Wednesday, August 24, 2011

Siri Ramadhan 5-Rukun Iman ada 5?

Pergh...tajuk atas memang kontroversi...aku sendiri pun terkejut bila kawan aku cakap macam tuh...29 tahun aku tahu pasal rukun iman.dan apa yg aku yakini&pelajari dari ustaz&ustazah,rukun iman 6 perkara.

Tapi tahukah kita dimana asalnya Rukun iman?pernah tak kita mencarinya.Bukan ckp korang jer,aku pun akan jawab benda yg sama,"ustaz & ustazah yg ajar"...

Dalil tentang rukun iman dtg dari Surah An-Nisa ayat 117.Hanya sebut 5 perkara jer.Takder pun disebut tentang beriman kepada Qada' & Qadar...Korang tak percaya????pergi bukak sendiri,baca tafsiran sekali....

Jadi mana dtg yg ke6 ini??? Yg ke6 dtg,apabila islam mula berkembang ke Greek.Masyarakat Greek(socrates,plato) suka bincang pasal falsafah.Berbincang soalan falsafah,contohnya,klu seseorang memukul seseorang,siapa sebenarnya yg buat?Allah yg buat?manusia yg buat?atau lain2?Ada 3 golongan yg bg 3 pandangan berbeza iaitu golongan Qadariah,Jabariah & Ahli Sunnah Waljamaah.Ahlul sunni ambik jalan tengah.(Nanti aku cari detail)

Apapun dari sini lah bermulanya rukun iman yg ke6,percaya kepada Qada&Qadar ataupun "untung baik&jahat".Dan dari sini jugaklah berkebarangkalian Zaman kegemilangan islam mula jatuh apabila ilmu2 falsafah diterapkan didalam islam.Namun Islam byk menguraikan dgn lebih tepat tentang ilmu falsafah.Ilmu falsafah berkembang masa zaman Socrates,plato dll.dan dari sinilah berkembangnya ilmu tasawwuf...

Banyak Imam2 tidak menyukai ahli2 falsafah kerana ianya lebih menjerumus memikirkan tentang kekuasaan serta zat2 Allah azawajalla yg mana tidak tergapai oleh pemikiran manusia.

Apapun,aku berniat utk berkongsi dgn semua.aku sendiri tak pernah cari dari mana dtgnya rukun iman.klu org tanya,aku jawab ustaz/ustazah dah ajar mcm tuh dari kecik.hafal dan ingat sampai mati.Allahurabbi.

Moga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.

Wa,ilalliqo'....

Wednesday, August 17, 2011

Siri Ramadhan 4

Salam Ramadhan minggu ke3.
Alhamdulillah dipanjangkan umur masih dpt menunaikan ibadah di bulan Ramadhan minggu yg ketiga.Sepanjang Ramadhan aktiviti basikal hanya dijalankan 2 kali seminggu,pada sebelah malam iaitu pada hari jumaat&sabtu

Pada hari selasa dan khamis kami(7 org) menjalankan tadarus di pejabat seorang rakan di setia alam.Tidaklah utk mngejar khatam pada penguhujung ramadhan,tapi kami lebih kepda utk menyemak bacaan masing2.

Memandangkan esok cuti Nuzuk quran,kami berbual ilmiah selepas habis bertadarus.byk persoalan yg dibincangkan bersama.Antaranya:

1)Apa itu Islam
2)Apakah kita menghargai bahawa Alquran itu Mukjizat Allah
3)Sejauh mana keyakinan kita tehadap Rukun Iman atau sekadar kita disuruh menghafaznya dari kecil?
4)Bolehkah wang zakat digunakan utk membina masjid?

Ada juga persoalan mudah yg turut dibincangkan bersama...Aku cukup teruja mlm ini bila kami bersama berbual persoalan yg cukup menguji minda..

Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah

Tuesday, August 9, 2011

Siri Ramadhan 3

aku pernah upload cerita sahabat aku pada 2 tahun lepas.

http://9m2jen.blogspot.com/2009/09/kisah-benar.html

Minggu lepas aku balik kg.Sabtu berbuka di Sauk,hari ahad kami berbuka ditapah.Selesai berbuka aku ke surau berterawikh bersama ahli Qariah...

