Friday, December 23, 2011

Stay Focus



900gram lagi!!!!target utk dptkan 72kg sblm tahun 2012.Itupun BMI masih 24.5.klu boleh nak dptkan BMI <24.

Badan ringan belum tentu kuat kayuh.Aku byk hilang mileage sebab buat indoor training.Jarang sgt pergi kayuh jauh2.so distance takde...

Betul ckp kawan aku,sebenarnya puas hati klu berat dpt diturunkan..effort&commitment tuh yg peritnya..diet kena buat,nasi dikurangkan,byk ambik buah2an&sayuran dan yg susahnya,kena potong gula.Makna kata,byk minum plain water.Org kita ckp air masak atau air putih...

Entahla..aku beria btol nak loose weight,then terpaksa buat tonning&shaping kat badan...klu tidak nampak kulit kendur yg dulunya cekang!!!

Nak cekang kulit kena masuk gym,buat weight training!!!!ini satu lg yg AMAT memenatkan...main besi nie,org slalu ingat nanti badan jd ketul2.Allo,aku just nak buat shaping.Tegangkan kulit,bukannya nak jd body builder mcm malek noor tuh...

Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru 1433Hijriah


Berat sekarang.Harap dpt BMI 23 march 2012 nanti

Selamat menyambut tahun baru.Semoga dgn kedatangan tahun baru.menjanjikan kebahagiaan dan kebaikan utk semua..Berdoalah agar kita menjadi mulia disisi Allah,kemuliaan dari pandangan manusia tidak kekal selamanya.

Aku akan berusaha memperbaiki segala kelemahan diri,samada hubungan dgn Allah,hubungan sesama manusia dan juga hubungan dgn makhluk serta alam.

Juga berusaha utk membimbing keluarga kearah keluarga muslim sejati dgn menjadi contoh terbaik kpd isteri&anak2.

Tidak lupa juga utk menitik beratkan kesihatan dalaman dan luaran.Kerana nikmat sihat yg dikurniakan oleh ALLAH S.W.T terlalu bernilai harganya.

Gambar atas takder kena mengena dgn tahun baru.Tapi alhamdulillah dpt jugak cecah 75kg sblm hujung tahun masihi.Masih byk perlu diperbaiki.Target aku...???nak dptkan BMI 23 pd march 2012,InsyaAllah..

Akhir kata,Selamat Tahun Baru 1433Hijriah.

Sunday, October 16, 2011

I need this...

Kasut lama dah hampir haus tapaknya..tak sampai setahun pun aku guna..Tapi sebab badan aku yg berat dan cara lari yg tak berapa btol,menyebabkan kasut cepat rosak...tapi bukan rosak sebab tak pakai...



Minat dgn dua design adidas nie...yg atas utk motion control...maknanya utk runner yg badannya berat...dan yg bawah pulak aku suka sebab warnanya kuning.Adidas aegis2..
Dah request kat bini aku utk hadiah harijadi tahun nie...



Kalau ikutkan lari paling top,Asics...tp regenya sumer RM400++...tak mampu nak beli.Lgpun aku bukan Pro Runner,cuma nak lost weight dan mempelbagaikan sukan...

Basikal.....?Mana boleh tinggal.cuma buat sementara waktu,aku nak fokus utk betulkan larian aku...

Friday, October 14, 2011

Rangkuman

Gambar terbaru....tak berapa kurus lagi...BMI masih 27.7...berat 82kg.Target BMI mesti nak dapat bawah 25.


Berbasikal nampaknya dah tak dpt turunkan berat badan aku...so aku try masuk gym...masuk gym bukannnya main angkat besi macam body builder buat..tapi just buat threadmill dan core excersize...threadmill,sebab aku punya teknik lari tak berapa betul lagi...so kena lari atas threadmill utk betulkan step...Alhamdullillah masuk gym,dapat Personal Trainer...so Result memberangsangkan,3 minggu hilang 4kg,sekarang berat 80.2kg...PT ckp hujung tahun nie boleh dpt 75kg.

Then aku cuba lari kat open space...adoyai kaki dah sakit..shin & calves...biasa bagi beginers macam aku...lutut pun dah tangkap sikit2...so kena extra carefull on that..kita nak cari sihat,bukan nak cari sakit...


This is KOM yg baru lepas.Simpang Pulai to Cameron Highland 54km climbing...dgn training yg tak berapa sgt,akumain redah jerk...janji kayuh...Alhamdulillah tahun lepas aku buat 4jam 30minit tahun nie dpt buat 4jam..syukur...tapi badan sakit2...



so lepas nie,aku nak byk fokus dekat lari rasanya....walaupun kalori burn kurang berbanding dengan kayuh basikal,tapi berlari buat upper body aku rasa ringan sikit...dan yg paling penting sebenarnya,kena jaga pengambilan kalori yg diambil...Doakan kesihatan utk aku....Terima kasih utk rakan dari Batu Gajah yg spark aku...

Wednesday, August 24, 2011

Siri Ramadhan 5-Rukun Iman ada 5?

Pergh...tajuk atas memang kontroversi...aku sendiri pun terkejut bila kawan aku cakap macam tuh...29 tahun aku tahu pasal rukun iman.dan apa yg aku yakini&pelajari dari ustaz&ustazah,rukun iman 6 perkara.

Tapi tahukah kita dimana asalnya Rukun iman?pernah tak kita mencarinya.Bukan ckp korang jer,aku pun akan jawab benda yg sama,"ustaz & ustazah yg ajar"...

Dalil tentang rukun iman dtg dari Surah An-Nisa ayat 117.Hanya sebut 5 perkara jer.Takder pun disebut tentang beriman kepada Qada' & Qadar...Korang tak percaya????pergi bukak sendiri,baca tafsiran sekali....

Jadi mana dtg yg ke6 ini??? Yg ke6 dtg,apabila islam mula berkembang ke Greek.Masyarakat Greek(socrates,plato) suka bincang pasal falsafah.Berbincang soalan falsafah,contohnya,klu seseorang memukul seseorang,siapa sebenarnya yg buat?Allah yg buat?manusia yg buat?atau lain2?Ada 3 golongan yg bg 3 pandangan berbeza iaitu golongan Qadariah,Jabariah & Ahli Sunnah Waljamaah.Ahlul sunni ambik jalan tengah.(Nanti aku cari detail)

Apapun dari sini lah bermulanya rukun iman yg ke6,percaya kepada Qada&Qadar ataupun "untung baik&jahat".Dan dari sini jugaklah berkebarangkalian Zaman kegemilangan islam mula jatuh apabila ilmu2 falsafah diterapkan didalam islam.Namun Islam byk menguraikan dgn lebih tepat tentang ilmu falsafah.Ilmu falsafah berkembang masa zaman Socrates,plato dll.dan dari sinilah berkembangnya ilmu tasawwuf...

