Thursday, July 1, 2010

UPSR...??????

amacam..???mula penilaian darjah 5...pas tuh tukar jadi KBSR...periksa pulak masa darjah 6...aku 1st batch kena UPSR....sekarang nak dimansuhkan pulak UPSR....ntah ler...pikir betul2 wahai menteri..jgn buat sesuatu tindakan sebab nak nampakkan yang menteri dah jalankan sesuatu tanggungjawab sebagai menteri pelajaran....sistem pendidikan memerlukan jangka masa yg panjang....klu dibuat sekarang,hasilnya,mungkin 10 atau 20 tahun akan dtg....saper yg rosak???anak2 kita jugak yg rosak...

sekarang pun dah nampak hancur dengan sistem pendidikan yg sedia ada...memang betul..yg bagus tetap akan bagus..tapi bagaimana pula yg diperingkat sederhana dan rendah???adakah akan terbela nasib mereka..??bagi ibu bapa yg mempunyai lebih wang mungkin mampu utk menghantar anak2 mereka mengikuti kelas tambahan....bagaimana dgn ibubapa yg berpendapatan sederhana..???mampukah mereka.....???

sistem pendidikan bukan suatu percubaan...diulang..ianya bukan bahan percubaan...anak2 ini nanti,suatu hari kelak,mereka yg akan memimpin negara,membawa halatuju negara...jika mereka rosak,maka rosaklah negara...hendakkah kita suatu hari nanti dipertanggungjawabkan oleh mereka kerana kesilapan yg telah kita lakukan....

Fikirkanlah akan implikasi...jangan membuat sesuatu tindakan atas kerana memegang portfolio tertentu dan ingin menampakkan suatu perubahan besar kerana nama ataupun sebagainya...kerana impaknya bukan sekarang,tapi nun jauh kehadapan....

1 comment:

  1. Ya saya sokong pendapat ini... Dulu bahasa inggeris digunakan dalam sains dan matematik sekolah rendah, kemudian nak ditukar kembali kepada bahasa Malaysia. Implikasinya buka sahaja kepada pelajar, ia juga melibatkan kos yg besar, yg lebih baik diguna di tempat lain. Takkan lah setiap kali tampuk pemerintan berubah sistem pun nak berubah.. Jika nak dikenang pun, cari lah jalan lain..

    ReplyDelete