Selesai berterawikh 8,aku keluar dari surau bersama ayah&adik.Dipintu surau aku bertemu ayah sahabat yg ku ceritakan satu ketika dulu...

Bergenang airmata ayah sahabatku bila bercerita kehidupan rumahtangga anaknya yg sekian lama terbina telah musnah.Betapa sahabatku sanggup bersabar mempertahankan rumahtanngga yg terbina hampir sekian lama.Namun ini semua ketentuan Maha Esa.Pasti ada suatu hikmah yg berlaku..

Sebak bila ayah sahabatku,berkata "Depa tak takut mati epoi"...aku terdiam terkedu tak mampu berkata2.Seorang ibu snggup melihat kemusnahan rumahtangga anaknya sendiri.

Biarlah.aku mendoakan sahabatku tabah menghadapi dugaan allah dibulan Ramadhan ini.Allah maha mengetahui segalanya.

Ingatlah..setiap yg bernyawa pasti mati,dan setiap yg mati itu akan dihisab dgn apa yg dilakukan.Semoga kita semua dilindungi Allah dan mendapat balasan kebaikan dgn apa yg kita lakukan...

Monday, August 8, 2011

Siri Ramadhan 2

Salam 9 ramadhan..
Moga ibadah ramadhan kita diberkati olehNYA.Bagi parents yg berhajat membawa anak2 kecil ke masjid atau surau utk tunjuk mendidik,perhatikan anak2 anda.Displinkah lah anak2 kita supaya menghormati jemaah lain yg hendak menunaikan ibadat.

Tegurlah dgn cara berhemah.Berceritalah pada anak2 ini bahawa rumah ibadat adalah tempat utk semua.Berkongsi melakukan tuntutan ibadah sebagai hambanya.Jgn dibiarkan anak2 kecil ini berkeliaran mengganggu jemaah lain..

Sesungguhnya anak2 kecil ini masih tidak boleh berfikir secara matang,maka kita yg dewasa perlu berkali2 memberitahu mereka.Jika masih mengganggu,adalah lebih baik anak2 ditinggalkan dirumah.Ingat terawikh adalah ibadah sunat sahaja...jika kita membawa anak2 dgn alasan kita hendak menunaikan ibadat,sedangkan anak2 kita mengganggu jemaah yg lain,fikirkanlah...

Semoga ramadhan memberi manfaat kebaikan buat kita bersama....

Wednesday, August 3, 2011

Siri Ramadhan 1

Tahun lepas alhamdulillah Afif berpuasa penuh,tahun ini masih berbaki 27 hari lg.namun hari2 yg lalu afif nampak tabah menghadapi Ramadhan,alhamdulillah.

Walaubagaimanapun,aku mula menyuruh afif mula menitik beratkan solat.Bila terbaca coretan Wardina di Facebook bagaimana dia menggalakkan anak2 bersolat,aku mula terfikir mengapa tidak aku jugak juga.

Afif mula dgn soalan mengapa perlu puasa menahan lapar & dahaga.Aku menjawap ia sebagai tanda terima kasih kita kpd pencipta.aku juga menceritakan bagaimana cerita nafsu yg dpt dikekang hanya dgn berlapar.Alhamdulillah Afif cepat faham,syukur padaMu Alla.

Persoalan solat juga byk ditimbulkan oleh anak kecilku..namun aku cuba menjawap dgn pemahaman yg mudah utk afif.Pernah aku menegur afif kerana solat tidak berbaju,ku selitkan persoalan bagaimana jika dia berjumpa dgn gurubesar jika dlm keadaan selekeh.???lalu afif senyum tanda faham...aku cuba sedaya upaya utk afif menyayangi solat,menunaikan bkn kerana atas arahanku atau takut kepadaku,tetapi ditunaikan atas dasar kecintaan dan tanggungjawab sebagai muslim.Ya,mmg payah,tapi aku berusaha yg terbaik utk anak2 aku...