Banyak Imam2 tidak menyukai ahli2 falsafah kerana ianya lebih menjerumus memikirkan tentang kekuasaan serta zat2 Allah azawajalla yg mana tidak tergapai oleh pemikiran manusia.

Apapun,aku berniat utk berkongsi dgn semua.aku sendiri tak pernah cari dari mana dtgnya rukun iman.klu org tanya,aku jawab ustaz/ustazah dah ajar mcm tuh dari kecik.hafal dan ingat sampai mati.Allahurabbi.

Moga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.

Wa,ilalliqo'....

Wednesday, August 17, 2011

Siri Ramadhan 4

Salam Ramadhan minggu ke3.
Alhamdulillah dipanjangkan umur masih dpt menunaikan ibadah di bulan Ramadhan minggu yg ketiga.Sepanjang Ramadhan aktiviti basikal hanya dijalankan 2 kali seminggu,pada sebelah malam iaitu pada hari jumaat&sabtu

Pada hari selasa dan khamis kami(7 org) menjalankan tadarus di pejabat seorang rakan di setia alam.Tidaklah utk mngejar khatam pada penguhujung ramadhan,tapi kami lebih kepda utk menyemak bacaan masing2.

Memandangkan esok cuti Nuzuk quran,kami berbual ilmiah selepas habis bertadarus.byk persoalan yg dibincangkan bersama.Antaranya:

1)Apa itu Islam
2)Apakah kita menghargai bahawa Alquran itu Mukjizat Allah
3)Sejauh mana keyakinan kita tehadap Rukun Iman atau sekadar kita disuruh menghafaznya dari kecil?
4)Bolehkah wang zakat digunakan utk membina masjid?

Ada juga persoalan mudah yg turut dibincangkan bersama...Aku cukup teruja mlm ini bila kami bersama berbual persoalan yg cukup menguji minda..

Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah

Tuesday, August 9, 2011

Siri Ramadhan 3

aku pernah upload cerita sahabat aku pada 2 tahun lepas.

http://9m2jen.blogspot.com/2009/09/kisah-benar.html

Minggu lepas aku balik kg.Sabtu berbuka di Sauk,hari ahad kami berbuka ditapah.Selesai berbuka aku ke surau berterawikh bersama ahli Qariah...

Selesai berterawikh 8,aku keluar dari surau bersama ayah&adik.Dipintu surau aku bertemu ayah sahabat yg ku ceritakan satu ketika dulu...

Bergenang airmata ayah sahabatku bila bercerita kehidupan rumahtangga anaknya yg sekian lama terbina telah musnah.Betapa sahabatku sanggup bersabar mempertahankan rumahtanngga yg terbina hampir sekian lama.Namun ini semua ketentuan Maha Esa.Pasti ada suatu hikmah yg berlaku..

Sebak bila ayah sahabatku,berkata "Depa tak takut mati epoi"...aku terdiam terkedu tak mampu berkata2.Seorang ibu snggup melihat kemusnahan rumahtangga anaknya sendiri.

Biarlah.aku mendoakan sahabatku tabah menghadapi dugaan allah dibulan Ramadhan ini.Allah maha mengetahui segalanya.

Ingatlah..setiap yg bernyawa pasti mati,dan setiap yg mati itu akan dihisab dgn apa yg dilakukan.Semoga kita semua dilindungi Allah dan mendapat balasan kebaikan dgn apa yg kita lakukan...

Monday, August 8, 2011

Siri Ramadhan 2

Salam 9 ramadhan..
Moga ibadah ramadhan kita diberkati olehNYA.Bagi parents yg berhajat membawa anak2 kecil ke masjid atau surau utk tunjuk mendidik,perhatikan anak2 anda.Displinkah lah anak2 kita supaya menghormati jemaah lain yg hendak menunaikan ibadat.

Tegurlah dgn cara berhemah.Berceritalah pada anak2 ini bahawa rumah ibadat adalah tempat utk semua.Berkongsi melakukan tuntutan ibadah sebagai hambanya.Jgn dibiarkan anak2 kecil ini berkeliaran mengganggu jemaah lain..

Sesungguhnya anak2 kecil ini masih tidak boleh berfikir secara matang,maka kita yg dewasa perlu berkali2 memberitahu mereka.Jika masih mengganggu,adalah lebih baik anak2 ditinggalkan dirumah.Ingat terawikh adalah ibadah sunat sahaja...jika kita membawa anak2 dgn alasan kita hendak menunaikan ibadat,sedangkan anak2 kita mengganggu jemaah yg lain,fikirkanlah...

Semoga ramadhan memberi manfaat kebaikan buat kita bersama....

Wednesday, August 3, 2011

Siri Ramadhan 1

Tahun lepas alhamdulillah Afif berpuasa penuh,tahun ini masih berbaki 27 hari lg.namun hari2 yg lalu afif nampak tabah menghadapi Ramadhan,alhamdulillah.

Walaubagaimanapun,aku mula menyuruh afif mula menitik beratkan solat.Bila terbaca coretan Wardina di Facebook bagaimana dia menggalakkan anak2 bersolat,aku mula terfikir mengapa tidak aku jugak juga.

Afif mula dgn soalan mengapa perlu puasa menahan lapar & dahaga.Aku menjawap ia sebagai tanda terima kasih kita kpd pencipta.aku juga menceritakan bagaimana cerita nafsu yg dpt dikekang hanya dgn berlapar.Alhamdulillah Afif cepat faham,syukur padaMu Alla.

Persoalan solat juga byk ditimbulkan oleh anak kecilku..namun aku cuba menjawap dgn pemahaman yg mudah utk afif.Pernah aku menegur afif kerana solat tidak berbaju,ku selitkan persoalan bagaimana jika dia berjumpa dgn gurubesar jika dlm keadaan selekeh.???lalu afif senyum tanda faham...aku cuba sedaya upaya utk afif menyayangi solat,menunaikan bkn kerana atas arahanku atau takut kepadaku,tetapi ditunaikan atas dasar kecintaan dan tanggungjawab sebagai muslim.Ya,mmg payah,tapi aku berusaha yg terbaik utk anak2 aku...

Walaupun aku juga,kadang2 agak cuai menunaikan solat,tapi setelah aku menitik beratkan solat terhadap anak2,alhamdulillah terasa juga perubahan pd diri ini.Afif berjaya merubah aku...Alhamdulillah,syukur padaMu Ya Allah kerana memberikan diriku & isteriku permata yg berharga.

Akan kami tunaikan tanggungjawab sepenuhnya sebagai ibubapa bukan sahaja dlm memenuhi tuntutan dunia malah akhirat juga.Moga kami diberikan kekuatan utk terus mendidik anak menjadi muslim sejati...

Salam Ramadhan

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan 2011

Salam buat semua penbaca blog.Selamat menyambut Ramadhan AlMubarak,semoga ramadhan kali ini,lebih baik dari yg sebelumnya buat kita.

