Kuasa pengguna
Kejatuhan harga pasaran global minyak dunia tidak menjanjikan penurunan harga barangan keperluan harian.Malahan barangan keperluan harian semakin hari semakin meningkat berikutan kesempatan yang mungkin diambil oleh pihak peniaga.Jika dahulu peniaga menggunakan alasan bahawa peningkatan harga petrol menyebabkan kenaikan harga barang,tapi kini setelah 7 kali petrol mengalami penurunan harga namun harga barangan masih kekal ditakuk yang lama.Kat sini belah atas
Dimanakah silapnya?adakah pemantauan kurang dibuat oleh pihak yang berkuasa? Ataupun para peniaga cuba mengaut keuntungan yang lebih ataupun para pemborong sengaja tidak mahu menurunkan harga barangan?pada pendapat penulis,didalam hal ini,pihak berkuasa sepatutnya memainkan peranan yg lebih,dalam memastikan harga barangan dikawal supaya tidak membebabankan rakyat.walaupun berbagai alasan yang diberikan kepada pengguna,tetapi kepercayaan yang diberikan kepada pemerintah haruslah digunakan dengan sebijaknya oleh mereka yang cerdik pandai ini.
Penulis tidaklah berminat untuk menyentuh lebih kepada soal siapa memerintah atau siapa yang tidak menjalankan tanggungjawab,tetapi penulis ingin membincangkan tanggungjawab kita sebagai pengguna dan impaknya kepada peniaga.penulis berpeluang ke satu pasaraya besar disekitar meru pada minggu ini.pasaraya besar tersebut mula memasuki Malaysia sekitar 7/8 tahun kebelakangan ini.memanglah disudut positifnya pasaraya tersebut memberikan persaingan yang bagus kepada pesaing2 terdekatnya,tapi jika diteliti dengan lebih mendalam dan terperinci,kemasukan pasaraya tersebut lebih kepada menutup peluang peniaga kecil-kecilan dikawasan sekitar.
Apa yang lebih menyakitkan,pasaraya tersebut dengan senang boleh melebelkan barangan tertentu dengan nama keluarannya yang tersendiri.Jika diamati dengan teliti,adakah psaraya tersebut boleh mengeluarkan produk2 makanan dalam masa terdekat.penulis merasakan pihak pasaraya membeli produk makanan dari syarikat tertentu secara pukal,lalu melebelkan dengan jenama pasaraya.Ini secara tidak langsung menutup peluang industri IKS tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka.walau pun kualiti produk keluaran IKS lebih baik berbanding dengan label produk,tetapi disebabkan harga yang ditawarkan jauh lebih rendah menyebabkan penggunan memilih untuk membeli label produk pasaraya itu.
Namun apa yang lebih menarik perhatian penulis ialah mengenai produk tenusu makanan untuk bayi.penulis selalu membandingkan produk tenusu di kedai sekitar pekan meru dgn pasaraya tersebut.memang tidak dinafikan pihak pasaraya menawarkan harga yang amat tinggi berbanding dengan kedai2 lain.namun pada hari ini,penulis melihat tawaran sebanyak +-25%(kebiasan dijual pada harga 57.50) ditawarkan kepada produk tenusu tersebut.Ini berkemungkinan tindakan bijak para pengguna yang tidak langsung membeli produk tenusu di pasaraya berkenaan.Tindakan ini menyebabkan lebihan stok yg terlalu byk kepada pasaraya ,lalu menyebabkan ia terpaksa menjual dengan harga kos.Jika keadaan ini tidak berlaku,sudah pasti ia tidak akan menurunkan harga barangan.setelah penulis meniliti tarikh luput produk tenusu itu,ia bukanlah barangan yang menghampiri tarikh luput,tetapi kerana lebihan stok yag terlalu byk pihak pasaraya terpaksa menurunkan harga jualan barangan produk tenusu itu.
Inilah kuasa pengguna sebenarnya.pengguna sebenarnya diberikan hak secara total untuk memilih atau membeli barangan disesuatu tempat.penulis masih yakin,masih terdapat segelintir peniaga yang berniaga dengan cara jujur dan amanah.Namun kerana kehendak pemborong pukal menyebabkan peniaga terpaksa mengikut rentak keadaaan semasa.Adalah menjadi tanggungjawab kita supaya harga barangan dapat dikawal dengan kuasa yang ada pada kita tanpa pihak berkuatkuasa tidak mengabaikan tanggungjawab yang dimanahkan terhadap mereka.
Wa,ilal liqa’
No comments:
Post a Comment