Rythm atau alunan setiap huruf,angka dan symbol
Telah ramai yang mengetahui bahawa cw mempunyai jumlah character yg tertentu.Jumlah character didalam cw adalah mengikut standard antarabangsa yang telah ditetapkan.egara kita juga tidak terkecuali mengikut standard yang telah di tetapkan oleh pihak ITU.character bagi cw boleh dibahagikan kepada 3 bahagian.Ianya terdiri daripada;
1. Huruf A – Z
2. Nombor 0 – 9
3. Simbol (4)
2.1 Jumlah keseluruhan character
Jika dilihat dan dikira keseluruhan character bagi cw, mengandungi 40 character secara keseluruhan dan ianya terdiri daripada 26 bagi huruf yang bermula dari A sehingga Z, diikuti dengan angka 0 hingga 9 kemudian diikuti dengan symbol,iaitu titik(.), kome(,),tanda soal(?) dan back slash(/).setiap character tersebut mempunyai symbol cw yg tersendiri, sama ada mengandungi bunyi dit(.) atau dah(-).Setiap character adalah tidak sama diantara satu sama lain bagi membezakan character tersebut.bunyi satu dit(.) dan satu dah(-) adalah dianggap sebagai head of cw atau dengan kata lain adalah kepala bagai cw.satu dit merupakan huruf “E” manakala satu dah merupakan huruf “T”.
2.2 Kenapa perlu rhythm yang betul
Jika diamati dengan teliti, setiap character didalam kod morse,akan dimulakan sama ada bermula dengan dit ataupun dah. Bagi mendapatkan rhythm atau rentak sebenar,dit dan dah sebenarnya hanya disebut pada penutup setiap character. Apabila dit atau dah terdapat dipermulaan atau dibahagian tengah character,ianya hanya disebut dgn membunyikan di atau da sahaja.
Sabagai contoh;huruf a didalam kod morse adalah .- ( dit dah),tetapi jika didengar atau disebut dengan rentak mulut,kita hanya membunyikan didah sahaja. Perhatikan pula huruf P.Didalam kod morse huruf atau character bagi P adalah .--. .Kita boleh menyambungkan keseluruhan dit dan dah utk menyebut huruf bagi P iaitu didadadit, tetapi jika diamati,didengar dan disebut dengan teliti character P adalah .-,-,. (kome bermaksud berhenti seketika) Jika disebut ianya seolah mempunyai pause beberapa ketika antara titik dan sengkang.ianya adalah di da (berhenti sekejap) da (berhenti sekejap) dit. Perhatikan utk dit dan dah!!!!ianya tidak disebut secara penuh,ianya hanya disebut penuh bg dit cuma dibahagian penutup sahaja.
Jika seorang pelajar cw salah dalam menyebut rhythm bg setiap character,ini akan menyukarkan seorang pengendali kod morse untuk pergi lebih jauh. Sebagai contoh pengendali cw tidak boleh mempercepatkan atau memperkemaskan penghantaran dengan lebih laju sekiranya rhythm yang didengar atau dibelajar adalah salah. Pengendali cw juga akan kehilangan lenggok setiap ayat yang akan dihantar. Sekiranya pengendali kod morse mempunyai rhythm yg betul bagi setiap character,hantarlah selaju mana sekalipun,cw yang dihantar akan diterima oleh pengendali cw yang lain dengan akan merdu mengikut melodi dan rhythm yang betul.
Juga dingatkan,sekiranya anda mempunyai rhythm atau melodi yang betul untuk setiap character,maka akan menjadi lebih mudah bagi anda untuk menghantar cw diakhir proses pembelajaran nanti. Haruslah diingat,sekiranya anda ingin mengikut proses pembelajaran cw selama 6 minggu ini,anda TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk mempelajari proses penghantaran sehinggalah anda betul mahir dan ingat dgn setiap rhythm atau character yang telah anda pelajari. Percayalah,proses pembalajaran penghantaran Cuma memakan masa tidak lebih dari satu hari.Cuma untuk mehairkan lagi proses penghanataran ianya memerlukan latihan yg lebih panjang, tetapi sekiranya anda ingin lulus didalam pepreriksaan cukup selama 2 hari utk belajar didalam proses penghantaran.
2.3 Pembahagiaan character mengikut hari/jadual
Sekiranya rakan ingin mempelajari cw dalam masa enam minggu,rakan hendaklah mengikut jadual yang sepatutnya rakan2 tetapkan..ingat!!!jadual yg dibuat haruslah diikut dengan penuh komited dan dedikasi. Sebagai contoh…dibahagian huruf,kita mempunyai 26 huruf bermula dari huruf A hingga Z. Katakan rakan memperuntukan 1 hari untuk setiap dua huruf,jadi rakan memerlukan 13 hari untuk mahir dan mengingati setiap huruf yg ingin dipelajari.Tapi harus diingat,kebolehan setiap individu juga adalah berbeza diantara satu sama lain. Rakan juga,ada ketikanya tidak dapat menambah huruf tertentu dalam sesuatu masa. Ini adalah perkara yg biasa berlaku. Jangan khuatir dan panic,ini aadalah kerana kemampuan atau daya fikir kita tidak sama setiap hari,ini bergantung kepada persekitaran,tahap kesihatan,kecerdasan dan sebagai nya.