Kita byk menggalakkan anak2 kita seawal 7 tahun utk berpuasa,tapi berapa ramaikah kita menggalakkan anak2 uk bersolat seawal usia itu?

Cantiknya ajaran Rasullullah mementingkan solat drpd menyuruh berpuasa,Kerana solat itu Tiang agama.Anak2 meninggalkan solat boleh dirotan,tetapi tidak pula bg berpuasa.

Marilah sama2 kita menyuruh anak2 kita bersolat,terangkan kepada mereka kenapa perlunya bersolat.Wujudkan rasa cinta mereka utk menunaikan solat.InsyaALLAH bila besar kelak anak2 kita tidak akan liat menunaikan solat.

Salam Ramadhan 2011

Friday, July 29, 2011

PD International Trialthlon 2011



Afif dan aku sebelum start.Gila semangat anak aku...bukan saja dia yg semangat,aku lagi ler berdebar2...1st time anak aku berenang kat laut beb...aku pun tak pernah berenang sejauh tuh....


bersama Coach,rakan2 dan parents yg turut serta dalam PDIT 2011.memang semangat tenguk budak2 nie nak complete kan...alhamdulillah semua berjaya tamatkan perlumbaan...



Afif main2 dlm air sebelum bermulanya PDIT...muka konfiden jerk...tak pucat langsung...semalam diaorg dah test berenang kat laut...memang superblah anak2 ombak nie berenang...



Semua peserta yg bawah 13tahun dilepaskan sekali...aku dah pesan kat along..tak payah nak start dari depan,bahaya,takut ada yg tersepak dan menekan2 kepala masa berenang.so aku cakap kat along,mula dari belakang.kalau dapat potong org depan,dah satu advantage...target tahun nie,dapat complete pun dah kira mantap...



gambar renang takdapat ambik clear..lense adik aku yg biasa2 jerk...afif abis renang tercungap2 nak kayuh basikal...


kayuhan afif tak berapa ada power sgt...aku suruh layan easy jerk..ambik feel dulu...tapi bab kayuh yg aku paling sakit hati sekali...adoyai salah aku jugak...sorry afif,didi mintak mahap yer....



Stylo kan anak aku lari??? dah macam pro la pulak....paling seronok tenguk ana aku lari....

memang power...walaupun dah tertinggal,masih dapat tapau 3 org kat depan dia...



laju beb afif punyer lari...memag afif tekan habis masa nie...giler semangat...



alhamdulillah dapat tamatkan jugak,walaupun penuh dugaan dan rintangan...u deserve it my son...



bangga beb...7 tahun dah masuk trialthlon..aku pun tak berani nak berenang jauh2 kat laut...



aku tengah tenangkan along afif....paling sedih...rantai basikal afif jatuh masa berbaki 2.5km ...jenuh aku berlari dapatkan afif...punyerlah sakit kaki aku berlari...masa tuh aku tenguk afif tengah berlari sambil tolak basikal...air mata afif mencurah2 masa tuh...dia cakap"rantai basikal along jatuh didi..along tak tau buat apa"...syahdu aku tenguk afif tolak basikal...pergh..keazaman braderr..aku cakap kat along..kalah menang lain cerita janji along finish...

menyesal plak rasa tak maintain basikal afif...afif sebenarnya dah tapau ramai kengkawan dia masa kayuh..tapi apakan daya,nasib tak menyebelahi along...apapun aku bangga dengan along afif..bukan senang brader,,,,....

Wednesday, July 20, 2011

Century Ride 2011-Part 1



My Sifu



My Team-XL Cycling Team.



Starting Point



Bukit Manong



2nd Peloton



Is'it worth the paint???



I'm Done!!!

Friday, June 24, 2011

Hijau,Kuning,Merah&Biru Muda

Dlm masa seminggu nie,semua yg bewarna kuning adalah dilarang sama sekali.Sama ada teksi,bas sekolah,pulut dan lain2 lagi.Malahan mereka yg menjual baju kuning juga akan turut ditahan khabarnya.

Dulu masa kecik klu lalu kawasan gopeng akan nampak lambang roket.Ayah aku akan ckp yg tempat tuh kawasan cina komunis..punya la kami adik beradik takut.

Tapi tidak lg sekarang nie,roket sesetengah org tidak lg menampakkan komunisme,kecinaan dan sebagainya.Berbagai dakyah mengatakan MEREKA ini2 mempunyai agenda perkauman,namun parti yg memperjuangkan bangsa sudah agak kurang relevan dikala ini...

Bersatulah memperjuangkan keadilan,kesaksamaan dan prinsip ketamadunan manusia...

Sunday, June 19, 2011

Milo Sportexcel Junior Swimming Competition(2nd Leg)



Aku tak berkayuh minggu nie...bawak anak teruna aku masuk swimming competition.ini kali ke-3 along afif masuk competition.sebelum nie along masuk 3 event jer.Tapi alang dah ke paroi,aku suruh dia ambik 5 event.

Event yg disertai:
1.50m Backstroke(1st timer) 01.11.35s
2.100m Breaststroke(1st timer) 02.47.13s
3.100m Freestyle(time down) 02.08.45s
4.50m Breaststroke(time same) 01.21.32s
5.50m Freestyle(time improve) 00.58.77s

Ok..byk lg teknik yg afif perlu perbaiki...nak target medal jauh sgt lg...along masuk kategori bawah 10 tahun.padahal dia baru 7 tahun.itupun dah titik budak2 yg tua drpd dia..

Strength afif takder lagi..tak boleh paksa sgt...nanti ganggu tumbesaran plak...

Tahniah dari didi...semoga afif berjaya memperbaiki masa utk berbaki 2 lg event tahun ini...

Tuesday, June 14, 2011

Tidak Munasabah

Rakyat dah tak tahan sebenarnya.Mcm2 sebab rakyat tak tahan.Tapi pemerintah masih memberikan alasan yg kadangkala nampak kartun dan lucu.

Harga ayam sekilogram sampai rm8.80.alasan sebab musim cuti sekolah.Punyer ler sebangang bangang alasan.Agaknya bila budak2 tak sekolah,diaorg duk rumah,tiap hari lauk ayam gamaknya.Takpun,semua pekerja ayam bercuti sebab nak bawak anak yg sedang bercuti berjalan makan angin,so pengeluaran ayam agak terhad...

Minyak,zaman pak lah paras tertinggi mencecah USD150 setong,tapi baru RM2.70 seliter..sekarang harga paling tinggi USD125 setong,tapi rege minyak dah cecah RM2.90 seliter.Alasan mcm biasa laa" negara kita masih rendah berbanding negara jiran"...erm alahai..

Bil Api pun sama,naik 7%.pengguna yg melebihi 300KwJ penggunaan akan terasa kenaikan bil eletrik..entahlaa..agaknya kan,byk sgt ke rakyat pakai bil letrik...???satu rumah rakyat marhaen paling byk 3 bijik aircond.klu lebih drpd tuh dah kena pakai sistem letrik 3 fasa..herm nak cover sapa sebenarnya...IPP mana la agaknya...