Walaupun aku juga,kadang2 agak cuai menunaikan solat,tapi setelah aku menitik beratkan solat terhadap anak2,alhamdulillah terasa juga perubahan pd diri ini.Afif berjaya merubah aku...Alhamdulillah,syukur padaMu Ya Allah kerana memberikan diriku & isteriku permata yg berharga.

Akan kami tunaikan tanggungjawab sepenuhnya sebagai ibubapa bukan sahaja dlm memenuhi tuntutan dunia malah akhirat juga.Moga kami diberikan kekuatan utk terus mendidik anak menjadi muslim sejati...

Salam Ramadhan

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan 2011

Salam buat semua penbaca blog.Selamat menyambut Ramadhan AlMubarak,semoga ramadhan kali ini,lebih baik dari yg sebelumnya buat kita.

Kita byk menggalakkan anak2 kita seawal 7 tahun utk berpuasa,tapi berapa ramaikah kita menggalakkan anak2 uk bersolat seawal usia itu?

Cantiknya ajaran Rasullullah mementingkan solat drpd menyuruh berpuasa,Kerana solat itu Tiang agama.Anak2 meninggalkan solat boleh dirotan,tetapi tidak pula bg berpuasa.

Marilah sama2 kita menyuruh anak2 kita bersolat,terangkan kepada mereka kenapa perlunya bersolat.Wujudkan rasa cinta mereka utk menunaikan solat.InsyaALLAH bila besar kelak anak2 kita tidak akan liat menunaikan solat.

Salam Ramadhan 2011

Friday, July 29, 2011

PD International Trialthlon 2011



Afif dan aku sebelum start.Gila semangat anak aku...bukan saja dia yg semangat,aku lagi ler berdebar2...1st time anak aku berenang kat laut beb...aku pun tak pernah berenang sejauh tuh....


bersama Coach,rakan2 dan parents yg turut serta dalam PDIT 2011.memang semangat tenguk budak2 nie nak complete kan...alhamdulillah semua berjaya tamatkan perlumbaan...



Afif main2 dlm air sebelum bermulanya PDIT...muka konfiden jerk...tak pucat langsung...semalam diaorg dah test berenang kat laut...memang superblah anak2 ombak nie berenang...



Semua peserta yg bawah 13tahun dilepaskan sekali...aku dah pesan kat along..tak payah nak start dari depan,bahaya,takut ada yg tersepak dan menekan2 kepala masa berenang.so aku cakap kat along,mula dari belakang.kalau dapat potong org depan,dah satu advantage...target tahun nie,dapat complete pun dah kira mantap...



gambar renang takdapat ambik clear..lense adik aku yg biasa2 jerk...afif abis renang tercungap2 nak kayuh basikal...


kayuhan afif tak berapa ada power sgt...aku suruh layan easy jerk..ambik feel dulu...tapi bab kayuh yg aku paling sakit hati sekali...adoyai salah aku jugak...sorry afif,didi mintak mahap yer....



Stylo kan anak aku lari??? dah macam pro la pulak....paling seronok tenguk ana aku lari....

memang power...walaupun dah tertinggal,masih dapat tapau 3 org kat depan dia...



laju beb afif punyer lari...memag afif tekan habis masa nie...giler semangat...



alhamdulillah dapat tamatkan jugak,walaupun penuh dugaan dan rintangan...u deserve it my son...



bangga beb...7 tahun dah masuk trialthlon..aku pun tak berani nak berenang jauh2 kat laut...



aku tengah tenangkan along afif....paling sedih...rantai basikal afif jatuh masa berbaki 2.5km ...jenuh aku berlari dapatkan afif...punyerlah sakit kaki aku berlari...masa tuh aku tenguk afif tengah berlari sambil tolak basikal...air mata afif mencurah2 masa tuh...dia cakap"rantai basikal along jatuh didi..along tak tau buat apa"...syahdu aku tenguk afif tolak basikal...pergh..keazaman braderr..aku cakap kat along..kalah menang lain cerita janji along finish...

menyesal plak rasa tak maintain basikal afif...afif sebenarnya dah tapau ramai kengkawan dia masa kayuh..tapi apakan daya,nasib tak menyebelahi along...apapun aku bangga dengan along afif..bukan senang brader,,,,....