Adalah dinasihatkan,rakan memperuntukan 20 hari untuk betul2 mahir didalam mengenal dan mengingati setiap rhythm bagi huruf, kerana jika ditambah dengan keaadan yg mana rakan mengalami kesukaran bg sesetengah huruf,rakan mempunyai lebihan masa dan tidak perlu terburu didalam mengejar setiap character yang perlu diingat. Penulis juga mengalami masalah yang sama ketika mempelajari kod morse. Penulis mengakui bahawa,ada ketika dan waktu, tahap kemampuan penerimaan penulis akan turun dengan teruk disebabkan factor sekeliling. Tetapi penulis bertuah kerana mempunyai mentor yang sentiasa mengingati dan memberi semangat ketika keadaan tahap penerimaan penulis jatuh mendadak.
Bagi penerimaan angka,jangkamasa 3 hari adalah amat2 mencukupi.ini kerana, didalam ujian cw nanti,semasa proses penerimaan,angka dan huruf akan dihantar secara berasingan. Didalam bahagian penerimaan huruf angka tidak akan dicampur adukkan. Dengan kata lain,bahagian huruf hanya huruf sahaja yg dihantar mengandungi 36 patah perkataan iaitu selama 3 minit,yang ,mana purata penghantaran sebanyak 12 patah perkataan selama 1 minit. Jadi dengan ini adalah amat mencukupi sekiranya rakan2 memperuntukkan jangka masa 3 hari bg proses pembelajaran angka.
Bagi 4 simbol iaitu kome,titik,tanda soal dan back slash,cukuplah sekadar mempunyai satu atau dua hari bagi mempelajari symbol tersebut. Ini kerana, symbol yg digunakan didalam peperiksaan nanti, adalah cuma menggunakan dua atau satu symbol sahaja.

Jadi sekiranya dicampurkan keseluruhan hari pembelajaran yang terdiri daripada huruf,angka dan punctuation rakan hanya memerlukan 17 hari untuk mengingati keseluruhan character yang terdapat dalam morse code.Walaubagaimanapun telah penulis katakan tadi,ianya bergantung kepada ability individu tersebut.Ada harinya kita akan cepat menerima setiap huruf adakalanya kita akan tidak langsung menerima sebarang character.
Tidak perlu risau dan gundah,anda sebenarnya masih lagi mempunyai masa selama 25 hari baki utk memantapkan lagi penerimaan baki mengingat seluruh character.Sebenarnya baki yang selebihnya adalah digunakan untuk mengadakan latih tubi bg tahap penerimaan cw anda
2.4 Cara permulaan mengingati rhythm dgn betul
Cara permulaan mengingati rhythm dengan betul ialah dengan membahagikan setiap huruf kepada beberapa kumpulan kecil. Banyak cara yang boleh diperolehi dari pengajar2 yang lain mengenai kumpulan-kumpulan kecil tersebut. Semasa penulis mengikuti kelas yang diajar dahulu,mentor penulis mencampurkan setiap kumpulan kecil dgn huruf,angka dan symbol secara rojak. Penulis berpendapat cara tersebut juga berkesan. Penulis bukanlah ingin bertentang pendapat dengan mentor penulis,tetapi untuk mempelajari dengan kaedah yang lebih tersusun dan sistematik,penulis merasakan kumpulan kecil bg setiap huruf,angka dan symbol perlulah dipisahkan.
Penulis pernah mendapat nota dari 9M2GL arwah pak deris yang membahagikan huruf kepada tujuh kumpulan kecil.kumpulan kecil huruf ini bertujuan untuk rakan2 mudah mengingati rhythm dan melodi bagi satu character….kumpulan kecil huruf yg mengandungi 26 huruf ini boleh dibahagikan kepada 7 kumpulan kecil.
Group/Huruf

Group 1
E .
I ..
S …
H ….
Group 2
T -
M --
O ---
Group 3
A
.-
W
.--
J
.---
U
..-
V
…-
Group 4
N
-.
D
-..
B
-…
G
--.
Group 5
K
-.-
Y
-.--
C
-.-.
Q
--.-
Group 6
R
.-.
L
.-..
F
..-.
Group7
P
.--.