Bila dgr berita,rasa mcm nak ludah jer kat tv tuh.tapi klu ludah,maid aku jugak yg kena cuci.Talipon org tak angkat pun nak keluorkan nada dering tak angkat kat tv,bangang teramat tuh..allo,org kg pun lama2 muak dan menyampah weh...

Buat la sesuatu utk kawal harga barang...klu pembangkang menang nanti,teruk korang kena nanti.so jgn bg rakyat meluat.hangpa buat demo boleh,sekor polis pun takdak.tapi bila depa nak buat,siang lg hang kata,depa akan timbulkan kekecohan...be profesional,rakyat sekarang dah lebih berpendidikan dan bertamdun.bukannya mcm dulu,hanya kain pelikat dan seguni beras dah boleh jadi gula2...

Salam sayang aku pada negara aku..mengimpikan keserataan keadilan utk semua pihak.jgn disekat,dikonkong dan dibuli sewenang2nya...

Wednesday, June 8, 2011

Drop out

Performance tengah down..sejak minggu lepas,bila kayuh melepasi 60km,tengkuk&bahu rasa sakit sesangat.Macam sakit belikat pun ada..

Kaki tak krem pun..heart rate tak tinggi mana,tapi bila sakit tengkuk tuh dtg,terus tak bleh kayuh.kaki boleh tekan,tapi tengkuk&bahu rasa tak selesa.

Nak kata position tak betui,sebelum nie ok jer..so refer kat cfu adi&wak madir.dua org ckp menda yg sama.position aku tak betui lagi..dulu kayuhan tak selaju skrg(konon),so tak terasa sgt.tp bila avg speed dah bertambah.position atas basikal kena btul2 perfect.

Berbaki sebulan sblm century ride,position plak kena ubah.ini yg merisaukan.bila position berubah,kayuh pun ubah..nak dpt balik bukan senang plak tuh...adoyai...

Monday, May 23, 2011

Sensitivity

Bukan nak cerita pasal sensitivity peralatan radio..tapi sensitivity keagamaan...
aku bukannya racist,tapi klu agama aku dihinyak dan diperbodohkan,akan aku pertahankan walau apa jua keadaan sekali pun..

Begini....Sabtu lepas aku bawak anak2 ke taman permainan di setia alam.....ada seorang bukan muslim membawa masuk anjing pelharaan kekawsan taman..anjing tersebut diikat tetapi ia masih lagi bersentuhan dgn alat permainan sikawasan taman...

aku menegur dgn hormat meminta agar jgn dibawa anjing kekawasan permainan...tetapi bukan muslim tersebut menjawab tiada papan tanda larangan mengatakan anjing tak boleh bawak...pergh angin satu badan dibuatnya..aku jawab..takkan benda comment sense pun u takboleh pikir...???? aku tanya dia balik..??? is your parents comunist..??? tetiba jer soalan tuh kuar dari mulut aku...

Betul jawapan dia mmg takde papan tanda dikawasan tuh..tapi takkan la tak reti nak jaga sensitivity org lain...benda comment sense pun tak boleh nak fikir...itu yg buat aku menyirap...aku dah capai kayu...klu dia menjawap jer lagi sekali,aku tak tau apa jadi..Allah je maha mengetahui...

Bukan muslim tu beredar...yg aku peliknya,muslim lain yg ada kat situ buat tak tahu jerk...bila aku tegur,aku pulak yg dipandang pelik oleh mereka...salah ker aku yg menegur..???mujur ada seorang yg berada bersama disebelah aku...

Jgn diusik agama aku,jgn dipertikai undang agama2 aku....w/pun aku muslim yg lemah,namun utk mengadaikan agama islam bukan jenis aku...!!!!

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru utk semua yg bergelar pendidik.
Semoga kalian mendapat keberkatan Ilahi didunia & akhirat
Terima kasih kasih atas keringat & titik peluh kalian...

Khas utk Semua Guru:
Tadika Islam Bukit Baldwin Tapah(1980)
Sek Toh Tan Dewa Sakti Tapah(STTS) (1981-1988)
Sek Men Agama Izzuddin Shah(SIS)(1989-1991)
Sek Men Agama Raja Perempuan Ta'ayah(SERATA)(1991-1993)

Thursday, May 5, 2011

JMFR2011

Dah lebih seminggu JMFR2011 berlangsung...tapi syoknya masih terasa....klu tahun lepas aku bersama Media Prima,tahun nie,aku bersama XL cycling team pulak...Teammedia prima cocentrate kat event Malakoff...Misi aku kali nie cuma satu...Nak MELEKAT kat belakang sifu aku...hahahahahaha...


Starting kali nie agak memenatkan..sebab kami mula dari belakang...Wak jumali suruh start lambat...pergh,macam nak mampus mengambat peloton depan...sampai le dapat regroup balik kat simpang mana ntah....lepas tuh aku melekat dan menempel belakang sifu aku ler...kalau putus,memang mencungap laaa...

sampai 1st feeding point,jumali cakap mcm mati nak kejar adi,aku& ijad dari belakang...yelah,memang lah penat nak mengejar beb....duduk depan kurang penat..maintain jer speed...pelan jer...



melepasi 2nd feeding zone aku panggil XL rider duk depan..merasa duduk depan macam mana...tak ler penat sgt...berbanding klu menegjar dari belakang...tapi makin lama,makin laju...sampai ler insiden perlanggaran pertama melibatkan rider XL Roslin berlaku...perlanggaran sepatunya tak berlaku klu semua rider alert...memang tengah sedap flow....

lagi 2km nak sampai 2nd feeding zone,aku tenguk makin lama makin laju..adi dah start tekan...maintain speed,kaki pun rasa sedap lagi....sampai feedinng kedua kat pasir sala...



lepas pasir salak,adi terus flow kedepan lagi..pergh,mencicit jugak ikut belakang adi...43-45...hehehe...dlm kepala otak aku,jgn adi suruh aku tarik udah ler...memang mencicit aku nanti....

paling mencabar apabila 7km nak sampai kilang TYT..pergh..memang perit menahan,biler speed 43++km/h...rasa suffer sikit ler...alhamduluillah aku dapat tahan sampai abis..

pas2 speed maintain sampai abis...main panas,,terbakor....terima kasih kat Sifu mail & anak didik cikgu eimiza..dapat gak menempel belakang diaorg sekejap...team BGR pun sama...

Misson tecapai utk melekat & menempel belakang sifu aku....pencapaian di JMFR tak bleh dibandingkan dengan Century ride nanti...160km Non-stop beb....adus!!!!!

