Friday, June 4, 2010

Malakoff Charity Ride-1st day

perjalanan yg memakan masa hampir 7 jam dari Kuala Lumpur...sampai di perkarangan Sutera Inn Kota Bharu lebih kurang jam 6 ptg....Selesai makan malam,keluar ke Pekan Kota Bharu membeli barangan keperluan.

Sharp,on time and very good time management from malakoff...tepat jam 8 pagi kami dilepaskan beramai dari perkarangan hotel sutera in....

KM0-KM58 1st feedzone.
Kayuhan memakan masa 2 jam dengan purata kelajuan 30km/h...tiada sebarang masalah berlaku dan semua rider enjoy dengan kayuhan...aku cuba duduk dipeloton hadapan bersama rakan media prima yg lain...seronok dan bersemangat dengan kehadiran jaguh lumba basikal negara yang tengah meningkat..Anuar Manan...satu nama besar dalam sukan lumba basikal...

Sampai di feed zone pertama,di kuala besut para rider dihidangkan dengan air kelapa muda serta air 100+ yg berlebih utk di minum utk semua rider...tiada yg lebih menyeronok apabila dapat bergambar dgn anuar manan....

KM58-KM108 2nd feedzone
Kayuhan agak memeritkan apabila matahari mula memancarkan cahayanya...kelajuan masih ditetapkan pada 30km/h....berlaku sedikit insiden pada KM88 apabila salah seorang rider pitam secara tiba2....berlaku perlanggaran anatara rider seramai 15 orang...alhamdulillah tiada kecederaan yg kritikal....

kami sampai di Feed zone kedua dihadapan masjid penarik lebih kurang jam 12.30tghari...selesai mengisi perut yang kelaparan,terus menunaikan solat jumaat di masjid penarik....selesai solat jumaat,kayuhan dimulakan pada jam 2.30 ptg...

KM108-KM148
laluan tepi pantai yg kami lalui semakin mencabar...dengan panas mentari yg membakar dan memeritkan kulit serta angin pantai yg menjadi rintangan kepada kelajuan,kayuhan tetap diteruskan...mental memang mental..aku cuba bertahan sehingga feed zone yg seterusnya....kayuhan melepasi jarak 100km sebenarnya byk menguji kekuatan mental.....

selepas menghampiri trafic light 1km menghampiri feedzone,anuar manan memulakan langkah sprintnya....kemudian diikuti dengan rider lain....kayuhan yg bertenaga dari rider2 lain...syabas....

KM148-Penamat
Saat genting utk semua rider...hanya semngat yg tinggal...kekuatan tenaga biarpun power gel berkilo-kilo ditelan takkan dapat membantu.....berlaku sekali lagi perlanggaran diKM 154...apabila semua rider berasak-asak utk berada dibarisan hadapan kononnya utk memulakan pecutan...salah seorang rakan media prima terlibat dengan insiden tersebut...walaubagaimanapun tiada sebarang kecederaan yang serius...

Penutup....
Alhamdulillah kayuhan dapat disempurnakan dengan jayanya...esok masih menanti 190km dari Kuala Terengganu ke Tanah merah utk ditamatkan...diharapkan agar tiada sebarang insiden buruk akan berlaku....moga2 kayuhan dapat ditamatkan...
Sekian

Sekian..
Live From Sumaii Inn Kuala Terengganu...

No comments:

Post a Comment