X
-..-
Z
--..
jika diteliti dan difahami dengan lebih mendalam kumpulan pertama,adalah terdiri daripada huruf yang kesemuanya mempunyai tanda dit sahaja. Ianya dimulakan denga huruf E yang bermula dengan satu dit (.) seterusnya pertambahan dit adalah mengikut susunan huruf tersebut yang diakhiri dengan huruf H yang mempunyai empat tanda dit (….).
Bagi kumpulan yang kedua,ianya bermula daripada tanda dah.bermula dgn huruf T iaitu satu dah sehingga huruf O yang mengandungi tiga dah (- - -) da da dah.sebenarnya pembahagian kumpulan ini,adalah bertujuan untuk memudahkan proses ingatan rentak atau rhythm bagi setiap huruf. Sekiranya rakan2 telah mengingati keseluruhan rentak bagi setiap huruf ,in gatan bagi kedudukan setiap huruf adalah tidak lagi diperlukan.
Pembahagian kumpulan kecil ini, bertujuan untuk proses pembelajaran yang lebih pantas dan sistematik.sekiranya,rakan mudah untuk mengingati setiap character dengan mengikut susunan dari A hingga Z, maka adalah terpulang kepada individu tersebut mengikut cara yang mudah difahami oleh diri masing2. walaubagaimanapun, proses mengingati rhythm setiap huruf akan menjadi lebih mudah dengan konsep ini.
2.5 Kecepatan pembelajaran angka/symbol berbanding huruf
Bagi proses pembelajaran untuk angka dan symbol,sebenarnya ia tidak perlu memakan masa yang agak lama. Ini adalah kerana,semasa ujian penghantaran,huruf atau perkataan akan diasingkan dengan penghantaran angka. Jumlah angka yang akan dihantar semasa peperiksaan adalah sebanyak lima puluh angka mengikut kumpulan.iaitu 5 angka bagi setiap kumpulan. Dengan kata lain sepuluh kumpulan angka akan dihantar dalam masa satu minit setengah.
1
.----
2
..---
3
…--
4
….-
5
…..
6
-….
7
--…
8
---..
9
----.
0
-----
Rakan tidak perlu risau didalam proses mengingati angka atau nombor,sekiranya rakan2 teliti dgn rapi,bermula dari angka satu hingga angka 5,ianya akan dimulakan dengan satu dit dan diakhiri dengan 5 dit(maksimum) bagi angka lima.
Perhatikan pula bagi angka yang bermula dari enam sehingga kosong,angka 6 bermula dengan satu dah dan diakhiri dengan 5 dah bg angka kosong.tiada selang seli antara dit dan dah bg angka jika dibandingkan dengan huruf. Ini akan memudahkan kita mengingati bagi nombor 0 sehingga 9.
Namun harus ditekankan disini tiada jalan mudah bagi cw selain daripada mengingati alunan serta melodi yang dimainkan.sekiranya rakan2 cuba mengira dah dan dit bg satu angka,ia sebenarnya membuatkan rakan stress atau tertekan untuk mengira bilangan dit dan juga dah.

2.6 Musibah sekiranya rhythm tidak betul dan tiada jalan mudah untuk cw
Semasa memulakan proses pendegaran cw,penulis tidak mengetahui sebarang rhythm utk setiap character.di suatu malam,saya dijemput utk ber eyeball bersama sifu saya 9M2AGC di ally bay kg melayu subang.ada 4 stesyen bersama cikgu lan.di malam tersebut pertama kali cikgu menghantar cw secara verbal. Masih terngiang di telinga saya cikgu lan menghantar perkataan PROTON.Perkataan tersebut sebenarnya terdapat dibaju GTR.Dengan lenggok dan melodi yang merdu saya terpukau dengan alunan cw yg dimainkan secara verbal.
Rezeki saya sungguh baik,kerana saya baru sahaja mempelajari cw,boleh dikatakan baru dipermulaan.Rupanya saya mempelajari rhythm yang salah.Alhamdulillah pertemuan dengan cikgu lan,di awal pembelajaran cw saya,masih sempat bagi saya utk membetulkan rentak alunan rhythm cw bg setiap character.
Apakah bahananya sekiranya mempelajari rhythm yang salah?????sebenarnya tiada jalan mudah utk mempelajari cw,selain dariapada mengingati rhythm.didalam proses pembelajaran yg diajar oleh cikgu lan,pelajar diminta utk mengingati rhythm dengan betul,sekiranya kita telah mula mengingat rhythm yang salah,adalah amat sukar bg individu utk membuang ingatan yg telah lekat diminda.apabila rhythm yg diingat tidak betul,semasa peperiksaan nanti,ianya akan menyukarkan setiap calon.Belum lagi dikira semasa proses penghantaran,bunyi yg tidak enak dan merdu akan terhasil sekiranya rhythm yg dihantar tidak tepat.Kat sini belah atas

No comments:
Post a Comment