Monday, April 18, 2011

Tour De Sekinchan

Route:Setia Alam_Sekinchan-Setia Alam
Distance:140km
Average Speed:31km/h



masa pergi..boleh ler senyum lagik...masa balik tak usah nak cakap ler...mana taknya...berenti kat sekinchan jer....70km baru berhenti...masa balik pun sama gak..tak berenti langsung....



melepasi sawah padi kat sekinchan...memang syiok...tak rasa penat lagi...lepas jer 5km aku dah kong...tuh jer limit aku....itupun pacing belakang lori...heart rate tak bleh recover langsung...memang teruk..muntah 2 kali kat depan masjid meru...

Sunday, April 3, 2011

M U A K

Muak bila cerita seks babitkan DSAI
Muak bila petrol naik lagi
Muak bila Taib Mahmud ambik tanah adat
Muak bila 2 pegawai kastam lenyapkan 3 billion
Muak bila SS Mufti Perak haramkan poco2
Muak bila PakLah jadi saksi chan kong coy

DSAI...dgn driver dah ada,dgn bini orang dah ada,dgn pembantu peribadi ada,dgn pelacur perempuan cina dah ada,dgn bapok siam dah ada.Sama2 kita nantikan selepas ini...dgn K U D A...

PETROL....harga dinegara kita masih rendah jika dibamdingkan dgn nangkastan,timunstan,terungstan,petolastan,cabaistan,kobistan dan setan setan yg lain

TM....kita bukan merampas,tapi cuba utk memajukan tanah adat drpd terbiar..

2 pegawai kastam...takkan baru skrg sedar...nak kata kerajaan perangi rasuah erk...

SS Mufti Perak.....jgn ubah fatwa.Memula kata ANCAK tu HARAM,pastu bila dpt tahu Zambri Kadiaq buat program ancak,tetiba plak jadi tak haram...zambri tak poco2,mungkin dia pocong2 jer kut...

Pak lah...." bleh tak saya nak tiru jawapan TUN,...saya lupa la..."

inilah semua bila nak PRU...takder lain melainkan nak PRU...
Korang buh ler berduyun citer kat blog,apa sgt lagi bagi geng depa nie...

Baik kita jaga kesihatan,Badang Malaysia pun bleh kena strok wooo...
Jaga kesihatan jaga pemakanan...

Tuesday, March 22, 2011

Menikah..

Semalam kecoh kat radio bahawa ulama' perlis mengeluarkan fatwa bahawa RasulALLAH tak pernah mengadakan Upacara Nikah didalam masjid.Malahan nikah dimasjid seolah2 meniru agama lain..

Pastu Jamil Khir Baharom plak kata,itu adalah pandangan peribadi semata2....apa nama nie..???takkan nak suruh Dr Syed Qardhawi buat fatwa pulak..???setiap ulama' itu ada ijtihad mereka.depa nak kelirukan umat islam kat malaysia yg dah memang nyata cetek ilmu agamanya..???sebelah malam pulak, kuar pulak tagline masa kat buletin utama,bahawa sah nikah dimasjid...saper plak kata tak sah nikah dimasjid..???bengong..

Pada aku,yg cetek pemikiran,tak kisah nikah kat mana2,asalkan tempatnya suci dan mulia...kat umah pun ok,kat masjid pun ok...yang tak oknya,mereka yg dtg kemasjid masa upacara nikah tuh...terutama sekali golongan pompuan..ada yg jahil,masa dalam keadaan berhadas pun boleh masuk masjid...yg lagi tak tau hormat,masuk masjid tak tutup aurat..terjulur rambut kaler karat kat dalam masjid...pakai baju tutup aurat tapi macam telanjang...itu yg nampak menghinakan masjid...

byk lagi isu nak dibincangkan...lepas nikah,masuk cincin kat jari perempuan,kononnya upacara batal air sembahyang..???tak ke bangang namanya...elok2 ada air sembahyang,nak batalkan buat apa....???pas2 lepas nikah,dalam masjid terus cium dahi isteri..???depan org ramai..kononnya nak tunjuk romantis...tahulah ko dah sah jadi suami isteri,tapi perlu ke,upacara nak cium bini kat dalam masjid,depan org ramai....

sebenarnya org islam sendiri yg memalukan institusi masjid....bila kecoh citer pasal salafi dan sebagainya,mula kelam kabut..tok2 kita,nenek moyang kita mesti melenting....tak tau kadang2 yg dibuat itu kadang2 sebenarnya adat...

masa dulu,bila nikah kat rumah,ada setengah tempat dari keluarga sebelah pompuan nak test power,sampai tergagap pengantin lelaki nak akad nikah.ada yg terpaksa balik,dan mandi bunga sebab benda2 nie...jadi utk elakkan dari org ngetest power,dibuat nikah kat masjid,dah tentu tak boleh nak test power,sebab ianya rumah Allah..tapi lain pulak ceritanya bila yg dtg tuh,mula nak tunjuk fesyen yg kadang2 pak imam dan AJK masjid pun tak sanggup nak tenguk...

Monday, March 21, 2011

US Terkutuk

Aku dgn ini MENGUTUK sekeras-kerasnya US dan sekutu2 nya menyerang negara Libya.Walau apa sekalipun alasan yg diberikan oleh mereka yg kononnya utk menyelamatkan rakyat negara libya.

Adakah serangan mereka,dapat mengelakkan rakyat Libya dari terkena bedilan roket???
Adakah serangan mereka benar2 mahu menyelamatkan rakyat Libya yg ditindas???
Apakah serangan mereka sebenarnya hanya utk menguji persenjataan mereka???
Apakah serangan mereka sebenarnya hanya cuba utk menakluki telaga2 minyak di libya setelah mereka mengaut hasil telaga minyak di Iraq..???
Apakah mereka berkuasa utk campur tangan dlm urusan negara org lain..???

Inilah Si Bangsat sebenarnya...

Monday, March 14, 2011

Roller



Ahad tak dapat kayuh.Hantar mak & pak mentua aku pegi KLIA,depa buat umrah.So tak dapat roll jauh.Layan roller ajelah...

Sebenarnya,ada seorang rider,buatkan program interval kat aku..hehehehehe..seminggu tiga kali jer...ngeh 3X,tak bleh citer lelebih..program tuh utk aku jer...org lain,mungkin program nyer berbeza...apapun klu nak buat interval mesti ada mileage dulu..klu mileage takder,tapi terus nak buat interval training,takut termuntah atas basikal jerk...ini kata mereka yg pakar,bukan aku erk...

Kuat????tak kuat mana pun,biasa jerk..cuma nak cari ketahanan sikit jer...lagipun aku nak pelbagaikan rentak dan cara kayuhan....klu asyik kayuh,tapi tak tau buat mender pun tak syok jugak...

Video nie bukan training interval..tapi aku buat endurance&strengh...pakai gearing besar maintain cadence >60rpm,heart rate kat zone E2...speed aku henyak 40km/h....15minit warm up atau easy cadence,40minit strengh,pas tu 15 minit warm down easy cadence...70 minit jer,tak lama pun...

