepada semua rakan2 pembaca...percayalah...cw adalah suatu bidang yang baru,yang membuktikan keupayaan minda separuh sedar,ada dalam setiap diri kita.Keupayaan minda separuh sedar ini banyak dibincangkan didalam bidang perubatan dimana ianya suatu pengalaman yang bukan dibuat2 atau dilakonkan tapi sebenarnya keupayaan yg menjangkaui batas2 pemikiran kita.
Percayalah,dengan mempelajari cw,anda merasakan tangan anda dikawal oleh suatu kuasa yang baru sebelum otak sempat menafsirkan perbuatan atau tingkah laku yang anda lakukan...keadan ini yang amat menyeronokkan buat diri saya...walaupun saya teramat baru didalam cw ini,tetapi merasakan begitu hormat kepada rakan2 lain yang telah berjaya menduduki pepriksaan cw.Maafkan saya andai kata2,atau ayat saya menunjukkan seolah2 saya telah mahir didalam cw.Bukan begitu maksud saya,sebenarnya hanya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan yang berminat dengan cw ini
InsyaALLAH masih tidak lagi lari dari tujuan asal saya menduduki peperiksaan.telah saya nyatakan ianya adalah untuk menguji kemampuan diri saya sendiri,sejauh mana tahap kemampuan diri saya dalam menghadapi stress dan komitmen yg perlu saya hadapi.Semoga kejayan menjadi milik semua rakan2 dan dimanfaatkan utk semua....
wailal liqa'
"ERTI HIDUP KEPADA YANG MEMBERI"-petikan kata2 dari saifulislam-
Semoga berjaya dalam CW Test JEN....insyaAllah semua boleh.
ReplyDelete