Salam untuk semua pembaca...Maafkan penulis andainya tidak dapat mengemaskini blog dalam masa terdekat ini.Untuk pengetahuan semua rakan2..penulis akan menduduki exam CW yg diadakan pada 8 april 2009.Penulis terpaksa memberi 150% komitmen kepada peperiksaan ini,kerana merasakan ia merupakan satu cabaran untuk diri saya.
Tujuan penulis mengambil peperiksaan CW ini adalah untuk mencabar keupayaan sendiri didalam menguji tahap penerimaan CW dan dalam masa yang sama kemahiran menghantar CW.Tidak perlu rasanya diterangkan dengan lebih lanjut apa itu CW,kerana mungkin ramai rakan2 tahu dan mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang CW.Tidak juga bertujuan untuk mencabar rakan 2 lain tetapi berniat untuk memberi semangat kepada rakan2 lain untuk sama menduduki peperiksaan bagi mempelopori satu ilmu yang baru buat diri kita.
Akhir kata doakan kejayaan saya dan rakan2 lain yang akan menduduki peperiksaan CW nanti.Semoga ilmu yang baik itu akan dimanfaatkan untuk semua dan membawa kebaikan untuk manusia sejagat.
Ya ALLAH ya tuhan kami,
Bukakanlah pintu hati kami dengan pancaran iman,
Sanubari kami dengan penuh kepercayaan,
Jauhkan diri kami dari sifat kejahilan dan kemalasan
Jauhkan kami dari riak takabbur dan sombong
Permudahkan kami untuk semua urusan.....
fuyohhhhhhhh!! tit tit tit tit je la pasni..
ReplyDelete