Monday, March 7, 2011

Saturday Ride



Mulanya tak bleh nak joint ride,sebab sabtu kena hantar along gi berenang...tetiba bini kata tak kerja...cantik sgt...ambik beskal,terus aku roll ke BJ...Jumali sms katanya ada ride dari BJ,kapten Foad kepala hari nie...

sampai BJ lebih kurang 7.48am...average 29.8km/h..herm....baru 2 org jerk,kapten Foad dgn haji Z...ces...ingatkan ramai...herm...Group BJ dah Roll ke Bt arang...

Kami bertiga jer rupanya...ces...lepas nie tobat dah aku..klu free,hari sabtu aku nak follow BJ,lantak depa nak kata apa...a good time management from BJ team...

layan GCE kuar kat paya Jaras...Foad dah buat strentgh,siap standing & pakai chainring besar masa kat GCE..aku layan haji Z jer...kuar paya jaras lalu penjara sg buluh dan sebagainya...melepasi traffic light nak ke puncak alam,pacing belakang traktor...pergh,bleh la maintain kat 34km/h..rileks sikit...

bukit kuil Foad tekan jugak lagi...aku layan haji Z jer...nak pacing lori,takut kong masa panjat bukit batu arang nanti...masuk bukit bt arang,dah mula azab ckit,haji Z kat belakang...aku tak bleh tunggu,kalau aku tunggu,menangkap kaki aku nanti...

memasuki pekan bt arang,selisih dgn rider L2A..depa tak berhenti...aku stop,minum dulu...ramai gak geng BJ...aku suka sesangat dgn suasana pekan Bt arang...memang masih suasana kekampungan lagi....tenang dan mendamaikan...

rehat 10minit geng BJ nak mula ride balik..sempat minum milo segelas...ride balik,cuba utk duk depan..ok,takder bukit sgt masa kuar dari bt arang...masuk jln ke ijok,mula main kat busut bukit kuil,aku duk pacing cheah jerk...nampak kapten dah start tarik..hehehehehe..biarkan aje...

aku layang jer,turun bukit kuil,aku tenguk diaorg tekan lagi,pergh..pacing blakang cheah,nampaknya dia dah habis,tak bleh ikut,aku overtake,dan cuba tarik,tetiba mat saleh cervelo potong plak aku,herm,peluang baik,aku cangkuk jer belakang dia,ngeh3x....sampai flyover,dia pun habis gak...aku overtake...tukar chainring besar,then aku tekan...mesti tangkap group depan niat aku..tekan2 punyer tekan dapat gak tangkap group depan yg ada 6 org..

masuk jalan puncak alam,kapten Foad dah tak bleh ikut,hehehehehe...dia tarik lama sgt tadi...hero la katakan...wakakakaka...aku layan mamat triathlon,bertahan selagi mampu...pergh,nasib baik dia org tak naik DB...masuk altantuya...boleh ikut...sampai bukit kedua saujana utama..aku putus...geram betul aku...marah kat diri aku...

Bukit ambik air kat altantuya,nampak dia org dah climb separuh bukit,hampieh....laju nyer depa nie...aku ikut pace aku jer.....turun bukit tuh,aku tak nampak dah depa...pas2 ravi panggil...depa melepak dekat air tebu.....regroup balik rupanya...

balik aku layan slow jer...nampak 2 org amoi panjat bukit Uitm puncak perdana...pelan2 ikut pace,dapat jugak aku potong....layan plak bukit cahaya SPK..alahuakbar...layan jer,tuhan jer yg tahu....

dah tak nampak bayang kapten Foad...aku terus ke Pusat Akuatik nak tenguk along Afif Training...

Kesimpulan.
Terima kasih kat Tuahrider yg buatkan program utk aku...juga utk wak mahazir & cikgu hadi...sekarang dah paham,sebab apa nak kena ada interval training.....baru seminggu ikut program alhamdulillah dah bleh nampak hasil ckit2...

Badan aku berat laa...perut pun BONcit..depa yg duk depan sumer perut sekeping,takde bonjolan air bag ...herm..tak per,aku bertahan selagi mana mampu...

*bleh nampak keBONcitan perut aku..mas dolu2 takmo jaga badan...sekarang nie jenuh kena pikul air bag tuh masa naik beskal...adeh...

Monday, February 28, 2011

2days 4 200km

Hari:sabtu & ahad
Route:
Setia alam-kuala selangor-setia alam.
Setia alam-Tg karang-Setia alam
Distance:80km&120km

Day 1st
BJ group buat ride of the month ke tg karang 140 km. Tapi takbleh joint sebab kena hantar along afif ker kelas renang.So aku roll awal agi sensorang ke kuala selangor

Lepas kayuh sejauh 15km,dekat sg sembilang,aku tenguk lori kontena slow jer kat sebelah....cantik sgt lah...tukar crank besar aku pacing blkg lori...syoknya,takde air tesitance...speed main kat 48kmh-50kmh.kaki boleh tekan cuma kena kontrol pernafasan dan jantung.gearing pakai 53/14...

Sampai tg karang pukul 8,40 pagi.pergh puas hati...balik aku selisih dgn group BJ kat pekan sg buloh.ramaj tuh,syoknya kayuh....tp nak buat mcmmana,komitmen kat afif pun penting jugak..

Sampai setia alam pukul 10.08 pagi.Average speed 31.5kmh...aku senyum sensorang...

Day 2nd
Nekad nak buat 100km hari nie...kononnya nalay member.tapi hampeh...aku nekad nak Tg Karang...boleh tahan jugak jauhnya...

Dpt pacing lori lepas jambatan Kuala selangor sampai ker tg larang...pergh mmg kemaruk pacing lori...sedar2 dah sampai jer...

945 aku gerak dari restoran femina tg karang.lagi lambat bertolak lagi cuaca panas...layang kayuh maintain kat 30km/h...aku nak try buat avg speed dlm 30km/h...

Sampai umah pukul 12tghari..perut lapor tak hingat...anak2 & wife kat kolam lagi..nak tidur tak boleh la pulak,badan penat....average speed 30.5kmh....

Kesimpulan
Alahmdulillah dengan sedikit teknik dari wak mahazir,aku berjaya improve kan average speed aku...kayuh sorang jer tuh,kalau kayuh dlm group atau peloton myngkin avg speed aku tambah lagi...mngkin nampak tak aci sebab pacing lori,tapi tuh macam kira aku duduk dlm peloton la....

Puas hati aku....alhamdulillah syukur padamu Allah..

Friday, February 25, 2011

C U B A

Tadi aku suruh afif buat kerja sekolah,mengomel anak sulong aku tuh..byk alasan dia bagi.Pensil tak asah lah,pembaris hilang,pemadam dah kontot dan macam2 lagi.Aku terus suruh berulang2 kali dgn nada mengingati supaya mlm nanti dia boleh masuk tidur awal..akhir sekali afif bagi jawapan..."ye lah,,,nanti afif cuba buat homework tuh"...

Aku terus memanggil anak sulung aku didepan tv..." afif...didi nak ikut cakap didi"...buat apa didi,kerja sekolah ke?,tanya afif pada aku..."tak,didi nak suruh afif buat mender senang jer.."...ok,buat apa didi,tanya afif lagi...

"ok sekarang didi nak afif berdiri..."...itu jer,jawab along afif...yer didi nak afif berdiri....."..then afif yg duduk sebelah aku terus berdiri..."ok,bagus...."sekarang duduk balik.."...afif senyum..."ok,dgr betul2,sekarang didi nak afif CUBA berdiri...."..afif lantas bangun...aku senyum....terus aku cakap...."salah tuh,itu afif berdiri,bukannya CUBA berdiri..."

afif pening...muka penuh persoalan..aku arahkan afif utk berlari,afif terus berlari....kemudian aku suruh afif CUBA berlari,dan dia berlari....sekali lagi aku katakan pada afif yg dia bukan CUBA utk berlari tetapi dia berlari...aku menyuruh afif melakukan 3 lagi arahan,dan utk arahan yg terakhir afif mula bertanya pada aku...

Disinilah peluangnya...akubterangkan pada afif maksud CUBA.MenCUBA atau CUBA adalah satu perkataan utk melakukan sesuatu perkara yg kita belum pernah melakukannya,ataupun tingkah laku perlakuan atau ilmu pengalaman yg belum pernah ditempuhi...cth apabila kanak2 yg belum pandai berjalan cuba utk berdiri bertatih seterusnya berjalan...Atau mungkin juga mereka yg dulunya boleh melakukan namun atas sebab tertentu hilang upaya maka mereka menCUBA utk melakukan

Setelah hampir 35 minit aku berbual bersama afif,akhirnya dia masuk ke dalam biliknya...aku perhatikan afif sibuk mewarna buku adiknya yg bukan kerjanya...aku diam...masih lagi mampu bersabar..tadi dimeja makan,aku suruh afif utk CUBA makan,afif senyum...lalu menjawap...."Kerja sekolah along dah siapkan"...aku senyum...isteriku pulak kehairanan..

Herm nampaknya pendekatan kali ini berjaya...CUBA!!!!!!!

Monday, February 14, 2011

Putus Lagi

Route:Rodalink Bukit Tinggi Klang-Bagan Lalang-Rodalink Bukit Tinggi Klang
Distance:145km
Average Speed:29km/h
Ride Time:5h 05min 32sec

Summary:
memang mulanya berbelah bahagi nak pergi.Tapi redah jer.Dah lama sgt tak ride more then 100km.masa pergi,boleh ikut...speed sumer atas 35km/h...dan kadang cecah 40km/h.Perjalanan balik melepasi morib,aku dah putus.berhenti petronas banting,rantai pulak jatuh,terus kayuh sensorang sampai jenjarom.sib baik abg ngah anak wak jumali tunggu...speed balik dah drop giler..kenkadang tak sampai 20km/h....tapi terkejut,w/pun masa balik tuh slow giler,tapi average still 29km/h...

Observation:
boleh ikut peloton dgn speed dalam 80-100km jerk..lepas tuh KONG...Heart dah mula tinggi...Endurance tarak,kata wak mahazir...

Conclussion:
still need more endurance,once a week kena buat long ride >100km.biasakan dgn 39/14..pastuh 53/17 or 53/19

I need Strengh....

Monday, January 31, 2011

Putus

2 minggu tak kayuh.Sabtu joint dgn budak junior selangor..itupun sampai puncak alam,aku masuk saujana.buat loop dapat la 40 km.Lagipun kena hantar along afif training berenang.

Ahad dah ckp kat wife,aku kena cari distance.Klu tidak mmg teruk nanti.Tak dpt sms dr sesiapa pun utk kayuh.Yg ada cuma Rider Tuah yg nak kayuh ke tg karang... Herm ikut ajelah... Janji ada mileage.

6 org rider...starting gearing 39/16.penat jugak,maintain speed 34-36km/h... Sampai Kuala selangor aku rasa mcm dah nak patah balik,tapi abg Tuah suruh ikut jugak ke tg karang.jarak dr kuala slngor ke tg karanglebih kurang 16km...1km nak sampai tg karangdiaorg bantai drafting blkg motor,rasanya cecah 40km/h... Ya allah rasa nak pecah dada aku...

Berhenti dlm 30 minit pas2 jln balik... Terus speed 30km/h... Aku putus masa panjat jambatan kuala selangor...yg paling tension,sepanjang 4 traffic light dlm kuala selangor takde satu pun lampumerah...klu ada satu,sempat jugak aku kejar...so bermulalah aku kayuh seorang diri dlm hujan dari kuala selangor sampai setia alam.

Mileage dpt 115km...averagespeed 31...pecah dada aku...abg tuah & the gang dpt average 34km/h...actually abg tuah nie dulu rider malaysia,captain lagi..umur dah 46thn,tapi bleh maintain lg...

Hehehe 1st time aku putus utk kayuhan training.Klu kayuhan dgn team XL,MPB atau dgn juniors slngor,jarang sgt aku putus..bagus jugak,tak la rasa syok sendiri..byk lg kena kurang & tambah..kurangkan berat badan tapi power & strength training kena tambah...mmg dlm team yg slalu joint,selalu ok.Tapi bila kayuh dgn org lain,ada lagi yg ok..so,dpt tahu per4mance ditahap mana...

Penat,Letih & Lesu itu dah mmg biasa....

Wednesday, January 26, 2011

1st competition

Akhirnya coach suruh jugak afif masuk.Dah alang2 katanya.competition pada pertengahan febuari.Kejohanan renang takde peringkat zon atau daerah,terus lompat peringkat negeri.Mungkin malang bg afif kerana diletakkan didalam kategori bawah 10 tahun walaupun hero aku baru berumur tujuh tahun.

Traning afif dah makin berat.Tak lalu mata ini nak memandang.dah macam2 benda yg along afif makan,keluar balik masa training,tapi kerana minat,aku turutkan jugak.Ada kwn2 yg mengatakan takder prospek utk sukan renang,kerana kebanyakannya dimonopli oleh kaum cina.Aku pun ada terpikir,tapi dek kerana kesungguhan dan minat yg mendalam afif,aku turutkan juga.Tak mengharapkan sesuatu,api jika dgn renang boleh mendisplinkan afif,biarkan....

Moga afif berjaya mendapat catatan masa peribadi yg terbaik.Biarlah dia bertarung dgn dirinya dahulu sebelum dia betul2 layak bertanding dgn perenang2 lain.Didi & ummi sentiasa menyokong & mendoakan yg terbaik utk along....

Wednesday, January 19, 2011

L2A 100km ride

best...memang seronok,puas hati sangat walaupun tak la duduk rangking yg baguih sgt...masa starting pun dah duduk kat belakang...klu aku nak pulun dari awai,aku tak mula dgn team MPB,mesti aku duduk depan...

Seronok sebab,dari belakang aku mula,aku dapat TANGKAP kapten kat feedzone pertama...rolling sebelum pekan batu arang....ingatkan boleh shoot masa melepasi roundabout batu arang,tapi apakan daya,tayar pancit,sebelum roundabout...pump tak bawak,nasib baik ada kedai motor....mula2 pancit depan jer,elok mula nak kayuh,belakang pulak pancit...

hahahahaha...double barrel aku kena...ingatkan dah tertinggal jauh,rupanya,kat belakang ramai lagi riders.....ada la dekat setengah jam aku berhenti...kayuh punya kayuh,sampai kat petronas puncak alam aku berhenti jap...nampak mamu,sham NTV7,labo...loading air dalam 10 minit,jalan balik...

3/4 org tergolek depan aku masa menongkah dragon back...kesian pun ader,kelakar pun ader..sorry tak bleh tolong,kalau aku tolong,dgn aku2 sekali kena sehtap krem nanti...

panjat 2 bukit terakhir,iaitu bukit UiTM dgn bukit Cahaya SPK,nak kata perit,tak la perit sgt...boleh panjat lagi...ramai yg dah turun menolak...aku maintain ikut pace aku jerk....anak buah adi,si acap,aku nampak dah menolak..aku jerit dari belakang...budak tuh dah kong,perut lapar...

Aku temankan si acap berkayuh...sampai kena gastrik budak tuh...nombor 412&420...hahahaha..bg nombor pun dah tak ikut susunan...nombor tuh aku tak heran...memang aku tak heran..sebab aku puas hati....apa sebanya,aku sendiri jer yg tahu...

Thursday, January 13, 2011

Bawang,Safee&Misbun.......

Bawang.
rege bawang besar mahal melampau2....katanya sebab negara pengeluar bawang mengalami cuaca yang tak menentu serta banjir....byk bawang serta tanaman lain rosak....naya laa,bangla kat malaysia yg kuat makan bawang nie....penjual2 burger pun gamaknya akan kurangkan bawang...roti telur bawang pun akan naik rege gamaknya....dah ler minyak masak pun tunggu masa jer nak naik.....

pelikkan,cerita minyak masak pun sama...tetiba jer satu malaysia boleh habis minyakkan...????allo,malaysia antara pengeluar minyak sawit terbesar didunia laa...minyak sawit kita bukan saja cukup kat dalam negara nie,malahan siap eksport ke india lagi...aku rasa depa nak naik kan rege minyak sawit,sebab rege susu getah pun dah melambung naik...so saper yg dah potong pokok getah beralih ke tanaman sawit mesti melopong gamaknya...

Safee
sian mamat nie..biarlah dia nak berhijrah ke indon sekali pun..itu hak dia...jgn dihalang...ada suara kutuk dan mencaci...tak kenang budi dan sebagainya....yang paling tak syoknya,bila ada komen cakap.."klu nak berhijrah pun,pergi lah liga yg lebih berprestij"....aku rasa itu komen paling BANGANG yg pernah dikeluarkan...allo kawan,cuba tenguk rangking bolasepak dunia...Indonesia kat tangga ke berapa,malaysia kat tangga berapa....???

itulah masalah kita,selalu memandang rendah dgn keupayaan rakan serantau kita...tak sedar diri...dgn laos pun dulu bleh kena belasah,pas tu mula nak cakap menongkat langit....cuba tenguk bambang,sampai sekarang boleh main lagi...bila selangor import dia???dah lama kan...???tapi cuba tenguk,kualiti permainan bambang sebagai super sub masih diperlukan...

pada aku,biarkan dia pergi cari pengalaman...tapi jangan jadi Aril peter pan dah ler yer....kok ramai cewek indon yg menanti pak.....

Misbun...
hahahaha..malu sendiri misbun...tak setuju sgt klu dia nak masukkan anak dia dlm skuad elit...apa kata pemain senior wei....nampaknya bukan saja dlm politik pun ada kronisme dan neotisme,dlm sukan pun ada...walau apa pun alasan misbun,dia kena bertindak profesional...so kita pikirkan sendiri...sehebat mana pun jasa dan bakti dia kepada negara,biarlah ianya profesional...mentang ngko coach,ko nak lompat terus erk...

klu jumpa anak dia,aku nak panggil anak dia 'misbun',hahahahaha...panggil nama bapak tuh....wakakakaka....

Tuesday, January 4, 2011

2011

Selamat tahun baru...masih lagi belum terlambat utk kita mengucapkannya...moga 2011 menjanjikan kejayaan fan kebahagiaan utk kita semua.

Kesihatan
Basikal aku injured masa krismas yg lalu.So aku tak bleh duk diam,berehat dari berkayuh,tapi masuk pulak ke running course.Kesihatan kena jaga.Takde basikal bukanlah penghalang utkbaku terus bersenam,cuma berlari nie,risiko kecederaan lutut agak tinggi berbanding sukan berbasikal.Pembukaan tahun 2011 mengejutkan kita dgn katian mengejut Faizal Yusof pelakon drama.Antara drama lakonan dia yg aku minat Adamaya....Baru 33 tahun,kena serangan jantung.So pada semua,jaga kesihatan dan kenalilah jantung anda.Sentiasa jalankan pemeriksaan kesihatan utk diri.

Pendidikan
Along afif maauk darjah 1,angah Dzikri mula le tadika diusia 5 tahun.Aku tak berapa risau dgn along afif,lerna dia nie survivor sikit.Angaj Dzikri yg buat aku berdebar.Anak no2 nie tak sempat manja dgn aku dan isteri...umur dia setahun 2 bulan dah dapat adik lagi sorang...so,kemanjaan angah berkurang kerna adiknya wardah.ketika itu juga aku berada dalam zaman gelap,hehehehe...mujur isteri paham dan byk bersabar dgn perangai aku.Jadi aku tak salahkan angah jika dia tak rapat dgn aku beebanding along afif.

Sosial & Hiburan
Aku dah byk kurang.Byk habiskan masa kat umah bermula 2010 lagi,so tak jadi masalah.Klu adapun hanyalah aktiviti berbasikal.keluar mlm melepak dgn kawan sampai 2/3 pagi pun dah jarang sangat.InsyaAllah tahun nie nak bawak anak bercuti ke sabah...bg dia org merasa laaa..itupun jika dimurahkan rezeki dibeeikan nikmat sihat tubuh badan.

Hobi
masih dgn berbasikal,cuma skrg nie,berhenti buat sementara nak tumpukan pada larian sementara basikal sembuh dari kecederaan.Hobi amateur tak tau sama ada nak diteruskan ataupun duk dendiam jer...masing2 ada kelebihannya...cuma bersukan nie buat aku rasa lebih cergas dan dapat mengawal kandungan gula dalam darah aku...

Moga 2011 kami sekeluarga lebih ceria dan bererti...salam sayang dari kami sekeluarga....

Salam 2011
9M2JEN